Tadi waktu nak letak title, aku macam pening kejap fikir nak isi ape. Mule2 letak My Dream Car tapi macam erkk adekah ini pertandingan menulis esei anjuran kedai kete? Pastu translate pulak, so aku letak Kereta Idaman tapi macam terase macam sebab yang pertama tadi tu. Kalau aku jumpe mane2 entry blog orang lain yang letak title macam tu, aku terbayang orang tu tengah berangan kat kerusi sambil peluk tubuh, pastu ade awan2 kat atas pale die, terbayang kereta idaman. Disebabkan aku taknak korang terbayang benda yang sama kat aku sebab macam takde keje bazir masa berangan sampai berawan pale otak, so aku letak lah title macam atas tu ha.
Ok, berbalik kepada apam balik.
Ciri2 kereta idaman aku adelah :
Soleh
Kalau cari suami nak yang soleh2, camtu jugaklah kereta yang aku nak. Soleh di sini bermaksud kereta tu sembahyang 5 waktu dan menunaikan zakat kalau boleh aku nak tengok kereta tu sujud tym lailatulqadar booo tak lawak. Ok aku cancel ciri2 yang ni.
Curvy
Aku tak suka kereta yang bucu tajam. Paham ke camne kereta tak tajam ni? Emm kalau kereta yang tajam adalah Iswara tapi kalau tak tajam adalah Wira. Yang tajam adalah City baru tapi yang tak tajam adalah Vios baru tapi aku tak suka Vios. Naza Sutera adalah tajam manakala Naza Suria tidak tajam. Nape curvy? Ini adalah kerana mata aku mendefinisikan benda2 yang tumpul (? ko ni memang lemah vocab lah fad) sebagai elegan.
Setakat ni, yang memenuhi ciri2 yang aku nak ini adelah :
VW Beetle.
Yang ni memang kaw2 mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Kerajaan Fadodila. Sumpah takde bahagian tajam.
Nissan Murano
Kereta ni lah sekarang yang buat aku semacam klimaks keriangan bila jumpa di jalanan. Lagi2 bila jumpa yang kaler putih or hitam.
Nissan Latio Sport
Latio ade 2 version, satu Sedan satu lagi Sport. Yang Sedan tu tak ubah macam BLM aku tengok. So aku prefer Latio Sport. Smart jugak wo. Macam Murano versi PP yaitu Penyek dan Pendek.
Yang ni pun Latio jugak tapi Impul punye version. Macam Satria Neo tapi ade 4 pintu. Ghairah gile bile nampak di jalanan wo. Sexy nak mati. Mata pun sexy. Macam mata kucing. Wild gitu!
Banyak pintu
Aku nak kereta yang banyak pintu untuk keselamatan penumpang kereta aku. Err aku selalu terbayang bukan2 bila naik kereta. Bayang eksiden semestinya. Kalau naik kereta yang dipandu secara kurang berhemah, aku selalu buat mindset "kalau pape jadi, mane aku nak keluar neh" and "kalau aku pengsan, camne orang nak keluarkan aku". So, safety parameter ni aku perlu amek serius. So, Beetle sudah out dari carta kereta pujaan. Beetle itu cute, tapi kurang selamat. Maka tinggallah Murano dan Latio bersaing dalam carta.
Sesuai untuk angkut family
Both Murano dan Latio memenuhi kondisi ni. Tapi kalau Latio Impul tu, memang tak sesuai lah. Rasa malu pulak nak jemput mak abah naik kereta sport macam tu. Lagipun, aku bet yang bila usia aku makin meningkat, aku takkan bernafsu lagi dah dengan Latio Impul tu. Nanti bila tua sikit mesti malu nak bawak kereta sport. And, macam tak sesuai je nak guna kereta sport bila dah ada family sendiri dan beranak pinak. Takat nak guna sorang2 boleh lah. Tapi tak ke spoiled ke'cool'an kereta tu kalau orang luar nampak anak2 aku main panjat2 dalam kereta tu? (-_-)
So, Impul Latio dah out. Sekarang tinggal Murano dan Latio Sport. So sekarang kita boleh bayangkan macam mana rupa kereta tu bila aku dah beranak pinak nanti. Mari membayangkan bersama2.
Fadilah bersama keluarga dalam MuranoLaki aku bawak kereta, aku jadi mem kat tepi. Anak2 kat belakang. Kalau dapat anak2 yang reti behave, boleh la korang tengok kereta aku tu macam berprotokol bila anak2 duduk diam. Yang mane layak disumbat dalam baby car-seat dan pandai behave, aku letaklah diorang dalam tu. (Pehal bunyi aku cerita ni aku macam nak anak sedozen ha?). Yang mane tak reti behave, aku biarkan je lah diorang panjat2 dalam kereta tu; dan yang paling penting kalau dapat anak yang tak reti behave bila dalam kereta nih, aku tinted kaw2 kereta aku tu! Aku tak nak orang luar tengok kereta aku macam zoo! AhahahFadilah bersama keluarga dalam LatioBila cakap pasal aku dan keluarga dalam Latio, aku otometikeli terbayang anak aku 3 orang je dan otometik pandai behave sebab kereta kecik sikit, maka pergerakan terbatas. Kalau orang luar tengok aku, oh, takde perasaan maka aku rasa baguslah pakai Latio ni. Dapat kurangkan dosa riak dalam diri.
Dari segi harga dan lain2 keberbaloian
Murano 330k tak silap. Latio jauh lebih murah, paling mahal pun 110k gitu. Macam seronok je lah pakai Latio nanti. Keje 2 tahun boleh pakai Latio dah. Tetapi, boot die macam tak best ah. Tapi takat ape yang aku consider ni, aku tak kisah boot tu kecik ke besar. Dalam setiap imaginasi aku, aku tak penah simulate kejadian balik kampung 2 minggu. Mungkin kalau amek kira kejadian balik kampung 2 minggu, aku rasa Latio tu akan out dari carta maka tinggallah Murano menjadi juara. Tapi kalau ikut kemampuan, mau kerja minimum 10 tahun baru dapat merasa Murano neh~
Lain2 ciri
Aku pantang tengok kereta mata (lampu) bulat. Sungguh hodoh bagi aku. Macam Suria. Ahah. Tapi aku selalu maafkan Beetle di atas kehodohan die yang ni sebab dia merupakan candidate pertama yang masuk carta atas tiket CURVY. Tapi sekarang die dah out dari carta aku, so lantaq pi lah dia dengan mata bulat dia tu.
Haiss. Aku rasa Murano dah menang carta ni lah, tapi macam sakitlah nak tunggu kerja 10 tahun baru dapat beli~ Rasa macam kene eyeing for kereta yang lain lah~
P/S : Tiba2 terbayang Caldina~
5 commentaire:
caldina cool!
ey, cita rasa kau dan aku sama. wira tak tajam. :)
ape kata try bmw X6?
zayo : sesungguhnya! heee
oranglidi : X6 gemuk! macam bulldozer! ngaha
Thanks :)
--
http://www.miriadafilms.ru/ приобрести фильмы
для сайта fadhilahsalleh.blogspot.com
FAD!!! awak tau tak, semua kereta idaman awak, SAMA MACAM kereta idaman saya! sumpah!!! :D
Post a Comment