Pages

Tuesday, May 11, 2010

It's the Farewell Again



... and I hate it.


This is the third year and now he's leaving us :( Saya sangatlah bersedih mengenangkan hal ini bila memikirkan saya tak pernah rasa stress dalam kelas beliau. Kelas beliau lah yang saya rasa heaven gila sebab jarang sekali dapat esaimen yang berat2. Kalau ada yang berat pun, memang konpem esaimen tu penting untuk masa depan seperti exam. Yang paling berat pernah saya dapat before ni, yaitu projek Haggis Field. Buat simulation. Nice, saya suka.

Semester ini merupakan semester ketiga beliau mengajar kami. Dan semester2 yang sebelumnya;

STATICS
Jan 2008
Kelas ini seronok, dan saya suka. Sebab belajar benda baru. Saya dah muak dengan chemistry dan physics waktu tu. Maka bila dapat belajar benda baru macam Statics ni, saya suka. Dan markah terbanyak yang saya dapat adalah dalam kelas ni (gila kesian sebab boleh ingat markah tertinggi sepanjang tempoh belajar) adalah 97/100. Lepas2 tu, tak pernah dah nak nampak 97 mahupun 9.7/10 lagi. Lepas2 tu dapat half mark je :) Eh saya macam tak cerita benda yang berkaitan dengan beliau. Tapi apa yang penting, beliau ajar saya Statics.


WELL COMPLETION AND PRODUCTION
July 2009
Lepas setahun lebih, kami berjumpa lagi dalam kelas ni walaupun sekejap. Tapi segala ilmu yang diberi amat bermakna.


WELL TEST ANALYSIS
Jan 2010
Dalam bahasa melayu, subjek ini boleh diterjemah menjadi Analisis Ujian Telaga. Belajar cara2 menganalisis segala maklumat dari sebiji telaga. Seronok, sebab tak banyak teori yang perlu dihafal. Hanya perlu faham dan kemudian kita boleh jawab soalan exam sudah. Dalam kelas kami banyak main plot2 graf. Setiap kali kelas perlu bawak mesin kira2 dan pembaris bersama. Kalau tak, nanti kita bosan dalam kelas sebab tak boleh buat latihan yang diberi.

Tetapi, dia akan tinggalkan kami tahun ini. Dia mahu berhijrah. Meningkatkan keupayaan diri dan mendapatkan yang terbaik dalam kehidupan. Maka hari tu, lepas test Well Test Analysis, kami buat surprise farewell party untuk beliau. Kami sangat suka buat kejutan walaupun dalam hati kami sedang bersedih.

Flow of the plan:

Semua orang jawab test dengan sukses dan kemudian keluar dari Test Room dan terus berkumpul di padang berhampiran, yang paling dekat dengan pintu keluar Test Room tu.
Kami semacam risau bila 1 jam kami dah guna untuk mengira data untuk diisi dalam lebih kurang 100 petak kosong dalam jadual, sedangkan masa yang diperuntukkan untuk test ni adalah 1 jam 30 minit. Lepas isi jadual, kene plot graf pulak. Graf log ok. Bukan graf biasa. Tapi last2 siap aje lah test tu walaupun keluar lambat.


Ini keadaan di luar test room waktu menunggu beliau keluar dari test room tu.


Ni pula keadaan dekat padang bawah Test Room tu. Kertas2 yang mereka pegang adalah lirik lagu Auld Lang Syne.


Inilah pandangan dari atas.


Bila beliau dah kumpul kertas test, dan bersiap untuk balik, kami akan jerit nama beliau dan kemudian terus nyanyi lagu Auld Lang Syne sambil angkat kek dan kad tinggi2.



Mr Saniiiiiifffff!!!!!!!


Dan ini pula beliau yang kelihatan terkejut tapi suka.


Dan kemudian, beliau akan bagi ucapan.



Dan kemudian. berjalan ke Halliburton Training Center dan teruskan kenduri di situ. Tentatif kenduri adalah seperti berikut:


Bagi kad,



Potong kek,



Bagi plak,



Bagi tie,



Amek2 gamba,











Dan kemudian tamat, dan kemudian bersedih seperti ini :(

Baidewei, ini lah yang dimaksudkan dengan subjek Well Test Analysis yang buat test 1 jam 30 minit kami tu jadi 2 jam lebih. Dan soalan yang dijawab hanyalah 1:

144 tempat kosong yang perlu diisi.

0 commentaire: