Rindu OBS dah..
Alhamdulillah, aku dipanjangkan umur untuk menaip blog lagi setelah lame bercuti. Hohe. Sepanjang 3 minggu kat rumah, aku tolong rumah siapkan persiapan untuk majlis kahwin Kak Ida. Da habis majlis, kene setelkan rumah pulak. Akibat badan aku ni terlalu dimanjakan oleh tuannya sendiri kat UTP agaknya, aku kalah dengan kepenatan. Aku demam~ Huhu. Tapi aku lawan jugak.. siap ajak mak keluar lagi time2 demam tu. Sebabnye, aku nak sihat untuk pergi ke Outward Bound School (OBS).
Buat pengetahuan kamu2 yang tak tau tu, OBS ni merupakan satu sekolah yang mengajar kamu2 tentang perkara2 yang paling asas dalam hidup, yang mane tak sume orang boleh dapat ilmu tu. Haaa. Senang cite, bile da habis kursus tu, aku da dapat catat sejarah baru dalam hidup aku. Aku dah berkayak lebih kurang 20km di sekitar Lumut dan berlayar lebih kurang 25km mengelilingi Pulau Pangkor. Pengalaman berada di tengah laut sambil memastikan kenderaan yang kamu naiki itu bergerak dengan tenaga empat kerat kamu sangatlah berbeza kalo nak dibandingkan dengan bergerak menggunakan kuasa enjin seperti motobot. Aku berbangga sebab aku dah tawan laut Pangkor tu dengan usaha sama watch members aku yang sporting habis, watch Ulu Sepat. Biarpun nama watch kami kedengaran sangatlah 'hulu', tapi kami tak pernah ketinggalan di belakang.
Macam-macam ilmu yang aku perolehi sepanjang 7 hari berkursus kat OBS tu. Aku dah faham konsep2 kapal layar, name2 untuk tiap layar, fungsi2 equipments dalam sebuah kapal layar etc. Oh ye, aku juge dapat belajar macam mane nak mengapungkan badan dengan bantuan life jacket. . Muahaha! Fado tak reti berenang ! Thanks untuk Nawal yang tabah mengajar watch members beliau cara2 berenang (^_^)
20 Jun
Hari pertama di OBS. Tertarik dengan pemandangan tepi pantainya. Pada sebelah siangnya, kami berkumpul mengikut watch masing2 untuk menyerahkan barang2 seperti handphone, duit, wallet, IC and other elctronic gadgets kat instructor. For the whole 1 week we were not allowed to contact our family except for urgent matters. Pada malamnya pula kami berkenalan sesama ahli kumpulan. Watch aku terdiri daripada 6 perempuan n 8 lelaki. Sebelum ni di UTP aku sesama ahli watch perempuan yg lain kenal gitu2 aje while for the boys, I only knew one of them. So OBS ni dapat mengeratkan silaturrahim sesama kami.
21 Jun
Pada sebelah pagi kami diberi latihan berkayak. Seronok rasanya kali pertama sentuh air laut setelah berkurun lama tak cecah kaki kat laut. Huhu. Waktu latihan capsize, aku agak cuak bilalatihan tu dibuat agak jauh dari pantai dan akibat kecuakan tu, aku tak dapat menarik badan aku keluar dari kayak dengan cepat. Akibatnya, kaki aku tersangkut kat dalam kayak tu~
Camnila keadaan badan aku dalam kayak tu. Dalam air, aku tak nampak ape2 melainkan kasut crocs pink aku yg tak ori tu. Aku nampak kaki aku tersangkut tapi panik sangat sampai tak tau nak wat ape. Maka aku pun keluarkan tangan aku mengharapkan ada orang yang dapat tarik aku keluar~

Lepas Abg Fadzli tarik aku keluar, secara rasminya aku telah diselamatkan. Maka tibalah giliran rakan penyelamat lain untuk menolong aku n partner kayak aku, Zul untuk teruskan usaha menyelamat. Hoho. Alhamdulillah, aku berjaya naik kayak semula pastu. Hohe. Tapi, amek masajugak nak chill down. Maklumlah, first time pergi tengah laut! Hohe. Cuak2~
Petangnya, kami berkayak kira2 8km menuju campsite pertama iaitu Pantai Syawal. Kat situlah kali pertama aku merasa pengalaman mandi dengan air telaga yang dicedok sendiri, buang air bukan dekat jamban, mandi tak sempurna, n macam2 lagi lah. Rasa sengasara sangat takde toilet. Huhu. Tapi lama kelamaan aku da tak kisah da. Huhu~ Malam tu kami bermalam kat campsite tu. Angin malam kat tepi pantai memang masyuk. Aku tido lena sungguh.
22 Jun
Bangun dekat pukul 5 pagi, kami sama2 siapkan breakfast untuk pagi tu. Then solat subuh berjemaah. Best sangat pemandangan waktu solat berjemaah kat tepi pantai. Dengan berlatar belakangkan pokok kelapa, gelap, tapi terlihat beberapa barisan jemaah lurus mengikut gerakan imam. Indah sangat2. Tapi sayang, aku tak bawak n takde camera. Kalau tak, dapat capture pemandangan subuh tu..
Pukul 730 pagi, kami load barang ke dalam mother boat, bersiap untuk bertolak pulang ke OBS. Perjalanan pulang sejauh 15km mengambil masa kira2 4 jam untuk tiba ke destinasi. Dalam perjalanan pulang tu, berlaku satu insiden yang agak mengerikan di mana sebuah kapal besar amat hampir2 melanggar rombongan kayak kami ketika kami sedang menyeberang muara sungai tu. Sungai yang kami lalui itu sebenarnya merupakan laluan kapal dagang yang ingin menuju ke pelabuhan yang terdapat di sungai tersebut. Dengan tindakan cepat instructor kami, rombongan kayak kami cepat2 diarahkan untuk patah balik untuk memberi laluan kepada kapal dagang tu. Alhamdulillah, takde perkara yang diingini terjadi waktu tu. Kemudian kami teruskan perjalanan pulang. Aku dan Zul tidak mudah patah semangat walaupun hari makin terik dan bahu rasa macam nak tercabut. Berbekalkan semangat nak sampai cepat, aku dan Zul merupakan 'pasangan' kayak yang kedua tiba di OBS. Hehe. Bangga gila la weyh~
Baki ari tu, kami tak banyak sangat aktiviti. So dapatla peluang untuk berehat~
23 Jun
Hari ni kami diajar tentang whaler. Whaler merupakan sejenis kapal layar yang jarang digunakan sekarang. Menurut Abang Fadzli, whaler di semenanjung ni hanya terdapat di OBS. So sekali lagi aku rasa bertuah sbb dapat belajar guna whaler ni. Whaler boleh memuatkan sehingga 15 orang penumpang, termasuk 8 orang pendayung. Kami diajar tentang setiap peralatan yg terdapat dalam sebuah whaler, cara memasang layar n macam2 lagi. Barulah aku tau yang fungsi setiap layar dalam sebuah kapal layar berbeza; bergantung pada arah angin.
25 Jun
Seawal jam 730 pagi kami sudah bersiap sedia untuk bertolak ke campsite. Perjalanan kali ni agak jauh kalau nak dibandingkan dengan yang sebelumnya sbb kami akan berlayar mengelilingi Pulau Pangkor.
By the way, kami tidaklah berlayar memandangkan perjalanan kami melawan arah angin. So nak tak nak, terpaksa mendayung. Bile da nak sampai ke Pantai Syawal tu barulah kami dapat berlayar. Tapi disebabkan kami 14 orang sama2 meggembleng tenaga, tidaklah rasa sangat penatnya. Pengalaman mengelilingi Pulau Pangkor memang mengasyikkan. Pantainya bersih, airnya jernih. Memang sesuaila Pulau Pangkor tu dijadikan antara destinasi pelancongan utama kat Malaysia ni. Subhanallah, memang cantik. Cantiknya takleh diungkap dengan kata2. Nak tunjuk gamba pun takde, so mintak maaf la kat kamu2 semua. Huhu. Perjalanan ke campsite mengambil masa hampir 5 jam so sempatlah kami berzohor kat campsite. Siang tu kami lepak sikit sebab da bawak pack lunch dari OBS so tak payah bersusah payah nak memasak. Hohe.
Malamnya, kami lepak dengan Abang Fadzli dok bercerita kisah hantu. So macam2 la kisah hantu yang kami dengar malam tu. Yang paling banyak berkongsi cerita, Abang Fadzli la. Sume kisah yang berkaitan dengan camping habis diceritanya. Tapi cool je aku tido malam tu even tido yang paling tepi. Tapi yang menyampahnye, nyamuk tak habis2 gigit aku. Last2 aku bakar 2 ubat nyamuk sekali gus, letak betul2 tepi aku. Dengan asap berkepul2 dari ubat nyamuk tu la aku tertido dengan lena tanpa gangguan binatang yang tergila2kan aku ni. Huhu.
26 Jun
Bangun pagi, baju aku dipenuhi bau asap. Nyampah tol. Tapi takpelah, yang penting nyamuk tak kacau. Huhu. Kemudian kami terus bersiap untuk pulang. Siapkan breakfast, solat subuh, breakfast and pastu terus bersiap2 untuk balik OBS. Lebih kurang pukul 8 pagi kami pun bertolak pulang.
Memandangkan perjalanan kami kali ni lebih pendek, so takdela lame mane nak sampai ke OBS. Dengan menggunakan 4 kuasa kuda bersamaan 8 kuasa lelaki Ulu Sepat, kami merupakan watch yang pertama tiba di OBS walaupun kami merupakan watch yang terakhir bertolak dari Pantai Syawal. Tu lah orang kata, sepakat membawa berkat, sampai pun cepat. Hohe.
Petangnya, kami berlatih untuk persembahan malam BBQ. Malam, wat BBQ. Sedih sangat waktu wat persembahan tu bile memikirkan tu la malam terakhir aku kat OB. Huhu.
26 Jun
Pagi tu, Abg Fadzli menyerahkan semula barang2 yang disimpan dari awal kursus. Memangla hepi dapat fon, tapi sedih bile fikir da nak balik UTP. Huhu. Pastu ade penyampaian sijil. Dengan itu, secara rasmi aku dan kawan2 seangkatan yang lain dapat gelaran Ex-Bounder n aku bangga dgn title baru tu. Hohe. Setelah sejam lebih menunggu, bas UTP pun sampai membawa kami pulang ke UTP. Naik2 bas, radio mengumumkan kematian Michael Jackson. Aku ingat aku salah dengar aku pun tak rase pape~ Lagipun aku bukanla fan beliau pun~ Bile balik uma Kak Nim, adik angkat Michael Jackson kelihatan sedih dengan kematian abang angkatnya itu. Insan yg dimaksudkan adela abang ipar aku ni~
Abg Fir n Arif melakonkan watak Alex n Melman~
P/S :
Setelah dikira2, kecederaan yang aku dapat dari OBS ni disertakan dengan pakej lengkap.
1) Benjol kat dahi - terkena paddle kayak orang dgn momentum gila2 kuat
2) Kaki terseliuh - terjatuh kat cerun bukit dorm Jerai
3) Kaki luka - kes sama mcm kat atas
4) Lebam banyak kat kaki - mula2 aku ingat antu pelesit isap darah aku, upe2nye kaki aku banyak terhantuk bnde tanpa disedari~
Labels: Adventure, Outward Bound School, pengalaman baru, Sweet Memories
UTP oh UTP...
UTP itu bersamaan dengan Universiti Teknologi Petronas, sebuah institusi pengajian tinggi yang terletak di Tronoh, tengah2 Perak. Perjalanan dari KL menaiki kenderaan beroda 4 yang besar (seperti bas atau treler) mengambil masa 3 jam (mungkin 5 jam untuk treler, bergantung pada muatan) manakala kenderaan beroda 4 yang kecil seperti kereta atau jip boleh mengambil masa kurang 3 jam untuk tiba ke UTP, bergantung pada kaki si pemandu samada suka atau tidak untuk menekan pedal minyak kuat-kuat.

Kompleks Canselor
UTP itu cantik. Pertama kali aku menjejakkan kaki di Kompleks Canselornya, masyaallah, besar betul bangunan itu. Sebelah dalam bangunan tersebut berdindingkan cermin lutsinar, menampakkan isi kandungan bangunan itu. Library nya, popular dengan panggilan IRC (Information Resource Center) boleh buat orang terpegun bile nampak rak buku tinggi melangit.
Maka tidak hairanlah UTP pernah dianugerahkan anugerah
Aga Khan Award for Architecture (sila klik link ini untuk maklumat lanjut) pada tahun 2007.

Secara umumnya, UTP dibina berkonsepkan bentuk bintang yang mana setiap sisinya melambangkan keseimbangan jasmani rohani n bla bla bla aku pun tak tahu. Hmm. Keseimbangan jasmani rohani n bla bla bla? Bila sebut pasal keseimbangan bende-bende ni, aku tengok sekeliling aku, aku wat kesimpulan bahawa UTP belum mencapai misinya (kalo ditengok dari konsep bangunannye la kan).
Nape aku cakap camtu? Sebabnye adelah, barangkali budak-budak UTP ni ramai yang berotak terbaik punya. Buat calculus pejam mata. Buat eksperimen, pegang asid siap boleh buat breakdance lagi. Buat programming, buat coding sambil tidur. Tapi hakikatnye masih ada kelemahan mereka sebenarnya.
1) Mereka dihidangkan dengan kemudahan internet 24 jam. LAN, wireless, semua lengkap. Bila ada LAN, tak lengkap kalo takde DC++. Bila dah ada DC++, satu hari boleh tengok 5 muvi. Dalam masa 2 hari boleh habiskan 1 season Gossip Girl la, One Tree Hill la, Boys Over Flower la, n macam-macam lagi. Perkara ini menyebabkan pelajar UTP lebih selesa untuk
duduk dalam bilik menonton muvi dan kurang bersosial.
2) Bila ada yang bersosial pulak, mereka
bersosial di alam maya, hanya menggunakan laptop atau desktop sebagai medium perantara. Contohnya, DC++ turut menyediakan ruangan chatting untuk penggunanya maka di sinilah kebanyakan pelajar UTP bersosial. This also applies to pemain-pemain
DOTA la kaan.
3) Kat UTP ni ade macam-macam event. Kalo bab event yang entertainment, sume orang berasak-asak nak join. Tapi kalo yang selain dari hiburan, tunggu 2 hari pun
payah nak dapat peserta. Sedihkan? I tell you what, kat UTP ni, kalo ko masuk pape event yang tak ramai orang join, ko buleh jadi kayo! Selain fikir logik kebarangkalian, kalo ade rezeki, menanglah ko. Aku pernah masuk pertandingan buat slogan sempena kempen mengundi, aku hantar 4 slogan kot. Tup tup, aku menang 1st prize, dapat cash RM100 n hamper lagi tu! Seronok ah dapat duit free~
Dulu akak aku stadi kat UM. Kalo gi sane, aku suke tengok lobi kolej akak aku tu dihias ngan macam-macam. Kaleful, meriah pun ye jugak. Tapi bile tengok vilage2 kat UTP ni, alahai.. macam mana rupanya waktu dibina dulu, camtu jugakla sekarang. Bak kate Ustazah Mashitah fellow kami kat V5 ni, student UTP ni takde sense of belonging. Da dapat rumah best, takde perasaan nak mencantikkan rumah tu lagi. Ustazah Mashitah dulu presiden kat mahallah beliau dulu. Bile gune mahallah, tetau je la die ni ex-student UIA ye. Die cakap, UTP ngan UIA ni, lain sangat-sangat. Die sedih bile memikirkan die bukan ade kat UIA lagi. Die rindu zaman kegemilangan die kat UIA die dulu (ayat ni aku yang memandai tambah. Huhu)
Sebagai ahli SR kat V5 ni, aku rase bertanggungjawab untuk kembalikan semangat2 tu kat UTP ni, lebih2 lagi kat dalam V5 ni. Tapi aku agak buntu memikirkannye sebab kami yang dalam V5SR ni kekurangan tenaga. Ade bape orang je ahli. Pastu bile ade event, kami2 je la buat sume bende. Sedih. Kalo sume orang nak tau, Vilage 5 ni diduduki hampir 2000 student n Vilage 5 menempatkan populasi terbesar dalam UTP ni. N sepatutnye V5SR kenela dianggotai dengan nsibah yang bersesuaian la kan. Tapi, tidak! Kami dalam V5SR ni ade 13 orang je n sumenye pompuan! Laki yang paling ramai mendiami V5 ni, tapi takde sorang pon yang join kitorang! :(
Aku faham sangat2 bile ustazah cakap die rindu mahallah die dulu. Tapi nak wat cane kan ustazah, budak2 UTP takde semangat camtu. Semangat diorang kat bende lain :( Kepada penduduk V5, marilah kite jadikan V5 nu syurga kite, syurga sume orang kat UTP ni. Huhuhu~
Labels: Deep in my heart, UTP