Pages

Sunday, October 28, 2007

Kerna Cintaku Perancis

Buat sesiapa yang tak kenal Fad sangat tu, Fad nak beritahu anda-anda bahawa diri ini pernah ada pengalaman belajar Bahasa Perancis selama 4 tahun! Hekekekek =D

Selama 4 tahun tu, dapat jugakla Fad mengenali tradisi orang-orang Perancis. Cikgu French Fad dulu (Mme. Sharifah Muzdalifah Syed Ahmad, Fad panggil Madamme) sangatlah baik hati, memberi gambaran pada Fad bahawa orang Perancis juga serupa dengannya. Tutur kata Mme amatlah sopan (kecuali waktu kitorang tak siap homework. Hehe) Gaya jalannya penuh semangat, mencerminkan kekuatan hatinya. Fad amat kagum dengan cikgu Fad tu dulu (sampai sekarang) sebab sifat-sifatnya tu. Cara hidup Mme banyak dipengaruhi oleh orang Perancis sebab Mme menghabiskan banyak masannya di sana. Cara hidup Mme yang Fad maksudkan tu tidak jauh beza dengan orang kita sendiri, cuma Mme banyak memberi moral moral pada kami semua berasaskan kisah-kisahnya sewaktu berada di Perancis dulu. Hidup Mme tetap berlandaskan agama walaupun pelbagai cabaran dan dugaan hadir dalam hidupnya dahulu.

Seronok belajar Bahasa Perancis ni, sebab ia mudah :) Tatabahasanya lebih kurang sama dengan bahasa kita manakala perkataannya tidaklah susah,dan bukan sesuatu yang perlu dihafal satu demi satu. Perkataannya hampir serupa dengan Bahasa Inggeris maka mudahlah bagi kami semua untuk mempelajarinya. Hehehe

Waktu Fad Form3, kami semua diwajibkan untuk mengambil satu ujian di bawah kedutaan Perancis iaitu DELF A1. Ujian itu agak susah, kerana kami bukan sahaja penulisan kami yang diuji, tetapi juga pemahamam, pendengaran dan lisan kami. Petugas khas dari kedutaan Perancis di bahagian Pendidikan yang menguji lisan kami. Kami diuji secara perseorangan, siapa yang tak cuak! Tapi Alhamdulillah, Fad lulus :) Sekolah Fad mencatat peratusan lulus yang kedua tertinggi di antara SBP-SBP dulu. Mme amat bangga dengan pencapaian kami dulu.

Waktu naik Form4, kami diberi pilihan untuk mengambil matapelajaran Bahasa Perancis atau tidak. Maklumlah, batch Fad semua diwajibkan ambil kesemua 12 matapelajaran. Huhu.. Tapi Kerna Cintaku Perancis (hehe), Fad meyakinkan diri untuk ambil Perancis. Tambahan pula, abah and family menyokong keputusan Fad tu :) Kali ni, Fad nak ambil DELF A2 pula. Format peperiksaannya lebih kurang sama dengan DELF A1, tapi memerlukan kefahaman yang baik dan lebih banyak vocab baru. Alhamdulillah, Fad lulus peperiksaan tu sekali lagi :)

Waktu naik Form5, Fad and classmate Fad, Ayu, semangat untuk menyambung belajar Perancis, tapi bukan untuk peperiksaan di bawah kedutaan, tapi di bawah Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ada yang tidak menyokong keputusan kami tu, memandangkan kami akan mengambil peperiksaan penting pada tahun yang sama. Tapi kami kuatkan hati, berjumpa serta berbincang dengan guru Bahasa Perancis baru di sekolah kami waktu tu (memandangakn Mme telah berpindah untuk memulakan tugaas baru). Monsieur Amir menerangkan kepada kani sedikit sebanyak tentang format soalan dan menasihatkan kami untuk mendapatkan nasihat daripada pengetua kami.

Maka bersegeralah kami berjumpa pengetua. Sebaik sahaja kami menyuarakan hasrat kami, air muka beliau menampakkan ketidaksenangan. (hadoy..) Beliau ,melahirkan isi hatinya, bahawa sesungguhnya beliau melarang kami daripada mengambil Bahasa Perancis sebagai subjek tambahan. Katanya, 12 subjek sudah terlalu banyak.. Huhu..

Fad and Ayu pun keluar dari bilik pengatue dengan perasaan yang tak besh. Huhu. Tapi kami ikutkan sahaja nasihat pengetua kami tuu. Mungkin kami tak nampak lagi effect ambil banyak-banyak subjek waktu tu. And ada hikmah pengetua larang kami menambah subjek untuk SPm kami, kerana dengan 12 subjek tu pun kami da tercungap-cungap, inikan pula nak tambah lagi. Ayoyo

Ni sijil tok DELF A1 =D

Ni plak tok DELF A2 =D


Fad sekarang belajar French online je. Baca buku waktu sekolah dulu, and buat latihan online kat sini.

Kalo indu nak dengar lagu kanak-kanak Perancis, Fad dengar sini. Lagu ni pasal anjing ngan kucing. Hik3

Sunday, October 21, 2007

Raya : Jom Raya!


Cute kan? Ni la abah :) Cute macam Fad! Tapi kecomelan abah takde orang boleh kalahkan (^_^)

Pagi raya tu, lepas abah abes makan, abah terus duduk depan TV, dengan songkok yang sengaja disengetkan. Ala-ala gaya Minangkabau gitu! Alahai bah, kite takde darah Minang la bah!

Hehe. Comey tol. Lepas semua selesai makan, kami semua bermaaf-maafan. Syahdu memang syahdu, tapi Fad kurang sukala sidey-sidey di pagi raya ni.. So Fad tak nangis! Hehe. Happylah siket, nak dapat duit raya! Ekeke

Tapi kurang masyukla, kak Na, abang Wadi, Alif ngan Tisya takde :( Kalo tak, sure seronok tengok keletah manusia comel 2 0rang tu. Huhu. Takpe, tahun depan kak Na beraya kat JB pulak, ngan baby baru. Yey! =)

Saturday, October 20, 2007

Raya : Dugaan Sebelum Raya

Raya oh raya.. Banyak dugaan yang Fad terpaksa lalui untuk pulang beraya kali ni. Tapi, Alhamdulilah, Fad selamat sampai rumah Khamis malam. Waktu sampai kat rumah tu, abah belum balik dari solat terawih lagi. Terpaksalah Fad tunggu sekejap. Sambil tu, mak siapkan makan malam. Fad, kak Nim ngn abang Fir buka puasa petang tu biasa-biasa saja.. Maklumlah, kami masih dalam perjalanan pulang ke JB waktu tu.

Sebaik je Fad dengar bunyi motor abah, Fad terus bergegas keluar, nak sambut abah. Hehehe. Rindu sangat-sangat kat abah :) Peluk cium abah sekali, rindu sangat-sangatlah! Lepas tu Fad sambung makan. Seronok sangat malam tu sebab dapat jumpa semua orang yang Fad rindu. Hampir 3 bulan tidak ketemu mereka di JB siihh..

Jumaat tu, macam biasalah, MISI RAYA yang biasa. Kemas rumah, masak lauk raya, macam-macam lagi lah! Petang tu, mak buat rendang daging. Fad tak reti masak-masak ni, so Fad jadi tukang kaco je la. Hehe. Yang lucunya, boleh pulak Fad mintak mak sikit rendang tu, Fad kata, mehla sikit mak. Biar Nor rasa daging ni da lembut belum. Mak tanya, eh, kau tak puasa ke? Fad pun apa lagi, mengucap panjang la! Lupa yang perut sendiri tengah puasa! Hehe.. Tu la, Fad rasa kurang sesuai la kalau nak masak lauk sedap-sedap waktu puasa. Senang sangat nak melatah! Kalau mak tak ada depan kuali tu waktu tu, Fad rasa dengan aman damainya Fad da NGAPP rendang tu! (^_^)

Tapi, memang sedap rendang mak tu. Berbuka petang tu, Fad rasmikan rendang mak tu :) Terima kasih banyak-banyak mak, untuk rendang daging yang sedap tu :)

Tuesday, September 25, 2007

Dari Kempas Ke Simpang Empat : 3

Ahad, Sept 23. Hari ni merupakan hari terakhir Fad kat rumah kak Nad.Pagi tu, selepas sahur, Fad sambung tidur. Ish. Bangun lewat pula tu. Petang tu kak Nad ajak ke The Store, maka kami pun ke sanalah dengan si Afiq. Jalan punya jalan, Fad beli sepaket wafer Oreo yang baru tu. Kemudian kami pun pulang ke rumah. Kemudian kami menonton TV sebentar sebelum keluar bersiar-siar di kampung itu dengan basikal :)

Tujuan utama kami; sawah padi. Macam biasa dan seperti yang disangkakan, Fad menunjukkan kejakunannya terhadap sawah padi tu walaupun sawah padi tu hanyalah berlumpur serta telah ditabur benih padinya. Tapi, kawasan sawah padi di kampung tu besar-besar, sejauh pandangan mata. Sengaja Fad kayuh basikal jauh-jauh supaya Fad dapat mmenikmati keindahan alam tu puas-puas. Fad dan kak Nad siap ber'posing' lagi di tengah sawah tu, ambil gambar. Terasa macam model pertanian yang nak promot beras pulak. Ahahaha


Kemudian kami terus berkayuh meninggalkan kawasan sawah itu dan menuju ke bazar Ramadhan yang terletak tidak jauh dari situ. Petang tu kami tak beli banyak makanan, memandangkan kami da nak pulang ke UTP malam tu. Setakat beli seekor ikan keli bakar. Dapat pula 2ekor ikan kembung bakar. Seronok :)

Tiba saat berbuka puasa, sangatlah best sebab masing-masing buat lawak tahap dewa sambil makan. Adik-adik kak Nad tu lmemang ucu orangnya, termasuklah juga maknya (^_^) Habis Fad dikenakan waktu berbuka malam tu. Maklumlah, Fad memang kekok untuk menggunakan tangan kiri dalam melakukan kerja. Ada ka patut diorang cakap Fad macam orang cacat waktu nak ambil lauk. Ish3. 'Akak kekoklah!' jeritku menahan malu. Huhu

Selesai berbuka, Fad terus solat dan kemudian bersiap untuk pulan ke UTP. Sedih hati waktu berkemas barang tu. Banyak sangat kenangan Fad kat rumah tu biarpun Fad berada di rumah tu setakat 3hari. Huhu

Selamat tinggal sawah padi, selamat tinggal Bobok si kucing buruk, selamat tinggal teratai indah kat belakang dapur tu, selamat tinggal makcik yang baik hati, selamat tinggal Iwan dan Afiq si badut. Huhu =( Ada rezeki, kita bertemu lagi..

Monday, September 24, 2007

Dari Kempas Ke Simpang Empat : 2

Sabtu, Sept 22. Dalam pukul 8pagi, Fad dikejut kak Nad. Pagi tu kami nak hantar Iwan si adik bongsu kak Nad pergi tusyen di bandar. Mak kak Nad pun ikut sekali, sebab lepas hantar Iwan tu, kami nak ke pasar pula. Mak kak Nad nak beli santan. Setiba di pasar, bukan santan sahaja yang dibeli. Malah buah-buah sekali! Ada pisang, tembikai dan betik. Pagi-pagi tengok buah di bulan puasa, memang satu cabaran yang kuat. Huhu. Terpaksalah Fad tahan, kecur air liur melihatkan buah-buah tu semua.

Siang tu pula, kami ke Padang Besar. Adik kak Nad si Afiq ikut kami sekali. Sampai-sampai tempat tu je, aduh. Bahang matahari mencucuk kulit! Bak kata kak Nad dan Afiq, itulah salji. Hehehe. Lucu amat. Seronok berjalan-jalan di situ, barang banyak. Harga boleh tahan murah, lagi-lagi baju. Aduh. Rambang juga mata Fad dibuatnya baju-baju tu. Lawa-lawa pula tu! Ish3

Jalan punya jalan, Fad beli satu blaus dan satu skirt. Kira sedondonlah blaus dengan skirt tu. Lawa sangat skirt tu. Fad amatlah menyukai corak skirt tu. Sweet amat! Kak nad pun beli skirt macam Fad juga (kak Nad yang suruh Fad beli skirt tu sebenarnya) Tapi skirt kak Nad berlainan corak. Oh ya. Sebelum tu kak Nad ada belikan tunangnya jeans dan t-shirt. Sebelum pulang ke rumah, kami belikan oleh-oleh untuk Meen. Kami beli bantal peluk yang ada kartun Spongebob & Patrick. Comel sangat bantal peluk tu!

Sepulangnya kami ke rumah, Fad terus pengsan di katil akibat kepenatan berjalan di padang BESAR.. Hehe. Petang tu dalam pukul 6lebih, kami ke bazar dan kemudian terus menjemput Afiq dari pusat tuisyennya. Hari tu merupakan hari pertama Fad berbuka bersama keluarga kak Nad. Macam-macam yang Fad belasah! Seronok betul bila tiba bab makan ni! Hehe.

Malam tu, kami melayan cerita DIVA; sebuah cerita yang Fad & kak Nad elak untuk menonton pada awalnya. Tapi setelah melayan, gelak juga kami dengan cerita itu kerna unsur-unsur humornya. Aduhaii

*BERSAMBUNG DI ATAS

Dari Kempas Ke Simpang Empat

Jumaat lepas, Fad ikut kak Nad balik rumah die kat Perlis. Nun jauh di utara, Fad menimba pengalaman baru serta melihat kebesaran ciptaan Tuhan Yang Esa. Hati rasa kurang seronok sebab Meen tak dapat ikut sekali. Yalah, kami sibuk dengan persiapan untuk persembahan drama masing-masing sebenarnya. Cuma Fad yang tak sedar diri. Hehe

Fad ngan kak Nad bertolak ke Perlis petang Jumaat, Sept 21. Bertolak petang tu kononnya tunggu si Meen, tapi rupa-rupanya Meen tak dapat ikut!
Alahai ranap hati kami semua. Tapi Fad ngan kak Nad tabahkan hati meninggalkan Meen seorang diri (hati sebenarnya amatlah suka dapat tinggalkan Meen. Harharhar!!)

Setelah lebih satu jam, apabila hampir tiba waktu Maghrib, kami berhenti sebentar di R&R Sungai Perak untuk berbuka puasa. Fad memesan kuetiaw goreng sebagai juadah utama, berlaukkan sayur kobis goreng serta sambal telur. Kak Nad pun makan kuetiaw goreng juga (Fad yang tiru kak Nad sebenarnya. Ahaha) Selesai makan, kami segera menunaikan solat Maghrib. Sebelum menyambung perjalanan, kami membeli sedikit buah-buahan yang dijual di situ, untuk dikunyah dalam kereta.

Perjalanan kami berjalan lancar, tiada kesesakan jalan raya. Perlis seolah-olah bersedia menyambut kedatangan orang Selatan ni. Hehe. Saat lalu di lebuh raya Pulau Pinang, hati Fad terdetik, Malaysia kita ni penuh dengan kemeriahan dan warna-warni. Lampu berbagai warna menghiasi kegelapan. Indah sungguh bumi Malaysia ni..

Perjalan diteruskan, sehinggalah hampir pukul 11malam, kami tiba di Perlis. "Ni sekolah kak Nad dulu." Macam-macam lagilah yang kak Nad perkenalkan kat Fad waktu tu. Dalam kegelapan malam, Fad tak nampak sangat apa yang kak Nad tunjukkan tu, tapi Fad layan je la.. Bimbang kalau tak dilayan, mau Fad ditinggalnye kak Nad. Huhu

Satu perkara yang Fad takkan lupa adalah saat-saat Fad melihat sawah padi walaupun dalam kekelaman malam. Tiap kali terlihat tanah kosong luas, tahulah Fad itu sawah padi. Sinar bulan dipantul oleh takungan air si sawah itu. Indah sungguh panorama tu biarpun di waktu malam. Subhanallah..

Sebaik sahaja menjejak kaki di rumah kak Nad, hati Fad teruja sangat memikirkan rumah tu dikelilingi sawah padi di kawasan berhampiran. Maklumlah, Fad orang selatan. Bila sampai utara, virus-virus JAKUN menyerang. Tapi Fad tertanya-tanya juga, agaknya kalau orang utara tiba di ladang nanas mahupun ladang getah yang banyak di selatan, apakah mereka rasa apa yang Fad rasa? Hmm..kawan-kawan ada jawapannya tak?

*BERSAMBUNG DI ATAS

Saturday, August 11, 2007

I'm currently missing someone

..named Shikin. She was once a best friend of mine. I can't recall since when did we both get close to each other, but i do remember, she left Malaysia for Singapore in 1999.

Worst thing came to her life on that 1999; she lost her father. And I, as a best friend of hers, was always there by her side, comforting and tried to be her best company. I wonder if I did my job well, but all I know is, I tried my best. She was so kind (and still, she is) that I couldn't resist myself from treating her in the same manner too. She brought me donut almost every day, as she knew that i love them! (and still, I do!)

She's a kinda easy-going person and we used to laugh a lot! I really miss her lah! When she moved to S'pore, we sometimes had talk on phone. She called me, and so did I. But as I went to SMAPL, we both lost contact, and I accept that as Pertemuan and Perpisahan lah.

I had my life as usual, but sometimes I did think of her and wonder how's she doing in years' silence.

Today at 2pm, I got a new friend request and a new message, from -KIN-

hi nurul.apa khabar?.i was in friendster that u suddenly come across my mind.and i decided to search 4 your name.
saya tak tahu sama ada nurul masih mengingati saya.

This is how the message starts. I viewed the sender's page. My heart jumped in excitement as I found that it was really HER! I shouted her name and I nearly cried. Huh. So I went telling everybody around me that I met my old best friend on Friendster!

Friends, today is my Happy Day :) Meeting my old best friend, and knowing that she still remember me is such a great gift for me. And I'm proud to announce that I do still remember her name! Ngeh3. Nurul Ashikin Bt Abdul Rahman. Wah. We both have slightly the same name lah!

Monday, August 06, 2007

Misteri Yang Tak Pernah Selesai

Huh. Kalau diingatkan balik kenangan yang berlaku 4 tahun lepas ni, aku sure gelak seorang diri.

Kejadian berlaku di kelas aku, kelas 2 Ibn Muqaffa'. Waktu tu, aku duduk seorang diri kat kelas. Seingat aku, waktu tu waktu prep and aku tak tau mane sume classmate aku pergi. Apa yang pasti, aku duduk seorang diri kat meja aku, buat homework. Tetiba dak-dak putera masuk kelas tu ikut pintu belakang. Bising jadinya kelas tu. Tak concentrate aku nak buat kerja. Dalam hati aku waktu tu, sebenarnya aku menyumpah-nyumpah diorang sebab buat bising and ganggu ketenteraman awam. Aku pun tolehla belakang, nak tengok insan-insan yang buat bising tu. Hmmm.. Bukan budak kelas aku je ade, tapi budak kelas lain jugak. Sabar Fad..

Aku pun terus memekakkan telinga and teruskan kerja aku. Makin lama makin menjadi pulak bising tu. Aku pun toleh belakang sekali lagi, and jeling kat diorang. Tu kononnya amaran pertama la. Haha. And lepas tu aku dengar pulak ada di antara mereka yang seolah-olah menghalau aku. Aku pun bermonolog la. Aik, ape kes plak aku yang kene keluar? Ni kelas aku, and aku nak buat kerja! Dalam hati aku membebel berpanjangan. Panas je hati waktu tu sebenarnya. Bising sangat!

Tiba-tiba, pap!! Ada benda keras yang menghentam tudung aku dengan momentum yang agak rendah, seterusnya jatuh dan mendarat kat baju aku. Sebaik aku tengok bawah je, baju aku ade kesan pen! Warna biru! Banyak! Disebabkan kesabaran aku ada hadnya, aku pun ambil pen yang ada kesan dakwat tu, and terus pegi kat budak-budak putera yang buat bising tadi tu.
"Sape yang baling pen ni??!!!!" suara aku memetir, mata membulat. Aku betul-betul hilang sabar waktu tu. Diam mereka jadinya.
"Aku tak tau. Budak kelas lain baling kot. Da lari balik kelas" salah seorang mereka menjawab.
Haik? Da baling, tak kan lari terus kot? Ish

Aku malas untuk terus ikutkan perasaan, aku pun duduk balik kat meja aku. Nak nangis rasanya waktu tu. Apa yang menyakitkan hati, budak-budak putera tu diam pulak. Tadi aku warn awal-awal, tak nak diam. Da aku marah-marah, baru nak diam. Ish.
Aku pun terus berkemas, balik hostel. Air mata meleleh-leleh bila fikir baju tu mak aku yang buat. Baju tu baju baru, mak aku buat waktu awal-awal naik sekolah. Sedih tak terkata. Aku call rumah, mengadu kat mak apa yang jadi. Biasala kecik-kecik dulu, mak abah jadi tempat mengadu. Nangis-nangis aku mengadu. Sampai je kat dorm, terus rendam baju prep warna hijau tu dalam air. Air dicampur bleach sikit, mak aku ajar.

Malam tu, aku pergi prep macam biasa. Kalau diikutkan perasaan sedih tu, memang aku tak nak masuk kelas. Tak nak aku tengok muka-muka nakal kat kelas tu. Tapi, tak boleh. So aku pun pergi je la kelas. Sampai-sampai kat kelas je, aku terus pergi kat meja aku. Tengok-tengok kesan pen yang ada kat meja tu. Sadis sungguh!

Aku pun duduk, sedia untuk belajar. Bile aku meraba laci meja, nak ambil barang, aku terpegang satu kertas yang dilipat kecil. Eh, sejak bila pula aku pandai buang sampah kat bawah meja ni? Aku pun ambil kertas tu, and keluarkan dari laci meja. Aik. Bukan kertas biasa ni. Ni bukan sampah. Lawa sangat sampah ni!

Kertas tu dilipat sebesar tapak tangan aku, and ditampal sticker berkatun warna purple di bahagian depannya, yang tertulis 'I'm Sorry..'

Aku ni bukanlah jenis budak yang biasa dengan note-note ni. Selama aku hidup kat sekolah dulu, tak pernahlah dapat note-note ni. Maklumlah, budak hingus. Nga3. And kehadiran note tu kat bawah meja aku memang mengejutkan. Aku bukak, hati berdebar-debar juga sebenarnya. Note yang dimulakan dengan salam tu berbau keinsafan dan penyesalan. Awak, saya nak mintak maaf kat awak sebab baling pen tu kat awak. Aku terus tergelak! Shifa' yang duduk sebelah aku waktu tu pun hairan. Aku pun tunjukkan note u kat Shifa'. Shifa' pun tergelak sama!

Aku gelak bukan apa, pelik sungguh cara 'pesalah' tu nak minta maaf. Lawa sangat note yang ditulis tu! Siap ber'sticker' lagi! Hadoi.. Macam-macamlah yang diterangkan dalam note tu. Menurut 'pesalah' tu, diorang tensen sebab aku duduk dekat kelas tu, sedangkan diorang nak main-main dalam kelas tu. So die buat macam tu sekadar untuk buat aku tinggalkan kelas. Alamak bro, salah cara la! And kelas bukan tempat main-main! Ish

Dalam kategori lelaki, tulisan 'pesalah' tu boleh dianggap lawa la. Kemas. Aku ingat lagi camne tulisan die. Haha. OK la kawan-kawan, kalo sesiapa yang kat luar tu terasa dirinya terlibat dengan hal yang berlaku tadi, and tau siapa 'pesalah' tu, beritau je la aku. Bukan untuk apa, sekadar untuk menyelesaikan misteri yang tak pernah selesai ni. And aku nak bayangkan jugak muka 'pesalah' tu waktu baling pen bocor tu kat aku. Sure nakal gile kan muka die waktu tu?

LECTURE : ATTENDED BY ONLY ME..?

Betul, aku tak tipu. perkara ni jadi semalam (august 3,2007). Buat pengetahuan mereka yang tak tau tu, hostel aku amat jauh dari kelas, iaitu memerlukan sekurang2nya 20minit masa berjalan berlenggang tidak kangkung.
Yang malangnya, aku bangun lambat! Pukul 725 pagi. Maka ributlah aku memandikan diri serta menyiapkan diri. Berkat kehebatan dan keributan aku, aku berjaya menyampaikan diri aku di kelas pada tepat pukul 800 pagi. Di saat itu, elok-elok je aku berjalan kat belakang lecturer (sama pangkat dengan lecturer nampak!!)
Saat lecturer bukak pintu kelas, aku membayangkan kelas yang bising bertukar jadi senyap tapi malangnya, kelas yang senyap bertambah bisu! Nak tau ape jadi? Dalam kelas tu takde sorang pun! Aku pelik, aku ni boleh la jugak kalo nak dikatakan aktif dalam hal lewat ke kelas ni tapi hari tu, entah ape mimpi budak-budak ni tak datang kelas! Gile ape?
Aku pun masuk la kelas, mengharapkan sesaat dua kemudian ada budak lain yang menjengul. Tapi malangnya, tara! Lalu berlaku beberapa perbualan antara aku dan lecturer aku tu :
LECTURER : what makes you choose *PE?
-aku terkesima. alamak! soalan waktu aku interview dulu! ape aku nak jawab ni?! maka aku pun melalut sebagaimana aku melalut waktu interview dulu..
AKU : oh..i found that this course suits me and i prefer doing drilling than ohers.. i have the sense that i can do the job well..
-astaghfirullah..nampak tak macam mana aku melalut? gabra gile!! tak pasal-pasal aku cakap aku nak wat drilling!!
LECTURER : OK then..

Aku pun duduk, selak-selak lecture notes (berlakon je ni! Nak sorok gelabah! )
LECTURER : where did we stop?
-sah! memang lecturer ni nak uji aku!
Aku pun cari la, bahagian yang last sekali diajar. ahaa.jumpe pun!
AKU : we stopped at solute-solvent interactions.
-dalam hati : i guess! mati aku kalau salah!
LECTURER : did we? hmmm..

Die jalan ke arah aku, mintak lecture note aku. Die selak punye selak..pastu cakap :
LECTURER : i've taught you this, this, and this. And here we stopped, colligative properties, right?
-huhu..sedihnya..colligative prop tu punyela jauh dari solute-solvent interaction tu..malu aku tau tak..

Da tak dapat tahan gelabah, aku pun mintak excuse dari lecturer. Aku cakap aku nak cari budak-budak lain. Kot-kot la diorang ingat kelas kat tempat lain ke (tapi salah kelas merupakan satu benda yang mustahil untuk berlaku!) Agak-agak 5 minit, aku masuk balik kelas, geleng-geleng kepala menandakan aku tak jumpe dak-dak lain. Bile jam da pukul 820 pagi, lecturer tu pun berangkat, mengizinkan aku pergi jugak. Tapi sebelum die keluar tu, die ade cakap something yang mana mengguris perasaan aku sebagai golongan yang bersalah. Ish

Setelah selidik punya selidik, aku pun dapat tau yang membe-membe aku ni dapat tau yang lecture pagi tu kene cancel. Haik? Kalau ye kene cancel, tak kan lecturer datang kelas kot? Rupa-rupanya ada di antara kami yang salah faham..

Begitulah ceritanya. Hebat bukan? Disebabkan salah faham, semua orang tak datang lecture. And macam mane pulak aku boleh datang lecture? Ini berikutan aku duduk jauh dari semua coursemate aku, mahu yang lelaki ataupun perempuan. And berita tentang lecture yang kene cancel tu disebar dari mulut ke mulut. Mulut aku takde kat situ, maka aku tak tau la! Haha!

Apa-apa pun, aku rasa tak patutla kalau aku salahkan orang yang salah faham tu, sebab kesalahan tu bukanlah disengajakan. Cuma, berhati-hatila bile dapat info dari lecturer lepas ni. Kalau tak pasti, jumpe lecturer lagi sekali. Tak rugi kalau buat macam tu, daripada lecturer marah, and orang lain tak dapat blaja. Huhu..

Kawan-kawan kat luar tu, jadikanlah kisah ini sebagai iktibar ya..

I never went up a hill before!

It's true! I never went up a hill before! But I'd just did this morning :D actually I'm quite confused of what term should I use to name this you-know-what-I-mean. Jungle tracking? Expedition? Or wind-eating? Huhu~

Waking up at 730 in holidays is quite a bizarre for me, but I really DID that bizarre on that day. Me and my sis Hanim then went to Raju's Restaurant and there we met her ex-students (there were 6 of them) and of course, we had our breakfast :D

We started our expedition at 950am and as I first step into the forest, I realized why green is my favourite colour. This is because green has never been an eyesore to me! Hehe! And, climbing the hill was really tiring but I DID enjoy it very much!

Walk, walk, walk and there we were, at the suspension bridge. Then we walked and walked, we met the bunians. Haha! I can't remember well la, but all I can remember is, we managed to escape the forest around 12 la,

Hey friends, words can't describe my excitement, but pics really do!

Learn How to Design Your Own Layout :)

I don't now why I'm so addicted to this. All I know is, I enjoy doing it very much as here is where I find my real satisfaction. Wow.

So how 'bout you? Here I'd like to give you some tutorials on this-so-called layout designing.

FIRST STEP (image background)
Get a background for your layout. You can get it from the search engine or even from your own folder.
Get your background URL by hosting it at www.imageshack.us
Copy the image URL (direct link to image)

SECOND STEP (css coding)
To generate your css code,click "css code generator" link provided in my friendster page, in About Me section.
Paste your image URL at the space provided.
THIRD STEP (generating code)
Start designing your layout.
Click "Generate Code" to get your css code.
or, click "Preview Code" to view your becoming new layout.
Copy the code.

FINAL STEP
Paste the code at the css section in your "Customize Page"
Click save. (make sure that your profile is set to Safe Mode:NO)
You can now view your new layout :)

NOTES:
If you want to re-correct certain colour in your layout,you don't have to generate a new code of entire layout. All you have to do is replace the old colour code with the new one. Where to get the code? Just click the "Hex Colours" link provided in my friendster page :) And make sure that the code is started with #
Eg: #000000 for black and #ffffff for white
To discover more,just click the links provided there :) But I find that SPIDERTUBE and SPIDER LAYOUT is much exciting than the others laa.

May Birthday Party

I missed my friends so much so I decided to turun KL last saturday to celebrate the-girls-of-may's birthday party ::ain::ayu::leha::

there i met wani,chapeq,nawa,belle,mimy,ika,nabek,ama,ayat,shafiq,apek(busan sudaa),faqih,oh i can't remember others la.
I arrived klcc late so i'd missed lunch with them la. But it's ok. At 215pm,we watched SPIDERMAN3(superb!!) . Oh and i sat beside ain cyg. I don't know why, I cried at the and of the story (Harry died!!)
Then we went to the klcc park and search for the best place to sit la. We sat in a circle, a big circle and I could see the faces that I missed most (what-uh!) Then of course we sang the happy-birthday-to-u song. EAT EAT EAT
The day seemed so short la..never had enough time with them..
nak nangis nii..

Anyway,slamat ari jadi kwn2 ku cyg, and I'll be praying the best for y'all, I LOVE Y'ALL

UTP vs I can still..

Voila. I mange to make my self here, in Universiti Teknologi Petronas,doing Petroleum Engneering, But for this whole year I have to finish my foundationn study before proceeding to my undergraduate study next year.

Being here for just 4 months is a great cahallenge for me. Here is the place where I have to keep doing my revision, and not duing the examination week only. Here is laso the place where I where I have to co-operate and give the best commitment to the others, especially to my teammates.

Studying here is the most valuable leaning experience for me. The best facilities are provided here, along with the most commited lecturers and staffs. They are always willing to help us. One thing that I thank God most is I can stll view my Friendster EVERYDAY and print my lecture notes as much as I want though I don't have my own PC and printer yet.

I can still get my chocolates at the KOPETRO. Just like what I did during my old days in school, I would share my chocs with my friends when our eyelids nearly shut, and when our ears could't bear the lectures' says any longer.
I can still eat my roti canai here thugh my mom isn't here to buy me such. Instead of eating roti canai once a week at home, I eat roti canai almost everyday! (fad gmok!)

I can still enjoy my days though my dad isn't here with me (I really miss his jokes!!)

I can still talk to my mom as frequent as I want without stepping out to the public phone (wich requires a lot of energy). and the much much better is, I don't have to hide it like I used to during my old times in school)

I can still enjoy my bed here though it is not totally mine as I have my beloved bedsheet here,along with my comfortable comforter ( at least I can dream of my own room at home at night.hu)

I still have my evrything here : my mom,my dad,my sisters etc. But the difference is, I can never touch them. I can never see their eyes everytime I talk to them. The only reason for this is, they are in my heart, and thet will remain there forever...

PETRONAS EDUCATION SPONSORSHIP INTERVIEW

Recently i went for an interview in Universiti Teknologi Petronas,Tronoh,Perak.Being there for for the 3 days EDUCAMP was really an unforgettable experience for me.Here is where I mix with the chinese and indians(proud of this because I came from an all-malay school la.hu).The EDUCAMP was held for 3 days starting 10th DEC till 12th DEC.
I stayed in Etana(hostel for the girls.The hostels are named after the petroleum drilling fields of PETRONAS' in Sarawak.There were also Metana,Semarang,Duyong,Tembungo,Ruby ++++)My roommate was a TKCian so we talked about Seremban a lot.Haha!
That very first day,we were divided into groups at the Chanselor Hall and then walked to a nearby building.The groups were brought to rooms by the facis.In that room,my group was then divided into five(unluckily,I was the only girl in that group.Hu)My groupmates were Apit from MCKK,Fakhri from ASiS,We from Faris Petra n (i can't remember him) from STJ.Voila.We were all from SBP!Em..we had some simple presentations on that day.We also 'played' desert-survival game.In this 'game',we were given a list of items such as cosmetic mirrors,parachute,water,vodka,jacknife etc and what we had to do was rank the items according to what might be beneficial for us to survive in the desert.The lower the point we get,the better laa.I scored 40(which was the lowest mark among us,n i got 2 MENTOS for that.Haha!).Seemed like i was the only one to survive ;)
On the second day we had English Proficiency Test(EPT) in the morning,career talk in the evening and some other tests at night(Critical Reasoning and IQ Test).It was quite a tough test for me anyway.Hu
Tadaa..the big day finally came!!The day for the interview!!Let's see the chronology:
0930 : waited for the feeder bus
:in the bus(sat beside a girl from Kolej Yayasan Saad-a close friend of Acin's.What a small world!)
:arrived at Block D(special block for interviews)
:brought to a room for briefing
:brought to another room(Preparation Room) Here was where I first met my groupmate for the interview and again,I was the only girl!! My groupmate was Kana from KGV Seremban,Shamsul from SHAH PEKAN,and Syed from Sc. Sultan Mahmud.Shamsul applied for Chemical Engineeing,Syed applied for Business and both Kana and I applied for Petroleum Engineering.In that preparation room,we were given a study case(we have to object@agree with the recommended solution)
:Individual assesment
:Group assesment
1400 : TAMAT :D

My SPM

15th DEC : The most haunting moment finally came.Our SPM started with arabic(a subject which i worry the most.hu).Before we entered the examination hall,Shafiq lead the do'a and also the takbir..ALLAHUAKBAR!!ALLAHUAKBAR!!ALLAHUAKBAR!!This was what we had for our first week of SPM.
I can't remember well what we had in our second week,but i guess we had our bahasa,english,sejarah,mod maths and est.I didn't have enough time to write a perfect essay for my english paper1,But i managed to end the story laa.Dunno what to say for my est..sejarah n bahasa alsoo...
On the third week,we had physics,add maths,chemistry n quran sunah..overall ok laa...the least ok is my physics laa..hu
Fourth week,had biology and syariah..A happy ending story..That night we had some makan2.We bought KFCs,pizzas..snacks..heard that we've spent nearly 1K on that night..i cuwik some candies for alif sayang n tisya sayang..
Petang syariah tu,watched movie with wani n nadwa.watched DEJA VU.Really impressed by the storyline.A mental-challenging movie.daaaaa