Pages

Thursday, June 03, 2010

Mungkin Tag itu satu bahan

.... yang sangat bagus untuk menghapdet blog bila mana tuan blog sentiasa berasa malas :) Terima kasih pada Aimi Zawiyah sebab mengtag saya. Hehehh

(Setelah mengedit soalan tag sedikit sebanyak. Tskk)

1.Adakah anda happy sekarang?
Oh, tidak :(

2. Kenapa anda TIDAK HAPPY?
Ini adalah kerana saya bakal berpisah jauh dengan keluarga dan kawan2 semua. Baru sekarang saya tahu kenapa saya tidak boleh belajar di luar negara. Hati saya tak kuat sebenarnya :'(

3. Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
Bila mana saya ada dengan family dan best buddies. Boyfren pun ye jugak. Tetapi kegembiraan seperti ini hanya datang 4 kali setahun. Dengan best buddies, paling sadis, sekali setahun. Sungguh loserr. Duduk Tronoh je pun, lagak macam duduk Toronto. Tapi nak buat macam manee. Even Tronoh tu dekat, perjalanan naik bus same je dengan naik kapal tebang KL-Filipina (wadderr Fad ni?)
Saya juga akan happy bila mana saya dapat menjalankan satu2 tanggungjawab seperti mana yang sepatutnya. Seperti, mak suruh sidai baju, panaskan lauk - ada unsur2 anak dara tak guna di sini. Harapkan mak mintak tolong baru nak buat. Haih. Saya belum ready untuk jadi wanita la mak :(

4. Pernahkah anda menerima tag?
Ya, pernah. Kejap, saya gali entry lama.

Kalau mahu, klik sini untuk tag terbaru. Tag ini banyak cerita pasal 10 perkara tentang saya. Termasuk 10 'pertama kali' dalam hidup saya.

This tag tells you what I did etc. And also about the random people around me.

This tag asks me all about 7 and my fav question from this tag was : 7 ciri lelaki idaman. Harhahrhr


5. Nyatakan warna yang anda suka.
Hijau. Tetapi malangnya, barang2 saya lebih banyak berwarna pink dari hijau. Mungkin inilah yang dinamakan SUKA hijau, minat PINK. Hrrrr. Saya ada seluar pink, baju pink, tudung pink. Tetapi saya tiada seluar hijau, baju hijau, mahupun tudung hijau.

6. 9 orang yang anda mahu tag.
Ohh, saya mahu tag lebih ramai. Kepada sesiapa yang baca tag ini dan rajin, sila jawab dan repost di sini :) Dan, orang yang saya mahu tag sudah ditag oleh orang si tukang tag dan orag yang saya mahu tag juga tukang tag (paham kah?). Mereka adalah Aimi Zawiyah Dan Zaifadzmeen Zakiah.

7.Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag. Tulis panjang bejela pon takpa.
Aimi Zawiyah : Tskk. Kawan-tak-baik waktu umur 5 tahun, tapi berkawan baik sejak.. sejak bila Mi? Darjah 1 macam ye, macam tak. Sudah berkahwin dan hidup menyinggle bersama suami beliau. Hehe. Dulu kami selalu bersama dan, macam kembar. Kalau beli baju mesti nak same design. Rambut same style :D Saya sangat mengahargai persahabatan saya dengan dia :) Dan saya mendoakan agar hidup dia dan suami sentiasa diberkati Allah :)
Zaifadzmeen Zakiah : Kawan kat SMAP, sampailah ke UTP. Dia tukang dengar segala keluh kesah. Dia juga merupakan orang yang selalu bersusah payah untuk saya. Teman suka duka. Tak mungkin saya dapat hidup dengan aman di UTP tanpa beliau. Tsskk. Terima kasih banyak2 :') Saya harap awak akan merindui ketaiadaan segala jenis susah payah yang awak pernah lakukan untuk saya selama ini dalam masa 8 bulan mendatang. Tssk. Saya pun akan merindui untuk menyusahkan awak. Tsskk.

8. Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?
Ya, alhamdulillah. Family yang supportive dan baik hati, rakan2 yang majoritinya meghargai saya sebagai seorang teman, dan lelaki yang supportive dan memahami. Terima kasih semua :)

Sekian tag saya kali ini, wassalam :)

2 commentaire:

...Aimi Zawiyah Azahari... said...

award utk kamu di blog saya...
sila amik..huhu..=)

Mrs Camillo said...

awak... nanges.