Pages

Tuesday, April 27, 2010

Aku ingatkan OneNote tu application bodoh2 je tapi...

...sangkaan ku jauh meleset.


VS



-----------------------------------------------------------------

Alkisah, printer aku rosak dan aku dah uninstall driver printer aku. Dan tiap kali aku nak simpan benda2 dari mana2 website, aku main tekan je Print dengan kesedaran bahawa aku takde printer dan selalunya nanti akan keluar window Print yang ini

... menyatakan Send To OneNote 2007. Sungguh aku tak ketahuan apakah itu OneNote. Cuma apa yang aku tau, kalau aku bukak balik OneNote tu pada masa akan datang, objek yang aku nak simpan tu akan sentiasa ada walaupun aku tak save. Ajaib bukan? Maka itu, aku tak perlu risau kehilangan apa2 file penting dari internet.

Maka haritu aku terasa mahu menjalain hubungan bersama OneNote lalu aku pergi kerumahnya untuk bertanya khabar. Rumahnya terletak di Taman Microsoft Office, negeri All Programs.


Macam bodoh je nak ajar orang jalan pergi OneNote. Haih. Straight to the topic, aku nak cerita tentang keistimewaan OneNote ni. I found it really cool and sungguh da bomb!

Basically, OneNote is your virtual organizer. You can jot anything you want in it and have numbers of organizer just in one program :) Saya sangat suka teknologi canggih.

Dalam OneNote, kau dan aku boleh....

... buat catatan dan kemudian EXIT tanpa SAVE
Aplikasi ini bertindak betul2 macam organizer biasa. Kau selalu rushing nak catat sesuatu kan? Kalau organizer biasa, kau bukak helaian yang kau nak, kau tulis2, kau terus tutup kan? Macam tu jugak OneNote. Dan yang paling seronok, kau tak perlu risau pasal line2 dalam OneNote. OneNote tak ade function line. This means, kat mane ko klik, kat situ jugaklah kau tulis :)

... nak copy gambar dari web browser? Tak payah printscreen dan crop!
Feature ini dinamakan screen clipping. How does this magic work? Apa kata kau cuba sekarang. Mesti cuba! Seeeeeeenang sangat. Kau mesti suka :)

Pilih area gambar yang ko nak.

DONE!

Dah buat?

Nice tak? ;)


... OneNote boleh baca tulisan dalam gambar :)
Katakan la kau nak save address mane2 company tempat ko nak cari kerja. Kau boleh buat screen clipping macam yang aku cakap tadi, pastu right-click kat gambar tu, pastu klik Copy Text from Picture. Nanti die extract sume tulisan dalam gambar tuu!! Cool kan? ;)

... Boleh buat hyperlink :)
Kau boleh bagi aku satu cara macam mana nak buat hyperlink dalam organizer hijau biasa kau tu? Aku boleh dengan OneNote :)

... Mahu buat kira2? Boleh tolak tepi kalkulator kejap :)
Kalau dalam Word, kau tulis equation, kau nak jawapan kira2 kau tu, kau kena kira sendiri. Tapi dalam OneNote, dia boleh tolong. Contoh kau tulis ini dalam OneNote:

2+5=


lepas = tu, kau tekan space bar, dia terus tulis jawapan 7! Cool kan? :) So senanglah kalau kau nak buat financial budgeting dalam OneNote ni. Heheh

... Mahu mencurahkan perasaan? Boleh letak password dalam mana2 bahagian yang ko nak! Hikhikhik
Hanya dengan File>Password Protect This File. Hihihihhhh lepas ni boleh marah boyfriend dalam OneNote. Tak payah buat draft dalam blog lagi. Hihihihihi

... DAN BAAAANYAK LAGIIIIII!!!

NI baru 1% jee jadi tunggu apa lagi? Sila buka dan menelaah OneNote anda sekarang jugaaa! Boleh mualakan dengan tutorial :)

Sunday, April 18, 2010

Saya pun mahu jadi penulis

kalau itu yang boleh tolong saya meredakan perasaan sedih.

******************************

Aku rasa terpukul lepas membaca satu entri seorang sahabat..
Terpukul sebab..
Dia masih belum dapat lupakan kenangan lampau dia. Kalau aku ada kuasa, aku nak cari mana2 memory dalam otak n hati dia and campak memory jauh2 dalam Jurang Mariana.. Aku nak pesan kat memory tu "Jangan kau nak kacau hati perempuan tu lagi. Kau ni menyusahkan dia tau tak?"

Dan alangkah pandainya sahabat aku tu menggubah kisah benar menjadi sebuah kisah yang digubah.. padahal hati remuk menaip setiap bait dalam kisah yang digubah tu.. air mata macam air terjun barangkali..

Oh sahabat.. apalah yang buat memori ni datang kembali..

Kisah rekaan itu terletak di antara dua kisah yang I would rate "OK, dia dah sembuh..". Tapi kehadiran kisah rekaan tu buat aku yakin yang dua kisah lain tu hanyalah penutup segala jenis duka.. Kiranya macam.. Ok, kau tak payah pun letak gambar kau tersenyum yang lain tu.. Sebabnya, kisah rekaan tu macam pembuka hijab ok apa aku merepek ni.. Aku pun dah biol.. Tapi kau paham ape aku nak cakap kan..

Aku buatkan kau sajak (atau puisi, aku sendiri tak tau camne nak classify nukilan aku ni)

Oi sahabat,
Kau buat aku bersedih hari ni..
Tapi aku tau, kesedihan yang aku rasa ni hanya secalit dari kesedihan yang kau rasa..

Oi sahabat..
Kau ni muka je ganaas..
Tapi dalam hati ada tamaan..
Taman layu tapii..
Camne aku boleh tolong tebang sume pokok layu dalam taman tu..
Kau boleh bagitau aku?

Oi sahabat..

Oi sahabat..
Aku tak retilah nak bernukilan..
Kau je reti..
Nanti boleh ajar aku..
Agar lain kali aku sedang bersedih aku boleh bernukilan..
Barangkali boleh redakan kegundahan di hati..


Tapi puisi (or sajak) ni testing aku lah untuk bernukilan macam kau.. Amacam guru, OK tak?
Sila komen..

P/S : Saya tengah feeling2 ni, guru.. Mood saya macam hayun2 gitu.. Eh, guru tengoklah gambar gubahan saya ni.. Mana tahu saya lagi layak jadi artis..


Lihat topeng ini.. Topeng ini memberi imej negatif kan guru? Padahal muka kawan saya tu tengah senyum lebar tau tak? Jahat betul topeng ini kan guru..

Thursday, April 15, 2010

I was tagged. Hihihih

Saya menjawab survey ini demi AinRos sayang.

Survey in perlu dijawab dalam Bahasa Malaysia.

10 fakta tentang saya:

1) sangat pegang prinsip diri sendiri yang gila2
2) lepak dan cool
3) susah ada perasaan risau dan cemas - sangat bukan Fadhilah Salleh
4) tidak mengambil plastik di mini market UTP demi manjaga alam sekitar
5) mengimpikan buat internship dekat Sabah kerana mahu pergi Sipadan
6) suka beli buku tapi takat baca 20ms pertama sahaja
7) berat saya sudah melebihi berat orang yang pernah lebih dari saya dahulu
8) tidak suka makan makanan yang tak original dan berperisa merepek seperti ayam kfc spicy dan pringles perisa apa ntah tu yang kale purple tuu
9) memanfaatkan sepenuhnya perpustakaan UTP. buku semua dipinjam. duit yang seharusnya digunakan untuk buku selalunya saya guna untuk kemahuan diri yang lebih penting dari buku har har har
10) muka ganas, tapi dalam hati ada tamaaaan

10 perkara menakutkan saya:
1) nampak benda bulat yang banyak2 dan berulang2 tanpa susunan yang teratur. contoh, eeeiiiiii geli la aku nak describe bende ni!!!!!! Kalau nampak, saya mesti cakar2 bende tu dengan tangan sepuas hati!

2) lipas. Telinga saya sensitif dengan pergerakan lipas. Waktu tidur, saya boleh terjaga kalau dengar bunyi lipas merangkak di lantai. Saya selalu terbangun dari tidur dikejutkan bunyi lipas merangkak. Haih

3) tengok pameran dadah yang ada tunjuk pelbagai jenis dadah dan gambar orang disebat sebab kesalahan melibatkan dadah

4) mati sebelum sempat bertaubat. astaghfirullaah..

5) fail mana2 subjek yang saya tak suka. tapi setakat ni Allah selalu beri saya peluang. Allah sayang saya. Bile saya mahu sedar diri ni?

6) tiada
7) tiada
8) tiada
9) tiada
10) tiada


10 perkara yang selalu saya sebut
1) adoyai
2) hah?
3) iyo
4) amende?
5) o bodoh! kalau melatah
6) aku - wajib
7) kau - wajib
8) kite - wajib, sebab rumet
9) awak - wajib, sebab rumet
10) ooooo



10 perkara yang amat bernilai
1) umur yang berpanjangan sampai saat ni
2) mak abah dan adik beradik yang supportive
3) alhamdulillah, saya hidup beragamakan Islam
4) laptop
5) kawan2 yang bersama waktu senang DAN susah
6) duit
7) kenangan dengan orang2 tersayang
8) kamus bahasa perancis yang mesti ada atas meja walaupun tak guna - hadiah dari abah
9) buku "French Made Easy" - hadiah dari abah waktu form 3, abah tulis "To : Nurul Fadhilah Salleh with love from dad" kat dalam buku tu. Abah buat saya rasa hai abah, sayalah anak awak!
10) tak terfikir akal :)

10“pertama kali” dalam hidup saya
1) khatam Quran. Darjah 4. Dengan didikan mak saya :)

2) merokok. Saja mencuba, darjah 2. Gudang garam. Har har har

3) naik kapal terbang. Umur 5 tahun. Abah suruh saya duduk tepi tingkap, kononnya saya akan hepi bila nampak awan. Tapi saya buat muka bodoh je. Saya lebih tertarik dengan buku mewarna dan krayon yang kakak pramugari tu bagi. Har har har. Bodoh.

4) pakai tudung (selain dari waktu sekolah la kan). Beberapa bulan lepas masuk Sekolah Agama Persekutuan har har har. Nasib baik masuk sekolah agama. Kenal erti malu sikit. Kalau tak, mesti hancuss

5) berpasangan. Pada umur 7 tahun. Kami punyai hobi yang sama. Suka berlari. Har har har

6) kena X-ray kepala. Waktu darjah 4, ada satu hari dalam perjalanan pulang ke rumah naik bus, saya sangat eksited mahu sampai rumah maka saya terus lompat dari bus sedangkan bus belum berhenti. Saya seperti Superwoman bertudung, kerana saya 'terbang' dan akhirnya saya masuk dalam longkang dalam keadaan 'kepala dalam longkang dan kaki terkapai2 di udara'. Macam comel har har har

7) dapat adik. Waktu umur 7 tahun. Itu jugaklah kali terakhir. Sewaktu adik saya umur 2 hari, saya menyumbatkan secalit sambal udang kat mulut baby sebab dia kelihatan lapar dan sejurus kemudian baby tersebut menangis tapi saya tak tahu kenapa har har har

dah lah tu. Tak terfikir lagi dah :D

7 orang bertuah (JAWAB TAG NI BALIK!)
zai sayang, pekot sayang, ini saja tujuh saya hihihihihi

Tuesday, April 13, 2010

Lelaki berbuat onar

... kasi je sunat sekali lagi!

I am writing this emotionally beaten inside. Sangat geram.

It's my roomate. No, she's not the case here. But it's her groupmate. FYI, we're doing a whole-sem engineering project now.

Engineering Team Project
- A must for all the third year engineering students in UTP.
- Consists of 5-6 multi-engineering-background students.
- From the word TEAM, we know that the course aims to enhance the teamwork spirit of the members. Kan?
- Boleh buat projek sendiri2 kalau mahu fail subjek ETP.

But the thing is, my roomate got a quite not-so-you-may-fill-in-the-blank member for her project. Well, he's academically good. Great instead. Sangat. But there's something in him that I would give a No-Good rate. Why, he got something bossy in him. Bossy boots and something like that lah. He has a high sense and tendency in disapproving and rejecting idea orang lain. And in my point of view, he never seemed to be an adaptable or even a considerate team mate. Kesian my roommate.

Nak dijadikan cerita, the guy came back from his country (OK, he's not a local) quite late when the new semester started. Almost 2 weeks late and by that time, the team had already finalize the project concept etc right before he came back (yalah, kalau nak tunggu kau lambat sangat, baik diorang start je dulu). But when this guy came back, he said that "No, this is not a good project". Eh, what the? "I'll think of my idea first, and then we'll discuss again" Hoish banyak hensem kau. Orang dah nak hantar proposal dah boleh pulak kau tahan2 team mate kau buat kerja. Dah la datang lambat, mahu buat onar pula. Waktu tu roommate saya dah tensen bagak dah.

Dan gaduh punya gaduh, dia menang. Fine, kamu menang. Itu pun sebab teammate kamu ada perasaan bertolak ansur dan cuba untuk terima pendapat orang lain tahu tak? Dan mereka hantar proposal lambat. Sebab budak tu.

Dan isu kedua baru2 ni, pasal poster pulak. Haih. Yang ni saya memang berapi sebab saya nampak macam mana roommate saya berusaha buat poster untuk group tu (memang tugas rumet saya tu). Dan bila dah siap softcopy, rumet saya ni pun tunjuklah poster tu dekat teammate dia secara online. Dan tup tup lepas tu, mamat tu hantar la poster baru dengan isi yang sama, cuma layout saja lain dekat teammate semua. Eh ape kes kau ni?

Merujuk kepada mamat tu,
- Poster dia memang terbaik
- Poster dia memang terhebat
- Poster dia memang Albert Einstein pun tak pernah buat!
- Poster dia memang profesor2 yang menang Gold Medal dalam mana2 research exhibition tu pun tak pernah buat!
- Dia saja yang tahu buat poster yang hebat dan gempak dan mengalahkan honey star laaah!

De, kau kalau nak buat onar boleh beragak tak? (intonasi Nan Sempit)


Fa (gantian Wa) agak berapi di sini.


Dan, bila team tu dah pening2 bila mamat tu start buat onar balik, si ketua kumpulan pun decide "OK let's show our SV the posters and let him decide on the best poster". Leader group ni memang dah habis macho and adil la buat keputusan macam ni. Dan tak lama kemudian, SV group tu pun decide poster rumet saya tu menang. Saya dah gembira dah bagi pihak rumet tetapi.....





LELAKI TU BUAT ONAR LAGIIIII!!





Boleh sakit jiwa aku kalau dapat budak macam ni dalam group aku. Kali ni, dia kata "I think the SV didn't zoom my poster" Hoihhhhh bagak sungguh! Dan dia kata poster dia patut dipilih! Kau tau tak perasaan aku yang dengar cite ni berapi camne? Dia tak nak ngaku kalah! Tak nak mengalah in a stupid manner. Dan dia merancang untuk jumpa dengan SV mereka pagi tadi tapi rumet saya tak tau lah ape cite seterusnya. Dan hari ni mereka print poster yang TELAH DIPILIH OLEH SV MEREKA TU. Saya rasa bahagia untuk rumet saya sekali lagi.

Dan malam ni mereka ada meeting. Rupanya bahagia bukan milik saya dan rumet saya. Mamat tu beronar lagi. Gaduh lagi dalam meeting dan akhirnya team rumet saya tu mengalah je lah. Mereka terpaksa ikut cakap lelaki yang suka buat onar tu.

Maka esok poster si pembuat onar tu akan di print ya, kawan2 sekalian (-_-)

-------------------------------------------

Aku tak tau nak cakap camne lagi dah. Geram sangat2 dengar cerita dari rumet aku ni. UTP ni kecik, and if the guy happens to read this post, I'd like you to know something.

1) You'll be a bad leader if you stay with this attitude. You obviously show us that you can't accept other people's idea. You don't want to try to adapt yourself with what the other wants.

2) I'm really dissatisfied seeing my roomate's poster rejected by YOU. And worse, you knew that your SV has done many research and exhibitions, and he'd choose the best poster, how could you fight that fact?

3) It was my roomate's task to prepare the poster. It was solely her task. She did her best to finish her task. So can you please RESPECT HER EFFORT? She's trying to contribute for your team but how could you do that? You can't simply say NO to her effort. What kind of team mate are you? Kalau kurang suka atau tak puas hati, cakap elok2 sampai jadi. Tapi jangan kau sendiri buat poster tu pastu cakap poster kau tu terbaik dan seolah2 cakap "Boleh pergi jahanam sama itu poster". Mana sikap bertolak ansur kau ha? Jangan jadi biadap. Tolonglah cuba belajar untuk terima idea orang lain. Kau ni patut masuk kelas Intro to Management lah! Kasi sedar diri sikit. Hissshhh

Hellooo

De, boleh jangan bagi aku tensen tak?

Sunday, April 11, 2010

Is my brain designed 'engineering'ly or 100% biologically or neither one?

I don't know why, sometimes when I don't score well (where this always happen) in my tests, I'll tell myself "Maybe engineering is not part of your brain. Or your brain is not designed 'engineering'ly" Hahah. That's not funny errr

Yea I can still remember, the best mark that I scored was during my first test for Statics. I got 97%. It was awesome. And I never had any other awesomeness after that. Good bye to 97%. I sometimes even scored lower than half and that sucks. That was first semester.

Second semester, I met 'petroleum'ly or literally, oily subjects. Oily subject namely Intro to Petroleum Engineering, where my brain was stuck with new and stupid terms. Nipple; monkeyboard, a board where a monkey had never been on; Christmas tree with no baubles, mouse hole, where you can hardly find any mouse in it; roughneck; mudcake which is not baked neither can be eaten etc. Yes, you may click the terms to know what the terms really mean. When we heard the terms for the first time in the class, we just can't hide our grins. The term nipple for instance, would make the boys went 'up to heaven' and the girls would 'aa maluu cikucikuci'. Blah la. Padahal belajar je pun.

Third semester, we met drilling engineering. Being in this class was fun, as the lecturer would show us related videos for the topic. We learned how to drill a well and how to basically avoid the well from collapse. How to run the casing and production strings etc. And of course, we don't have labs for this subject or else you could find 6inches holes anywhere in UTP.

Here are the drilling crews. Wanna do this for the lab project? Hell no.

Fourth semester, we had Well Logging and Formation Evaluation subject. A subject which taught you on how to interpret your raw data obtained from the seismic acquisition. You learned how find the 'oily' and the 'non-oily' interval. You learned how to determine the fluid salinity etc. You use hell lots of graph. Interesting subject, but once you read wrong data, the whole result will turn wrong as well. ie, wrong analysis. ie, 0 mark. Smile smile.

Now, fifth semester. We meet the great Reservoir Modeling & Simulation. Say hello to Mr RaMaS!

Hello Mr RaMaSsss!

There can never be a better person to teach this subject except a real genius. And yes indeed, we do have a genius teaching us this subject. Unfortunately, with bullet-train speed expertise in talking and teaching, we can never optimize our understanding in the class on this subject. This subject requires you to do hell lots of derivation; make a 1-line equation to turn into a 4-lines equation with hell lots of worms in it (yes, the letters are worms)

Aren't the worms cute? (-.-)

the fools who write the textbooks of advanced mathematics are the most clever fools and the fools who write a 406-pages book on reservoir simulation are the most clever among the fools who write the books on advanced mathematics. and i'm in the lowest rank of the fools; not for writing a book. but for not understanding what the other fools tried to say in the book

-Fad-

* Picture and terms meaning taken from here

Wednesday, April 07, 2010

Saya terkenang zaman dulu2

Zaman di mana saya mabuk cinta dengan buku.

Saya seorang mahasiswa yang tak lah maha sangat. Siswa biasa2 je. Dari segi pelajaran, saya cenderung untuk menjadi 'believe what you read' maka itu saya boleh lah dikategorikan sebagai 'book-person'. Sedari kecil abah suka membelikan saya buku2 tambahan, lebih2 lagi buku cerita dan ensiklopedia. Dan sebagai permulaan, saya belajar membaca menggunakan siri Say-the-Sound. Saya sukakan buku ini kerana ianya mudah, ringan dan bergambar menarik. Saya suka :)


Dan seawal umur 6 tahun itu jugalah abah gunakan buku2 cerita dan pelbagai jenis ensiklopedia sebagai medium pengajaran bahasa inggeris. Dan setiap hari, kami sama2 akan belajar menggunakan buku itu selama 1 jam. Setiap bait kata dalam buku2 tu saya perlu baca kuat2 dan seterusnya terjemah ayat tersebut. Bagi setiap perkataan baru yang saya kenal, saya akan catat dalam 'kamus' tulisan saya sendiri.

Disebabkan saya selalu didedahkan dengan pelbagai jenis ensiklopedia dan buku cerita, berikut merupakan pencapaian saya waktu tu:

- Saya mengenali Galileo Galilei, Isaac Newton dan Thomas Edison waktu umur 8 tahun. Saya kenal Galileo sebagai seorang yang kata bumi berputar pada paksi mengelilingi matahari. Saya mengenali Newton kerana teori 'epal'nya dan Edison kerana mentol ciptaannya. Dan lagi, ramai lagi nama2 saintis yang saya hafal beserta dengan ciptaan mereka. Kenapa hafal? Saya sangat kagum dengan mereka! Dan saya juga tahu middle name Thomas Edison waktu tu :) Alva. Alva.

- Saya mengenali nama2 planet. Dan, juga hafal. Tapi bila masuk darjah 4 atau 5 entah, belajar pasal planet, saya pelik kenapa nama planet dalam bahasa melayu dan inggeris sangat lain? Saya mula menyalahkan buku teks kerana salah tulis nama planet. Haih

- Darjah 6, saya mula bawa keluar ensiklopedia astronomi saya pada waktu malam dan duduk di luar rumah untuk memerhatikan persamaan antara lukisan dalam buku dan juga bintang di langit. Kenapa? Mahu cari buruj biduk dan belantik! Dan ditemani abah semestinya!

- Saya baca hasil tulisan Charles Dickens yang bertajuk Oliver Twist dan David Copperfield waktu darjah 4. Sampai sekarang saya jatuh cinta sama itu penulis dan penulisan. Saya pernah cuba untuk baca hasil penulisan William Shakespeare milik kakak saya.. play Macbeth tu.. tetapi, har har har. Level bahasanya terlalu tinggi bagi saya waktu tu. Saya tak faham (^.^)


Tetapi ilmu yang saya terima waktu kecil bukan bersifat duniawi semata2. Saya ada mak yang mengajar saya mengaji. Sedari iqra' hingga khatam, mak yang ajar :) Waktu mula2 belajar iqra' lebih kurang umur 7 tahun, saya rasa semangat. Seronok sangat2. Kalian pernah terasa macam tu tak? Dan bila mula masuk belajar Quran, macam2 perangai saya datang. Ada masa saya hati2, ada masa saya main2. Dan bila datang angin main2 saya tu, konpem lah kena marah kaw2 dengan mak. Dan 5 minit selepas dimarahi, semestinya saya mengaji dalam keadaan sedu sedan.

Tapi saya tak boleh lupa bila saya khatam Quran buat kali pertama. Darjah 3/4. Waktu tu malam, abah belum balik kerja. Dan mak pula semangat suruh saya khatam malam tu jugak, sebelum abah balik. Berusaha punya berusaha, maka khatam lah saya malam itu. Dan, bila abah balik, mak pun cerita kat abah yang saya sudah khatam. Cepat2 abah cium saya. Abah kata, "Bagus anak abah". Dan itulah ciuman abah yang pertama yang saya rasa sejak saya mula boleh simpan memori sendiri. Ciuman kedua abah lepas tu hanyalah 7 tahun selepas itu :') Itu pun lepas saya minta. Saya tak malu waktu tu, saya cakap "Abah kena kiss nor dulu". Dan sampai hari ni, ciuman tu masih berkesan di hati ini :')

Malam ini saya menulis sebenarnya kerana saya rindu mereka yang mendidik dan mengasuh saya. Mak abah. Saya rindu mereka :'(


Permata hati saya. Emak yang selalu berkorban macam2 untuk anak2, abah yang berkorban segalanya untuk mak. Mari saya cerita sikit. Waktu mak mengandungkan adik saya, doktor cakap mak saya mempunyai risiko tinggi sebab mengandung lewat usia. Doktor kata, nyawa mak saya 50-50. Doktor kata mak saya tak boleh buat kerja berat. Tapi abah saya sayang mak saya dan juga bakal zuriatnya. Maka abah lah yang melakukan semua kerja rumah waktu mak mengandung 9bulan tu sampailah saya bergelak kakak. Sweet kan mereka ni :') Bila fikir kisah ni, saya tak kisah bila abah kadang2 ego :')


Waktu kakak saya menikah. Mak abah mungkin risau, cukupkah didikan yang diberi untuk dilepaskan ke tangan lain.. Jadi sekarang saya nak mak dan abah tau, didikan mereka sudah lebih dari cukup. Dan kami adik beradik tidak pernah berebut kasih sayang. Sekarang usia saya sudah menginjak tua, tiba giliran saya untuk memanipulasi segala didikan mak abah dulu. Dari mengaji sampai baca buku. Dari kepentingan belajar sampai beramal.


Kadang2 saya rasa abah saya ni makin tua makin comel :) Saya suka senyuman abah saya :)


Tapi bila nampak senyuman tak manis dari abah saya, itu maknanya dia bergurau. Abah saya ni boleh tahan hebat menyakat orang :) Waktu ni saya puas cakap "abah, kite amek gamba same2 eh". Tapi dia sengaja buat muka camtu. Kononnya nak rosakkan gambar dengan buat muka ala2 samseng. Tapi, abah tak tau. Saya tak pernah kisah itu semua :')

Mak, Abah,
Terima kasih banyak2. Nor sayang mak abah sangat2. Untuk balas jasa mak abah, banglo RM10 juta pun takkan cukup. Benda yang paling layak untuk mak abah hanyalah syurga. Nor tak mampu belikan mak syurga, nor tak mampu binakan syurga untuk abah. Tapi nor tau, nor adalah 'kunci' untuk mak abah ke syurga. Nor tak nak jadi orang lain melainkan kunci untuk mak abah ke sana. Sebab nor tau, itulah tempat paling layak untuk mak abah..
Sekian.

P/S : Kalau2 saya pergi dulu dari mak abah saya, tolong sampaikan isi entri ni pada mereka ya..

Saturday, April 03, 2010

KLCC, tiada henfon dan duduk bersila whathefish

Pernah sekali ni, berlaku sekitar minggu lepas, saya ke KLCC bersama kakak dan abang ipar saya. Tetapi malangnya kami ni sangatlah bijak kerana masing2 tidak membawa henfon. Seolah2 kalau terhilang sesat terpisah dalam KLCC tu, boleh main jerit2 nama gitu.

Macam ni lah lagaknya manusia berjalan2 di KL tidak membawa henfon. Menjerit memanggil nama pasangan/adik/mak/bapak padahal tiada siapa dengar. To be precise, tiada siapa peduli. Macam kau jerit mintak tolong dalam plastik tebal, ada orang lain nak kisah? Boleh mimpi.

Henfon saya tertinggal di rumah sedara di Keramat. Cerita belakang tabir:
Mahu pulang dari kenduri tahlil arwah paklong. Bila mahu masuk kereta, abah terpijak tahi kucing. Sungguh binatang sungguh kucing itu berak bersepah2 kan? Dan abah sebagai ahli kuat Persatuan Anti-tahi Kucing (PAnTaKuc - mahu letak PAnTaK asalnya, tapi nanti mesti korang fikir luar kotak) membuat pengumuman depan saya "Abah tak nak masuk kereta kalau tahi ni ada lagi kat kasut abah". Me cry cats and dogs. Sebab mahu pulang segera. Mata sudah layu mahu katil (-.-) Tapi kalau masuk kereta dengan bau tahi kucing, mahu demam panas saya keesokan harinya. Maka saya pun "Abah, meh lah nor basuh kasut abah tu dulu". Dan henfon diletakkan di tembok pagar rumah sedara itu untuk memudahkan urusan pencucian kasut abah.

Selesai sahaja mencuci, saya pun berlenggang kangkung masuk kereta dengan suka hati meninggalkan alat telekomunikasi saya tu di tembok rumah orang. Memang saya ni muka tembok (-_-) Dan padan muka, berbelas jam hidup tanpa fon padahal banyak saja orang yang perlu diroger.

Kakak saya pula, bawa henfon tapi kekeringan bateri.

Abang ipar saya pula, bila isteri kesayangan ada di sebelah, henfon itu tidak perlu lagi baginya. "Maka mari tinggalkan saja di rumah" katanya (Ini teori yang betul)

Dan saya, alang2 sudah tiba KLCC, pada pendapat saya alangkah eloknya jika singgah sahaja di Keramat mengambil henfon. Akibat masalah kemunduran telekomunikasi, saya berpesan pada kakak saya "Call lah nor lagi setengah jam gune public phone. Time tu nor dah dapat fon dah agaknye" sebelum berpisah.

Klang tung klaang tung naik LRT ke Jelatek, dapatlah saya henfon saya. Henfon saya tu tumpang motor orang untuk ke stesen LRT tu (-.-) Dan setelah mendapat henfon saya pun bergegas kembali ke KLCC. Tetapi, alangkah pandainya sayaaa

Henfon silent!

Kakak saya sudah call 2 kali dan saya tidak perasan. Cry cats and dogs lagi saya di KLCC keseorangan. Maka saya pun menapak ke center zone KLCC tu. Menunggu panggilan seterusnya. Saya toleh kiri kanan depan belakang. Ramai staf KLCC tengah break, so seronok lah perhati kerenah staf2 tu sorang2. Dan tanpa sengaja saya terduduk bersila di atas bangku itu. Kakak saya tidak call2 lagi. Tiba2 masuk SMS.

"You have 2 missed call(s) from 03blablabla". Hish waktu2 ni jugaklah dia mahu tiada coverage!

Saya sabar dan sambung perhatikan orang lagi.

Tiba2 datang seoarang lelaki dengan walkie talkie.

"Dik, kat sini tak boleh bersila ye. Turunkan kaki sekarang." Dalam hati saya menyumpah2 orang yang buat protokol sebegitu di KLCC. Sangat tiada kerja.

Orang sebelah saya yang melunjur kaki pun kena sound. Haih.

Saya tertekan bila fikir hal ini. Pak cik security itu menegur saya tak ubah macam "Adik, jangan pakai benang 10 urat di sini. Nanti apa pelancong luar kata. Kita ni negara Islam"

Boleh saya tahu, pakai benang 10 urat dan duduk bersila mana satu lagi tidak bertamadun??

Me cry here. Siapa buat protokol ni? Sila jawab.