Pages

Monday, September 24, 2007

Dari Kempas Ke Simpang Empat

Jumaat lepas, Fad ikut kak Nad balik rumah die kat Perlis. Nun jauh di utara, Fad menimba pengalaman baru serta melihat kebesaran ciptaan Tuhan Yang Esa. Hati rasa kurang seronok sebab Meen tak dapat ikut sekali. Yalah, kami sibuk dengan persiapan untuk persembahan drama masing-masing sebenarnya. Cuma Fad yang tak sedar diri. Hehe

Fad ngan kak Nad bertolak ke Perlis petang Jumaat, Sept 21. Bertolak petang tu kononnya tunggu si Meen, tapi rupa-rupanya Meen tak dapat ikut!
Alahai ranap hati kami semua. Tapi Fad ngan kak Nad tabahkan hati meninggalkan Meen seorang diri (hati sebenarnya amatlah suka dapat tinggalkan Meen. Harharhar!!)

Setelah lebih satu jam, apabila hampir tiba waktu Maghrib, kami berhenti sebentar di R&R Sungai Perak untuk berbuka puasa. Fad memesan kuetiaw goreng sebagai juadah utama, berlaukkan sayur kobis goreng serta sambal telur. Kak Nad pun makan kuetiaw goreng juga (Fad yang tiru kak Nad sebenarnya. Ahaha) Selesai makan, kami segera menunaikan solat Maghrib. Sebelum menyambung perjalanan, kami membeli sedikit buah-buahan yang dijual di situ, untuk dikunyah dalam kereta.

Perjalanan kami berjalan lancar, tiada kesesakan jalan raya. Perlis seolah-olah bersedia menyambut kedatangan orang Selatan ni. Hehe. Saat lalu di lebuh raya Pulau Pinang, hati Fad terdetik, Malaysia kita ni penuh dengan kemeriahan dan warna-warni. Lampu berbagai warna menghiasi kegelapan. Indah sungguh bumi Malaysia ni..

Perjalan diteruskan, sehinggalah hampir pukul 11malam, kami tiba di Perlis. "Ni sekolah kak Nad dulu." Macam-macam lagilah yang kak Nad perkenalkan kat Fad waktu tu. Dalam kegelapan malam, Fad tak nampak sangat apa yang kak Nad tunjukkan tu, tapi Fad layan je la.. Bimbang kalau tak dilayan, mau Fad ditinggalnye kak Nad. Huhu

Satu perkara yang Fad takkan lupa adalah saat-saat Fad melihat sawah padi walaupun dalam kekelaman malam. Tiap kali terlihat tanah kosong luas, tahulah Fad itu sawah padi. Sinar bulan dipantul oleh takungan air si sawah itu. Indah sungguh panorama tu biarpun di waktu malam. Subhanallah..

Sebaik sahaja menjejak kaki di rumah kak Nad, hati Fad teruja sangat memikirkan rumah tu dikelilingi sawah padi di kawasan berhampiran. Maklumlah, Fad orang selatan. Bila sampai utara, virus-virus JAKUN menyerang. Tapi Fad tertanya-tanya juga, agaknya kalau orang utara tiba di ladang nanas mahupun ladang getah yang banyak di selatan, apakah mereka rasa apa yang Fad rasa? Hmm..kawan-kawan ada jawapannya tak?

*BERSAMBUNG DI ATAS

0 commentaire: