Sabtu, Sept 22. Dalam pukul 8pagi, Fad dikejut kak Nad. Pagi tu kami nak hantar Iwan si adik bongsu kak Nad pergi tusyen di bandar. Mak kak Nad pun ikut sekali, sebab lepas hantar Iwan tu, kami nak ke pasar pula. Mak kak Nad nak beli santan. Setiba di pasar, bukan santan sahaja yang dibeli. Malah buah-buah sekali! Ada pisang, tembikai dan betik. Pagi-pagi tengok buah di bulan puasa, memang satu cabaran yang kuat. Huhu. Terpaksalah Fad tahan, kecur air liur melihatkan buah-buah tu semua.
Siang tu pula, kami ke Padang Besar. Adik kak Nad si Afiq ikut kami sekali. Sampai-sampai tempat tu je, aduh. Bahang matahari mencucuk kulit! Bak kata kak Nad dan Afiq, itulah salji. Hehehe. Lucu amat. Seronok berjalan-jalan di situ, barang banyak. Harga boleh tahan murah, lagi-lagi baju. Aduh. Rambang juga mata Fad dibuatnya baju-baju tu. Lawa-lawa pula tu! Ish3
Jalan punya jalan, Fad beli satu blaus dan satu skirt. Kira sedondonlah blaus dengan skirt tu. Lawa sangat skirt tu. Fad amatlah menyukai corak skirt tu. Sweet amat! Kak nad pun beli skirt macam Fad juga (kak Nad yang suruh Fad beli skirt tu sebenarnya) Tapi skirt kak Nad berlainan corak. Oh ya. Sebelum tu kak Nad ada belikan tunangnya jeans dan t-shirt. Sebelum pulang ke rumah, kami belikan oleh-oleh untuk Meen. Kami beli bantal peluk yang ada kartun Spongebob & Patrick. Comel sangat bantal peluk tu!
Sepulangnya kami ke rumah, Fad terus pengsan di katil akibat kepenatan berjalan di padang BESAR.. Hehe. Petang tu dalam pukul 6lebih, kami ke bazar dan kemudian terus menjemput Afiq dari pusat tuisyennya. Hari tu merupakan hari pertama Fad berbuka bersama keluarga kak Nad. Macam-macam yang Fad belasah! Seronok betul bila tiba bab makan ni! Hehe.
Malam tu, kami melayan cerita DIVA; sebuah cerita yang Fad & kak Nad elak untuk menonton pada awalnya. Tapi setelah melayan, gelak juga kami dengan cerita itu kerna unsur-unsur humornya. Aduhaii
*BERSAMBUNG DI ATAS

0 commentaire:
Post a Comment