Pages

Monday, August 06, 2007

LECTURE : ATTENDED BY ONLY ME..?

Betul, aku tak tipu. perkara ni jadi semalam (august 3,2007). Buat pengetahuan mereka yang tak tau tu, hostel aku amat jauh dari kelas, iaitu memerlukan sekurang2nya 20minit masa berjalan berlenggang tidak kangkung.
Yang malangnya, aku bangun lambat! Pukul 725 pagi. Maka ributlah aku memandikan diri serta menyiapkan diri. Berkat kehebatan dan keributan aku, aku berjaya menyampaikan diri aku di kelas pada tepat pukul 800 pagi. Di saat itu, elok-elok je aku berjalan kat belakang lecturer (sama pangkat dengan lecturer nampak!!)
Saat lecturer bukak pintu kelas, aku membayangkan kelas yang bising bertukar jadi senyap tapi malangnya, kelas yang senyap bertambah bisu! Nak tau ape jadi? Dalam kelas tu takde sorang pun! Aku pelik, aku ni boleh la jugak kalo nak dikatakan aktif dalam hal lewat ke kelas ni tapi hari tu, entah ape mimpi budak-budak ni tak datang kelas! Gile ape?
Aku pun masuk la kelas, mengharapkan sesaat dua kemudian ada budak lain yang menjengul. Tapi malangnya, tara! Lalu berlaku beberapa perbualan antara aku dan lecturer aku tu :
LECTURER : what makes you choose *PE?
-aku terkesima. alamak! soalan waktu aku interview dulu! ape aku nak jawab ni?! maka aku pun melalut sebagaimana aku melalut waktu interview dulu..
AKU : oh..i found that this course suits me and i prefer doing drilling than ohers.. i have the sense that i can do the job well..
-astaghfirullah..nampak tak macam mana aku melalut? gabra gile!! tak pasal-pasal aku cakap aku nak wat drilling!!
LECTURER : OK then..

Aku pun duduk, selak-selak lecture notes (berlakon je ni! Nak sorok gelabah! )
LECTURER : where did we stop?
-sah! memang lecturer ni nak uji aku!
Aku pun cari la, bahagian yang last sekali diajar. ahaa.jumpe pun!
AKU : we stopped at solute-solvent interactions.
-dalam hati : i guess! mati aku kalau salah!
LECTURER : did we? hmmm..

Die jalan ke arah aku, mintak lecture note aku. Die selak punye selak..pastu cakap :
LECTURER : i've taught you this, this, and this. And here we stopped, colligative properties, right?
-huhu..sedihnya..colligative prop tu punyela jauh dari solute-solvent interaction tu..malu aku tau tak..

Da tak dapat tahan gelabah, aku pun mintak excuse dari lecturer. Aku cakap aku nak cari budak-budak lain. Kot-kot la diorang ingat kelas kat tempat lain ke (tapi salah kelas merupakan satu benda yang mustahil untuk berlaku!) Agak-agak 5 minit, aku masuk balik kelas, geleng-geleng kepala menandakan aku tak jumpe dak-dak lain. Bile jam da pukul 820 pagi, lecturer tu pun berangkat, mengizinkan aku pergi jugak. Tapi sebelum die keluar tu, die ade cakap something yang mana mengguris perasaan aku sebagai golongan yang bersalah. Ish

Setelah selidik punya selidik, aku pun dapat tau yang membe-membe aku ni dapat tau yang lecture pagi tu kene cancel. Haik? Kalau ye kene cancel, tak kan lecturer datang kelas kot? Rupa-rupanya ada di antara kami yang salah faham..

Begitulah ceritanya. Hebat bukan? Disebabkan salah faham, semua orang tak datang lecture. And macam mane pulak aku boleh datang lecture? Ini berikutan aku duduk jauh dari semua coursemate aku, mahu yang lelaki ataupun perempuan. And berita tentang lecture yang kene cancel tu disebar dari mulut ke mulut. Mulut aku takde kat situ, maka aku tak tau la! Haha!

Apa-apa pun, aku rasa tak patutla kalau aku salahkan orang yang salah faham tu, sebab kesalahan tu bukanlah disengajakan. Cuma, berhati-hatila bile dapat info dari lecturer lepas ni. Kalau tak pasti, jumpe lecturer lagi sekali. Tak rugi kalau buat macam tu, daripada lecturer marah, and orang lain tak dapat blaja. Huhu..

Kawan-kawan kat luar tu, jadikanlah kisah ini sebagai iktibar ya..

0 commentaire: