Pages

Thursday, April 15, 2010

I was tagged. Hihihih

Saya menjawab survey ini demi AinRos sayang.

Survey in perlu dijawab dalam Bahasa Malaysia.

10 fakta tentang saya:

1) sangat pegang prinsip diri sendiri yang gila2
2) lepak dan cool
3) susah ada perasaan risau dan cemas - sangat bukan Fadhilah Salleh
4) tidak mengambil plastik di mini market UTP demi manjaga alam sekitar
5) mengimpikan buat internship dekat Sabah kerana mahu pergi Sipadan
6) suka beli buku tapi takat baca 20ms pertama sahaja
7) berat saya sudah melebihi berat orang yang pernah lebih dari saya dahulu
8) tidak suka makan makanan yang tak original dan berperisa merepek seperti ayam kfc spicy dan pringles perisa apa ntah tu yang kale purple tuu
9) memanfaatkan sepenuhnya perpustakaan UTP. buku semua dipinjam. duit yang seharusnya digunakan untuk buku selalunya saya guna untuk kemahuan diri yang lebih penting dari buku har har har
10) muka ganas, tapi dalam hati ada tamaaaan

10 perkara menakutkan saya:
1) nampak benda bulat yang banyak2 dan berulang2 tanpa susunan yang teratur. contoh, eeeiiiiii geli la aku nak describe bende ni!!!!!! Kalau nampak, saya mesti cakar2 bende tu dengan tangan sepuas hati!

2) lipas. Telinga saya sensitif dengan pergerakan lipas. Waktu tidur, saya boleh terjaga kalau dengar bunyi lipas merangkak di lantai. Saya selalu terbangun dari tidur dikejutkan bunyi lipas merangkak. Haih

3) tengok pameran dadah yang ada tunjuk pelbagai jenis dadah dan gambar orang disebat sebab kesalahan melibatkan dadah

4) mati sebelum sempat bertaubat. astaghfirullaah..

5) fail mana2 subjek yang saya tak suka. tapi setakat ni Allah selalu beri saya peluang. Allah sayang saya. Bile saya mahu sedar diri ni?

6) tiada
7) tiada
8) tiada
9) tiada
10) tiada


10 perkara yang selalu saya sebut
1) adoyai
2) hah?
3) iyo
4) amende?
5) o bodoh! kalau melatah
6) aku - wajib
7) kau - wajib
8) kite - wajib, sebab rumet
9) awak - wajib, sebab rumet
10) ooooo



10 perkara yang amat bernilai
1) umur yang berpanjangan sampai saat ni
2) mak abah dan adik beradik yang supportive
3) alhamdulillah, saya hidup beragamakan Islam
4) laptop
5) kawan2 yang bersama waktu senang DAN susah
6) duit
7) kenangan dengan orang2 tersayang
8) kamus bahasa perancis yang mesti ada atas meja walaupun tak guna - hadiah dari abah
9) buku "French Made Easy" - hadiah dari abah waktu form 3, abah tulis "To : Nurul Fadhilah Salleh with love from dad" kat dalam buku tu. Abah buat saya rasa hai abah, sayalah anak awak!
10) tak terfikir akal :)

10“pertama kali” dalam hidup saya
1) khatam Quran. Darjah 4. Dengan didikan mak saya :)

2) merokok. Saja mencuba, darjah 2. Gudang garam. Har har har

3) naik kapal terbang. Umur 5 tahun. Abah suruh saya duduk tepi tingkap, kononnya saya akan hepi bila nampak awan. Tapi saya buat muka bodoh je. Saya lebih tertarik dengan buku mewarna dan krayon yang kakak pramugari tu bagi. Har har har. Bodoh.

4) pakai tudung (selain dari waktu sekolah la kan). Beberapa bulan lepas masuk Sekolah Agama Persekutuan har har har. Nasib baik masuk sekolah agama. Kenal erti malu sikit. Kalau tak, mesti hancuss

5) berpasangan. Pada umur 7 tahun. Kami punyai hobi yang sama. Suka berlari. Har har har

6) kena X-ray kepala. Waktu darjah 4, ada satu hari dalam perjalanan pulang ke rumah naik bus, saya sangat eksited mahu sampai rumah maka saya terus lompat dari bus sedangkan bus belum berhenti. Saya seperti Superwoman bertudung, kerana saya 'terbang' dan akhirnya saya masuk dalam longkang dalam keadaan 'kepala dalam longkang dan kaki terkapai2 di udara'. Macam comel har har har

7) dapat adik. Waktu umur 7 tahun. Itu jugaklah kali terakhir. Sewaktu adik saya umur 2 hari, saya menyumbatkan secalit sambal udang kat mulut baby sebab dia kelihatan lapar dan sejurus kemudian baby tersebut menangis tapi saya tak tahu kenapa har har har

dah lah tu. Tak terfikir lagi dah :D

7 orang bertuah (JAWAB TAG NI BALIK!)
zai sayang, pekot sayang, ini saja tujuh saya hihihihihi

5 commentaire:

lumut said...

pertama kali aper?
merangkaka?
isap nenen?
aarrgghh soklan x lengkap.xnak jawab.haha

ikanriang said...

tak nak jawab takpe :(
saye tidur dulu :(

ain farahain said...

mak ai fad
ko gile gns 10 pertama ko
ish333

adi said...

fad...ni kte ni (rumate)..ahahaha
rokok??? ish2...xbaik r.... pttla nmpak effect isap rokok tu smpai skrg

selipar besi said...

awk jgn lah merJUKKK....UHUKKKKK