Pages

Showing posts with label Impianku. Show all posts
Showing posts with label Impianku. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Carta Kereta Idaman


Tadi waktu nak letak title, aku macam pening kejap fikir nak isi ape. Mule2 letak My Dream Car tapi macam erkk adekah ini pertandingan menulis esei anjuran kedai kete? Pastu translate pulak, so aku letak Kereta Idaman tapi macam terase macam sebab yang pertama tadi tu. Kalau aku jumpe mane2 entry blog orang lain yang letak title macam tu, aku terbayang orang tu tengah berangan kat kerusi sambil peluk tubuh, pastu ade awan2 kat atas pale die, terbayang kereta idaman. Disebabkan aku taknak korang terbayang benda yang sama kat aku sebab macam takde keje bazir masa berangan sampai berawan pale otak, so aku letak lah title macam atas tu ha.

Ok, berbalik kepada apam balik.

Ciri2 kereta idaman aku adelah :

Soleh
Kalau cari suami nak yang soleh2, camtu jugaklah kereta yang aku nak. Soleh di sini bermaksud kereta tu sembahyang 5 waktu dan menunaikan zakat kalau boleh aku nak tengok kereta tu sujud tym lailatulqadar booo tak lawak. Ok aku cancel ciri2 yang ni.

Curvy
Aku tak suka kereta yang bucu tajam. Paham ke camne kereta tak tajam ni? Emm kalau kereta yang tajam adalah Iswara tapi kalau tak tajam adalah Wira. Yang tajam adalah City baru tapi yang tak tajam adalah Vios baru tapi aku tak suka Vios. Naza Sutera adalah tajam manakala Naza Suria tidak tajam. Nape curvy? Ini adalah kerana mata aku mendefinisikan benda2 yang tumpul (? ko ni memang lemah vocab lah fad) sebagai elegan.

Setakat ni, yang memenuhi ciri2 yang aku nak ini adelah :


VW Beetle.
Yang ni memang kaw2 mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Kerajaan Fadodila. Sumpah takde bahagian tajam.


Nissan Murano
Kereta ni lah sekarang yang buat aku semacam klimaks keriangan bila jumpa di jalanan. Lagi2 bila jumpa yang kaler putih or hitam.



Nissan Latio Sport
Latio ade 2 version, satu Sedan satu lagi Sport. Yang Sedan tu tak ubah macam BLM aku tengok. So aku prefer Latio Sport. Smart jugak wo. Macam Murano versi PP yaitu Penyek dan Pendek.



Yang ni pun Latio jugak tapi Impul punye version. Macam Satria Neo tapi ade 4 pintu. Ghairah gile bile nampak di jalanan wo. Sexy nak mati. Mata pun sexy. Macam mata kucing. Wild gitu!


Banyak pintu
Aku nak kereta yang banyak pintu untuk keselamatan penumpang kereta aku. Err aku selalu terbayang bukan2 bila naik kereta. Bayang eksiden semestinya. Kalau naik kereta yang dipandu secara kurang berhemah, aku selalu buat mindset "kalau pape jadi, mane aku nak keluar neh" and "kalau aku pengsan, camne orang nak keluarkan aku". So, safety parameter ni aku perlu amek serius. So, Beetle sudah out dari carta kereta pujaan. Beetle itu cute, tapi kurang selamat. Maka tinggallah Murano dan Latio bersaing dalam carta.


Sesuai untuk angkut family
Both Murano dan Latio memenuhi kondisi ni. Tapi kalau Latio Impul tu, memang tak sesuai lah. Rasa malu pulak nak jemput mak abah naik kereta sport macam tu. Lagipun, aku bet yang bila usia aku makin meningkat, aku takkan bernafsu lagi dah dengan Latio Impul tu. Nanti bila tua sikit mesti malu nak bawak kereta sport. And, macam tak sesuai je nak guna kereta sport bila dah ada family sendiri dan beranak pinak. Takat nak guna sorang2 boleh lah. Tapi tak ke spoiled ke'cool'an kereta tu kalau orang luar nampak anak2 aku main panjat2 dalam kereta tu? (-_-)

So, Impul Latio dah out. Sekarang tinggal Murano dan Latio Sport. So sekarang kita boleh bayangkan macam mana rupa kereta tu bila aku dah beranak pinak nanti. Mari membayangkan bersama2.

Fadilah bersama keluarga dalam Murano
Laki aku bawak kereta, aku jadi mem kat tepi. Anak2 kat belakang. Kalau dapat anak2 yang reti behave, boleh la korang tengok kereta aku tu macam berprotokol bila anak2 duduk diam. Yang mane layak disumbat dalam baby car-seat dan pandai behave, aku letaklah diorang dalam tu. (Pehal bunyi aku cerita ni aku macam nak anak sedozen ha?). Yang mane tak reti behave, aku biarkan je lah diorang panjat2 dalam kereta tu; dan yang paling penting kalau dapat anak yang tak reti behave bila dalam kereta nih, aku tinted kaw2 kereta aku tu! Aku tak nak orang luar tengok kereta aku macam zoo! Ahahah

Fadilah bersama keluarga dalam Latio
Bila cakap pasal aku dan keluarga dalam Latio, aku otometikeli terbayang anak aku 3 orang je dan otometik pandai behave sebab kereta kecik sikit, maka pergerakan terbatas. Kalau orang luar tengok aku, oh, takde perasaan maka aku rasa baguslah pakai Latio ni. Dapat kurangkan dosa riak dalam diri.

Dari segi harga dan lain2 keberbaloian
Murano 330k tak silap. Latio jauh lebih murah, paling mahal pun 110k gitu. Macam seronok je lah pakai Latio nanti. Keje 2 tahun boleh pakai Latio dah. Tetapi, boot die macam tak best ah. Tapi takat ape yang aku consider ni, aku tak kisah boot tu kecik ke besar. Dalam setiap imaginasi aku, aku tak penah simulate kejadian balik kampung 2 minggu. Mungkin kalau amek kira kejadian balik kampung 2 minggu, aku rasa Latio tu akan out dari carta maka tinggallah Murano menjadi juara. Tapi kalau ikut kemampuan, mau kerja minimum 10 tahun baru dapat merasa Murano neh~


Lain2 ciri
Aku pantang tengok kereta mata (lampu) bulat. Sungguh hodoh bagi aku. Macam Suria. Ahah. Tapi aku selalu maafkan Beetle di atas kehodohan die yang ni sebab dia merupakan candidate pertama yang masuk carta atas tiket CURVY. Tapi sekarang die dah out dari carta aku, so lantaq pi lah dia dengan mata bulat dia tu.

Haiss. Aku rasa Murano dah menang carta ni lah, tapi macam sakitlah nak tunggu kerja 10 tahun baru dapat beli~ Rasa macam kene eyeing for kereta yang lain lah~

P/S : Tiba2 terbayang Caldina~

Friday, May 14, 2010

Internship Placement : Pencarian Tamat :)

Baru 2 hari yang lepas saya post entry menangis meraung merayu mintak tempat intern. Dan hari ini, sewaktu sedang melipat2 baju (gaya emak2 melipat baju, bersimpuh di lantai sambil mendendangkan lagu anakku sazali), SKO Miri call saya tepat pukul 8.59 pagi, menyatakan application saya diterima! Yeehaaaaaaaaa mari berjoget mak enon bersama hos andaaaa Fadhilah Sallehhhhh!


Yeeiiiuuuuuuuuuuuu terbang sana! Terbang siniii! Bukak kangkang 90 darjah yeeehhhaaaa

Kenapa saya nak sangat jauh2? Sebab, saya nak amek peluang 8 bulan ni untuk hidup merantau jauh. Untuk karier sebetulnya, saya tak nak berpisah jauh dari family :) tapi ni 8 bulan, confirm 8 bulan sahaja. Maka itu, ayuhla kita memilih 8 bulan berbanding selamanya :) Bukankah elok dan manis begitu?

Dan kawan2 rapat semua tau betapa mengidamnya saya untuk intern kat Borneo ni. Saya duduk berzikir Sabah Sarawak saban hari. Kawan dekat, kawan jauh semua tau. Maka bila dah dapat apa yang diidam2kan, saya terasa bagai mahu menjerit satu dunia :) Dan ya, kawan2 semua tumpang jerit sama. Terima kasih kawan2!

Yang tak boleh blah bodohnya, bila nampak nombor Sarawak telefon, hormon EXCITEMENT dirembes bertan2 dalam badan ni, buat aku terkinja2 angkat tepon, macam orang sakit, macam kena sawan babi pun ya jugak. Semua pernyataan seperti "Hello, saya ehem2 dari ehem2" saya jawab dengan "Yeeee" dan senyuman lebar sampai telinga dan tangan tergedik2 macam orang spastik tu. Boleh bayang?

Haa macam ni lah! Tangan tergesel2 dekat pipi sebab hormon EXCITEMENT tu menggeletek2 muka aku. Dan terkepit2 kaki sebab menggedik. Kuuuuss!

PENATLAH TERKINJA KINJA NI!
BUANG TENAGA!
NAK REHAT!

Maka itu, kat sini, saya nak ucapkan terima kasih pada mereka yang berikut:

Mak dan abah
saya yang supportive, yang selalu mendoakan saya, yang selalu menggalakkan saya tengok tempat orang, sehinggalah lahirnya perasaan membuak2 nak pergi Sarawak. Saya percaya, pergi Sarawak untuk tujuan bercuti sangatlah lain kalau nak dibandingkan dengan menetap di sana walau hanya untuk 8 bulan. Saya yakin! :) Dan yang paling penting, pengalaman tu sangatlah berharga!

Ahli family yang lain
termasuk kakak2, abang2 ipar, kakak2 ipar (mane ade) yang selalu mendoakan agar saya dapat pergi blah jauh2 sebab mereka kata mereka nak lawat saya nanti. Dan buat Kak Nim yang terlalu eksited sampai dah beli tiket pergi Sabah daaahh!

Kawan2
yang selalu menyapot saya dengan mengatakan Sarawak itu coool tetapi bila saya ajak mereka pergi sama mereka kata "Hihihihiiiii kau pergi sorang lah faadddd". Maka terpaksalah kita berpisah nuun di Sarawak nuun di Terengganu nuunn di Johor nuunn di KL.

Teman gaduh weekly,
Ahmad Fitri Mohamed yang telah mengapprove proposal saya bertajuk "Saya mahu intern 8 bulan di Kepulauan Borneo boleh taaakkk?". Saya naik turun pejabat beliau beratus2 kali dalam masa 2 tahun lebih untuk dapatkan approval. Eleh, kalau suke kite pegi jauh2 cakap je laahhh. Nak berdalih2 pulak khaan. Kata rindu lah apa lah padahal Borneo ke tak, sama sahajaa. Jumpa tetap 4 kali setahuun!

and,
special thanx to Rafi,
member Robocon yang jugak pernah jadi intern kat Miri tu, sebab banyak bagi tips2 berguna. Kihkihkih. Thanx banyak2 okeh! :)

Sesungguhnya saya dapat
PETRONAS Carigali (Sarawak Operation)
untuk internship :)

P/S : Sungguh poyo tak hengat duniya budak neh kan! Tapi nak buat macam maneee ini impian termakbul sayee!

P/SS : Erk. Baru teringat tadi aku lupe nak tanye aku dapat department mane. Kang tak pasal2 aku jadi tukang fotostat je kang. Kang tak pasal2 masuk paper dengan tajuk "Terbang jauh2, pelatih industri bertugas sebagai typewriterrr" kang. Haaaa camne tuu??

Monday, March 10, 2008

Kisah Soaring The Eagle 1

Dah lama kaki ni meninggalkan Casa Rachado untuk kursus seminggu tu, but no entry on it. Nape Fad? Aku rasa tempoh seminggu tu terlalu lama untuk aku compile kan sume benda dalam satu entry. Faci aku namanya Cik Ruzila, berusia lebih 40 tahun (rasanya lah). Berstatus bujang, mempunyai perwatakan yang menarik pada pandanganku. Seorang wanita yang aktif, pandai meneka apa yang tersirat dalam hati kami, dan sentiasa menjaga kata-katanya. Pernah berkhidmat untuk PETRONAS lebih 20 tahun, dan kini berkhidmat untuk PERMATA, bertugas bila suka (itu katanya).
Kami pada awalnya diberikan sehelai kertas dan dikehendaki untuk melukis impian kami. And..



Inilah rupa lukisan aku. Aku tak peduli ape komen korang, tapi aku nak korang dengar explanation aku pasal lukisan ni :
  • USAH TERPEDAYA DENGAN LUKISAN NI. Aku bukanlah nak rumah aku dengan laki aku nanti ade pelantar minyak kat belakang rumah tu, tapi apa yang aku nak sampaikan is aku nak kerja di pelantar minyak nanti. Boleh sayang?
  • RUMAH YANG SIMPLE. Aku tak nak rumah 2 tingkat atau 2 tingkat setengah atau 3 tingkat atau lebih. Aku bimbang kalau-kalau aku tensen, aku campak anak aku dari balcony. Aku bukan Michael Jackson, OK?
  • VOLKSWAGEN? Ya, itu yang kumahu. Beetle kuning Sunflower. Cun gitu! Harga? RM140k.
  • LELAKI ITU SIAPA? Of course suami aku!
  • SIAPA BUDAK KAT TINGKAP TU? (tersipu) Oh, hehe. Barangkali itu anak aku, atau.. anak jiran sebelah. Heee. Malu la I nak cakap!