Pages

Showing posts with label Life in Miri. Show all posts
Showing posts with label Life in Miri. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

Craving for Foods in Miri

Assalamualaikum.

And Hello.

And good evening.

Jam sekarang menunjukkan pukul 1.46 pagi. And I'm craving for Miri's food. Macam mana nak selesaikan? Hanya boleh berdoa dan berharap Allah bawakan kita semua makanan tu pagi esok atas meja di dapur. Kalau dapat mimpi makan makanan tu semua tu pun dah syukur sesangat dah. Barangkali malam ni boleh tukar doa tidur jadi "Ya Allah ya tuhanku, temukanlah aku dengan rezeki-Mu di Miri dalam bentuk makanan seperti Kinky Burger, lalapan ayam, mi kolok, mi jawa dan semua makanan yang tertulis dalam status fesbukku malam ini, dalam mimpiku. Amiin"


Semua makanan terimbau di benak pemikiran sampaikan saya tak tahu nak taip yang mana satu dulu. Maka hasilnya, orang yang baca status saya di atas sekadar suka2 will end up kasi respon macam ni :



Ha. Tengok. Lagi payah dari thermo kaaww. Padahal cakap pasal makanan je. Ni la akibatnya kalau banyak sangat benda yang mahu dilafazkan dalam satu nafas. Tapi serius, saya tak kisah jadi gemuk sebab makanan Miri. Malah, saki baki gemuk ni la yang buat saya makin nak datang Miri untuk mendapatkan makanannya sekarang. Kalau diberi peluang kedua untuk duduk di Miri, saya tak kisah! Hanya kerana makanannya, saya tak kisah (-__-) Saya nak cerita apa yang buat saya ketagih Miri, dalam bentuk makanan.

1) Kinky Burger

Sebenarnya nama gerai yang menghasilkan burger ni ialah Kinky Fat Chef Kitchen (KFCK). Tapi kami panggil Kinky burger for short. Keistimewaan burger di gerai ini ialah kerana sos dan burger patty buatan sendiri gerai tersebut yang jadi signature KFCK tu. Memang tak boleh lawan mana2 burger gerai lain yang pernah saya makan selama ni! Ini siriyussss tak tipu punya!


Aku stress level 27 sebab upload gambar macam ni dalam entry ni. Sebab aku post, tapi burger nya enggak ada depan mata (-___-)

Dan disebabkan terlalu kerap makan kinky burger, secara kebetulan satu petang tu wartawan Utusan datang untuk menemu ramah tuan gerai tersebut. Dan secara kebetulan juga, kami memang ajak memembe intern beramai2 petang tu. Maka wajah2 kami end up dengan bangganya dalam akhbar Utusan kerana kinky burger tu sebagai the only customer yang ada. Muka kau pernah masuk paper sebab makanan? Aku dah!! (angkat tangan tinggi2)


Full page punya story!


Klik sini untuk baca keratan akhbar tersebut. Tolonglah tengok!


Dan buat yang malas nak klik tu, ni gambar kami dalam artikel tersebut. Hihi :

Ni la aktiviti kami lepas balik ofis. Menggelupur cari makanan macam tak lunch tak breakfast. Memang dasar mutant hybrid ulara sawa campur dinoso.
Yang seronoknya, burger sini tak la mahal mana untuk kesedapan berganda tu. Sebiji burger lebih kurang RM5. Ya, agak mahal dari burger jalanan lain. Tapi sirius, kena rasa dulu baru boleh nilai RM5 ni berbaloi atau tidak!

2) Lalapan ayam.

Lalapan ayam kedai Muara boleh diklasifikasikan sebagai antara spesis2 makanan yang wajib dimakan kalau ke Miri. Yang buat lalapan ayam kat kedai ni paling sedap adalah sambal dia. Memang kalau kau kasi aku semangkuk sambal lalapan tu aku boleh kasi jilat sampai licin. Kalau boleh nak rendam tangan 7 hari 7 malam dalam sambal tu so that bau tu kekal lama kat tangan! Anytime aku rindu lalapan tu, aku boleh cium tangan aku n dannnng hilang rindu kat lalapan!




Sambal dia sangat2 la special. Kalau customer order baru dia buat dalam pinggan clay tu. Kiranya sambal tu memang fresh gilo la senang cakap. Memang takyah risau sambal tu basi ke hape ke. Kau serang je dapur kedai Muara tu, nanti kau nampak la pekerja tu dok melenyek bahan2 sambal tu dalam pinggan tu. Best kan? Anyway, harga sepinggan lalapan ayam dengan sepinggan nasi dengan semangkuk sup adalah RM8. Aku rasa RM8 tu berbaloi untuk makanan sesedap ini. A must-try! Mak abah aku yang pernah ke kedai Muara ni pun cakap lalapan ni terboek!

3) Buah terap

Orang semenanjung mesti pelik kalau aku sebut buah terap ni. Sebabnya, memang aku tak pernah jumpa buah terap kat semenanjung. Buah ni memang eksotik, payah nak jumpa, dan bermusim!


So inila buah terap. Sekali pandang macam buah cempedak, tapi isinya putih, lagi lembuttttt dari cempedak. Tapi, sirius aku cakap, rasanya sangat2 lah lain dengan cempedak atau nangka! Rasanya memang eksotik! Rasanya manis yang tidak keterlaluan, dan baunya, masyaallah! Rasa macam mau buat bantal tido je! Dan, cuba perhatikan kulit buah ni. Dia tak macam cempedak. Kalau cempedak/nangka kulit dia flat je kan.. tapi buah terap ni tak. Dia macam berduri, tapi tak tajam, dan lembut. Dari pemerhatian aku, 'duri' buah terap ni mampu berfungsi sebagai span yang super spongy sebab fizikalnya yang panjang dan ala2 elastik gitu. So, kalau jatuh dari pokok, takdelah efek isi buah tu. Subhanallah :)


Dan, kalau cempedak nangka bentuknya melonjong sikit, buah terap ni membulat je bentuknya :)

Dan alhamdulillah, aku dapat jugak la bawak balik buah terap ni ke semenanjung untuk family aku rasa. Aku bawak balik 2 biji. 1 untuk makcik aku, 1 lagi untuk rumah aku. Memang semua suka. Even makcik aku pun terkenang2 buah tu sampai sekarang. Insyaallah kalau ada rezeki lagi lepas ni untuk ke Miri, aku nak datang waktu musim buah ni so that aku dapat bawak balik lagi untuk family and makcik aku :)

Aku rasa aku dah penat menaip. Aku rasa lain kali aku tulis entry pasal makanan Miri. Nak buat tag baru pasal makanan Miri ni iaitu Miri : The Food. Sehingga berjumpa di lain entri! :)

P/S : Keputusan untuk duduk 8-bulan di Miri tak pernah aku kesalkan. Banyak benda aku belajar pasal hidup. Banyak ciptaan tuhan aku tengok. Dan aku bersyukur dijumpakan dengan makanan sesedap tu kat Miri. Macam mana pulak rasanya makanan kat syurga kan? Usaha lah supaya kita dapat makan makanan yang jauh lagi sedap di sana ;)

Wednesday, June 29, 2011

Missing Miri

There were times in your life when you would keep looking to a point of your past as that point gave you the the best part of your life journey. Same goes to me, when it comes to my internship in Miri. How am I supposed to forget all the memories when...


The place no longer makes dogs a taboo for you..
-Kebun Ayah Sya, October 2010



You're visiting a new place just for the sake of new experience, but you end up having a photograph with Maher Zain..
-Masjid Sultan Hasanal Bolkiah, Brunei, July 2010



Your lecturer has been telling you about the nodding donkey in the class, but now you have the real machine working 5 meters from you..
-Brunei, July 2010



Your friends make a surprise birthday celebration while having breakfast at mamak's restaurant when jungle-trekking is the only thing that plays in your mind..
-Mamak restaurant, Bintulu, 27 November 2010



You're too excited to throw a surprise birthday celebration to someone close in the thick Borneo Rainforest, so you wrap the birthday cake with a non-see-through plastic..


Not knowing the waterfall you're heading to would take you an hour of ups and downs the hill.. So the SR Raspberry Cake you bought ends up melt in the box and left you with this..



But still, the mission is on.. So you take the ugly cake to the birthday girl who was having fun in the water (got this planned as well)..


..but unexpectedly, the birthday girl ends up happy with the surprise, and the ugly birthday cake as well! :)
-Athirah's birthday, Nibong waterfall, Lambir Hills National Park


When you have friends who can sing well (with a not-so-well facial expression while singing), who can sing not-so-well-but-quite-OK (haha), and play guitar well..


And you enjoy being the cameraman and director for the video clip..


When hiking is the only option that you have to entertain yourself..
-Dinding waterfall, Lambir Hills National Park


... but the friendships, and the green views that you have, are just worthwhile :)
-Dinding waterfall, Lambir Hills National Park





When you think that baling selipar is the best game; rather than your FB Cupcakes.
- Pantai Bungai, Bekenu



- Sarawak Shell 100 years Anniversary Celebration - Treasure Hunt dry run
When you and your team are instructed to build the highest replica of platform for the sake of completing a task in a treasure hunt contest, your team come up with this;


This one is SPAR anyway, replicating this;


Same tak? Haha



When you and your friends are convinced that part-time modelling is the best job for you, despite the other things you're really up to.
- Oil Spill Exercise, Pantai Lutong



When weekend outing is a must :)



And watching sunset with your friends is part of your weekend activity..
- Tanjung Lobang, Miri


And despite of all the workloads, the friendship is still there :)


Now tell me how I'm supposed to forget all these memories?

Sunday, October 10, 2010

Brunei Trip





Brunei, 15 mins sampai border, next 2 hours sampai Bandar Seri Begawan


Bile pergi sini, baru aku nampak sebab2 kenape Brunei ni kayo.

Sebab 1 : Mane taknye, ko bayangkan la, depan rumah ade tanah lapang, dan dekat tengah tanah lapang tu ade pam minyak (dalam industri, ia dipanggil nodding donkey sebab die gerak atas bawah). Memang kaw2 tepi jalan lah. Kat hujung tanah tu plak, ade traffic light.

Tengokla gambar ni. Memang aku tak tipu kan?? And, bende ni bukan ade satu je tau kat sini! Ade banyak lagi! Bersepah-sepah! Mak donkey, bapak donkey, anak donkey sume ade! Depan rumah, belakang rumah orang, depan masjid, hui hui hui. Lagi satu yang tak boleh blah, ni ha..


Nodding donkey kat luar pagar terminal minyak je! Polahaiiii. Sah2la bape sen je diorang gune untuk install flowline lat situu. Dokek bona sumber dengan tempat proses tu ha jangggg


Sebab 2 : Brunei ni aku tengok macam rakus je gali minyak. Haha. Kalo laman rumah orang pun boleh ade, ni kan pulak dekat laut!


Ko tengok ni? Aku boleh amek gambar pasir pantai PLUS gambar jacket (platform kecik dipanggil jacket platform) dengan jelas dari tepi pantai! Jangan harap la ko nak nampak jacket sejelas ni kalo kat pantai Sarawak. Haha.


Ko pandai2 la agak ape aku nak cakap. Haha. Banyak gilosssssssssssssssssss!! Ni baru ape yang kite nampak dari pantai.. Belum tengok dari awan lagii.. hui hui huii

Memang murah rezeki Brunei. Sane sini ade minyak! Tapi aku rase, memang layak diorang dilmpah rezeki sebanyak tu sebab, sane sini jugak ko akan diingatkan dengan zikrullah. Macam mane diorang buat? Haa, Brunei ni, kalo tadi aku cakap dekat laman rumah orang boleh ade pam minyak kan.. dalam part ni plak, kat tepi jalan ko boleh nampak banyak signboard yang mengajak ko berzikir.. :)

Ni aku letak satu je.. Ade banyak lagi signboard macam ni kat Brunei ni.. Hehe. Tak sia2 mati tengah jalan camni.. Huhu

And, pemerhatian yang aku dapat dari trip ke Brunei ni is, diorang ni sangat memartabatkan bahasa melayu dan tulisan jawi. Buktinya, lihat sendiri gambar di bawah.. :)


Korang boleh nampak ke tulisan tu? Kalo tak, meh aku tolong bacekan. Signboard tu cakap "Utamakan Bahasa Melayu". Aku suke signboard ni. Simple, tak serabut, tapi mesej sampai. Macam Malaysia ni, tulisan 'Utamakan Bahasa Melayu' tu jadi 'Bahasa Jiwa Bangsa' dengan dihiasi gambar segala sejenis kaum kat Malaysia ni. Tsk. Gambar2 kat bawah ni aku tunjuk betapa Brunei ni tegar untuk mengekalkan warisan Melayu ie. tulisan jawi.


-Ki If Si-


-Risturan MikDunelds-


Segala jenis kedai la senang cakap ada tulisan jawi. Baik kedai daging, bank, klinik dan bla bla bla.

Oh before sampai tu, kitorang sempat jugak la melawat (melawat je ok. Bukan menginap) 6 stars hotel kat Brunei ni. Name hotel ni adela The Empire (dengar name pun, dah boleh agak rupe die macam mane. Huhu). Terletak jauh sikit dari Bandar Seri Begawan (BSB), lebih kurang 20-30mins dari BSB. Aku rase taraf die same je macam Palace of Golden Horses yang kat Mines tu, tapi aku rase lobby The Empire ni lagi WOOOWWW dari Golden Horses tu. Kalo Golden Horses, lobby die bese2 je. Bile da masuk dalam2 baru kite WWOOOW. Tapi aku rase la kan, suite kat The Empire tak boleh lawan Golden Horses (kalo tak silap aku, Golden Horses ade 3-storeys suite). The Empire kalo tak silap single storey je. Wuhu. Bile la aku boleh jadi kayo pastu bazir duit gi hotel mewah2 camni~ huhu

Pic credit to Zakuan Seesaw
Sultan Brunei kan suke emas. So, hotel ni pun ade banyak bende yang berunsurkan emas~


Ni pemandang The Empire dari country club situ. Nice kan..

Then, kitorang pegi The Mall untuk lunch dan jalan2. The Mall ni terletak dalam BSB dah.

So kat sini la kitorang makan dan membeli belah (takdela membeli belah mane, sbb duit Brunei yang dibawak masing2 tak cukup. huhu). Ole2 yang aku beli untuk diri aku adela Dancepad (haha kejadah beli dancepad kat Bruneiii).. tapi nak buat camne, lepas convert duit Mesia, dancepad kat situ harga die RM35 je sedangkan kalo beli kat KL harga die RM60! Wuu. So, dalam mission nak menguruskan badan sekarang ni, aku pun hangkut la dancepad tu sebijik (siap promot kat budak lain jugak.. sampai ade sorang tu beli 2 terus! sume memang tau dancepad RM35 tu murah gilos).


Ni alat bantuan pengurusan ye tuan puan.. Hehehehh

Pastu beli 2 kain sutera (fyi kain sutera kat Brunei ni murah2). Pastu duit Brunei aku pun habis (akibat lokek nak convert duit before bertolak ke Brunei) so aku pun berlari la cari kedai tukar duit. Pastu jumpe la beberapa kedai tukar duit.. tapi sumenye tutup. Duhhh.. Bile tanye tuan kedai sebelah2 tu, diorang cakap kedai tukar duit tutup time Maghrib. Aku pun, oh ok. Tak dapat tukar duit sebab kalo nak tunggu kedai tukar duit bukak, nanti lambat sangat bertolak gi border. Kang tak pasal2 je masing2 tidur kat border malam tu kan~


Cantik tak? Hohe

Pastu, ondewei balik tu, kitorang singgah la Masjid Sultan Hassanal Bolkiah untuk semayang Maghrib. Aku n bebudak pempuan lain pun tunggu la budak2 laki habis semayang. Sambil menunggu tu, kitorang pun beramek2 gamba kat luar masjid tu. Tapi............... setelah sekian lame menunggu kat luar masjid tu, sorang pun tak kua2. Dalam hati aku, "aish, bagus diorang ni. semayang tertib. lame je semayangnye. bagus bagus bagus"


Pic credit to Zakuan Seesaw
Ni la rupe Masjid Sultan tu. Cantik kan?

Tak lame pastu, datang la sorang membe laki ni. Kitorang yang pempuan ni pun tanye la, "mane yang lain?". Die jawab "hah, sume dah habis semayang dah. jap lagi turun la diorang tu"

Tunggu punye tunggu, takde jugak. Sambil tunggu tu, macam bese la. Pancing, kail dan tangkap gambar (nasib baik membe ade camera canggih, kalo nak harapkan camera 3.2MP aku tu, takde maknenye beramek gamba memalam camtu). Tunngu dan tunggu, aku nampak la sorang dua yang baru kua masjid tu. Aku pun pegi kat diorang tu. Aku cakap "korang, nape lambat sangat? kite kene cepat. hish korang ni tu pun nak diaja bla bla bla". Pastu sorang membe ni tunjuk camera die kat aku, then tanye "Fad, cube teke sape yang ade dalam gambar ni" sambil tunjuk gambar ni :


Aku : Maher Zain! Maher Zain! Oh maiiiii kat mane korang jumpe dieee??!
Membe : Kat dalam laa.. Tu yang lambat tu.. Haha
Time ni aku rase badan aku menggeletar, panik semacam sebab tak caye Maher Zain ade dalam lingkungan 100m dari aku. Haha. (Kejadah panik? Haha)
Aku : Aku nak jugak! Ini tidak adil! Takkan disebabkan korang laki, tempat semayang korang same dengan Maher Zain, korang je yang boleh amek gamba ngan die?! Ini tidak adil! Ini tidak adil! (aku berdrama kat lua masjid tu, rase nyesal kejap sebab jadi pempuan. haha)

Tengah2 berdrama tu, aku nampak kelibat orang ramai2 (tak la ramai mane, dalam 8 orang camtu) kua dari masjid tu. Tengok dari jauh tu, aku nampak ade someone yang pakai topi yang Maher Zain salu pakai tu. Aku pun "oh maaaiiii! koraaannggg aku nak amek gamba dengan Maher Zain jugak! Tu haaa die! Somebody yang ade camera follow aku plisss" - dengan muka tak malunye aku mengarah orang. Haha. Pastu aku pun berlari la cross rumput masjid tu semata2 nak kejar Maher Zain. Bile dah sampai dengan group orang2 Maher Zain tu, aku pun cakapla dekat orang yang kelihatan macam PA die yang aku nak amek gambar dengan Maher Zain. Huahaha. Lepas diselidik by PA die tu (die tanye camne aku boleh tau Maher Zain ade kat situ), aku pun pegi la kat Maher Zain tuuuuuu. By the time aku tengok Maher Zain tu, aku rase macam tak caye bile pk tuan suare yang aku dengar kat laptop aku tu dah ade depan mate. Camne aku nak cakap aa? Muke die memang sebijik la dalam gamba! (Haha dah memang die tu orangnye, memang la same Fad oiii. Haha)


Ni la muke orang yang penat berlari kejar Maher Zain tuu. Haha

Lepas habis amek gambar tu, kitorang pun bersurai la. Aku naik kete dengan senyuman lebar bile pk aku ade gamba kenangan dengan Maher Zain. Senyum lebar nak mampus ok. Haha sweet memory :)

Heee. Then kitorang balik smule gi The Empire sebab nak cari fon Anie yang hilang, dan lastly tak ditemui dah. Hu. Sian Anie.. da la umur fon tu baru 2 minggu. Tssk. Rase bersalah la kat Anie sebab aku hepi nak mampus padahal die tengah down gile sebab hilang fon. Hu. Sorry k, Anie. Tsskk

So itu je la trip ke Brunei kitorang. Short tapi padat dan veri de miningful. Hehe. Sampai Miri, we had dinner together kat Gerai Tepian Sungai, makan seafood. Hohe. Sekian entry dari saye kali ini :)