Tadi saya semacam rindu dekat best buddies saya, maka saya pun menelaah la fb diorang. Dan kesemua mereka belajar kat UIA. Maklumlah, kami ni budak sekolah agama la katakan.. :) Dan dari situ timbul satu keinginan untuk menelaah UIA pulak. Saya pernah sekali je pergi UIA, rase macam dalam heaven jap. Huah huah. Tetiba saya semacam rindu iklim kat sekolah dulu. Satu iklim yang mana kalau kau masuk, kau rasa sejuk, rasa selamat, rasa beriman, bertakwa dan tawaduk gitu. Huah huah.
Tengok2 galeri dekat website UIA kampus Kuantan tu, saya rasa 'alahaaai sejuknya mata memandang'. Saya pun tak tau lah nape saya rasa macam tu. Mungkin memang tu la lumrahnya kalau masuk dalam mane2 bangunan keagamaan kot. Macam masjid, macam surau. Huih.
Bila rasa macam tu , saya rasa nak daftar masuk UIA sekarang jugak. Sebabnya,
Kalau pokok2 kat UIA tu jadi peneduh hostel,
pokok2 kat UTP ni jadi peneduh pasangan berpeluk cium. Huih. Maksud saya, non-muslim sini la. Suka hati saja berpeluk cium depan bilik saya %#$@. Ya, memang. Setiap minggu, ada saja adegan hangat lagi hanget bau tahi kobauu yang saya nampak. Lagi banyak waktu wikend. Kalau tengah study kat meja, rasa mengantuk, jenguk je luar jendela dah boleh dapat pencuci mata dahhh. Memang hangat!
Kalau di UIA,
kalau ade adegan2 macam yang kat atas tu, mesti orang yang nampak beristighfar dalam hati kan? Tapi, huahaha saya dan housemate saya akan segera roger housemate yang lain 'cepat2! tengok luar. panasssss!'. Huih meamng betul2 semangat sharing is caring! Tapi kalau terlebih eksited, kami mampu je berkumpul kat satu bilik dan buat2 tengah berdiskusi kat meja. 6 orang berkumpul 1 meja tapi mata semua meluru ke luar, tak ke obvious menyekodeng namanya tu? Astaghfirullah, ampunkan saya, Tuhan.
Kalau di UIA,
saya malu untuk menjerit2. Adakah sebab saya pendatang maka itu saya malu untuk menjerit? Tapi entahla, waktu saya pergi UIA dulu, tak pernah pulak saya dengar orang terjerit2 macam yang pernah saya buat. Adakah atas nama Islam dalam UIA tu yang buat saya dan semua orang jadi lebih beretika? Ataupun, saya telah tertipu? Huahah. Soalan tak boleh blah mencabar. Macamlah pangkat kau besar sangat, Fad, sampai semua orang nak berlakon diam bila kau datang UIA. Boooooo!
Tapi saya rasa, nama Islam dalam nama tempat belajar tu penting lah :( Penting untuk buat saya jadi lebih beretika dan beriman dan bertawakal dan bertawaduk. Boleh tak kalau saya nak mintak pengajarah bahagian pendidikan Petronas ni supaya tukar nama UTP jadi
UNIVERSITI TEKNOLOGI ISLAM PETRONAS