Pages

Showing posts with label Mari feeling2. Show all posts
Showing posts with label Mari feeling2. Show all posts

Sunday, April 18, 2010

Saya pun mahu jadi penulis

kalau itu yang boleh tolong saya meredakan perasaan sedih.

******************************

Aku rasa terpukul lepas membaca satu entri seorang sahabat..
Terpukul sebab..
Dia masih belum dapat lupakan kenangan lampau dia. Kalau aku ada kuasa, aku nak cari mana2 memory dalam otak n hati dia and campak memory jauh2 dalam Jurang Mariana.. Aku nak pesan kat memory tu "Jangan kau nak kacau hati perempuan tu lagi. Kau ni menyusahkan dia tau tak?"

Dan alangkah pandainya sahabat aku tu menggubah kisah benar menjadi sebuah kisah yang digubah.. padahal hati remuk menaip setiap bait dalam kisah yang digubah tu.. air mata macam air terjun barangkali..

Oh sahabat.. apalah yang buat memori ni datang kembali..

Kisah rekaan itu terletak di antara dua kisah yang I would rate "OK, dia dah sembuh..". Tapi kehadiran kisah rekaan tu buat aku yakin yang dua kisah lain tu hanyalah penutup segala jenis duka.. Kiranya macam.. Ok, kau tak payah pun letak gambar kau tersenyum yang lain tu.. Sebabnya, kisah rekaan tu macam pembuka hijab ok apa aku merepek ni.. Aku pun dah biol.. Tapi kau paham ape aku nak cakap kan..

Aku buatkan kau sajak (atau puisi, aku sendiri tak tau camne nak classify nukilan aku ni)

Oi sahabat,
Kau buat aku bersedih hari ni..
Tapi aku tau, kesedihan yang aku rasa ni hanya secalit dari kesedihan yang kau rasa..

Oi sahabat..
Kau ni muka je ganaas..
Tapi dalam hati ada tamaan..
Taman layu tapii..
Camne aku boleh tolong tebang sume pokok layu dalam taman tu..
Kau boleh bagitau aku?

Oi sahabat..

Oi sahabat..
Aku tak retilah nak bernukilan..
Kau je reti..
Nanti boleh ajar aku..
Agar lain kali aku sedang bersedih aku boleh bernukilan..
Barangkali boleh redakan kegundahan di hati..


Tapi puisi (or sajak) ni testing aku lah untuk bernukilan macam kau.. Amacam guru, OK tak?
Sila komen..

P/S : Saya tengah feeling2 ni, guru.. Mood saya macam hayun2 gitu.. Eh, guru tengoklah gambar gubahan saya ni.. Mana tahu saya lagi layak jadi artis..


Lihat topeng ini.. Topeng ini memberi imej negatif kan guru? Padahal muka kawan saya tu tengah senyum lebar tau tak? Jahat betul topeng ini kan guru..