Seorang rakan menyapaku di YM suatu malam.
Rakan: Fad, ko tau tak dalam majerin ko tu die ade gune minyak babi. Patotla sedap je ko punye majerin tu
Aku: Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh? Mane tau?
Rakan: Dak-dak ni cakap.
Aku terkejut. Majerin tu majerin kegemeran aku. Sedap. Makanan yang separuh bersifat plastik itu telah menjadi pujaanku sejak sekian lama.
Kalo makan roti bakar dengan majerin tu, memang sedap kalo nak dibandingkan dengan majerin-majerin lain. Tau-tau je la kan, aku ni hantu roti. Roti bakar yang panas, terus disape majerin. Letak jem fevret, jem stroberi. Tapi aku kurang selesa mendengar kata-kata rakan aku tu. Takkan semudah tu aku nak percaya kata orang?
Gerakan Pertama
Lantas aku surf internet, mencari fakta tentang setiap kandungan majerin tu. E322, E471, E320 dan E330. E322 dan E471 merupakan emulsifier manakala E320 dan E330 merupakan sejenis antioxidant. Untuk pewarna pula, pengeluar majerin tersebut mengunakan E160a. Berikut merupakan hasil pencarian aku:
1) E320 dan E330 berasal dari sumber yang HALAL.
2) E322, E471 dan E160a tergolong dalam kumpulan SYUBHAH.
Memang agak meragukan, tapi aku terus ke http://www.halal.gov.my/
. Di situ aku terus memasukkan kod bar majerin tu, untuk check kehalalan makanan tu. Dan keputusannya:
Nombor Kod Bar Yang Dicari : 9556090030485 Nama Produk : Margerine 250g
Nama Syarikat : STANSON MARKETING
Tarikh Tamat Tempoh :15/12/2009
Status : Sijil Sah
No Kod Bar : 9556090030485
Keputusannya menyatakan bahawa majerin itu halal. Aku mengambil keputusan untuk percaya bahawa JAKIM, sebuah badan yang telah diamanahkan oleh kerajaan untuk menjaga hel ehwal agama Islam, telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim dengan sempurna. Tiada pengkhianatan atau penyelewengan yang berlaku. Aku tiada kuasa untuk masuk kilang yang buat majerin ni untuk memastikan kandungan majerin itu berasal dari sumber yang halal. Apa yang aku boleh buat hanyalah percaya pada mereka yang memegang amanah. Aku tiada ilmu yang lengkap untuk memastikan itu semua tapi di sini ada hadith yang berkaitan dengan hal syubhah ni:
"Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan di antara kedua-duanya terdapat sesuatu yang syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang menjauhi yang syubhah itu maka sesungguhnya ia telah memelihara agama dan maruahnya, manakala sesiapa yang cenderung terlibat dengan syubhah maka ia terlibat dengan melakukan perkara yang haram".
Buat mereka yang masih ragu-ragu tu, aku nasihatkan korang blaja la Kimia elok-elok. Lagi-lagi kalo korang amek Chemical Engineering. Aplikasikan ilmu yang korang dapat, selari dengan Islam. Semoga usaha kalian diberkati Allah :)
9 years ago
4 commentaire:
wah fad.aku kagum ngan kesungguhan ko nak sahkan halal haram marjerin tu.
certain org pndg remeh n percaya fatwa sendiri..
kalo syubhah,dah jatuh haram hukumnya
ya allah,slmtkan kami dr pekara2 yg tak kompem halalnye..ameen~!
salam..as chem engineering student, i'll work 4 it..insyaAllah..^^,
hahaha..
tapikan..
sejak aku membaca mengenai keplastikan marjerin aku da makin kurang beminat..
hoho..
ye. kalian sume mampu berbuat sesuatu utk kbaikan kite sume =)
Post a Comment