Pages

Tuesday, January 12, 2010

Ada apa dengan Perak

Hari ni aku terasa nak ber'google' pasal
PERAK

memandangkan aku ni merupakan penduduk Perak sekarang. Still got 2 more years to be a Perakian. Peace.

Dari segi peng'google'an
Kalau di'google', Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan result pertama yang keluar. Maka teringat peristiwa sakit hati aku di mana waktu tu aku nak dapatkan nombor tepon kerajaan negeri untuk event aku tu. Google punye google, aku ingat aku boleh tarik nafas lega bile dah jumpe website tu. Skali, nak tunggu website tu loading bapaklah lame! Aku dah lah tengah urgent waktu tu. Ofkosla aku mengamuk dengan website tu. Ni tadi aku try lagi, tak boleh jugak. Haih. Panas2~ Korang try lah bukak. Kalo korang tak boleh bukak jugak, memang aku kene anta surat kat kerajaan negeri supaya amek upah insan2 IT yang lain jaga website diorang tu. Kalau boleh bukak, memang kerajaan negeri perak kene tukar IT man diorang jugak sebab AKU ade masalah membukaknye (bajet besar gile pangkat ngahaha).

Dari segi tanah
Tanah die bulat2, ade kale coklat, ade kale oren. Heh tanah kat mane2 kale tu je. Tapi mebi tanah kat Perak ni banyak sangat sampai Kuala Kangsar terpakse gune lebihan tanah tu buat pasu mangkuk labu sayong tu sume gune tanah liat.

Pic taken from here

Dari segi keindahan alam
Perak ni memang complete. Sungai Perak merupakan sungai yang terpanjang di semenanjung dan memang banyak sukan air boleh dilakukan kat sini. White water rafting kat Perak memang best (even aku tak pernah buat water rafting ni, tapi aku tau mesti best punye kalo dapat buat). Perak juge ade pantai yang best. Antaranya Teluk Batik, Teluk Batik, Teluk Batik dan lain2 lagi.

Perak juga ada pulau cantik yang dinamakan Pulau Pangkor (lokasi penandatanganan Perjanjian Pangkor dulu). Pulau Pangkor cantik dan seksi macam pempuan pakai skirt terbelah depan belakang. Aku teringat kenangan berlayar keliling Pulau Pangkor dulu. Sumpah kalau sekali kau tengok Pangkor dari jauh, kau rase besar sangat kuasa Allah. Ade satu kawasan dekat Pangkor tu, perairannya bersih, jernih, Kau boleh nampak coral kat bawah kapal layar kau. Sungguh cantik mengancam dan hensemm!

Perak juge ade banjaran batu kapur. Ni yang paling spesel dekat Perak. Nape? Sebab, kalau kau nak tau, bukan senang kau nak jumpe tempat camni. Maksud aku, tak sume tempat senang2 je boleh ade gua batu kapur. Kau pergilah google tengok taburan gua2 batu kapur kat dunia. Sumpah kau takkan jumpe banyak. Kau tengoklah ni



Yang kuning2 tu la taburan bukit/gunung batu kapur kat dunia ni. Tak banyak kan? So sape2 rakyat Perak (dan jugak negeri2 lain yang dilintasi formasi batu kapur ni) boleh berbangga dengan hal ni. Sumber gamba di sini

Dan aku berbangga boleh belajar Geology tanpa perlu pergi keluar negeri. Perak dah kaya dengan sumber pembelajaran semula jadi (sedih snanye tapi redha je lah)

Dari segi bende2 yang bertayar dan bergerak
Walah. Memang hebat! Dalam sebulan, kau tengoklah news yang pelik2 yang buat kau "Mak aih! Teruknye!" berasal dari negeri mane. I bet you, Perak is the answer. Kite ade insiden bas Sani ekspres tu, bas terbakar dekat Medan Kidd, kete YB Nizar terbabas dan terbalik kat Ipoh dannnn yang paling latest, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi eksiden jugak kat highway Ipoh. Haiyooo. Ape kes Perak ni banyak sangat kisah2 yang spesis camni? Mintaklah kite sume dijauhkan dari segala perkara yang tidak diingini. Semoga kita sama2 selamat dan sukses ke akhir hayat. Amin.

Dah pergi buat keje sane. Sempat pule die wat blog yeee!

5 commentaire:

Izz Amri said...

betul3.. (sila baca gaya upin ipin)

min said...

ada apa dengan perak?
macam-macam ade kan
heheee

oranglidi said...

perak ada utp.

perak hampir2 ada dua mnteri besar.

perak ada labu sayong, ada kacang menglembu, ada teluk intan.

ikanriang said...

perak memang amazing.
sensasi like no other.

oranglidi said...

terengganu sensasi jugak. hehehee