Pages

Tuesday, January 12, 2010

Ada apa dengan Perak

Hari ni aku terasa nak ber'google' pasal
PERAK

memandangkan aku ni merupakan penduduk Perak sekarang. Still got 2 more years to be a Perakian. Peace.

Dari segi peng'google'an
Kalau di'google', Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan result pertama yang keluar. Maka teringat peristiwa sakit hati aku di mana waktu tu aku nak dapatkan nombor tepon kerajaan negeri untuk event aku tu. Google punye google, aku ingat aku boleh tarik nafas lega bile dah jumpe website tu. Skali, nak tunggu website tu loading bapaklah lame! Aku dah lah tengah urgent waktu tu. Ofkosla aku mengamuk dengan website tu. Ni tadi aku try lagi, tak boleh jugak. Haih. Panas2~ Korang try lah bukak. Kalo korang tak boleh bukak jugak, memang aku kene anta surat kat kerajaan negeri supaya amek upah insan2 IT yang lain jaga website diorang tu. Kalau boleh bukak, memang kerajaan negeri perak kene tukar IT man diorang jugak sebab AKU ade masalah membukaknye (bajet besar gile pangkat ngahaha).

Dari segi tanah
Tanah die bulat2, ade kale coklat, ade kale oren. Heh tanah kat mane2 kale tu je. Tapi mebi tanah kat Perak ni banyak sangat sampai Kuala Kangsar terpakse gune lebihan tanah tu buat pasu mangkuk labu sayong tu sume gune tanah liat.

Pic taken from here

Dari segi keindahan alam
Perak ni memang complete. Sungai Perak merupakan sungai yang terpanjang di semenanjung dan memang banyak sukan air boleh dilakukan kat sini. White water rafting kat Perak memang best (even aku tak pernah buat water rafting ni, tapi aku tau mesti best punye kalo dapat buat). Perak juge ade pantai yang best. Antaranya Teluk Batik, Teluk Batik, Teluk Batik dan lain2 lagi.

Perak juga ada pulau cantik yang dinamakan Pulau Pangkor (lokasi penandatanganan Perjanjian Pangkor dulu). Pulau Pangkor cantik dan seksi macam pempuan pakai skirt terbelah depan belakang. Aku teringat kenangan berlayar keliling Pulau Pangkor dulu. Sumpah kalau sekali kau tengok Pangkor dari jauh, kau rase besar sangat kuasa Allah. Ade satu kawasan dekat Pangkor tu, perairannya bersih, jernih, Kau boleh nampak coral kat bawah kapal layar kau. Sungguh cantik mengancam dan hensemm!

Perak juge ade banjaran batu kapur. Ni yang paling spesel dekat Perak. Nape? Sebab, kalau kau nak tau, bukan senang kau nak jumpe tempat camni. Maksud aku, tak sume tempat senang2 je boleh ade gua batu kapur. Kau pergilah google tengok taburan gua2 batu kapur kat dunia. Sumpah kau takkan jumpe banyak. Kau tengoklah ni



Yang kuning2 tu la taburan bukit/gunung batu kapur kat dunia ni. Tak banyak kan? So sape2 rakyat Perak (dan jugak negeri2 lain yang dilintasi formasi batu kapur ni) boleh berbangga dengan hal ni. Sumber gamba di sini

Dan aku berbangga boleh belajar Geology tanpa perlu pergi keluar negeri. Perak dah kaya dengan sumber pembelajaran semula jadi (sedih snanye tapi redha je lah)

Dari segi bende2 yang bertayar dan bergerak
Walah. Memang hebat! Dalam sebulan, kau tengoklah news yang pelik2 yang buat kau "Mak aih! Teruknye!" berasal dari negeri mane. I bet you, Perak is the answer. Kite ade insiden bas Sani ekspres tu, bas terbakar dekat Medan Kidd, kete YB Nizar terbabas dan terbalik kat Ipoh dannnn yang paling latest, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi eksiden jugak kat highway Ipoh. Haiyooo. Ape kes Perak ni banyak sangat kisah2 yang spesis camni? Mintaklah kite sume dijauhkan dari segala perkara yang tidak diingini. Semoga kita sama2 selamat dan sukses ke akhir hayat. Amin.

Dah pergi buat keje sane. Sempat pule die wat blog yeee!

Monday, January 11, 2010

aaaaaaaaaaaa

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Semalam tak dapat tengok FT perform sebab kene pegi lab buat keje! (-.-') So dapat dengar kat radio je la. Memule tu rase tak nak pergi lab sebab nak tengok AJL tapi bile fikir tak patut pulak, keje robot punyela melambak lagi yang belum siap (-.-')

Waktu die tengah nyanyi, aku dok nyanyi dengan semangat lagu Bencinta tu sambil buat keje. Aku membayangkan die nyanyi tak gerak kiri kanan. Setakat duduk diam je. Betul tak? Uhuk2

N bile di'announce' FT menang 2nd runner-up, aku terus lepaskan drilling machine tu, angkat tangan sambil meng'hooreyy'kan kejayaan FT tu. Aku mesej Ima

Nak nangs! Sumpah! :'(


akibat keterharuan. FT sakit2 pun boleh menang. Huhuk. Lagi rase nak menangis bile Ima reply

Haha dia pakai tongkat!


Wuuu! Napela sangat bersemangat FT ni! Tapi ti yang aku sukeee! Maka enjoyla aku malam tadi kat lab akibat kemenangan FT tu! Aku nak jerit ni!

Ok dah. Nak buat keje lain yang maha melabak. Tata

Saturday, January 09, 2010

Aaaaa Inilah Nikmat!

Nikmat 1
Memikirkan esok nak keluar ke Ipoh, walaupun terpaksa menapak untuk ke bus stop UTP. Yang penting esok merdeka yeeehhhaaa!

Nikmat 2
Tengok UTP Village 5 Residential College da ade 67 fans. Aku tidur pukul 5 pagi semalam dok siapkan profile V5 tu, n promote kat orang jugak. Dalam masa 24 jam sekurang2nye ade 2 orang yang jadi fan! Alhamdulillah, senang nak siarkan propaganda pasni yeayyeayyeayy. Wat sesape yang belum jadi fan lagi tu, sile mendaftar. Tak kesah la duduk kat mane2 village pun, kalo anda setuju yang V5 tu best, boleh jadi fan jugak :D

Kalo belum jadi fan, naahhh pegi sini cepat

http://www.facebook.com/pages/UTP-Village-5-Residential-College/412041730242?ref=mf


Nikmat 3
Pasal projek hijau aku kat atas tu, ni update terkini. Paham2lah ye :D

Dear Fadhilah,

On behalf the International Student Council, we do agree to support your ideas and collaborate with your projects.Please let me know if there is anything we can do.
Look forward to further cooperation throughout the year.

UNITED CONTRIBUTION GENERATES EXCELLENCE

***************
President
International Student Council
Universiti Teknologi PETRONAS


A big applause please!

Thursday, January 07, 2010

Boyfriend vs Robot

Dulu dalam team Robocon ni pernah kecoh kisah sorang member ni break dengan awek die sebab awek die ni rase bf die tu kurang bagi perhatian kat die sebab sibuk dengan robot. Aha, yakin gile si member tu pilih robot over awek sendiri. Komen aku? Gile banzai~

Dan hari tu waktu tengah mendesign2, macam biase kitorang berborak, dan termasuk pulak topik tinggalkan bf/gf sebab robot. Aha, menarik bukan topik tu? Hangat macam tahi gitu. Suam2 kuku. Aku pun pasang tlinge je memandangkan aku sorang je pempuan dalam ramai2 budak teknikal kelab ni. Tak brani nak komen hal2 gini. Hehee. Tibe2 kedengaran satu suara berbunyi

"Fad, hang nanti kalau bf hang suruh pilih dia atau robot, hang pilih robot taw" dan dibalas dengan gelak stail syaiton bebudak lain. Aku tersengih je, aku cakap "Hehe. Okee". Bunyi macam yakin je tapi dalam hati sangat rapuh dan ampuh!

*************************************

Bile difikir balik kisah2 yang aku cite kat atas ni, aku rase ramai je budak yang ade masalah ni dengan balaks/aweks memasing. Sebabnye, aku pun pernah merase jugak bende ni. Untuk senang cite, kite ikut kronologi la yeo.

Pertengahan 2008
Waktu ni aku baru first year. Muda dan menggoda (perasan je). Bile kelab robot sini bukak member recruitment, aku pegi. Aku ingat recruitment tu takat inteview biase je, rupe2nye die nak cakap yang kalo nak join, kau kene pego (pegi) robot training waktu cuti sem, 3 minggu. Haih. Aku tak pikir banyak, aku terus sign up maka di situlah titik permulaan episod hidup aku balik UTP awal tiap kali cuti. Keputusan join kelab robot ni aku buat dengan balak aku (kami sangat mementingkan persetujuan bersama).

Waktu training tu, memang salu la balik lambat. Time tu koman2 pun balik pukul 1 pagi. Tapi pernah je balik dari lab lagi lambat dari tu, dan semestinye seperlunye, kene bebel dengan encik balak itu merupakan satu kewajipan. Time ni makin berlambaklah kes gaduh kitorang. Banyak kali jugak perceraian berlaku (hehe) tapi banyak kali jugak kejadian rujuk smule berlaku (hehehehe macam la korang tak penah buwaatttt. ingat aku tatau kee)

2009
Bende yang same jadi. Cerai rujuk cerai rujuk putus sambung putus sambung berkali2 sampai la kitorang nak naik muntah sebab banyak gadoh pasal hal ni. Mampu je malam ni gaduh sebab aku balik dari lab lambat, esok pagi dah ok daahh. Cume die pesan lah, "Pasni jangan buat lagi, jangan balik lambat lagi bla bla bla" tapi aku tetap buat jugak. Bagi aku robot ni tahap susa nak lepaskan die same tahap dengan susah nak lepaskan balak. Thats why bende2 yang die pesan aku tu tak penah berkesan kat aku. Tiap kali aku balik lambat, aku akan rase lega kalau die tido awal. Sebabnye, die ni kalo tido lambat asyikla dok msg aku tanye "da balik?". Haihhh rase bersalah kat robot ade, kat die pun ye jugak. Dan aku biarkan je hari2 berlalu saaampaila team UTP Syntium menang 2nd runner up Robocon 2009 aritu. Alhamdulillah, walaupun bukan team aku yang menang (hanye disebabkan bateri robot buat hal di saat2 akhir iskkk33)

Banyak kali jugak die suruh aku quit keje dengan robot tu, tapi aku tak tau nape aku tak boleh cakap "Ok i'll quit". Sangatlah susah. Bukan sebab aku seronok balik lambat. Bukan aku seronok berjalan kaki ke lab. Tapi komitmen (yang turun naik) tu yang buat aku tak boleh nak quit. Tiap kali die suruh aku quit, aku just kate "Tak boleh" without bagi reason. Kadang2 die emo, kadang2 die semacam give up dengan diri aku yang tu.

So, payahkan kalau kau jadi aku? And aku rase awek si member tu mesti rase bende yang same macam balak aku rase. Cume awek si member tu fragile sikitlah (maklumlah, pempuan kaan)

Akhir 2009
Sekali lagi, aku kene balik awal. Encik balak kate "Tak payahla balik. Da salu sangat balik awal time cuti. Mase untuk famile mane?". Betul jugak kate die tu. Next sem-break aku dapat duduk rumah dalam 1/2 minggu je sebab da start intern. So, ni la cuti panjang terkahir aku kat rumah. But once again, i said "Tak boleh. I chose to commit so kene commit. Nak jadi responsible" so die pun merelakan buat kali yang entah ke berape.

2010
Entah nape lately ni aku perasan, die banyak berkorban perasaan untuk aku. Kadang2 bile die excited nak cite something kat aku, aku tengah bizi buat keje kat lab. Bile aku balik, die nak cite, aku cakap aku ngantuk. Kalau kau jadi die mesti kau sedih kan?

Aku tau perasaan tu.

Tapi day by day, die start bebaskan aku. Die biarkan aku dengan tanggungjawab aku. Die dah jarang merajuk. Die dah tak reti merajuk snanye. And he's ok with that. Aku yang buat die jadi camtu. Ahh mungkin kami terlalu kanak2 sebelum ni. Nakkan perhatian dan berteman tiap mase. But we're now grown ups, aren't we syg? So sekarang ni kami decide to go steady. "...Baliklah pukul bape kau nak, yang penting jage diri. Pergilah spend mase puas2 dengan kawan, nanti kau kawin dengan aku kau tak boleh buat camtu dah..."

Syg, I know that u're my silent reader, and within this silence I want you to know that the word 'appreciate' will never be enough to reflect my real feeling inside. Sorry for I've hurted you before. Sorry for not being there when you need me the most. And I want you to know that love is not the only feeling I feel for you.

I love the way we get everything discussed, even for a simple matter. And kite same2 jadi matang. Dari zaman kanak2 sekolah yang tak ubah macam cinta monyet, main2, kite finally dapat buat jambatan kesefahaman antare kite. I don't care if you tell me my words here sangatlah tak touching, tapi yang penting syg tau. Thanx for being understanding. Thanx for making me laugh. Thanx jugak sebab habiskan tekak bby time kite gaduh dalam kete tu (haha kenangan pahit tengking boyfren kuat2 sampai orang kete sebelah boleh dengar). Mekaseh sebab jadi KIUT inside out. Thanx for those cute stuffs. Thanx for being one part of my life. Thanx for everything.

Kite tak tau ape Allah plan untuk kite, entah umur panjang atau tidak. Tapi doalah kite dapat yang terbaik..

Saturday, January 02, 2010

Mak Mesti Menangis

..kalau die dapat tau yang aku main fb seharian.



Takpelah mak, nor bukan main fb je hari ni. Nor basuh kasut nor yang kene Coke malam new year aritu sampai bersih, nor tolong angkat jemuran kawan nor, dan CV nor pun dah 80% siap. Hm. Tu je lah yang nor buat. Oh ade lagi yang nor buat. Nor tak makan, tak mandi. Tapi kejap lagi nak pergi lab nor mandi. Nor balik lambat, mak. Jadual tido dah tunggang langgang dah. Orang tido nor jage, orang jage nor tido. Heh. Mak maafkanlah nor ye. Bye mak. Saaayang mak muah muah

Friday, January 01, 2010

A Happy New Year

Someone sent me an astrology application in Facebook, saying

Here is your Today's Sagittarius Horoscope
Stay grounded, but keep your hopes high today. Things are about to get much better!
Mood : Hopeful
Lucky Color : Navy Blue
Lucky Number : 93
Lucky Time of Day: 6am


Here's the thing.

Stay grounded? Bende ni memang aku kene tunjuk dekat team robot aku ha. Sebab kami ari2 dok pergi lab kerah tenaga buat robot (walaupun sampai rini masih tak nampak batang idung robot tuuuuu sebab robot mane ade batang idung laaa!). So aku rase 010110 ni memang sesuai aku memanjakan diri kat bilik buat something else other than robot!

Hopeful mood. Apelah yang boleh diharapkan hari ni ye? Oooo meh kite berharap ade bus menjengul kat luar tingkap ni bawak aku pergi Ipoh. Avatar ade lagi ke tak kat wayang ha?

Lucky colour navy blue. Navy blue navy blue tu pekat ke cair eh? Meh kite google jap


Oooo navy blue camni. Sape yang tak tau tu memang kurang bijaksana (tuding diri sendiri). Hah takpe takpe, tu la input pertame aku hari ni. Secara rasminya aku tau camne rupe bentuk navy blue neh. Yolah, before ni main agak2 je so kali ni kite yakin INI adelah navy blue. OK sume?

Lucky number 93. Sangatlah tak best dan gabak! Tak muat pun nak masuk poket! Takpelah, kite tengok je nanti ade ape dengan nombor 93 hari ni. Kalo takde pape lucky yang jadi dengan 93 hari ni, sumpah sampai 7 keturunan nombor 93 tu jadi padang jarak padang tekukur ahah takde kaitan~

Lucky time of day 6am kah kah kah. Dah aku bace bende ni pun pukul 1131am, manelah nak tau 6am tadi tu lucky time aku. Haigoo memang tak lucky lah! Esok kite tengok astrology kite awal2 sebelum 6am okeh!

P/S : Semalam pergi lab takde kerje rupenye, so duduk2 je lah menghibur diri sendiri dengan kawan2. Yang malangnye, ade sorang membe ni bayar zakat taknak alert orang dulu, dah aku makan sepinggan fish & chips before pergi lab haa. Tup tup rupenye KFC 1 bucket tu zakat die rupenye. Tapi aku tak dapat makan sebab perut dah busung dengan ikan dah! Tapi aku tapaw je ketiak ayam tu, buat breakfast pagi tadi 8-)

P/Ss : Dan kami meraikan kedatang 2010 dengan letupan air gas yang tidak sengajakan oleh sorang membe yang merasakan dirinya berada 8 setengah minit latitud berbeza (lebih kurang 2 degree la) dengan kami walaupun kami same2 berade di bawah satu bumbung yang same, tepat pukul 1151 malam. Letupan mercun Coke tu memang jahanam, sebab habis sebelah kasut aku kene Coke tu. Hisk hisk aku sangat bersedih kerana new year aku dimulakan dengan perkara malaang. Uweeekkkkkk

Sunday, December 27, 2009

A visit and A tragedy

Yesterday was great.

Setelah seminggu duduk dekat UTP ni buat kerja robot, aku mintak cuti dari leader kami untuk bercuti sehari semalam. Heheh. Alang2 akak aku balik Ipoh untuk melengkapkan Krismas famili abang ipar aku, so ape salahnye kalo aku mengisi kesunyian aku sendiri kan kan?

Heheh. Maka bertolaklah aku ke Ipoh menaiki bus dari Tronoh. Gile gagah aku berjalan dari V3 ke vus stop kat luar UTP tuh. Ade dekat 40mins punya perjalanan lenggang kailan. Bile da sampai bus stop, ofkosla aku duduk. Penat do. Tak sampai pun 10mins aku dodok, bus Tronoh kale ijau tu pun sampaiii

Lebih kurang camni la rupe bus kat Ipoh ni. Ni la rupe antara bus yang paling elok kat Ipoh ni.

Dengan tambang berharga RM3.30, aku pun sampai di stesen bus Ipoh dalam masa 40mins. Call akak aku tak berangkat, aku pun mengambik keputusan untuk menunggu akak aku kat Jusco Kinta City. Tambang untuk ke Kinta city dari stesen bus itu adela RM1.60 (Kinta City adela sebuah shopping mall di Ipoh ni. Kalau aku tak letak Kinta City, cakap Jusco pun takpe. Sebab ade SATU je Jusco kat Perak ni haha)

Dalam perjalanan ke Kinta City tu, lalu Stesen Ketapi Ipoh.

Stesen Ketapi Ipoh

Stesen ketapi ni dekat dengan balai polis. Dekat2 dengan kawasan yang disebutkan ni, ade tanah lapang yang takdelah lapang mane. Kete eksiden je banyak kat situ. And ade satu bangkai kenderaan yang menarik perhatian aku.

Bangkai yang terhasil dari kejadian ini. (Gambar dari Bernama)

Ramai orang yang mengelilingi bus tu. Aku sebagai insan yang bangun pagi terus gosok gigi dan bersiap untuk ke Ipoh pagi tu, tak sempatlah aku nak mengusha bharian. Aku tak tau ape yang aku miss. Dalam hati aku berkata

"Isk isk isk. Ni konpem paling kurang sorang mati ni. Isk isk isk"

Dan perjalanan diteruskan sambil fikiran melayang memikirkan nasib penumpang bus tu. Belum pun sampai kat Kinta City tu, akak aku da tepon. Dalam hati aku berkata

"Mesti gelabah akak aku ni"

dan memang betul, akak aku gelabah sebab aku call die tak angkat. Aku pun kata

"Rilek rilek. Nor da nak sampai da ni. Nanti jumpe kat sini ok"

Ok, dan aku pun turun bus. Singgah McD beli makanan fevret aku kat situ, apple pie wal-lah. Aku beli 2 ketul. Bagi RM10.20 kat akak yang jaga mesin duit tu.

"Dik, takde lima hinggit ke?"

Aku pun hempas tangan aku kat kaunter tu, cakap camni kat akak tu

"Dah kire baik saye bagi doposen tu kak! Kalo saye bagi RM10 tu maknenye tu je la duit paling sesuai saye rase saye boleh bagi akak! Akak nak duit lain ke? Nah amek kau seratus" sambil menghulur RM100 kat kakak tu. Aku pun gelak sorang2 sebab begitu tinggi khayalan aku mempunyai duit sekeping RM100 bawak pegi IPOH kah kah kah. Khayalan khayalan. Rekaan semata mata. Sume orang tau Fad baik hati tak reti nak menengking orang macam tu. Kah kah kah

Dan aku pun terus menanti kehadiran akak aku. Tak lame pastu akak aku pun muncul. Tadaa! Dan kitorang pun melilau2lah dalam Jusco tu. Walaupun sekarang nga sale, satu bende hapak pun tak menarik minat aku. Takde pun aku dengar baju baju kasut kasut memanggil nama aku dan menjerit "Fad fad! Aku kat sini! Aku murah! Murah! Beli aku!". Agaknye barang2 tu sume dah hilang suara sebab banyak sangat menjerit dalam musim sale gini. Kesian kesian..

Dan setelah bosan, kami pun pulang ke rumah famili abang ipar aku. Jauh rupenye umah abang ipa aku tu ngan Jusco. Punyela aku ingat dokek je.. Kesian akak aku kene amek aku jauh2. Isk isk. Takpe2, pasni nor tak wat camtu lagi eh kak nim..

So, kat umah tu first time la aku tengok pokok krismas dalam umah. Comel je, tak gabak macam dalam cite omputih nuu. Buek sampah jo letak pokok gedabak dalam ghumah. Buat umah dalam hutan takpe, tapi jangan bawak hutan dalam umah naa. Ingat pesan tok ni. Keh keh keh. And kat umah tu sume famili abang ipa aku ade, kecuali Leo, adik die yang laki n wife die. Raya kat umah wife die agaknye. Aku cakap SUME ni, bunyinye macam ramai je kat umah tu kan. Padahal abang ipa aku ade 3 badik je. Sorang takde, 3 tolak 1 same dengan 5 tolak 3 kan kan? So tinggallah 2 je.

Anak sedara abang ipa aku ni pulak, alahaaiiii. Geram sangat tengok keletah die! Tak reti duduk diam, tapi comel. Kalau akak aku n aku ajukan muke masing2 kat die, die mesti pilih nak cium aku. Kah kah kah. See, everybody loves Fad kah kah kah.

Dan malam tu, kami ke open house membe abang ipa aku ni. Kalau waktu Indian Night kat UTP dulu aku tak boleh telan nasi die, nasi kat open house ni boleh la aku telan dengan lahapnye. Sedap sedap. Yang klakanye, tuan open house ni sorang lecturer. Time nga berborak, bile die tau aku ni blaja UTP, die tanye aku "Kenal tak .......?" Aku terdiam. Aku jawab "Kenal kenal. Heheh" Heheh tu membawe makne aku pernah buat 'dose' dengan lecturer tu. Skali lecturer aku tu kenal pulak ngan membe abang ipa aku ni kan. Haih memang parah la. N akak aku dengan murah hatinye tolong tambah lagi "Die pernah kutuk lecturer tu dalam blog die! Pastu lecturer tu jumpe pulak blog die!" Dan membe abang ipa aku tu pun kate "Student nowaday aaa, kalau tak puas hati sume tulis kat blog". Kaget aku jap. Aiyo abang ni, salah paham pulak. Manede tak puas ati bro.. aku tulis pasal lecturer tu sebab aku puas hati sangat2 ngan die.. huh

So itulah ceritanya cuti sehari aku kali ni. Best bile ade dekat ngan famili ni kan. Thanx to famili abang fir yang buat aku macam famili seniri. Terubat hati walaupun berada jauh di rantauan.. (Rantauan la sangat kan)

P/S : Bapak abang ipa aku ade pegi tengok bangkai bus tu, die kate, boleh nampak cebisan2 daging kat bus tu. Sisa otak pun ade. Aku terdiam.

P/SS : Aku rase kalau bus tu adela sebuah bus biase, n bukan double-decker, aku tak rase kemalangan tu akan jadi seteruk tu. Yelah, untuk bus double-decker, lower-decknye tu lagi rendah dari bus biase. Tu yang bile langgar penghadang boleh 'sapu' penumpang skali tu.. Betul tak? Ape2 pun aku ucapkan takziah pada keluarga mangsa. Sesungguhnya bukan senang nak terima kehilangan keluarga yang disebabkan hal2 camni. Semoga Allah melindungi kita semua. Amin

Saturday, December 26, 2009

It's the Anniversary Again

Hari ni ade 2 anniversary terpenting. Satu, it's mak & abah's and it's their 35th anniversary I guess. Alhamdulillah, berkekalan perkahwinan mak & abah walaupun banyak cabaran dan dugaan yang datang. Tapi tu lumrah orang berkahwin kan? Tapi aku salute hubungan mak & abah ni. Nape?

Mak & abah kenal sebab mak dulu kerje sebagai seorang maid, yang mane majikan mak waktu tu adela kawan abah. Dan bibit-bibit percintaan bermule bile abah datang uma uncle tu. Yolah, jatuh hati sebab masak pandai, menjahit pandai, mengemas pandai. Haih. Serba serbi pandailah. Dan lepas kawin, abah tak kasi mak keje. Dan bermulelah episod perjuangan abah demi mendapatkan sesuap nasi untuk famili die. Dan dalam 35 tahun perkahwinan tu, mak & abah dikurniakan 5 anak pempuan. Abah memang hebat, sebab walaupun berjuang mencari rezeki sorang2, kami tak pernah rase kekurangan. Abah bagi lebih daripada ape yang kami perlukan. Kalau makan sepinggan nasi dah cukup, petang tu abah belikan aiskrim pulak. Esoknye beli susu kotak. Kadang2 abah beli air sedap dalam botol comel kale kuning tu. Entah ape name, aku pun tak ingat. Senang cakap, kami cukup diberi makan, dan bile ade rezeki lebih abah gembirakan kami.

Mainan aku, tak pernah aku rase tak best. Aku nak pedang, aku dapat. Aku nak figures Power Rangers, aku dapat. Aku nak topeng, aku dapat. Aku nak game, aku dapat. Tapi yang ni abah bagi syarat, boleh main time wikend je. Huhu. And penah jugak, ape yang aku tak mintak pun aku dapat jugak! Yaitu sebijik kete mainan.. Huhuhu. Sian abah. Desperate sangat nak anak laki sampai sanggup die belikan anak pempuan die kete mainan. Sangatlah tak feminin aku waktu kecik2 dulu sampai abah ingat aku mesti suke kete mainan tu. Huhu. And mainan paling best yang abah belikan, yaitu sekotak Lego. Bukan kecik abah belikan! Abah beli yang 400++ pieces punye! Mak ehhh. Aku betul2 kecapi nikmat waktu zaman kanak2 dulu. Kalau perform dalam kelas, die bagi surprise. Penah skali tu time darjah 2, aku tekejut bukak2 lampu bilik, nampak ade jam Minnie Mouse kat atas meje. Tekejut beruk, tekejut eksaited. Tapi bile aku tanye abah sape yang belikan, die tanak ngaku. Haha. Wat lawak comel pulak abah time tu. Tapi aku tau la, abah yang belikan. Sebab takde orang lain pun dalam uma tu melainkan aku, mak & abah n adik aku.

Mak pulak, setia menguruskan hal2 rumah. Mak jaga kebajikan kami sume kat rumah. Mak tak pernah cuti, tak pernah lalai. Mak stat kerje dari pukul 6 pagi, sampai 12 malam. Mak kerje 18 jam sehari, and die tak pernah merungut, tak pernah mintak cuti dari abah.

(kesat air mate jap)

Tapi setelah kerje 35 tahun dalam rumahtangga yang dibina bersame abah, pangkat n pengalaman mak makin lame makin naik. Mule2 kawin jadi teman setia abah, jadi tukang masak dalam rumah. Bile da ade anak naik pangkat pengasuh (seperkara yang aku bangga dengan mak aku, tak ade sorang pun dalam adik beradik kami yang dihantar ke tempat mengaji. Mak lah yang mengajar dari alif ba ta sampailah kami khatam). Bile anak2 da besar, da gatal nak kawin, mak lah yang jadi wedding planner. Tapi yang aku kagum, mak aku lately ni macam dah upgrade jadi engineer rumah tu pulak. Kalau rumah kitorang ade masalah yang berkaitan dengan engineering, mak aku boleh setelkan. Paip dapur wat hal, mak tak tepon plumber. Mak jugak lah yang godeh sendiri paip dapur tu sampai dapat berfungsi dengan baik. Kalau skru tercabut, die lah yang sibuk cari screwdriver. Segala jenis screwdriver dan exact location screwdriver tu die tau. Haa kalo ade sesape nak lawan keserbabolehan mak aku, boleh isi borang kat bawah ha. Baju kurung kami, 90% mak yang jahit. Bab makanan, walah. Kau nak ape? Pernah try makan roast chicken mak aku buat? Huh aku rase sebab roast chicken mak aku lah aku penah makan Kenny Rogers sekali je seumur hidup (bukan sebab aku papa kedana! haha)



Ni hati lembu roast aa. Dan ia merupakan nikmat rumah dan nikmat duniawi semata2


Kalo aku kawin, aku berangan laki aku yang drive aku pegi mane2. Tapi Mak & Abah tak. Mak lah yang drive Abah kalau Abah nak ke mane2 yang jauh. Kalau dekat, Abah naik motor je. Tak ke comel gitu? Abah beli kete so that Mak boleh drive, as he can't drive. Tak ke comel gaban mak bapak aku ni?

Abah panggil mak 'Zainon'. Mak panggil abah 'abah'. Ni untuk kes teriak2 la. Kalo untuk cakap2 bese gune I You je. Tapi penah jugak dengar mak teriak abah dengan camni : "Yoooouuuu!! Oo youuu!! Ni ha, tepon!" Haha macam comel gitu 8-)

Itulah 0.00001% kisah Mak & Abah aku yang menjadi kekaguman aku. Kisah mereka merupakan sebuah lagenda; unik, tiada tandingan. Dan hari ni aku nak ucapkan :

Happy 35th (kot) anniversary, Mak
Happy 35th (kot) anniversary, Abah

Nor sayang Mak, nor sayang Abah. Takde orang lain dalam dunia ni yang nor akan panggil mak & abah selain Mak & Abah sendiri. I only have one Mak & Abah. Dengan segala jasa Mak & Abah yang da mak berikan kat keluarga ni, nor doakan hidup Mak & Abah dirahmati Allah selalu. Itulah yang paling layak untuk Mak & Abah dapat dalam hidup ni. Pengorbanan Mak & Abah selama ni, tak mampu untuk kami si anak2 balas. Takkan pernah cukup.

P/S : Hari ni anniversary aku dan Fitri jugak. Kali ni yang ke-4. Alhamdulillah, we both make it this far. Semoga hubungan kite ni tak sia2, diakhiri dengan ikatan yang sah. Boleh cipta lagenda kite sendiri yang unik, macam Mak & Abah. Love you sayang. Always..

Monday, December 21, 2009

Jom Main Cak Cak Kebumbum

Cak!

Cak!

Cak kebumbum cak cak!

Tarakucaca pang pang!

Kedondon parapap!


Itu senaman untuk memperbaik (tatabahasa yang betul) sendi2 jari yang sudah lama tak menaip. Rasanya dah cukup walaupun senaman (pendek) itu belum cukup untuk melatih jari2 yang sudah lama dimanja dibelai ni.

Anyhow, korang tanyelah aku ape aku buat cuti ni kat rumah. Berikut merupakan antara jawapan aku :

1) Makan roti banyak2.

2) Dalam banyak2 kali ade sekali je aku miss dinner

3) Menambah berat badan sebanyak (sesikit) 5kg dalam mase 3 minggu. Kahkahkah. Pelanggan Dr Rozmey sibuk buat testi "Saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 3 minggu" aku buat testi "Saya berjaya menikkan berat badan sebanyak 5kg dalam masa 3 minggu". Bagus

4) Dalam mase 4 minggu aku pergi eksesais 2 kali je. Buktinye aku letak kat bawah nanti.

5) Dalam banyak2 rumah kawin aku pergi 1 je. Best buddy zaman kecik2 da kawen do!

6) Bergonjeng gonjeng dengan membe2 sekolah. Tahap gila gila punye best!

7) Aktiviti deting mendeting dapat dilakukan 2 kali sahaja. Satu di Melaka satu di Batu Pahat. Satu di JB tak dapat dilaksanakan kerana kesuntukan masa. Kesian kesian

8) Sambut ulang tahun hari kejadian diri ini sekali harung dengan hari kejadian mak.

9) Melakukan marathon di atas katil. Hoi ko pk ape? Aku marathon untuk katamkan Prison Break aku yang da bertangguh sejak sekian lama. Baru sekarang dapat habis. Bagus

10) Tak sempat blaja masak haha

11) Tak sempat praktis driving haha


Macam biasalah, untuk fast update kite letak gambar banyak2 eh.

Aktiviti I

Tema aktiviti : Kau & Aku & Sekalian Alam
Deskripsi aktiviti : Setelah berbulan-bulan tidak ketemu, kami merancang untuk bersama selama sehari. Demi mematuhi tema pendetingan kali ini, kami memilih untuk melawat zoo. Maklumlah, sedara mara dia ramai kat sini. So bagusla tu kan ziarah menziarahi sesama makhluk.
Lokasi : Sekitar Melaka


Ni sedara dia dari keturunan Enggang.


Ni pulak sedara dia dari keturunan kucing. Dan saya sedang berlatih untuk beramah mesra dengan sedaranya itu. So nanti waktu berbual takdelah kekok. Hehe


Bukaklah mate tu besar2 sikit yang. Kate visit sedara mara. Hishh. Pape pun ILU hehehee



Aktiviti II


Tema aktiviti : Mari Berkahwin dengan Rasa Kecintaan Teramat
Deskripsi aktiviti : Sang Perempuan (Aimi) dan Sang Lelaki (Bayam) sudah menjalin kasih sejak di bangku sekolah pertengahan (menengah) lagi. Mereka memilih tahun 2009 untuk menjalin kasih serapat-rapatnya agar jadi macam ketupat sukar diurai. Nurul Fadhilah (aku tak kenal budak ni) ditugaskan sebagai pengapit walaupun tiada sebarang kelulusan dalam sebarang bidang Kepengapitan Kapitan.
Lokasi : Rumah orang yang berkahwin lah
Tarikh : Dua puluh satu hari bulan sebelas
Masa : Kau rasa pernah ke orang kawin pukul 2 pagi?


Malam di mana sah lah Aimi sebagai seorang bini untuk pasangannya Encik Bayam kita.


Aku rasa ni gelak syahdu namanya. Syahdu akibat teruja dapat menduduki pelamin dengan berbaju cantik dan walah.


Fullamak pengantin kite kali ni gune tema merah pulak lah. Mengancam habis lah!


Ni antara kumpulan yang terlibat dengan aktiviti "Mari Robohkan Pelamin Beramai2". Ni rombongan peroboh yang terdiri dari membe2 sekola rendah aku. Sume orang sorok hammer dalam handbag memasing waktu nak bergambar. Budak yang bersongkok tu takyah cakapla. Kalau kau bukak songkok die, mesin gerudi sume ade.


Ni pulak aktiviti "Abang, kasihku padamu sesedap kek ini maka itu marilah kita potong kek ini untuk merasa nikmatnya cinta kita"


Ni pulak pulak penggambaran bertema "Jumpe 8 taon skali memang nikmat!". Oleh itu marilah kite jumpa lagi 8 taon akan datang. (Sumpah best. Tak tau nak describe cane lagi)



Aktiviti III


Tema aktiviti : Makan sehari 10000 kalori. Bakar 2000 sekali sebulan pun jadilah
Deskripsi aktiviti : Aktiviti ini terjadi akibat kami terasa apple pie yang mak buat yang sedap gile tu buat kami kat rumah bakal jadi The Calorie Hulks kalau kami tak lakukan sesuatu. Kami hanya ada 2 pilihan; berhenti makan pie atau pergi bakar kalori itu. Disebabkan kami tak sanggup membiarkan apple pie itu hidup keseorangan tak dimakan maka kami pilih untuk bakar kalori beramai ramai.
Lokasi : Taman rekreasi dalam taman perumahan yang berumah berhampirah Kediaman Salleh
Tarikh : Sehari selepas sambutan ulang tahun hari kejadian saya
Masa : Petang yang indah dan tidak hujan


Asal ade kamera je sume orang bersungguh buat warm-up.


Floor eksesais atas rumput memudahkan anda mendapat oksigen terus dari rumput. Kot2 rase diri tu penat, telangkupkan je muke kat rumput nanti kau dapatlah oksigen.


Aku tak taula ni dolfin bertangan berkaki dari mane tersadai kat taman ni ha. Tercungap2 cari oksigen. Kesian die. Aku tolong bagi rawatan kecemasan kat ikan ni dengan menelangkupkan muke die kat rumput.

Aktiviti IV

Tema aktiviti : Sebiji kek mengandung 20000 kalori maka itu mari kita kongsi kalori!
Deskripsi aktiviti : Hari itu 27 November, tarikh hari kejadian aku dan juga Raya Korban. 2 hari sebelum itu merupakan hari kejadian mak aku maka komiti Event & Activities Department famili aku memutuskan untuk buat sambutan 2 dalam 1.
Lokasi : Kediaman Salleh
Tarikh : Kan aku da cakap 27 November
Masa : Petang lepas orang semayang jumaat


Secara berterus terangnya, bukanlah aku atau mak yang merasmikan kek tu tapi anak buah aku yang tangannya macam lipas kudung. Susah nak kawal melainkan kau masukkan lipas tu dalam tupperware je. Mekasehla Ayep. Birthday Ayep nanti Auntie Nor buat camtu jugak ekeke


Ini keluarga besar-tak-berapa-besar saya. Abang ipar sorang amek gamba. Abang ipar lagi sorang tak dapat pulang beraya bersama akibat tanggungjawab kerjaya.


Aktiviti pembelahan kek keju dengan doa "Ya Allah sungguh besar nikmatmu di dunia ini. Terima kasih Ya Allah, kerana kau ilhamkan kek keju dalam fikiran manusia. Dapat aku merasa betapa nikmatnya kek keju itu dan merasa keagungan-Mu."


Saya yakin anak buah saya ni lelaki jantinanya. Tapi saya tak tahu mengapa dia suka pakai kasut pink kakak dia.


Ini anak buah saya bersama bapanya. Anak buah saya ni pulak perempuan jantinanya tapi saya tak tahu kenapa dia mahu serlahkan kejantanannya di sini. Kita maafkanlah dia ya.

Saturday, December 12, 2009

Tajuknya Ada Dalam Hati

Hai blog. Lame aku tak update ko kan? But things are doing fine this holiday as I had this mindset that I would not return back to UTP early this time. But things changed yesterday when DRN called me and asked 'bile u balik utp?'. I almost cried when he asked me that.

I'm loving the life I'm having at home right now. Bangun subuh dikejutkan mak, tolong mak kat dapur waktu mak masak, sapu sapu, mop mop, sakat kanak kanak, layan kanak kanak. Then waktu nak prepare makanan bergaduh dengan adik aku pasal turn masing masing. Basuh pinggan pun bergaduh. But we're loving it.

Kalau mak free, we would pegi keluar. Even pergi pasar yang busuk tu pun would be a wonderful thing.

Ya tuhan, aku tak puas tatap wajah mak abah cuti ni. Belum puas. Banyak kali aku korbankan cuti aku sebelum ni so aku harap aku dapat cuti lebih panjang kali ni. I quit Robocon but not officially. I was running from my responsibility. It was wrong, I know. But was there any alternatives to decide and not to hurt anyone? Mak, abah, aku, DRN, kawan kawan. Kalau aku balik awal mak abah would hurt. So do I. Kalau tak balik awal it would be unfair for Robocon team.

Hmm. Let's not make this emotional. So aku akan balik utp on Dec 14. Mesti ade hikmah. Dah dah. Kesat air mate tu. Pergilah berjuang. Semoga Allah merahmati kamu.