VS
-----------------------------------------------------------------
Alkisah, printer aku rosak dan aku dah uninstall driver printer aku. Dan tiap kali aku nak simpan benda2 dari mana2 website, aku main tekan je Print dengan kesedaran bahawa aku takde printer dan selalunya nanti akan keluar window Print yang ini
... menyatakan Send To OneNote 2007. Sungguh aku tak ketahuan apakah itu OneNote. Cuma apa yang aku tau, kalau aku bukak balik OneNote tu pada masa akan datang, objek yang aku nak simpan tu akan sentiasa ada walaupun aku tak save. Ajaib bukan? Maka itu, aku tak perlu risau kehilangan apa2 file penting dari internet.
Maka haritu aku terasa mahu menjalain hubungan bersama OneNote lalu aku pergi kerumahnya untuk bertanya khabar. Rumahnya terletak di Taman Microsoft Office, negeri All Programs.
Macam bodoh je nak ajar orang jalan pergi OneNote. Haih. Straight to the topic, aku nak cerita tentang keistimewaan OneNote ni. I found it really cool and sungguh da bomb!
Basically, OneNote is your virtual organizer. You can jot anything you want in it and have numbers of organizer just in one program :) Saya sangat suka teknologi canggih.
Dalam OneNote, kau dan aku boleh....
... buat catatan dan kemudian EXIT tanpa SAVE
Aplikasi ini bertindak betul2 macam organizer biasa. Kau selalu rushing nak catat sesuatu kan? Kalau organizer biasa, kau bukak helaian yang kau nak, kau tulis2, kau terus tutup kan? Macam tu jugak OneNote. Dan yang paling seronok, kau tak perlu risau pasal line2 dalam OneNote. OneNote tak ade function line. This means, kat mane ko klik, kat situ jugaklah kau tulis :)
... nak copy gambar dari web browser? Tak payah printscreen dan crop!
Feature ini dinamakan screen clipping. How does this magic work? Apa kata kau cuba sekarang. Mesti cuba! Seeeeeeenang sangat. Kau mesti suka :)
... OneNote boleh baca tulisan dalam gambar :)
Katakan la kau nak save address mane2 company tempat ko nak cari kerja. Kau boleh buat screen clipping macam yang aku cakap tadi, pastu right-click kat gambar tu, pastu klik Copy Text from Picture. Nanti die extract sume tulisan dalam gambar tuu!! Cool kan? ;)
... Boleh buat hyperlink :)
Kau boleh bagi aku satu cara macam mana nak buat hyperlink dalam organizer hijau biasa kau tu? Aku boleh dengan OneNote :)
... Mahu buat kira2? Boleh tolak tepi kalkulator kejap :)
Kalau dalam Word, kau tulis equation, kau nak jawapan kira2 kau tu, kau kena kira sendiri. Tapi dalam OneNote, dia boleh tolong. Contoh kau tulis ini dalam OneNote:
2+5=
lepas = tu, kau tekan space bar, dia terus tulis jawapan 7! Cool kan? :) So senanglah kalau kau nak buat financial budgeting dalam OneNote ni. Heheh
... Mahu mencurahkan perasaan? Boleh letak password dalam mana2 bahagian yang ko nak! Hikhikhik
Hanya dengan File>Password Protect This File. Hihihihhhh lepas ni boleh marah boyfriend dalam OneNote. Tak payah buat draft dalam blog lagi. Hihihihihi
... DAN BAAAANYAK LAGIIIIII!!!
NI baru 1% jee jadi tunggu apa lagi? Sila buka dan menelaah OneNote anda sekarang jugaaa! Boleh mualakan dengan tutorial :)
2 commentaire:
cam best jer... nanti aja kak nim eh
over sgt rumate aku nih...ahahahah
die explore gle2 kot :P
heeeeeee
kagom2
Post a Comment