Pages

Tuesday, August 23, 2011

Saya sayang emak saya



Rindu mak datang lagi.

Baru beberapa hari lepas jumpe mak.. malam ni nak balik, makin rindu :'( tengah lipat baju, tetibe teringat mak yang tak penah cuti dari jadi isteri abah n ibu kpd 5 anak. Mak saye surirumah setiap mase, die tak kenal erti MC. Tak kenal erti sakit. Malah tak kenal erti penat. Lepas mengadu penat, disambungnya kerja lagi. Dialah chef, dialah engineer, dialah segalanya. Dalam 22 tahun ni boleh kira dgn sebelah tangan kegagalan mak sediakan sahur utk family. Dialah wanita yg paling kuat bagi saya.

Saya sayangkan mak saya sangat2. Walau beliau bebel camne sekalipun, saya tetap sayang. Mana saya nak cari ganti kalau Allah ambil dia dari saya. Mak saya kuat. Mak saya hebat. Pintalah apa2, tak pernah dikata tidak, selagi mampu diberi. Pintalah baju, esok dibelinya kain, dijahitnya pula. Pintalah kuih yang guna daun pisang, hari tu juga dia cantas daun pisang, hari tu juga kuih yang dipinta siap. Pintalah kari ikan, lekas2 dicapai galah, ambil kelapa, diparutnya pula, diperah jadi santan. Bila masakannya kelihatan simple, dipinta pula maaf pada kita, padahal dia tak tahu girangnya hati kita makan lauk simple tu.

Kita ada duit, sibuk dia bertanya duit kita cukup atau tidak. Kita tiada duit, digesanya abah bank-in duit pada kita. Malam hari sebelum tidur dia mengadu dia sakit kaki, esok pagi kita tengok cergas pula dia buat itu ini. Nampak kita asyik dengan laptop, dipesannya kita jangan lengahkan solat. Waktu ekonomi meleset awal2 kahwin dulu, abah kene berenti kerja, mak yang ambil alih tempat abah. Mak buat kuih untuk dijual. Mak tak kisah, yang penting ade rezeki untuk diberi anak2.Fitnah yang mengaibkan ditabur macam2 dulu sewaktu zaman mudanya. Tapi dikentalkan hatinya, dipekakkan telinganya, dilaluinya semuanya dengan tabah. Kerana dia tahu, dia tak bersalah. Tapi sekarang, dia menjadi orang yang dihormati oleh pihak yang menuduhnya macam2 dulu.




Itulah mak saya. Zainon Bt Hassan. Wanita yang melahirkan saya, membesarkan saya. Insan yang perlu saya taat pada katanya. Hebat betul 'kuasa' seorang ibu. Begita juga hebat sikapnya. Mampukah saya jadi seperti mak nanti? Saya mahu, semoga Allah berikan saya kekuatan seperti ibu saya.

Update 13 October 2011:


28 likes. Kira kalau saya pergi dulu dari mak saya, 28 orang yang pernah baca status saya ni, tolong bagitau mak saya betapa saya sayang dia sangat2, dan tiada siapa boleh ambil tempat dia di hati saya.

0 commentaire: