Pages

Tuesday, September 25, 2007

Dari Kempas Ke Simpang Empat : 3

Ahad, Sept 23. Hari ni merupakan hari terakhir Fad kat rumah kak Nad.Pagi tu, selepas sahur, Fad sambung tidur. Ish. Bangun lewat pula tu. Petang tu kak Nad ajak ke The Store, maka kami pun ke sanalah dengan si Afiq. Jalan punya jalan, Fad beli sepaket wafer Oreo yang baru tu. Kemudian kami pun pulang ke rumah. Kemudian kami menonton TV sebentar sebelum keluar bersiar-siar di kampung itu dengan basikal :)

Tujuan utama kami; sawah padi. Macam biasa dan seperti yang disangkakan, Fad menunjukkan kejakunannya terhadap sawah padi tu walaupun sawah padi tu hanyalah berlumpur serta telah ditabur benih padinya. Tapi, kawasan sawah padi di kampung tu besar-besar, sejauh pandangan mata. Sengaja Fad kayuh basikal jauh-jauh supaya Fad dapat mmenikmati keindahan alam tu puas-puas. Fad dan kak Nad siap ber'posing' lagi di tengah sawah tu, ambil gambar. Terasa macam model pertanian yang nak promot beras pulak. Ahahaha


Kemudian kami terus berkayuh meninggalkan kawasan sawah itu dan menuju ke bazar Ramadhan yang terletak tidak jauh dari situ. Petang tu kami tak beli banyak makanan, memandangkan kami da nak pulang ke UTP malam tu. Setakat beli seekor ikan keli bakar. Dapat pula 2ekor ikan kembung bakar. Seronok :)

Tiba saat berbuka puasa, sangatlah best sebab masing-masing buat lawak tahap dewa sambil makan. Adik-adik kak Nad tu lmemang ucu orangnya, termasuklah juga maknya (^_^) Habis Fad dikenakan waktu berbuka malam tu. Maklumlah, Fad memang kekok untuk menggunakan tangan kiri dalam melakukan kerja. Ada ka patut diorang cakap Fad macam orang cacat waktu nak ambil lauk. Ish3. 'Akak kekoklah!' jeritku menahan malu. Huhu

Selesai berbuka, Fad terus solat dan kemudian bersiap untuk pulan ke UTP. Sedih hati waktu berkemas barang tu. Banyak sangat kenangan Fad kat rumah tu biarpun Fad berada di rumah tu setakat 3hari. Huhu

Selamat tinggal sawah padi, selamat tinggal Bobok si kucing buruk, selamat tinggal teratai indah kat belakang dapur tu, selamat tinggal makcik yang baik hati, selamat tinggal Iwan dan Afiq si badut. Huhu =( Ada rezeki, kita bertemu lagi..

0 commentaire: