Pages

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Saya sayang emak saya



Rindu mak datang lagi.

Baru beberapa hari lepas jumpe mak.. malam ni nak balik, makin rindu :'( tengah lipat baju, tetibe teringat mak yang tak penah cuti dari jadi isteri abah n ibu kpd 5 anak. Mak saye surirumah setiap mase, die tak kenal erti MC. Tak kenal erti sakit. Malah tak kenal erti penat. Lepas mengadu penat, disambungnya kerja lagi. Dialah chef, dialah engineer, dialah segalanya. Dalam 22 tahun ni boleh kira dgn sebelah tangan kegagalan mak sediakan sahur utk family. Dialah wanita yg paling kuat bagi saya.

Saya sayangkan mak saya sangat2. Walau beliau bebel camne sekalipun, saya tetap sayang. Mana saya nak cari ganti kalau Allah ambil dia dari saya. Mak saya kuat. Mak saya hebat. Pintalah apa2, tak pernah dikata tidak, selagi mampu diberi. Pintalah baju, esok dibelinya kain, dijahitnya pula. Pintalah kuih yang guna daun pisang, hari tu juga dia cantas daun pisang, hari tu juga kuih yang dipinta siap. Pintalah kari ikan, lekas2 dicapai galah, ambil kelapa, diparutnya pula, diperah jadi santan. Bila masakannya kelihatan simple, dipinta pula maaf pada kita, padahal dia tak tahu girangnya hati kita makan lauk simple tu.

Kita ada duit, sibuk dia bertanya duit kita cukup atau tidak. Kita tiada duit, digesanya abah bank-in duit pada kita. Malam hari sebelum tidur dia mengadu dia sakit kaki, esok pagi kita tengok cergas pula dia buat itu ini. Nampak kita asyik dengan laptop, dipesannya kita jangan lengahkan solat. Waktu ekonomi meleset awal2 kahwin dulu, abah kene berenti kerja, mak yang ambil alih tempat abah. Mak buat kuih untuk dijual. Mak tak kisah, yang penting ade rezeki untuk diberi anak2.Fitnah yang mengaibkan ditabur macam2 dulu sewaktu zaman mudanya. Tapi dikentalkan hatinya, dipekakkan telinganya, dilaluinya semuanya dengan tabah. Kerana dia tahu, dia tak bersalah. Tapi sekarang, dia menjadi orang yang dihormati oleh pihak yang menuduhnya macam2 dulu.




Itulah mak saya. Zainon Bt Hassan. Wanita yang melahirkan saya, membesarkan saya. Insan yang perlu saya taat pada katanya. Hebat betul 'kuasa' seorang ibu. Begita juga hebat sikapnya. Mampukah saya jadi seperti mak nanti? Saya mahu, semoga Allah berikan saya kekuatan seperti ibu saya.

Update 13 October 2011:


28 likes. Kira kalau saya pergi dulu dari mak saya, 28 orang yang pernah baca status saya ni, tolong bagitau mak saya betapa saya sayang dia sangat2, dan tiada siapa boleh ambil tempat dia di hati saya.

Thursday, April 28, 2011

Iffah Bt Suhaide

Subhanallah.

Kau berikan keindahan walau dalam kepahitan.

-------------------------------------------------------------------


Tadi Kak Ida call. Cakap baby die dah selamat keluar. Baby perempuan :') Panjang sejengkal, cukup sifat dah. Subhanallah. Aku terkesima membayangkan ciptaan Tuhan sepanjang sejengkal, cukup sifat yang mendiami perut ibunya selama 5 bulan. Memang sengaja Allah menduga kami, agar kami sedar akan kebenaran ayat2-Nya dalam Al-Quran. Betapa berkuasanya Dia untuk mencipta dan mematikan. Betapa berkuasanya Dia mencipta sesuatu dari benda sekecil zarah, yang kemudiannya membesar menjadi sejengkal. Betapa kecilnya zarah itu, tapi mampu untuk membentuk sesuatu yang tak pernah mampu kita cipta dengan tangan sendiri. Subhanallah. Saiz sejengkal itu pun aku dah cukup terkesima.

Allah menarik Iffah dari kami bukan suka2 untuk beri kami kesedihan. Pasti ada sesuatu yang mahu disampaikan-Nya. Redha dan tabah, itulah yang mampu kami lakukan sekarang. Itu yang terbaik untuk Iffah. Terima kasih Ya Allah untuk pinjaman ini walau sementara. Jagakan Iffah untuk ibu dan ayahnya di sana :')

Friday, February 25, 2011

I rili rili love my adik!

Date: 28th February 1996
Location: 1 Seraya, SK Kempas

Waktu tu kelas Cikgu Asri. Aku duduk kat tempat paling depan, sebelah pintu. Tibe2 ade orang ketuk pintu, jalan ke arah Cikgu Asri yang tengah mengajar.

ABAH??

Entah ape Abah cakap ngan Cikgu Asri, tapi Abah terus pegi kat meje aku, cakap "Jom balik. Kite tengok Adik"

ADIK? Bukan ke Adik tu haku? Blank di situ.

I packed my things up, and followed Abah. Pimpin tangan Abah. Bangga jalan sepanjang kat koridor kelas tu, dalam hati terdetik

Aku nak balik dah niiiii. Korang duduk la diam2 kat sekolah okee! Peeeace!

Pastu singgah rumah jap sebab hantar beg sekolah, pastu naik motor Yamaha hitam JDG Abah vrooom vrrooom pegi hospital. Motif pegi hospital tak jelas sangat waktu tu. Kabur lagi.

Lokasi: Wad hospital

Aku nampak mak duduk atas katil orang sakit tu n ade 'bakul' transparent kat sebelah mak. Aku pun jenguk la. Eh, ade baby! Maka dari saat tu lah aku tau yang pangkat Adik aku tu dah jatuh kat budak kecik dalam 'bakul' tu.

Nasib baik kau comel, budak kecikkk!

Pastu aku mengada2 selak kain putih yang balut die, aku nampak benda separa pejal warna coklat seraya menjerit

Makkkk die berakkkkk!

Tengok? Dah nampak dah sikap bertanggungjawab aku sebagai seorang kakak di situuu. Wahaha. Tapi walau macam mane punn, aku sangat happy dapat adik baby waktu tu. Boleh cakap satu sekolah tau aku dah jadi kakak sebab aku dok usung ke sana ke mari gambar adik aku. Haha. Sampaikan dalam van bile ondewei balik dari sekolah pun mampu je aku tunjuk abang driver van tu gambar adik aku. "Abang, tengokla. Ni adik sayee". Haha sweet tak sweet takkk?




Maka bermula dari 28 Februari 1996 tu bermulalah hidup aku sebagai seorang kakak kepada Siti Nur Adibah Salleh. Oh ye, name die memang pelik sikit dari aku. Aku Nurul, die Siti. Aku ingat lagi waktu nak pilih name untuk die, Abah nak name die ade IRA tapi kene bangkang dengan nenek belah mak. Wahaha aku bersyukur sebab name IRA tu kene reject waktu tu sebab bile tengok keadaan die yang sekarang ni, sangatlah tak sesuaiii dengan name tu. IRA tu sesuai untuk wanita yang ayu tapi adik aku ni tak ayu, so kite kene bagi name yang boleh kasi gegarrr satu duniaa maka jadikla DIBA. Harhar


Photoshoot dalam rumah. Cool tak?

Dulu waktu umur dia dalam 2 minggu macam tu, ade skali tu mak aku masak sambal udang. Sodap yo. Maka makan lah sume orang kat dapur. Tapi disebabkan aku ni terlalu sayang kat Si Adik ni, maka aku pun berkorbannn la untuk setia menemani adik (padahal mak aku tak suruh punn haha). Tetapi. Aku jelas merupakan seorang kakak yang menyayangi adik, yang mahu adiknya sama2 merasa keindahan ciptaan (masakan) mak. Maka aku calitkan sikit sambal udang tu kat mulut diee. Pelagiii maka meraung laa baby tu! Mak aku cepat2 datang kat kitorang, mak aku tanye nape, aku jawab "Nor bagi die sikit sambal tu" - MENGUCAP PANJANG MAK AKUUU! HAHA - aku pun buat muke 'oh, baby tak boleh makan sambal ye mak?' - HAHA



Alolo cuwitnyee dua beradik nii



Bila da hepi sangat dapat adik, dalam rumah pakai baju tidur pun sanggup je bergambar!



Topi yang die pakai tu merupakan topi aku waktu kecik2 duluu. Harhar. Tapi sekarang dah hilang di bawah pemerintahan die.



Lokasi: Ipoh. Waktu kakak aku kawin, die jadi flower girl. Bajet sweet sangat :P


Sekarang budak kecik yang bajet sweet ni dah Form 3 dah. Tak sangka aku. Kat sekolah die join band, main bende tiup2 E-Flat Horn name die. Aku macam bangga kejap dengan pencapaian die memandangkan kakak die ni suke muzik tapi dungu tak reti main pape. Tu lah, abah tak nak hantar aku kat kelas muzik dulu. Koman2 dapat main kompang pun ok jugak bah~ Ni takat main O2 Mania je.. malu laa nak cakap kat kawan2 Nor pandai main O2 Mania bah~


Budak sewel buang tebiat miahaha


Adik aku sorang ni cool je orangnye. Bile part dengan kawan2 lelaki, die blur semacam. Err dengan kawan pempuan pun die blur jugak. So, tahap ke'blur'an die agak kritikal. Tapi, aku sebagai kakak die yang selalu meninggalkan rumah, asal aku balik je, aku mesti buli die. Macam;

Aku : Dibah, dibah buat air milo sedap kan~~

Dibah : Haaa yeee. Nak suruh buat laa tuuu.

Aku : Hehehe

Takpun,

Aku : Dibah, Kak Nor jarang balik rumah kannn. Mari berbakti kat Kak Nor. Tolong iron baju nihh.

Dibah : Haaa iyeee. Kejap.

Baik kan adik aku ni? :D :D So sempena birthday die semalam, aku tulis entry ni spesel untuk diee. Hehehe. Happy 15th Birthday beloved Adik!


=)

Sunday, October 24, 2010

Atok Saya Memang Lucu


Semalam saya naik binatang merah ekor putih yang boleh terbang macam dalam gambar tu. Orang cakap binatang tu nama dia kapal terbang. Saya tak nak percaya sebab rupa dia tak macam kapal pun. So saya nak panggil dia binatang merah. Nape binatang merah? Sebab bagi saya, ape2 yang kite tak pasti general name die, kite boleh panggil die binatang.

Ok sambung cerita.

Pastu dalam perut binatang merah tu saya duduk sebelah seorang penumpang yang lebih kurang macam pakcik lah jugak. Ondewei dalam binatang merah tu, pakcik tu bukak laptop. Die bukak muvi. Tengok2, die bukak cite Prince of Persia. Wow, pakcik ni berdarah muda lah. Bagus. Borak punya borak, rupanya pakcik tu keje kat Brunei. Borak punya borak, rupenye die orang sekampung je dengan Mak saye. Mak saya orang Parit Besar kat Rengit tu ha. Polahai, kecik betul dunia ni kan.

Ok habis cerita pasal dunia kecik. Nak sambung cerita pasal nenek saya.



Nenek saya seorang Fatimah maka nama dia Fatimah. Beliau merupakan seorang pesara guru dan kini berusia 98 tahun (2 more years to go atok! nanti kite boleh panggil paper claim umur atok dah 100 tahun. nanti saye boleh tumpang muke masuk paperrrr!!). Saya nak kongsi dengan pembaca sekalian cerita2 perihal atok saya ni.

Kisah 1 : Atok dan telinga
Kalau nak cakap dengan die, kite kene jerit kuat sebab atok saya ni ade masalah pendengaran. Dulu pernah pakaikan die alat bantuan pendengaran tu, tapi die cakap "ahh aku tak suke pakai bende ni" pastu die pun tak pakai benda tu. So salam erti kata lain, dia rela jadi pekak. Dalam rumah ni, sayalah yang paling malas nak cakap dengan atok saya ni sebab kalau saya jerit, die tak pernah dapat dengar apa yang saya nak cakap. Dan yang paling tabah untuk berbual dengan beliau adalah adik saya. Kalau adik saya cakap, panjang perbualan mereka jadinya. Kalau saya berbual dengan dia, OOOO die je lebih. Ikut kebiasaan, kalau atok cakap OOOO lepas kite cakap something kat die, tu maknenye die tak dengar betul ape yang kite cakap.

Kisah 2 : Atok membaca buku sains
Hobi beliau merupakan membaca. Pernah sekali tu, adik saya study sains dekat2 dengan atok saya ni (atok saya atok adik saya jugak) pastu dia baca buku teks adik saya. Dia belek2 buku tu, dia cakap "Heh buku ape ko bace ni. Aku tak paham". Sian atok.

Kisah 3 : Atok dan kain lap Dibah
Saya memiliki seorang adik dan nama dia Adibah. Adik saya sekarang Tingkatan 2. Di sekolah, die join band sekolah. Die main BINATANG ape tah yang kene tiup2 sampai meleleh air liur tu. Pastu adik saya memiliki sejenis kain khas yang spesifik digunakan untuk mengelap air liur die yang meleleh2 kat BINATANG TIUP2 tu (mati aku kalau adik aku baca nih. haha). Ade satu hari ni, adik saya mendapati bahawa KAIN LAP AIR LIUR die tu hilang. Pastu tak lame pastu, die dengar atok buat suara untuk buang kahak die tu. Tengok2, atok pegang KAIN LAP AIR LIUR yang adik saya punya tu. Tenang dan innocent saje muke atok saya tu buang kahak dekat kain tu. Adik saya cakap, dia takkan sentuh kain tu lagi pasni.

Kisah 4 : Atok dan tali pinggang Dibah
Adik saya memiliki seutas tali pinggang. Dia sangat teruja nak pakai tali pinggang tu untuk pergi ke Band Party semalam. Pastu ade satu hari ni, dia mendapati bahawa tali pinggang dia tu hilang. Cari punya cari, tak jumpe. Siap cari depan atok tu lagi. Tapi atok ni tak tau yang Dibah tengah cari tali pinggang. Pastu ade satu ari tu, adik saya masuk bilik atok saya. Tengok2, molek saje atok tengah bukak tali pinggang tu dari kain die. Adik saye pun cakap lah "atok!! tu tali pinggang dibah!!" maka atok saya jawab "hehhh aku suke pakai bende ni!! Kain aku tak lucut!" hahahahh. Saya pun tanya la adik saya, "tali pinggang ape yang atok pakai tu?" dan adik saya jawab "Tom's Girl". OH MY GOD.

Kisah 5 : Atok, gam dan sofa baru
Mak saya baru beli sofa baru untuk atok landing2 depan TV sebab kerusi yang sebelum ni koyak2 dah. Tapi, atok ni asyikla duduk kat sofa lame tu. Bile tanye nape duduk kat sofa lame, die cakap "Aku tak suke kerusi tu. Kalo aku duduk, die nak jatuh aje"

Atok saye memaksudkan bahagian A yang saye letak dalam gambar atas ni yang selalu jatuh bila duduk. Pastu tadi, die keluar dari bilik die, die bawak gam keluar dari bilik die. Die cakap "Zainon, nah. Ko gam kerusi tu gune gam ni". Mak saye tengokla gam ape yang die bawak, rupenye gam tu adela gam yang die gune untu lekatkan kertas yang kale jernih tu.

Persoalannye sekarang, NAPE ATOK SAYE NI COMEL SANGAT?

Sunday, May 23, 2010

Gambar anak anak bersaudarau







Nak tau takkkkk
Saya sudah berkali2 tulis pendahuluan entri tapi lastt2 saya backspaceeee pastu deleeeete
Tapi nah laaa saya letak gambar sahajaww




Ni keadaan meja saya dekat library tym musim exam sekarang. Ada satu buku tebal, dan satu buku nipis. Yang mana, buku nipis tuu.........



....... adela buku cite The Gingerbread Man. Phewwhhh kalau sudah bosan dengan benda2 berilmiah, memang seronok lerr bace buku2 cite kanak2 niii



Ni kad good luck buatan tangan saya untuk rumet waktu final exam sem lepas. Pergilah klik dan tengok besaw2 ape yang saye tulis dalam kad ni. Sius, pegi tengok.

Pastu, rindu kat budak2 ni. Ni gambar diorang tym kecik dulu. Comel sangat, buat aku rase nak nangis tengok :'(


Boleh panggil die Aliff. Muhammad Aliff Haikal.


Abang ngan adik. Kau rasa nak menangis tak?


Tsskkk rasa macam nak gomol2 je.


Aliff dengan aunty diba.


Sekarang diorang dah ade adik. Ariff pulak namenye :)

Ariff main buai ngan mak nye.


Aliff sangat suka pose bercekak pinggang macam ni. Kejap eh, tengok lagi 1 gamba die ngan pose ni.







Tengok gambar yang ni, aku rase aku nak propose die jadi boyfren aku foreverrr tapi aku dah terjadik makcik die pulakk :'(

Wednesday, April 07, 2010

Saya terkenang zaman dulu2

Zaman di mana saya mabuk cinta dengan buku.

Saya seorang mahasiswa yang tak lah maha sangat. Siswa biasa2 je. Dari segi pelajaran, saya cenderung untuk menjadi 'believe what you read' maka itu saya boleh lah dikategorikan sebagai 'book-person'. Sedari kecil abah suka membelikan saya buku2 tambahan, lebih2 lagi buku cerita dan ensiklopedia. Dan sebagai permulaan, saya belajar membaca menggunakan siri Say-the-Sound. Saya sukakan buku ini kerana ianya mudah, ringan dan bergambar menarik. Saya suka :)


Dan seawal umur 6 tahun itu jugalah abah gunakan buku2 cerita dan pelbagai jenis ensiklopedia sebagai medium pengajaran bahasa inggeris. Dan setiap hari, kami sama2 akan belajar menggunakan buku itu selama 1 jam. Setiap bait kata dalam buku2 tu saya perlu baca kuat2 dan seterusnya terjemah ayat tersebut. Bagi setiap perkataan baru yang saya kenal, saya akan catat dalam 'kamus' tulisan saya sendiri.

Disebabkan saya selalu didedahkan dengan pelbagai jenis ensiklopedia dan buku cerita, berikut merupakan pencapaian saya waktu tu:

- Saya mengenali Galileo Galilei, Isaac Newton dan Thomas Edison waktu umur 8 tahun. Saya kenal Galileo sebagai seorang yang kata bumi berputar pada paksi mengelilingi matahari. Saya mengenali Newton kerana teori 'epal'nya dan Edison kerana mentol ciptaannya. Dan lagi, ramai lagi nama2 saintis yang saya hafal beserta dengan ciptaan mereka. Kenapa hafal? Saya sangat kagum dengan mereka! Dan saya juga tahu middle name Thomas Edison waktu tu :) Alva. Alva.

- Saya mengenali nama2 planet. Dan, juga hafal. Tapi bila masuk darjah 4 atau 5 entah, belajar pasal planet, saya pelik kenapa nama planet dalam bahasa melayu dan inggeris sangat lain? Saya mula menyalahkan buku teks kerana salah tulis nama planet. Haih

- Darjah 6, saya mula bawa keluar ensiklopedia astronomi saya pada waktu malam dan duduk di luar rumah untuk memerhatikan persamaan antara lukisan dalam buku dan juga bintang di langit. Kenapa? Mahu cari buruj biduk dan belantik! Dan ditemani abah semestinya!

- Saya baca hasil tulisan Charles Dickens yang bertajuk Oliver Twist dan David Copperfield waktu darjah 4. Sampai sekarang saya jatuh cinta sama itu penulis dan penulisan. Saya pernah cuba untuk baca hasil penulisan William Shakespeare milik kakak saya.. play Macbeth tu.. tetapi, har har har. Level bahasanya terlalu tinggi bagi saya waktu tu. Saya tak faham (^.^)


Tetapi ilmu yang saya terima waktu kecil bukan bersifat duniawi semata2. Saya ada mak yang mengajar saya mengaji. Sedari iqra' hingga khatam, mak yang ajar :) Waktu mula2 belajar iqra' lebih kurang umur 7 tahun, saya rasa semangat. Seronok sangat2. Kalian pernah terasa macam tu tak? Dan bila mula masuk belajar Quran, macam2 perangai saya datang. Ada masa saya hati2, ada masa saya main2. Dan bila datang angin main2 saya tu, konpem lah kena marah kaw2 dengan mak. Dan 5 minit selepas dimarahi, semestinya saya mengaji dalam keadaan sedu sedan.

Tapi saya tak boleh lupa bila saya khatam Quran buat kali pertama. Darjah 3/4. Waktu tu malam, abah belum balik kerja. Dan mak pula semangat suruh saya khatam malam tu jugak, sebelum abah balik. Berusaha punya berusaha, maka khatam lah saya malam itu. Dan, bila abah balik, mak pun cerita kat abah yang saya sudah khatam. Cepat2 abah cium saya. Abah kata, "Bagus anak abah". Dan itulah ciuman abah yang pertama yang saya rasa sejak saya mula boleh simpan memori sendiri. Ciuman kedua abah lepas tu hanyalah 7 tahun selepas itu :') Itu pun lepas saya minta. Saya tak malu waktu tu, saya cakap "Abah kena kiss nor dulu". Dan sampai hari ni, ciuman tu masih berkesan di hati ini :')

Malam ini saya menulis sebenarnya kerana saya rindu mereka yang mendidik dan mengasuh saya. Mak abah. Saya rindu mereka :'(


Permata hati saya. Emak yang selalu berkorban macam2 untuk anak2, abah yang berkorban segalanya untuk mak. Mari saya cerita sikit. Waktu mak mengandungkan adik saya, doktor cakap mak saya mempunyai risiko tinggi sebab mengandung lewat usia. Doktor kata, nyawa mak saya 50-50. Doktor kata mak saya tak boleh buat kerja berat. Tapi abah saya sayang mak saya dan juga bakal zuriatnya. Maka abah lah yang melakukan semua kerja rumah waktu mak mengandung 9bulan tu sampailah saya bergelak kakak. Sweet kan mereka ni :') Bila fikir kisah ni, saya tak kisah bila abah kadang2 ego :')


Waktu kakak saya menikah. Mak abah mungkin risau, cukupkah didikan yang diberi untuk dilepaskan ke tangan lain.. Jadi sekarang saya nak mak dan abah tau, didikan mereka sudah lebih dari cukup. Dan kami adik beradik tidak pernah berebut kasih sayang. Sekarang usia saya sudah menginjak tua, tiba giliran saya untuk memanipulasi segala didikan mak abah dulu. Dari mengaji sampai baca buku. Dari kepentingan belajar sampai beramal.


Kadang2 saya rasa abah saya ni makin tua makin comel :) Saya suka senyuman abah saya :)


Tapi bila nampak senyuman tak manis dari abah saya, itu maknanya dia bergurau. Abah saya ni boleh tahan hebat menyakat orang :) Waktu ni saya puas cakap "abah, kite amek gamba same2 eh". Tapi dia sengaja buat muka camtu. Kononnya nak rosakkan gambar dengan buat muka ala2 samseng. Tapi, abah tak tau. Saya tak pernah kisah itu semua :')

Mak, Abah,
Terima kasih banyak2. Nor sayang mak abah sangat2. Untuk balas jasa mak abah, banglo RM10 juta pun takkan cukup. Benda yang paling layak untuk mak abah hanyalah syurga. Nor tak mampu belikan mak syurga, nor tak mampu binakan syurga untuk abah. Tapi nor tau, nor adalah 'kunci' untuk mak abah ke syurga. Nor tak nak jadi orang lain melainkan kunci untuk mak abah ke sana. Sebab nor tau, itulah tempat paling layak untuk mak abah..
Sekian.

P/S : Kalau2 saya pergi dulu dari mak abah saya, tolong sampaikan isi entri ni pada mereka ya..

Sunday, December 27, 2009

A visit and A tragedy

Yesterday was great.

Setelah seminggu duduk dekat UTP ni buat kerja robot, aku mintak cuti dari leader kami untuk bercuti sehari semalam. Heheh. Alang2 akak aku balik Ipoh untuk melengkapkan Krismas famili abang ipar aku, so ape salahnye kalo aku mengisi kesunyian aku sendiri kan kan?

Heheh. Maka bertolaklah aku ke Ipoh menaiki bus dari Tronoh. Gile gagah aku berjalan dari V3 ke vus stop kat luar UTP tuh. Ade dekat 40mins punya perjalanan lenggang kailan. Bile da sampai bus stop, ofkosla aku duduk. Penat do. Tak sampai pun 10mins aku dodok, bus Tronoh kale ijau tu pun sampaiii

Lebih kurang camni la rupe bus kat Ipoh ni. Ni la rupe antara bus yang paling elok kat Ipoh ni.

Dengan tambang berharga RM3.30, aku pun sampai di stesen bus Ipoh dalam masa 40mins. Call akak aku tak berangkat, aku pun mengambik keputusan untuk menunggu akak aku kat Jusco Kinta City. Tambang untuk ke Kinta city dari stesen bus itu adela RM1.60 (Kinta City adela sebuah shopping mall di Ipoh ni. Kalau aku tak letak Kinta City, cakap Jusco pun takpe. Sebab ade SATU je Jusco kat Perak ni haha)

Dalam perjalanan ke Kinta City tu, lalu Stesen Ketapi Ipoh.

Stesen Ketapi Ipoh

Stesen ketapi ni dekat dengan balai polis. Dekat2 dengan kawasan yang disebutkan ni, ade tanah lapang yang takdelah lapang mane. Kete eksiden je banyak kat situ. And ade satu bangkai kenderaan yang menarik perhatian aku.

Bangkai yang terhasil dari kejadian ini. (Gambar dari Bernama)

Ramai orang yang mengelilingi bus tu. Aku sebagai insan yang bangun pagi terus gosok gigi dan bersiap untuk ke Ipoh pagi tu, tak sempatlah aku nak mengusha bharian. Aku tak tau ape yang aku miss. Dalam hati aku berkata

"Isk isk isk. Ni konpem paling kurang sorang mati ni. Isk isk isk"

Dan perjalanan diteruskan sambil fikiran melayang memikirkan nasib penumpang bus tu. Belum pun sampai kat Kinta City tu, akak aku da tepon. Dalam hati aku berkata

"Mesti gelabah akak aku ni"

dan memang betul, akak aku gelabah sebab aku call die tak angkat. Aku pun kata

"Rilek rilek. Nor da nak sampai da ni. Nanti jumpe kat sini ok"

Ok, dan aku pun turun bus. Singgah McD beli makanan fevret aku kat situ, apple pie wal-lah. Aku beli 2 ketul. Bagi RM10.20 kat akak yang jaga mesin duit tu.

"Dik, takde lima hinggit ke?"

Aku pun hempas tangan aku kat kaunter tu, cakap camni kat akak tu

"Dah kire baik saye bagi doposen tu kak! Kalo saye bagi RM10 tu maknenye tu je la duit paling sesuai saye rase saye boleh bagi akak! Akak nak duit lain ke? Nah amek kau seratus" sambil menghulur RM100 kat kakak tu. Aku pun gelak sorang2 sebab begitu tinggi khayalan aku mempunyai duit sekeping RM100 bawak pegi IPOH kah kah kah. Khayalan khayalan. Rekaan semata mata. Sume orang tau Fad baik hati tak reti nak menengking orang macam tu. Kah kah kah

Dan aku pun terus menanti kehadiran akak aku. Tak lame pastu akak aku pun muncul. Tadaa! Dan kitorang pun melilau2lah dalam Jusco tu. Walaupun sekarang nga sale, satu bende hapak pun tak menarik minat aku. Takde pun aku dengar baju baju kasut kasut memanggil nama aku dan menjerit "Fad fad! Aku kat sini! Aku murah! Murah! Beli aku!". Agaknye barang2 tu sume dah hilang suara sebab banyak sangat menjerit dalam musim sale gini. Kesian kesian..

Dan setelah bosan, kami pun pulang ke rumah famili abang ipar aku. Jauh rupenye umah abang ipa aku tu ngan Jusco. Punyela aku ingat dokek je.. Kesian akak aku kene amek aku jauh2. Isk isk. Takpe2, pasni nor tak wat camtu lagi eh kak nim..

So, kat umah tu first time la aku tengok pokok krismas dalam umah. Comel je, tak gabak macam dalam cite omputih nuu. Buek sampah jo letak pokok gedabak dalam ghumah. Buat umah dalam hutan takpe, tapi jangan bawak hutan dalam umah naa. Ingat pesan tok ni. Keh keh keh. And kat umah tu sume famili abang ipa aku ade, kecuali Leo, adik die yang laki n wife die. Raya kat umah wife die agaknye. Aku cakap SUME ni, bunyinye macam ramai je kat umah tu kan. Padahal abang ipa aku ade 3 badik je. Sorang takde, 3 tolak 1 same dengan 5 tolak 3 kan kan? So tinggallah 2 je.

Anak sedara abang ipa aku ni pulak, alahaaiiii. Geram sangat tengok keletah die! Tak reti duduk diam, tapi comel. Kalau akak aku n aku ajukan muke masing2 kat die, die mesti pilih nak cium aku. Kah kah kah. See, everybody loves Fad kah kah kah.

Dan malam tu, kami ke open house membe abang ipa aku ni. Kalau waktu Indian Night kat UTP dulu aku tak boleh telan nasi die, nasi kat open house ni boleh la aku telan dengan lahapnye. Sedap sedap. Yang klakanye, tuan open house ni sorang lecturer. Time nga berborak, bile die tau aku ni blaja UTP, die tanye aku "Kenal tak .......?" Aku terdiam. Aku jawab "Kenal kenal. Heheh" Heheh tu membawe makne aku pernah buat 'dose' dengan lecturer tu. Skali lecturer aku tu kenal pulak ngan membe abang ipa aku ni kan. Haih memang parah la. N akak aku dengan murah hatinye tolong tambah lagi "Die pernah kutuk lecturer tu dalam blog die! Pastu lecturer tu jumpe pulak blog die!" Dan membe abang ipa aku tu pun kate "Student nowaday aaa, kalau tak puas hati sume tulis kat blog". Kaget aku jap. Aiyo abang ni, salah paham pulak. Manede tak puas ati bro.. aku tulis pasal lecturer tu sebab aku puas hati sangat2 ngan die.. huh

So itulah ceritanya cuti sehari aku kali ni. Best bile ade dekat ngan famili ni kan. Thanx to famili abang fir yang buat aku macam famili seniri. Terubat hati walaupun berada jauh di rantauan.. (Rantauan la sangat kan)

P/S : Bapak abang ipa aku ade pegi tengok bangkai bus tu, die kate, boleh nampak cebisan2 daging kat bus tu. Sisa otak pun ade. Aku terdiam.

P/SS : Aku rase kalau bus tu adela sebuah bus biase, n bukan double-decker, aku tak rase kemalangan tu akan jadi seteruk tu. Yelah, untuk bus double-decker, lower-decknye tu lagi rendah dari bus biase. Tu yang bile langgar penghadang boleh 'sapu' penumpang skali tu.. Betul tak? Ape2 pun aku ucapkan takziah pada keluarga mangsa. Sesungguhnya bukan senang nak terima kehilangan keluarga yang disebabkan hal2 camni. Semoga Allah melindungi kita semua. Amin

Saturday, December 26, 2009

It's the Anniversary Again

Hari ni ade 2 anniversary terpenting. Satu, it's mak & abah's and it's their 35th anniversary I guess. Alhamdulillah, berkekalan perkahwinan mak & abah walaupun banyak cabaran dan dugaan yang datang. Tapi tu lumrah orang berkahwin kan? Tapi aku salute hubungan mak & abah ni. Nape?

Mak & abah kenal sebab mak dulu kerje sebagai seorang maid, yang mane majikan mak waktu tu adela kawan abah. Dan bibit-bibit percintaan bermule bile abah datang uma uncle tu. Yolah, jatuh hati sebab masak pandai, menjahit pandai, mengemas pandai. Haih. Serba serbi pandailah. Dan lepas kawin, abah tak kasi mak keje. Dan bermulelah episod perjuangan abah demi mendapatkan sesuap nasi untuk famili die. Dan dalam 35 tahun perkahwinan tu, mak & abah dikurniakan 5 anak pempuan. Abah memang hebat, sebab walaupun berjuang mencari rezeki sorang2, kami tak pernah rase kekurangan. Abah bagi lebih daripada ape yang kami perlukan. Kalau makan sepinggan nasi dah cukup, petang tu abah belikan aiskrim pulak. Esoknye beli susu kotak. Kadang2 abah beli air sedap dalam botol comel kale kuning tu. Entah ape name, aku pun tak ingat. Senang cakap, kami cukup diberi makan, dan bile ade rezeki lebih abah gembirakan kami.

Mainan aku, tak pernah aku rase tak best. Aku nak pedang, aku dapat. Aku nak figures Power Rangers, aku dapat. Aku nak topeng, aku dapat. Aku nak game, aku dapat. Tapi yang ni abah bagi syarat, boleh main time wikend je. Huhu. And penah jugak, ape yang aku tak mintak pun aku dapat jugak! Yaitu sebijik kete mainan.. Huhuhu. Sian abah. Desperate sangat nak anak laki sampai sanggup die belikan anak pempuan die kete mainan. Sangatlah tak feminin aku waktu kecik2 dulu sampai abah ingat aku mesti suke kete mainan tu. Huhu. And mainan paling best yang abah belikan, yaitu sekotak Lego. Bukan kecik abah belikan! Abah beli yang 400++ pieces punye! Mak ehhh. Aku betul2 kecapi nikmat waktu zaman kanak2 dulu. Kalau perform dalam kelas, die bagi surprise. Penah skali tu time darjah 2, aku tekejut bukak2 lampu bilik, nampak ade jam Minnie Mouse kat atas meje. Tekejut beruk, tekejut eksaited. Tapi bile aku tanye abah sape yang belikan, die tanak ngaku. Haha. Wat lawak comel pulak abah time tu. Tapi aku tau la, abah yang belikan. Sebab takde orang lain pun dalam uma tu melainkan aku, mak & abah n adik aku.

Mak pulak, setia menguruskan hal2 rumah. Mak jaga kebajikan kami sume kat rumah. Mak tak pernah cuti, tak pernah lalai. Mak stat kerje dari pukul 6 pagi, sampai 12 malam. Mak kerje 18 jam sehari, and die tak pernah merungut, tak pernah mintak cuti dari abah.

(kesat air mate jap)

Tapi setelah kerje 35 tahun dalam rumahtangga yang dibina bersame abah, pangkat n pengalaman mak makin lame makin naik. Mule2 kawin jadi teman setia abah, jadi tukang masak dalam rumah. Bile da ade anak naik pangkat pengasuh (seperkara yang aku bangga dengan mak aku, tak ade sorang pun dalam adik beradik kami yang dihantar ke tempat mengaji. Mak lah yang mengajar dari alif ba ta sampailah kami khatam). Bile anak2 da besar, da gatal nak kawin, mak lah yang jadi wedding planner. Tapi yang aku kagum, mak aku lately ni macam dah upgrade jadi engineer rumah tu pulak. Kalau rumah kitorang ade masalah yang berkaitan dengan engineering, mak aku boleh setelkan. Paip dapur wat hal, mak tak tepon plumber. Mak jugak lah yang godeh sendiri paip dapur tu sampai dapat berfungsi dengan baik. Kalau skru tercabut, die lah yang sibuk cari screwdriver. Segala jenis screwdriver dan exact location screwdriver tu die tau. Haa kalo ade sesape nak lawan keserbabolehan mak aku, boleh isi borang kat bawah ha. Baju kurung kami, 90% mak yang jahit. Bab makanan, walah. Kau nak ape? Pernah try makan roast chicken mak aku buat? Huh aku rase sebab roast chicken mak aku lah aku penah makan Kenny Rogers sekali je seumur hidup (bukan sebab aku papa kedana! haha)



Ni hati lembu roast aa. Dan ia merupakan nikmat rumah dan nikmat duniawi semata2


Kalo aku kawin, aku berangan laki aku yang drive aku pegi mane2. Tapi Mak & Abah tak. Mak lah yang drive Abah kalau Abah nak ke mane2 yang jauh. Kalau dekat, Abah naik motor je. Tak ke comel gitu? Abah beli kete so that Mak boleh drive, as he can't drive. Tak ke comel gaban mak bapak aku ni?

Abah panggil mak 'Zainon'. Mak panggil abah 'abah'. Ni untuk kes teriak2 la. Kalo untuk cakap2 bese gune I You je. Tapi penah jugak dengar mak teriak abah dengan camni : "Yoooouuuu!! Oo youuu!! Ni ha, tepon!" Haha macam comel gitu 8-)

Itulah 0.00001% kisah Mak & Abah aku yang menjadi kekaguman aku. Kisah mereka merupakan sebuah lagenda; unik, tiada tandingan. Dan hari ni aku nak ucapkan :

Happy 35th (kot) anniversary, Mak
Happy 35th (kot) anniversary, Abah

Nor sayang Mak, nor sayang Abah. Takde orang lain dalam dunia ni yang nor akan panggil mak & abah selain Mak & Abah sendiri. I only have one Mak & Abah. Dengan segala jasa Mak & Abah yang da mak berikan kat keluarga ni, nor doakan hidup Mak & Abah dirahmati Allah selalu. Itulah yang paling layak untuk Mak & Abah dapat dalam hidup ni. Pengorbanan Mak & Abah selama ni, tak mampu untuk kami si anak2 balas. Takkan pernah cukup.

P/S : Hari ni anniversary aku dan Fitri jugak. Kali ni yang ke-4. Alhamdulillah, we both make it this far. Semoga hubungan kite ni tak sia2, diakhiri dengan ikatan yang sah. Boleh cipta lagenda kite sendiri yang unik, macam Mak & Abah. Love you sayang. Always..

Monday, December 21, 2009

Jom Main Cak Cak Kebumbum

Cak!

Cak!

Cak kebumbum cak cak!

Tarakucaca pang pang!

Kedondon parapap!


Itu senaman untuk memperbaik (tatabahasa yang betul) sendi2 jari yang sudah lama tak menaip. Rasanya dah cukup walaupun senaman (pendek) itu belum cukup untuk melatih jari2 yang sudah lama dimanja dibelai ni.

Anyhow, korang tanyelah aku ape aku buat cuti ni kat rumah. Berikut merupakan antara jawapan aku :

1) Makan roti banyak2.

2) Dalam banyak2 kali ade sekali je aku miss dinner

3) Menambah berat badan sebanyak (sesikit) 5kg dalam mase 3 minggu. Kahkahkah. Pelanggan Dr Rozmey sibuk buat testi "Saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 3 minggu" aku buat testi "Saya berjaya menikkan berat badan sebanyak 5kg dalam masa 3 minggu". Bagus

4) Dalam mase 4 minggu aku pergi eksesais 2 kali je. Buktinye aku letak kat bawah nanti.

5) Dalam banyak2 rumah kawin aku pergi 1 je. Best buddy zaman kecik2 da kawen do!

6) Bergonjeng gonjeng dengan membe2 sekolah. Tahap gila gila punye best!

7) Aktiviti deting mendeting dapat dilakukan 2 kali sahaja. Satu di Melaka satu di Batu Pahat. Satu di JB tak dapat dilaksanakan kerana kesuntukan masa. Kesian kesian

8) Sambut ulang tahun hari kejadian diri ini sekali harung dengan hari kejadian mak.

9) Melakukan marathon di atas katil. Hoi ko pk ape? Aku marathon untuk katamkan Prison Break aku yang da bertangguh sejak sekian lama. Baru sekarang dapat habis. Bagus

10) Tak sempat blaja masak haha

11) Tak sempat praktis driving haha


Macam biasalah, untuk fast update kite letak gambar banyak2 eh.

Aktiviti I

Tema aktiviti : Kau & Aku & Sekalian Alam
Deskripsi aktiviti : Setelah berbulan-bulan tidak ketemu, kami merancang untuk bersama selama sehari. Demi mematuhi tema pendetingan kali ini, kami memilih untuk melawat zoo. Maklumlah, sedara mara dia ramai kat sini. So bagusla tu kan ziarah menziarahi sesama makhluk.
Lokasi : Sekitar Melaka


Ni sedara dia dari keturunan Enggang.


Ni pulak sedara dia dari keturunan kucing. Dan saya sedang berlatih untuk beramah mesra dengan sedaranya itu. So nanti waktu berbual takdelah kekok. Hehe


Bukaklah mate tu besar2 sikit yang. Kate visit sedara mara. Hishh. Pape pun ILU hehehee



Aktiviti II


Tema aktiviti : Mari Berkahwin dengan Rasa Kecintaan Teramat
Deskripsi aktiviti : Sang Perempuan (Aimi) dan Sang Lelaki (Bayam) sudah menjalin kasih sejak di bangku sekolah pertengahan (menengah) lagi. Mereka memilih tahun 2009 untuk menjalin kasih serapat-rapatnya agar jadi macam ketupat sukar diurai. Nurul Fadhilah (aku tak kenal budak ni) ditugaskan sebagai pengapit walaupun tiada sebarang kelulusan dalam sebarang bidang Kepengapitan Kapitan.
Lokasi : Rumah orang yang berkahwin lah
Tarikh : Dua puluh satu hari bulan sebelas
Masa : Kau rasa pernah ke orang kawin pukul 2 pagi?


Malam di mana sah lah Aimi sebagai seorang bini untuk pasangannya Encik Bayam kita.


Aku rasa ni gelak syahdu namanya. Syahdu akibat teruja dapat menduduki pelamin dengan berbaju cantik dan walah.


Fullamak pengantin kite kali ni gune tema merah pulak lah. Mengancam habis lah!


Ni antara kumpulan yang terlibat dengan aktiviti "Mari Robohkan Pelamin Beramai2". Ni rombongan peroboh yang terdiri dari membe2 sekola rendah aku. Sume orang sorok hammer dalam handbag memasing waktu nak bergambar. Budak yang bersongkok tu takyah cakapla. Kalau kau bukak songkok die, mesin gerudi sume ade.


Ni pulak aktiviti "Abang, kasihku padamu sesedap kek ini maka itu marilah kita potong kek ini untuk merasa nikmatnya cinta kita"


Ni pulak pulak penggambaran bertema "Jumpe 8 taon skali memang nikmat!". Oleh itu marilah kite jumpa lagi 8 taon akan datang. (Sumpah best. Tak tau nak describe cane lagi)



Aktiviti III


Tema aktiviti : Makan sehari 10000 kalori. Bakar 2000 sekali sebulan pun jadilah
Deskripsi aktiviti : Aktiviti ini terjadi akibat kami terasa apple pie yang mak buat yang sedap gile tu buat kami kat rumah bakal jadi The Calorie Hulks kalau kami tak lakukan sesuatu. Kami hanya ada 2 pilihan; berhenti makan pie atau pergi bakar kalori itu. Disebabkan kami tak sanggup membiarkan apple pie itu hidup keseorangan tak dimakan maka kami pilih untuk bakar kalori beramai ramai.
Lokasi : Taman rekreasi dalam taman perumahan yang berumah berhampirah Kediaman Salleh
Tarikh : Sehari selepas sambutan ulang tahun hari kejadian saya
Masa : Petang yang indah dan tidak hujan


Asal ade kamera je sume orang bersungguh buat warm-up.


Floor eksesais atas rumput memudahkan anda mendapat oksigen terus dari rumput. Kot2 rase diri tu penat, telangkupkan je muke kat rumput nanti kau dapatlah oksigen.


Aku tak taula ni dolfin bertangan berkaki dari mane tersadai kat taman ni ha. Tercungap2 cari oksigen. Kesian die. Aku tolong bagi rawatan kecemasan kat ikan ni dengan menelangkupkan muke die kat rumput.

Aktiviti IV

Tema aktiviti : Sebiji kek mengandung 20000 kalori maka itu mari kita kongsi kalori!
Deskripsi aktiviti : Hari itu 27 November, tarikh hari kejadian aku dan juga Raya Korban. 2 hari sebelum itu merupakan hari kejadian mak aku maka komiti Event & Activities Department famili aku memutuskan untuk buat sambutan 2 dalam 1.
Lokasi : Kediaman Salleh
Tarikh : Kan aku da cakap 27 November
Masa : Petang lepas orang semayang jumaat


Secara berterus terangnya, bukanlah aku atau mak yang merasmikan kek tu tapi anak buah aku yang tangannya macam lipas kudung. Susah nak kawal melainkan kau masukkan lipas tu dalam tupperware je. Mekasehla Ayep. Birthday Ayep nanti Auntie Nor buat camtu jugak ekeke


Ini keluarga besar-tak-berapa-besar saya. Abang ipar sorang amek gamba. Abang ipar lagi sorang tak dapat pulang beraya bersama akibat tanggungjawab kerjaya.


Aktiviti pembelahan kek keju dengan doa "Ya Allah sungguh besar nikmatmu di dunia ini. Terima kasih Ya Allah, kerana kau ilhamkan kek keju dalam fikiran manusia. Dapat aku merasa betapa nikmatnya kek keju itu dan merasa keagungan-Mu."


Saya yakin anak buah saya ni lelaki jantinanya. Tapi saya tak tahu mengapa dia suka pakai kasut pink kakak dia.


Ini anak buah saya bersama bapanya. Anak buah saya ni pulak perempuan jantinanya tapi saya tak tahu kenapa dia mahu serlahkan kejantanannya di sini. Kita maafkanlah dia ya.