Pages

Saturday, April 03, 2010

KLCC, tiada henfon dan duduk bersila whathefish

Pernah sekali ni, berlaku sekitar minggu lepas, saya ke KLCC bersama kakak dan abang ipar saya. Tetapi malangnya kami ni sangatlah bijak kerana masing2 tidak membawa henfon. Seolah2 kalau terhilang sesat terpisah dalam KLCC tu, boleh main jerit2 nama gitu.

Macam ni lah lagaknya manusia berjalan2 di KL tidak membawa henfon. Menjerit memanggil nama pasangan/adik/mak/bapak padahal tiada siapa dengar. To be precise, tiada siapa peduli. Macam kau jerit mintak tolong dalam plastik tebal, ada orang lain nak kisah? Boleh mimpi.

Henfon saya tertinggal di rumah sedara di Keramat. Cerita belakang tabir:
Mahu pulang dari kenduri tahlil arwah paklong. Bila mahu masuk kereta, abah terpijak tahi kucing. Sungguh binatang sungguh kucing itu berak bersepah2 kan? Dan abah sebagai ahli kuat Persatuan Anti-tahi Kucing (PAnTaKuc - mahu letak PAnTaK asalnya, tapi nanti mesti korang fikir luar kotak) membuat pengumuman depan saya "Abah tak nak masuk kereta kalau tahi ni ada lagi kat kasut abah". Me cry cats and dogs. Sebab mahu pulang segera. Mata sudah layu mahu katil (-.-) Tapi kalau masuk kereta dengan bau tahi kucing, mahu demam panas saya keesokan harinya. Maka saya pun "Abah, meh lah nor basuh kasut abah tu dulu". Dan henfon diletakkan di tembok pagar rumah sedara itu untuk memudahkan urusan pencucian kasut abah.

Selesai sahaja mencuci, saya pun berlenggang kangkung masuk kereta dengan suka hati meninggalkan alat telekomunikasi saya tu di tembok rumah orang. Memang saya ni muka tembok (-_-) Dan padan muka, berbelas jam hidup tanpa fon padahal banyak saja orang yang perlu diroger.

Kakak saya pula, bawa henfon tapi kekeringan bateri.

Abang ipar saya pula, bila isteri kesayangan ada di sebelah, henfon itu tidak perlu lagi baginya. "Maka mari tinggalkan saja di rumah" katanya (Ini teori yang betul)

Dan saya, alang2 sudah tiba KLCC, pada pendapat saya alangkah eloknya jika singgah sahaja di Keramat mengambil henfon. Akibat masalah kemunduran telekomunikasi, saya berpesan pada kakak saya "Call lah nor lagi setengah jam gune public phone. Time tu nor dah dapat fon dah agaknye" sebelum berpisah.

Klang tung klaang tung naik LRT ke Jelatek, dapatlah saya henfon saya. Henfon saya tu tumpang motor orang untuk ke stesen LRT tu (-.-) Dan setelah mendapat henfon saya pun bergegas kembali ke KLCC. Tetapi, alangkah pandainya sayaaa

Henfon silent!

Kakak saya sudah call 2 kali dan saya tidak perasan. Cry cats and dogs lagi saya di KLCC keseorangan. Maka saya pun menapak ke center zone KLCC tu. Menunggu panggilan seterusnya. Saya toleh kiri kanan depan belakang. Ramai staf KLCC tengah break, so seronok lah perhati kerenah staf2 tu sorang2. Dan tanpa sengaja saya terduduk bersila di atas bangku itu. Kakak saya tidak call2 lagi. Tiba2 masuk SMS.

"You have 2 missed call(s) from 03blablabla". Hish waktu2 ni jugaklah dia mahu tiada coverage!

Saya sabar dan sambung perhatikan orang lagi.

Tiba2 datang seoarang lelaki dengan walkie talkie.

"Dik, kat sini tak boleh bersila ye. Turunkan kaki sekarang." Dalam hati saya menyumpah2 orang yang buat protokol sebegitu di KLCC. Sangat tiada kerja.

Orang sebelah saya yang melunjur kaki pun kena sound. Haih.

Saya tertekan bila fikir hal ini. Pak cik security itu menegur saya tak ubah macam "Adik, jangan pakai benang 10 urat di sini. Nanti apa pelancong luar kata. Kita ni negara Islam"

Boleh saya tahu, pakai benang 10 urat dan duduk bersila mana satu lagi tidak bertamadun??

Me cry here. Siapa buat protokol ni? Sila jawab.

4 commentaire:

seliparburok said...

siyes ada rule cm 2?? haha. gila poyos ;)

Izz Amri said...

missizza likes this~!

ikanriang said...

wani : cubelah try. pakcik tu akan pegang walkie talkie dan berjalan kehulu kehilir cari org yg duduk bersila. entah pape la diorang tu (-.-)

missizza : boleh try bende ni jugak. no parental guide needed :)

Mrs Camillo said...

itu baru kat luar.. belum mak guard kat surau lagi fad.
menangis aku masa semayang.

what the FUN!!!

itu tak boleh, ini tak boleh.