Pages

Thursday, October 22, 2009

Kenapa awak pakai tudung?

Kelmarin,

Sekali lagi angin rajin menyerangku, aku melangkah kaki ke IRC dengan niat untuk studi probstat. Dan alhamdulillah, adelah jugak inputnya. Kalau duduk bilik, haram nak stadi sebab internet laju sangat sekarang! (Dasar manusia tak reti bersyukur! Internat lambat kau mengomel, internet laju kau lalai!) Aku duduk kat IRC tu dari petang. Lepas selesai maghrib, aku menuju ke mesin fotostat dengan niat nak fotostat buku2 yg tak boleh dipinjam. Hehe. Aku da cakap kan, aku suke wat keje fotostat2 ni. Aku suke main dengan mesin fotostat kat IRC tu. Tekan butang sane picit butang sini, aku tengok hasil eksperimen aku ngan mesin fotostat tu. Dan tibe2 datang sorang pempuan ni, muke macam melayu tapi speaking ngan aku. Setelah dialih bahasa, berikut merupakan perbualan kami :

Wanita : Aa nak tumpang tanye boleh? Nape ngan mesin ni ye? (Sambil menunjuk ke skrin mesin pinjam buku tu)

Aku buat balik prosedur meminjam buku kat mesin tu. Skrin memaparkan bende yang same. Ahh. Mesin ni masalah.

Aku : Saya rasa anda patut pergi bertanya pada staf bertugas. (Sambil menunjuk ke arah kaunter sirkulasi, tapi hampeh. Takde sorang staf pun kat situ.)


Wanita itu memandang sekeliling mencari wajah2 staf. Dan, itu dia! Dia mengejar staf itu. Ok, selesai masalah beliau.

Kemudian Wanita itu menuju sekali lagi ke mesin fotostat, tiba2 bersuara :

Wanita : Anda ambil kos apa?
Aku : Cari minyak. (Dan senyum manis ala2 Dang Anum)
Wanita : Tahun berapa?
Aku : Tahun dua, sem dua. (Senyum manis sekali lagi)
Wanita : Oh, saya sengaja bertanya. Saya pelajar baru di sini. Dan saya sedang buat intensif inggeris di sini.
Aku : Ohh, saya lihat (I see).. Jadi, bagaimana Malaysia? (Mesti pelajar asing dah bosan dengan solan ni kan?)
Wanita : Bagus.. .. .. (dan pujian yang biasa berterusan)
Aku : (Tertunduk mengambil kertas2 hasil fotostat di bahagian tengah mesin). Baguslah macam tu :)
Wanita : Bla bla bla, ok, saya pergi dulu :)
Aku : Ok lah camtu. Gembira bisa ketemu :)


Entah mengapa, kaki aku melangkah menuju meja wanita itu. Hai, boleh saya duduk sini? itu soalan pertama aku. Ya ya boleh.. katanya. Dan kami pun berbual tentang macam2 perkara. Kisahnya,

Dia berasal dari Uzbekistan. Berumur 22 tahun. Seorang uncovered muslim, harap anda faham. Sedang melakukan ijazah kedua dalam bidang kejuruteraan elektrikal dan elektronik di sini. Baru sampai Malaysia 3 minggu. Ijazah pertamanya merupakan Law, dibuat di negaranya sendiri. Aku buat muka pelik bila dia cakap dia ada ijazah law. Langsung dia menerangkan, dia mahu jadi lawyer yang spesifik dalam bidang elektrikal. Aku buat muka kagum. Kalo aku jadi kau, cukuplah aku ada satu ijazah saja. Ni pun sekarang sudah merungut mahu berhenti. Tapi dia ni lain. Kulihat buku bertimbun atas meja di depannya. Memang layaklah dengan pencapaian kau sekarang kataku.

Dan dia tanya satu soalan ni, yang buat aku termenung sejenak.

Wanita2 kat Malaysia ni pakai tudung sebab waktu sekolah memang mewajibkan pemakaian tudung ke?

Otak aku berputar mencari jawapan. Aku tanya diri aku, nape ko pakai tudung fad? Aku rasa sebab masuk sekolah agama dulu yang buat aku pakai tudung. Kalau ikut sejarah hidup aku waktu sekolah rendah, aku mampu jadi remaja liar. Sius. Tawaran masuk sekolah agama menyelamatkan aku. Aku pun jawab, Oh, saya pun tak pasti. Dalam keluarga saya, umur 13 tahun sudah pakai tudung. Aku tak pasti jawapan aku tu ikot piawai atau tak. Tapi sejujurnya lidah aku kelu! Dia pun cakap lagi :

Di negara saya kebayakan wanita tidak bertutup. Dan bila melihat ramai wanita di Malaysia yang bertudung, saya kagum. Ada universiti di negara saya yang melarang pemakaian tudung dan hijab kerana isu pengganas. Di sana ada ekstremis yang menggunakan hijab mereka untuk sembunyikan senjata. Sebab itu ada universiti yang melarang pemakaian hijab. Ramai wanita yang hanya duduk di rumah selepas berkahwin. Biasanya sang suami saja yang akan mencari rezeki untuk keluarga. Tugas wanita hanyalah menguruskan rumahtangga. (Aku membeliakkan mata, tak percaya!) Di negara saya, wanita tidak akan sembahyang di masjid. Tapi di Malaysia ada! Di negara saya, kami melakukan solat sunat itu macam solat fardhu. Tapi apa yang saya tahu di Malaysia ini, hanya solat fardhu yang dilakukan di masjid.

Saya juga kagum bila ramai perempuan di Malaysia ni yang memandu. (Terbeliak lagi) Di negara saya, statistik kemalangan sangat kurang dan memang tak ramai pun yang memandu. Oh, sangat lainlah Malaysia dan Uzbekistan! Ku fikir kita sama sahaja!


Dan banyak lagilah kisah 'di negara saya... tapi di malaysia..' dia. Kami terlalu khusyuk bercerita dan kadang2 tergelak kecil yang membuatkan ada pengguna IRC lain kurang selesa.

Dan di akhir cerita panjangnya itu, dia kata dia tahu satu hari nanti dia akan bertudung. Dia mahu. Cuma dia sedang mengumpul kekuatan itu. Dia kata dia tak mahu bila sudah pakai, dibukanya pula. Dan dia sangat tak percaya bila aku kata itulah trend di Malaysia sekarang. Sangat tak percaya. Dia buat muka yang buat aku jadi takut. Dan dia bertanya lagi : Apa tudung itu satu trend di Malaysia? Aku kelu sekali lagi. Kau yang bertudung ada jawapan untuk kuberi pada wanita ini?

Dan macam2 lagilah yang kami borakkan. Dia ambil nombor tepon aku, gtalk aku, dan berjanji akan menghubungi aku. Dan kami pulang jalan kaki bersama tak ubah macam pasangan2 sejoli kat utp ni. Dia turut memintaku supaya mengajar cara2 nak withdraw duit maka kami pun berjalan ke bank. Mahu juga aku usha duit dalam akaunnya (maklumlah, scholar petronas yang bukan malaysia dapat duit poket sekali ganda lebih dari kami) tapi tak mahulah aku bersikap macam saiton. Aku benci saiton. Dan kemudian kami sambung berjalan lagi. Aku mengahantarnya ke V2, dan aku sambung perjalanan ke V5 dengan senyuman. Macam baru lepas jumpa boyfren baru. Tapi seronoklah. Baru aku tahu dunia luar macam mana. Barangkali aku akan lebih menghargai petronas kalau aku dapat belajar overseas.

Sudahlah kau! Pergi stadi! Usah buang masa! Terbanglah kau ke luar negara bila kerja nanti!

6 commentaire:

ikanriang said...

ok.
akulah pemberi komen yang pertama.
cuma mahu cakap, aku mahu tido.
frust dengan boyfren.
calo!

Aku Beskot™ said...

ceh..
x adil btol ko ni..
bg la can ak jd 1st komen..
haha..

mrs camillo said...

saya pakai tudung sebab...

erm...

sebab...

tak jumpa lagilah jawapan yang tepat.

identiti diri pun tak jumpa lagi.




makcik.. tulisan kecik sgt..pedih mata nak baca. apa kata makcik besarkan sikit tulisan makcik yang comel lotte ni.

ikanriang said...

beskot,
aku tak penah jadi 1st commenter kat blog besfren aku, kat blog sume orang.
so tak salahkan wat camni kat blog sniri?

zai,
betul ke kecik sangat?
nape aku rase ratio die ok je?
betul ke?
aku pnah try besar kan n die nampak tak balance dengan layout tu.
ur advice akan diambil consideration. maseh.

{lumut} said...

haha..
jht gle ko jd 1st.hampeh.
syg..hargai petronas itu..
tmpat idaman aku ..
smp tue aku akan dok ulang2 aku dpt blaja sane...
aku ptot pegi sane..
tp apakan daya...
masa itu x boleh diulang..
terima kasih.

ikanriang said...

lumut,
aku turut merasa kesedihan tu..
tapi aku nak cakap..
aku takleh trime pbuatan org tu..
atas byk sebab..