Pages

Thursday, May 13, 2010

UIA dan UTP

Huah, tajuk yang sangat kontroversial.

Tadi saya semacam rindu dekat best buddies saya, maka saya pun menelaah la fb diorang. Dan kesemua mereka belajar kat UIA. Maklumlah, kami ni budak sekolah agama la katakan.. :) Dan dari situ timbul satu keinginan untuk menelaah UIA pulak. Saya pernah sekali je pergi UIA, rase macam dalam heaven jap. Huah huah. Tetiba saya semacam rindu iklim kat sekolah dulu. Satu iklim yang mana kalau kau masuk, kau rasa sejuk, rasa selamat, rasa beriman, bertakwa dan tawaduk gitu. Huah huah.

Tengok2 galeri dekat website UIA kampus Kuantan tu, saya rasa 'alahaaai sejuknya mata memandang'. Saya pun tak tau lah nape saya rasa macam tu. Mungkin memang tu la lumrahnya kalau masuk dalam mane2 bangunan keagamaan kot. Macam masjid, macam surau. Huih.

Bila rasa macam tu , saya rasa nak daftar masuk UIA sekarang jugak. Sebabnya,

Kalau pokok2 kat UIA tu jadi peneduh hostel,
pokok2 kat UTP ni jadi peneduh pasangan berpeluk cium. Huih. Maksud saya, non-muslim sini la. Suka hati saja berpeluk cium depan bilik saya %#$@. Ya, memang. Setiap minggu, ada saja adegan hangat lagi hanget bau tahi kobauu yang saya nampak. Lagi banyak waktu wikend. Kalau tengah study kat meja, rasa mengantuk, jenguk je luar jendela dah boleh dapat pencuci mata dahhh. Memang hangat!

Kalau di UIA,
kalau ade adegan2 macam yang kat atas tu, mesti orang yang nampak beristighfar dalam hati kan? Tapi, huahaha saya dan housemate saya akan segera roger housemate yang lain 'cepat2! tengok luar. panasssss!'. Huih meamng betul2 semangat sharing is caring! Tapi kalau terlebih eksited, kami mampu je berkumpul kat satu bilik dan buat2 tengah berdiskusi kat meja. 6 orang berkumpul 1 meja tapi mata semua meluru ke luar, tak ke obvious menyekodeng namanya tu? Astaghfirullah, ampunkan saya, Tuhan.

Kalau di UIA,
saya malu untuk menjerit2. Adakah sebab saya pendatang maka itu saya malu untuk menjerit? Tapi entahla, waktu saya pergi UIA dulu, tak pernah pulak saya dengar orang terjerit2 macam yang pernah saya buat. Adakah atas nama Islam dalam UIA tu yang buat saya dan semua orang jadi lebih beretika? Ataupun, saya telah tertipu? Huahah. Soalan tak boleh blah mencabar. Macamlah pangkat kau besar sangat, Fad, sampai semua orang nak berlakon diam bila kau datang UIA. Boooooo!

Tapi saya rasa, nama Islam dalam nama tempat belajar tu penting lah :( Penting untuk buat saya jadi lebih beretika dan beriman dan bertawakal dan bertawaduk. Boleh tak kalau saya nak mintak pengajarah bahagian pendidikan Petronas ni supaya tukar nama UTP jadi

UNIVERSITI TEKNOLOGI ISLAM PETRONAS

aka

UTIP.

Takpun UTIPet.

???

Kedengaran comel dan alim.

Oh baidewei, ni la budak2 gemuk yang dirindui tu.

Kamu semua dalam hati saya <3

10 commentaire:

penarek becha said...

uia pn kdg2 ada klemahan.

Nawa said...

kalo di sini, lagi seronok menjerit sambil goyang2 kepala.

muahahahah

lumut said...

budak gemok?
haha..si penulis yg palliinnggg kurrrusss..haha....
kat sini nak jerit smp mati pon org x kesah....hu

rindu nye!!!!!
first time g uia yg mase kite g airtuh ke weh?samelah fes time aku jugak!

ikanriang said...

pembawak becha:
ya, semua ada kelemahan masing2 :)

nawa:
ko sekarang macam tu ke nawa? saiko eh? ahaha

lumut:
aku da kurus la wei.
waha. ko dan aku, tu la first time gi uia. so aku ni ala2 duduk oklen jugak lerr 8)

лuЯ ДfỈfãђ лãzЯỈ said...

AHAHAH..adeke..seharosnye bertaubat..miahaha..hapela =.=

Nurul Fadhilah said...

waha. yelah, betaubat. lepas tu tukar name utp (^.^)

wani_gemok said...

menariklah name UTIPet tuh fad..hehe
pengakuan=rindu kamu semua..sob3.

ain farahain said...

hoish
psal la ko memuja2 ni uia
mcm la tuh syurga:P

rindu ko berkati2 :)

Anonymous said...

Salam, i just browse through this entry. Agak tak betullah bila awak cakap macam tu pasal UTP sebab awak hanya bercerita terlaluuuuu general. saya budak UTP jugak. bila awak cakap pasal UIA sampai macam masuk syurga sekejap. FYI, i have many friends in UIA yang x bertudung, rambut merah lagi. Ada yang masuk UIA sebab dioffer ke situ sebab kemasukan ke UIA bukan based on iman or taqwa generally speaking. the way u act macam bila nampak orang kapel bawah pokok semua2 tue dekat UTP, rasanya saya x pernah bagi respons sampai nak skodeng2 macam tu. Btw, universiti lain pun banyak gak :) dia bukan sebab nama dia UTP so dia buruk, bukan sebab nama dia UIA semua baik. :) just to remind you, never ever judge people based on University. Hehehe. Kalau kita pandai bawak diri, kat mane2 pun iman akan terjaga. Insyaallah.

Anonymous said...

Don't you think that how you behave really depends on yourself? If you acted differently in UIA compared to UTP, shouldn't you blame yourself and not the place?
And for someone who has only been to UIA once, you sure seem to really know that place. Just saying.