Pages

Monday, October 05, 2009

Seorang rakan meghulurkan mercun roket padaku

dan berkata, 'ini bunga api'. Saya sebagai budak yang baik, tak pernah main mercun dan tak tahu rupa2 dan jenis2 mercun, berkata 'oh' . Saya nyaris2 mahu ambil 'bunga api' itu untuk dibakar, rupa2nya bende tu mercun roket! Ciss. Nasib baik ade orang yang berhati mulia bagitau aku hal sebenar. Kalau tak parah la aku pegang mercun roket tu macam main bunga api! Kesimpulannya, ilmu tentang mercun2 itu penting!

***

Hai. Saya Fado. Sabtu lepas, Perwakilan Pelajar Kampung 5 ade event, khas untuk student sini yang menyambut Dipabali. Sengaje aku wat2 salah eje, serik kisah orang jumpe blog aku ni bile main search2. Hish.

Banyak bende yang dikesalkan berlaku sepanjang event ni. Tapi kenangan manis ade jugak, yaitu aku berjaye wat rekod 'miting paling lame yang pernah dihadiri' dengan catatan 4 jam 40 minit. Haa. Sanggup ke tak korang nak gi miting tu? Dari pukul 11pm sampaila 340am. Bontot pun krem je duduk lelame camtu. Otak melayang da sampai Afrika Selatan da. Mulut aku menguap tak tau bape juta kali. Tang memalukan, walopon aku bukanla Hicom event tu, tapi malam tu aku duduk sebelah Project Director event tu. Sume orang nampak ape aku buat. Tapi pedulik ape aku, menguap tetap menguap!

Ni kali pertame aku bekerje dengan komiti yang majoritinya adela non-malays. Heh. Kagum aku, diorang jual tiket sampai ke Ipoh nun. Sedangkan aku, disuruh jual tiket pintu ke pintu pun da merengek. Pemalas. Lagi la dulu disuruh buat keje ketuk2 pintu waktu 1st year. Seganlah nak ketuk pintu bilik orang.. orang2 kat V5 ni da la ramai budak2 final year. Gile ape nak promot bende kat diorang? Tapi dari situla aku kutip self-confidence. Ecece. Tapi betul lah. Aku dulu rase aku malu je bile tengok muke2 yang aku tak kenal. Tapi sebab buat keje ketuk2 pintu tu la aku ade self-confidence. (Mekaseh la buat komiti kampung 5 dulu yang kutip aku jadi block manager)

Tapi kami2 komiti kampung 5 menghadapi masalah jualan tiket disebabkan masalah dalaman. When we did the direct ticket selling, everyone was like, 'eh, bia betul budak ni. Semangat gile nak celebrate dipabali. Da la melayu'. But hey, this is not celebrating. We're only discovering the richness of arts that we have in Malaysia. Where else could you find everything there? Malaysia lah!

Dan, ni jugakla kali pertame aku buat kolam.. ala, bende yang gune beras warne warni tu lah. Kitorang buat dalam chan hall, depan seats untuk VIP. Seronoklah jugak.. Yelah, dulu aku sekolah sume malay. Manelah ade can nak buat bende ni sume..

Wat bende ni memerlukan semangat dan jiwa yang kental. Eceh


A little bit close-up. Bentuk bunga. Nampak ke?


Bunga apit lencana sekolah. Da nak siap dah! Yeyeah!



Dan di malam kemuncak itu..



Tadaaaa!


Bertukar!


Coursemates ie. the event committees.


Alahaiii sumenye comel lote. Aku je ha yang wat gamba tak balance.



Joget Bollywood dari bintang-D. One of the performing groups kat sekolah ni. Joget2 was not everything on that night. We had gamelan, chinese orchestra, n nyanyi2. Konsep 1Malaysia lah konon.



Dan kemudian, makan2 kat lua chancellor hall itu.

Aku tak makan abes. Perut tanak makan.


This event was actually a platform gathering the arts of the indian community and overall, this event was a great success. Congratz to all of the kumpulan orkestra india sekolah ni, for their hardwork throughout this event. They managed to make us the non-indians amazed by the performances. Sangat fantastiklah joget2 itu semua! Tahniah semua! Dan trima kasih for my coursemates that have contributed their time for this collaborated event. Mekasih kawan2! =)

Next event : Raya Dinner, coming up next week.

3 commentaire:

Hanim Salleh said...

Hehehe best tengok event yg Nor join. Tapi student kak nim wat kolam lagi besor n cantik.... 40Kg beras..... utk 2 kolam ajer....

ikanriang said...

hah, banyak tu. kitorang wat 10kilo ke. nor pun bajet kitorang wat besar gabak sbb chan hall tu besar. tapi diorang nak jimat mase kot, tu yg wat kecik2 je tu :)

pape pun, really happy utk diorang yg celebrate deepavali ni. hehe

lumut said...

best~~

=(.nak masuk utp....
plisssssssssss.putarkan mase..