Saya seorang mahasiswa yang tak lah maha sangat. Siswa biasa2 je. Dari segi pelajaran, saya cenderung untuk menjadi 'believe what you read' maka itu saya boleh lah dikategorikan sebagai 'book-person'. Sedari kecil abah suka membelikan saya buku2 tambahan, lebih2 lagi buku cerita dan ensiklopedia. Dan sebagai permulaan, saya belajar membaca menggunakan siri Say-the-Sound. Saya sukakan buku ini kerana ianya mudah, ringan dan bergambar menarik. Saya suka :)
Dan seawal umur 6 tahun itu jugalah abah gunakan buku2 cerita dan pelbagai jenis ensiklopedia sebagai medium pengajaran bahasa inggeris. Dan setiap hari, kami sama2 akan belajar menggunakan buku itu selama 1 jam. Setiap bait kata dalam buku2 tu saya perlu baca kuat2 dan seterusnya terjemah ayat tersebut. Bagi setiap perkataan baru yang saya kenal, saya akan catat dalam 'kamus' tulisan saya sendiri.
Disebabkan saya selalu didedahkan dengan pelbagai jenis ensiklopedia dan buku cerita, berikut merupakan pencapaian saya waktu tu:
- Saya mengenali Galileo Galilei, Isaac Newton dan Thomas Edison waktu umur 8 tahun. Saya kenal Galileo sebagai seorang yang kata bumi berputar pada paksi mengelilingi matahari. Saya mengenali Newton kerana teori 'epal'nya dan Edison kerana mentol ciptaannya. Dan lagi, ramai lagi nama2 saintis yang saya hafal beserta dengan ciptaan mereka. Kenapa hafal? Saya sangat kagum dengan mereka! Dan saya juga tahu middle name Thomas Edison waktu tu :) Alva. Alva.
- Saya mengenali nama2 planet. Dan, juga hafal. Tapi bila masuk darjah 4 atau 5 entah, belajar pasal planet, saya pelik kenapa nama planet dalam bahasa melayu dan inggeris sangat lain? Saya mula menyalahkan buku teks kerana salah tulis nama planet. Haih
- Darjah 6, saya mula bawa keluar ensiklopedia astronomi saya pada waktu malam dan duduk di luar rumah untuk memerhatikan persamaan antara lukisan dalam buku dan juga bintang di langit. Kenapa? Mahu cari buruj biduk dan belantik! Dan ditemani abah semestinya!
- Saya baca hasil tulisan Charles Dickens yang bertajuk Oliver Twist dan David Copperfield waktu darjah 4. Sampai sekarang saya jatuh cinta sama itu penulis dan penulisan. Saya pernah cuba untuk baca hasil penulisan William Shakespeare milik kakak saya.. play Macbeth tu.. tetapi, har har har. Level bahasanya terlalu tinggi bagi saya waktu tu. Saya tak faham (^.^)
Tetapi ilmu yang saya terima waktu kecil bukan bersifat duniawi semata2. Saya ada mak yang mengajar saya mengaji. Sedari iqra' hingga khatam, mak yang ajar :) Waktu mula2 belajar iqra' lebih kurang umur 7 tahun, saya rasa semangat. Seronok sangat2. Kalian pernah terasa macam tu tak? Dan bila mula masuk belajar Quran, macam2 perangai saya datang. Ada masa saya hati2, ada masa saya main2. Dan bila datang angin main2 saya tu, konpem lah kena marah kaw2 dengan mak. Dan 5 minit selepas dimarahi, semestinya saya mengaji dalam keadaan sedu sedan.
Tapi saya tak boleh lupa bila saya khatam Quran buat kali pertama. Darjah 3/4. Waktu tu malam, abah belum balik kerja. Dan mak pula semangat suruh saya khatam malam tu jugak, sebelum abah balik. Berusaha punya berusaha, maka khatam lah saya malam itu. Dan, bila abah balik, mak pun cerita kat abah yang saya sudah khatam. Cepat2 abah cium saya. Abah kata, "Bagus anak abah". Dan itulah ciuman abah yang pertama yang saya rasa sejak saya mula boleh simpan memori sendiri. Ciuman kedua abah lepas tu hanyalah 7 tahun selepas itu :') Itu pun lepas saya minta. Saya tak malu waktu tu, saya cakap "Abah kena kiss nor dulu". Dan sampai hari ni, ciuman tu masih berkesan di hati ini :')
Malam ini saya menulis sebenarnya kerana saya rindu mereka yang mendidik dan mengasuh saya. Mak abah. Saya rindu mereka :'(
Permata hati saya. Emak yang selalu berkorban macam2 untuk anak2, abah yang berkorban segalanya untuk mak. Mari saya cerita sikit. Waktu mak mengandungkan adik saya, doktor cakap mak saya mempunyai risiko tinggi sebab mengandung lewat usia. Doktor kata, nyawa mak saya 50-50. Doktor kata mak saya tak boleh buat kerja berat. Tapi abah saya sayang mak saya dan juga bakal zuriatnya. Maka abah lah yang melakukan semua kerja rumah waktu mak mengandung 9bulan tu sampailah saya bergelak kakak. Sweet kan mereka ni :') Bila fikir kisah ni, saya tak kisah bila abah kadang2 ego :')
Waktu kakak saya menikah. Mak abah mungkin risau, cukupkah didikan yang diberi untuk dilepaskan ke tangan lain.. Jadi sekarang saya nak mak dan abah tau, didikan mereka sudah lebih dari cukup. Dan kami adik beradik tidak pernah berebut kasih sayang. Sekarang usia saya sudah menginjak tua, tiba giliran saya untuk memanipulasi segala didikan mak abah dulu. Dari mengaji sampai baca buku. Dari kepentingan belajar sampai beramal.
Tapi bila nampak senyuman tak manis dari abah saya, itu maknanya dia bergurau. Abah saya ni boleh tahan hebat menyakat orang :) Waktu ni saya puas cakap "abah, kite amek gamba same2 eh". Tapi dia sengaja buat muka camtu. Kononnya nak rosakkan gambar dengan buat muka ala2 samseng. Tapi, abah tak tau. Saya tak pernah kisah itu semua :')
Mak, Abah,Sekian.
Terima kasih banyak2. Nor sayang mak abah sangat2. Untuk balas jasa mak abah, banglo RM10 juta pun takkan cukup. Benda yang paling layak untuk mak abah hanyalah syurga. Nor tak mampu belikan mak syurga, nor tak mampu binakan syurga untuk abah. Tapi nor tau, nor adalah 'kunci' untuk mak abah ke syurga. Nor tak nak jadi orang lain melainkan kunci untuk mak abah ke sana. Sebab nor tau, itulah tempat paling layak untuk mak abah..
P/S : Kalau2 saya pergi dulu dari mak abah saya, tolong sampaikan isi entri ni pada mereka ya..
3 commentaire:
fad
comel :)
o yeeaaa ;)
sobssss~
Post a Comment