Pages

Friday, October 29, 2010

I'm proud of being fat now :)

Kau pernah jadi gemuk? At least aku dah, sekarang :) Ni merupakan part yang penting dalam hidup aku, so aku nak abadikan sejarah ni dalam blog ni. Aku cakap SEJARAH sebab no matter what, I will make this a history later!


Oktober 2007, Perlis
OK, tym ni belum beli tayar lagi


March 2010, UTP, Birthday Kesayangan2
Fuhhh ok saje aku pakai seluar ni. Sekarang, nauzubillah.. macam mpinjam seluar Anie Jelie!


Oktober 2007, Danga Bay, JB
Sumpah berbeda dengan sekarang (-_-)


Disember 2008, Port Dickson. Soaring The Eagle Training.
Huhh~ Tinggal kenangan..... akan kupastikan ia berakhir!

Julai 2008, UTP, Treasure Hunt Convofair
Aih jeans ni sekarang pakai dah macam hape dah (-_-)







Ni klimaks cerita kali ni..








Ni merupakan gambar tym main badminton dengan akak aku yang masih bujang tym ni..









Next gambar, korang takkan kenal sape minah ni (-_-)














Gambar taken on 22/10/10, yaitu seminggu yang lepas. Boleh sapa2 tolong bagitau saye sape minah gemuk yang dalam gambar ni? (-_-) Double chin, peha gemuk, pipi tembam. Sume pakej lengkap (-_-) Tengok 2 gambar last pun dah boleh bagi orang heart attack dah (-_-)



P/S : Ending entry ni macam tak sesuai je dengan tajuk (-_-)

Monday, October 25, 2010

Carta Kereta Idaman


Tadi waktu nak letak title, aku macam pening kejap fikir nak isi ape. Mule2 letak My Dream Car tapi macam erkk adekah ini pertandingan menulis esei anjuran kedai kete? Pastu translate pulak, so aku letak Kereta Idaman tapi macam terase macam sebab yang pertama tadi tu. Kalau aku jumpe mane2 entry blog orang lain yang letak title macam tu, aku terbayang orang tu tengah berangan kat kerusi sambil peluk tubuh, pastu ade awan2 kat atas pale die, terbayang kereta idaman. Disebabkan aku taknak korang terbayang benda yang sama kat aku sebab macam takde keje bazir masa berangan sampai berawan pale otak, so aku letak lah title macam atas tu ha.

Ok, berbalik kepada apam balik.

Ciri2 kereta idaman aku adelah :

Soleh
Kalau cari suami nak yang soleh2, camtu jugaklah kereta yang aku nak. Soleh di sini bermaksud kereta tu sembahyang 5 waktu dan menunaikan zakat kalau boleh aku nak tengok kereta tu sujud tym lailatulqadar booo tak lawak. Ok aku cancel ciri2 yang ni.

Curvy
Aku tak suka kereta yang bucu tajam. Paham ke camne kereta tak tajam ni? Emm kalau kereta yang tajam adalah Iswara tapi kalau tak tajam adalah Wira. Yang tajam adalah City baru tapi yang tak tajam adalah Vios baru tapi aku tak suka Vios. Naza Sutera adalah tajam manakala Naza Suria tidak tajam. Nape curvy? Ini adalah kerana mata aku mendefinisikan benda2 yang tumpul (? ko ni memang lemah vocab lah fad) sebagai elegan.

Setakat ni, yang memenuhi ciri2 yang aku nak ini adelah :


VW Beetle.
Yang ni memang kaw2 mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Kerajaan Fadodila. Sumpah takde bahagian tajam.


Nissan Murano
Kereta ni lah sekarang yang buat aku semacam klimaks keriangan bila jumpa di jalanan. Lagi2 bila jumpa yang kaler putih or hitam.



Nissan Latio Sport
Latio ade 2 version, satu Sedan satu lagi Sport. Yang Sedan tu tak ubah macam BLM aku tengok. So aku prefer Latio Sport. Smart jugak wo. Macam Murano versi PP yaitu Penyek dan Pendek.



Yang ni pun Latio jugak tapi Impul punye version. Macam Satria Neo tapi ade 4 pintu. Ghairah gile bile nampak di jalanan wo. Sexy nak mati. Mata pun sexy. Macam mata kucing. Wild gitu!


Banyak pintu
Aku nak kereta yang banyak pintu untuk keselamatan penumpang kereta aku. Err aku selalu terbayang bukan2 bila naik kereta. Bayang eksiden semestinya. Kalau naik kereta yang dipandu secara kurang berhemah, aku selalu buat mindset "kalau pape jadi, mane aku nak keluar neh" and "kalau aku pengsan, camne orang nak keluarkan aku". So, safety parameter ni aku perlu amek serius. So, Beetle sudah out dari carta kereta pujaan. Beetle itu cute, tapi kurang selamat. Maka tinggallah Murano dan Latio bersaing dalam carta.


Sesuai untuk angkut family
Both Murano dan Latio memenuhi kondisi ni. Tapi kalau Latio Impul tu, memang tak sesuai lah. Rasa malu pulak nak jemput mak abah naik kereta sport macam tu. Lagipun, aku bet yang bila usia aku makin meningkat, aku takkan bernafsu lagi dah dengan Latio Impul tu. Nanti bila tua sikit mesti malu nak bawak kereta sport. And, macam tak sesuai je nak guna kereta sport bila dah ada family sendiri dan beranak pinak. Takat nak guna sorang2 boleh lah. Tapi tak ke spoiled ke'cool'an kereta tu kalau orang luar nampak anak2 aku main panjat2 dalam kereta tu? (-_-)

So, Impul Latio dah out. Sekarang tinggal Murano dan Latio Sport. So sekarang kita boleh bayangkan macam mana rupa kereta tu bila aku dah beranak pinak nanti. Mari membayangkan bersama2.

Fadilah bersama keluarga dalam Murano
Laki aku bawak kereta, aku jadi mem kat tepi. Anak2 kat belakang. Kalau dapat anak2 yang reti behave, boleh la korang tengok kereta aku tu macam berprotokol bila anak2 duduk diam. Yang mane layak disumbat dalam baby car-seat dan pandai behave, aku letaklah diorang dalam tu. (Pehal bunyi aku cerita ni aku macam nak anak sedozen ha?). Yang mane tak reti behave, aku biarkan je lah diorang panjat2 dalam kereta tu; dan yang paling penting kalau dapat anak yang tak reti behave bila dalam kereta nih, aku tinted kaw2 kereta aku tu! Aku tak nak orang luar tengok kereta aku macam zoo! Ahahah

Fadilah bersama keluarga dalam Latio
Bila cakap pasal aku dan keluarga dalam Latio, aku otometikeli terbayang anak aku 3 orang je dan otometik pandai behave sebab kereta kecik sikit, maka pergerakan terbatas. Kalau orang luar tengok aku, oh, takde perasaan maka aku rasa baguslah pakai Latio ni. Dapat kurangkan dosa riak dalam diri.

Dari segi harga dan lain2 keberbaloian
Murano 330k tak silap. Latio jauh lebih murah, paling mahal pun 110k gitu. Macam seronok je lah pakai Latio nanti. Keje 2 tahun boleh pakai Latio dah. Tetapi, boot die macam tak best ah. Tapi takat ape yang aku consider ni, aku tak kisah boot tu kecik ke besar. Dalam setiap imaginasi aku, aku tak penah simulate kejadian balik kampung 2 minggu. Mungkin kalau amek kira kejadian balik kampung 2 minggu, aku rasa Latio tu akan out dari carta maka tinggallah Murano menjadi juara. Tapi kalau ikut kemampuan, mau kerja minimum 10 tahun baru dapat merasa Murano neh~


Lain2 ciri
Aku pantang tengok kereta mata (lampu) bulat. Sungguh hodoh bagi aku. Macam Suria. Ahah. Tapi aku selalu maafkan Beetle di atas kehodohan die yang ni sebab dia merupakan candidate pertama yang masuk carta atas tiket CURVY. Tapi sekarang die dah out dari carta aku, so lantaq pi lah dia dengan mata bulat dia tu.

Haiss. Aku rasa Murano dah menang carta ni lah, tapi macam sakitlah nak tunggu kerja 10 tahun baru dapat beli~ Rasa macam kene eyeing for kereta yang lain lah~

P/S : Tiba2 terbayang Caldina~

Sunday, October 24, 2010

Atok Saya Memang Lucu


Semalam saya naik binatang merah ekor putih yang boleh terbang macam dalam gambar tu. Orang cakap binatang tu nama dia kapal terbang. Saya tak nak percaya sebab rupa dia tak macam kapal pun. So saya nak panggil dia binatang merah. Nape binatang merah? Sebab bagi saya, ape2 yang kite tak pasti general name die, kite boleh panggil die binatang.

Ok sambung cerita.

Pastu dalam perut binatang merah tu saya duduk sebelah seorang penumpang yang lebih kurang macam pakcik lah jugak. Ondewei dalam binatang merah tu, pakcik tu bukak laptop. Die bukak muvi. Tengok2, die bukak cite Prince of Persia. Wow, pakcik ni berdarah muda lah. Bagus. Borak punya borak, rupanya pakcik tu keje kat Brunei. Borak punya borak, rupenye die orang sekampung je dengan Mak saye. Mak saya orang Parit Besar kat Rengit tu ha. Polahai, kecik betul dunia ni kan.

Ok habis cerita pasal dunia kecik. Nak sambung cerita pasal nenek saya.



Nenek saya seorang Fatimah maka nama dia Fatimah. Beliau merupakan seorang pesara guru dan kini berusia 98 tahun (2 more years to go atok! nanti kite boleh panggil paper claim umur atok dah 100 tahun. nanti saye boleh tumpang muke masuk paperrrr!!). Saya nak kongsi dengan pembaca sekalian cerita2 perihal atok saya ni.

Kisah 1 : Atok dan telinga
Kalau nak cakap dengan die, kite kene jerit kuat sebab atok saya ni ade masalah pendengaran. Dulu pernah pakaikan die alat bantuan pendengaran tu, tapi die cakap "ahh aku tak suke pakai bende ni" pastu die pun tak pakai benda tu. So salam erti kata lain, dia rela jadi pekak. Dalam rumah ni, sayalah yang paling malas nak cakap dengan atok saya ni sebab kalau saya jerit, die tak pernah dapat dengar apa yang saya nak cakap. Dan yang paling tabah untuk berbual dengan beliau adalah adik saya. Kalau adik saya cakap, panjang perbualan mereka jadinya. Kalau saya berbual dengan dia, OOOO die je lebih. Ikut kebiasaan, kalau atok cakap OOOO lepas kite cakap something kat die, tu maknenye die tak dengar betul ape yang kite cakap.

Kisah 2 : Atok membaca buku sains
Hobi beliau merupakan membaca. Pernah sekali tu, adik saya study sains dekat2 dengan atok saya ni (atok saya atok adik saya jugak) pastu dia baca buku teks adik saya. Dia belek2 buku tu, dia cakap "Heh buku ape ko bace ni. Aku tak paham". Sian atok.

Kisah 3 : Atok dan kain lap Dibah
Saya memiliki seorang adik dan nama dia Adibah. Adik saya sekarang Tingkatan 2. Di sekolah, die join band sekolah. Die main BINATANG ape tah yang kene tiup2 sampai meleleh air liur tu. Pastu adik saya memiliki sejenis kain khas yang spesifik digunakan untuk mengelap air liur die yang meleleh2 kat BINATANG TIUP2 tu (mati aku kalau adik aku baca nih. haha). Ade satu hari ni, adik saya mendapati bahawa KAIN LAP AIR LIUR die tu hilang. Pastu tak lame pastu, die dengar atok buat suara untuk buang kahak die tu. Tengok2, atok pegang KAIN LAP AIR LIUR yang adik saya punya tu. Tenang dan innocent saje muke atok saya tu buang kahak dekat kain tu. Adik saya cakap, dia takkan sentuh kain tu lagi pasni.

Kisah 4 : Atok dan tali pinggang Dibah
Adik saya memiliki seutas tali pinggang. Dia sangat teruja nak pakai tali pinggang tu untuk pergi ke Band Party semalam. Pastu ade satu hari ni, dia mendapati bahawa tali pinggang dia tu hilang. Cari punya cari, tak jumpe. Siap cari depan atok tu lagi. Tapi atok ni tak tau yang Dibah tengah cari tali pinggang. Pastu ade satu ari tu, adik saya masuk bilik atok saya. Tengok2, molek saje atok tengah bukak tali pinggang tu dari kain die. Adik saye pun cakap lah "atok!! tu tali pinggang dibah!!" maka atok saya jawab "hehhh aku suke pakai bende ni!! Kain aku tak lucut!" hahahahh. Saya pun tanya la adik saya, "tali pinggang ape yang atok pakai tu?" dan adik saya jawab "Tom's Girl". OH MY GOD.

Kisah 5 : Atok, gam dan sofa baru
Mak saya baru beli sofa baru untuk atok landing2 depan TV sebab kerusi yang sebelum ni koyak2 dah. Tapi, atok ni asyikla duduk kat sofa lame tu. Bile tanye nape duduk kat sofa lame, die cakap "Aku tak suke kerusi tu. Kalo aku duduk, die nak jatuh aje"

Atok saye memaksudkan bahagian A yang saye letak dalam gambar atas ni yang selalu jatuh bila duduk. Pastu tadi, die keluar dari bilik die, die bawak gam keluar dari bilik die. Die cakap "Zainon, nah. Ko gam kerusi tu gune gam ni". Mak saye tengokla gam ape yang die bawak, rupenye gam tu adela gam yang die gune untu lekatkan kertas yang kale jernih tu.

Persoalannye sekarang, NAPE ATOK SAYE NI COMEL SANGAT?

Saturday, October 23, 2010

AK 5503


Hari ni sangat bosan. Bangun pagi, otak dah pikir 8pm je. Rase macam nak tidur je sepanjang hari pastu bangun pukul 5 petang dan bersiap. Tapi kita sebagai manusia biasa, mempunyai otak yang tak boleh terima hakikat kalau tuan dia tidur lama. Kalau tidur lama sikit, nanti otak trigger alarm HOI HOI BANGUNLAAAHHH KAU NI TIDUR JE MANJANGG. Kalau kita snooze otak tu pun (snooze dengan cara hempapkan badan dengan segala objek empuk dan pelbagai gajet tidur lain seperti selimut tebal), alarm tu tetap akan bunyi. Dan inilah yang menghasilkan SELUBUNG DIRI DALAM SELIMUT BAJET MACAM MASUK INCUBATOR (KE?) AVATAR TU, IMAGINE MASUK ALAM FANTASI AVATARRR.

Ok bosan. Cepatla pukul 8.

Wednesday, October 13, 2010

Shame on you, Utusan :)


Ucaptama 1

First thing first, aku nak cakap mekasih kat Utusan sebab dah femeskan UTP. Alhamdulillah, kedudukan femes kami meningkat secara drastik hasil usaha anda. Terima kasih banyak2! Yolah, aku ni 4 tahun blaja UTP, kadang2 bile naik bas ke, naik tren ke, bile borak2 dengan orang sebelah, bile ditanye 'belaja mane?', aku jawab UTP, mampu je diorang tanye balik 'UTP?'. Sekarang ni, nampak gayanye tak payah la aku nak cakap panjang2 yang UTP tu adela Universiti Teknologi PETRONAS yang stranded kat Tronoh tuu. Sume orang dah tau dahhh yang UTP tu ade kat Tronoh, bukan kat Toronto har har harhhh


Ucaptama 2

Eh did I say 'Alhamdulillah, kedudukan femes kami meningkat secara drastik hasil usaha anda' tadi? I think I should change to this la :

'Alhamdulillah, kedudukan femes kami meningkat secara drastik hasil KEMALASAN anda'

Ye lah, kalau Cik Noraini nak cakap yang Cik tak dibayar elaun untuk cek kesahihan gambar2 yang dikirim, saye nak tanye Cik, bukan ke memang itu tugas seorang wartawan, tak kira apa jenis berita pun yang mahu disampaikan. Errr kee Cik tak pernah cek kesahihan news yang Cik post before2 ni? Dan yang kelakarnye, saye ade jumpe satu entry yang cite pasal bende yang memalukan lagi dari kisah Toronto ni.


Sila klik di sini untuk mengetahui bagaimana wartawan main tangkap muat je ape2 gambar untuk dimuatkan dalam ruangan Salam Perantauan. Gambar tu terang2 tunjuk bebudak tu pakai tshirt, jeans koyak rabak, tapi still dipublish kat dalam ruangan tu. Kejadah? And dalam blog ni jugak ade tunjuk betape benarrrr gambar tu sebenanye diambil kat dalam Mesia jeeee. (Diorang ni boleh digelar Hero Mesia sebab diorang sendiri tak sangka gamba diorang yang sempoi nak mati tu boleh dipublish dalam Salam Perantauan. Haha)

Hish Cik Noraini ni.. takkanla sebab Cik tak dibayar elaun lebih, gambar budak pakai jeans koyak pun Cik post dalam Salam Perantauan. Haih Cik Noraini ni lucu lahhhhh. Sian kat bos Cik kat department Cik tu kene tanggung malu akibat perbuatan kawan2 Cik yang post 'gamba Raya budak2 Christchurch yang beraya dengan seluar koyak rabaakkk'. Sampai hati Cik.. hanye disebabkan bos Cik tak bayar gaji lebih, Cik main letak je gamba budak2 pakai jeans koyak rabak dalam ruangan tu... huhuhuhh.. Kalau ye pun nak mogok dengan bos Cik, mogok dalam ofis sudehh. Tak payah tunjuk satu Mesia. Nanti Cik sendiri yang malu..... macam sekarang ni la... huhuhh

Ucaptama 3

Disebabkan aku ni memang follow up Utusan sejak Ahad aritu, hari ni aku visit Utusan online lagi. Saje je nak menjenguk.. kot la ade hot news selain berita dari Toronto tu kaannnn. Hahaha. Then aku ternampak laa satu tajuk artikel ni :



Deeerrr? Kejadah beruntung? So aku pun bacela artikel tu.. tup tup, rupenye artikel tu menceritakan kisah wartawan Utusan yang menyamar jadi penggemis semata2 nak perhati sikap pemurah rakyat Mesia nehh. Hello? Ape kurangnye bende yang wartawan tu buat kalo nak dibandingkan dengan insiden Salam Perantauan tu? Haihhh. Tak ke tu namenye mainkan keikhlasan orang? Punyela orang ingat yang 'penggemis' tu betul2 memerlukan.. skali rupenye 'penggemis' tu siap ade Kancil sebijik (cakap penggemis drive KANCIL dah cukup untuk menggambarkan btape tak patutnye diorang berlakon jadi penggemis). Yang hairannye, siap berlakon selama 6 hari lagi tu!



Bunyi macam bangga gila dapat menyamar jadi penggemis ok..


Ish ish ish. Seronok sangat ke jadi penggemis bang? Kalo ye pun nak test sikap pemurah rakyat Mesia, 2 hari cukup laahhh. Ni sampai 6 hari ape kes plak ni? Duhhhhh ini mengundang maraahh. Sape2 yang trase ade menderma kat penggemis baju hitam kat Monorel Titiwangsa boleh cari diorang kat ofis Utusan okeh! Sesi claim duit start esok! Hahahh

Memang kelakar bile fikir betape bangganye diorang pos artikel 'Beruntungnya Jadi Penggemis' selang beberapa hari lepas diorang publish artikel Noraini tu DUA KALI dalam Utusan. Dah la dalam artikel Noraini tu diorang macam nak tunjuk betape takde otak, betape ceteknye pemikiran budak UTP sebab PRANK (ahah) diorang camtu.. Tup tup, diorang dedahkan pulak aktiviti PENIPUAN diorang terang2 dalam paper sendiri. Hahahah. Aku rase name Utusan tu boleh la tukar jadi Utusan Ujang pasneh. Majalah Ujang pun aku tengok sekarang ni macam dah hambar. So aku rase kalo korang take over, memang high-rated aku konpem! Noraini tu boleh take over tempat2 kartunis Ujang! Amek tempat Kak Esah pun layannnn! Aku dah nampak bakat die dah! Hahahh

Da lah, aku malas nak cakap lagi dah. Aku sakit perut dengan insiden ni sume. Cume aku nak pesan, kot ye pun nak attack orang, pandang2 lah diri tu dulu. Dah cukup bermoral ke korang sampai excited gile nak publish name penuh UTP dalam artikel tu. Padahal bende tu menunjukkan kelemahan korang sendiri. Ditambah lagi dengan artikel menyamar jadi penggemis tu.. Memang sah la, Utusan ni memang suke membuka pekung di dada sendiri.

P/S : Kalo pekung di dada sendiri nak dibukak, inikan plak pekung di dada orang lain :) Gatai Utusan ni naaa.. Main selak2 dada plak diaaa..

Sunday, October 10, 2010

Brunei Trip





Brunei, 15 mins sampai border, next 2 hours sampai Bandar Seri Begawan


Bile pergi sini, baru aku nampak sebab2 kenape Brunei ni kayo.

Sebab 1 : Mane taknye, ko bayangkan la, depan rumah ade tanah lapang, dan dekat tengah tanah lapang tu ade pam minyak (dalam industri, ia dipanggil nodding donkey sebab die gerak atas bawah). Memang kaw2 tepi jalan lah. Kat hujung tanah tu plak, ade traffic light.

Tengokla gambar ni. Memang aku tak tipu kan?? And, bende ni bukan ade satu je tau kat sini! Ade banyak lagi! Bersepah-sepah! Mak donkey, bapak donkey, anak donkey sume ade! Depan rumah, belakang rumah orang, depan masjid, hui hui hui. Lagi satu yang tak boleh blah, ni ha..


Nodding donkey kat luar pagar terminal minyak je! Polahaiiii. Sah2la bape sen je diorang gune untuk install flowline lat situu. Dokek bona sumber dengan tempat proses tu ha jangggg


Sebab 2 : Brunei ni aku tengok macam rakus je gali minyak. Haha. Kalo laman rumah orang pun boleh ade, ni kan pulak dekat laut!


Ko tengok ni? Aku boleh amek gambar pasir pantai PLUS gambar jacket (platform kecik dipanggil jacket platform) dengan jelas dari tepi pantai! Jangan harap la ko nak nampak jacket sejelas ni kalo kat pantai Sarawak. Haha.


Ko pandai2 la agak ape aku nak cakap. Haha. Banyak gilosssssssssssssssssss!! Ni baru ape yang kite nampak dari pantai.. Belum tengok dari awan lagii.. hui hui huii

Memang murah rezeki Brunei. Sane sini ade minyak! Tapi aku rase, memang layak diorang dilmpah rezeki sebanyak tu sebab, sane sini jugak ko akan diingatkan dengan zikrullah. Macam mane diorang buat? Haa, Brunei ni, kalo tadi aku cakap dekat laman rumah orang boleh ade pam minyak kan.. dalam part ni plak, kat tepi jalan ko boleh nampak banyak signboard yang mengajak ko berzikir.. :)

Ni aku letak satu je.. Ade banyak lagi signboard macam ni kat Brunei ni.. Hehe. Tak sia2 mati tengah jalan camni.. Huhu

And, pemerhatian yang aku dapat dari trip ke Brunei ni is, diorang ni sangat memartabatkan bahasa melayu dan tulisan jawi. Buktinya, lihat sendiri gambar di bawah.. :)


Korang boleh nampak ke tulisan tu? Kalo tak, meh aku tolong bacekan. Signboard tu cakap "Utamakan Bahasa Melayu". Aku suke signboard ni. Simple, tak serabut, tapi mesej sampai. Macam Malaysia ni, tulisan 'Utamakan Bahasa Melayu' tu jadi 'Bahasa Jiwa Bangsa' dengan dihiasi gambar segala sejenis kaum kat Malaysia ni. Tsk. Gambar2 kat bawah ni aku tunjuk betapa Brunei ni tegar untuk mengekalkan warisan Melayu ie. tulisan jawi.


-Ki If Si-


-Risturan MikDunelds-


Segala jenis kedai la senang cakap ada tulisan jawi. Baik kedai daging, bank, klinik dan bla bla bla.

Oh before sampai tu, kitorang sempat jugak la melawat (melawat je ok. Bukan menginap) 6 stars hotel kat Brunei ni. Name hotel ni adela The Empire (dengar name pun, dah boleh agak rupe die macam mane. Huhu). Terletak jauh sikit dari Bandar Seri Begawan (BSB), lebih kurang 20-30mins dari BSB. Aku rase taraf die same je macam Palace of Golden Horses yang kat Mines tu, tapi aku rase lobby The Empire ni lagi WOOOWWW dari Golden Horses tu. Kalo Golden Horses, lobby die bese2 je. Bile da masuk dalam2 baru kite WWOOOW. Tapi aku rase la kan, suite kat The Empire tak boleh lawan Golden Horses (kalo tak silap aku, Golden Horses ade 3-storeys suite). The Empire kalo tak silap single storey je. Wuhu. Bile la aku boleh jadi kayo pastu bazir duit gi hotel mewah2 camni~ huhu

Pic credit to Zakuan Seesaw
Sultan Brunei kan suke emas. So, hotel ni pun ade banyak bende yang berunsurkan emas~


Ni pemandang The Empire dari country club situ. Nice kan..

Then, kitorang pegi The Mall untuk lunch dan jalan2. The Mall ni terletak dalam BSB dah.

So kat sini la kitorang makan dan membeli belah (takdela membeli belah mane, sbb duit Brunei yang dibawak masing2 tak cukup. huhu). Ole2 yang aku beli untuk diri aku adela Dancepad (haha kejadah beli dancepad kat Bruneiii).. tapi nak buat camne, lepas convert duit Mesia, dancepad kat situ harga die RM35 je sedangkan kalo beli kat KL harga die RM60! Wuu. So, dalam mission nak menguruskan badan sekarang ni, aku pun hangkut la dancepad tu sebijik (siap promot kat budak lain jugak.. sampai ade sorang tu beli 2 terus! sume memang tau dancepad RM35 tu murah gilos).


Ni alat bantuan pengurusan ye tuan puan.. Hehehehh

Pastu beli 2 kain sutera (fyi kain sutera kat Brunei ni murah2). Pastu duit Brunei aku pun habis (akibat lokek nak convert duit before bertolak ke Brunei) so aku pun berlari la cari kedai tukar duit. Pastu jumpe la beberapa kedai tukar duit.. tapi sumenye tutup. Duhhh.. Bile tanye tuan kedai sebelah2 tu, diorang cakap kedai tukar duit tutup time Maghrib. Aku pun, oh ok. Tak dapat tukar duit sebab kalo nak tunggu kedai tukar duit bukak, nanti lambat sangat bertolak gi border. Kang tak pasal2 je masing2 tidur kat border malam tu kan~


Cantik tak? Hohe

Pastu, ondewei balik tu, kitorang singgah la Masjid Sultan Hassanal Bolkiah untuk semayang Maghrib. Aku n bebudak pempuan lain pun tunggu la budak2 laki habis semayang. Sambil menunggu tu, kitorang pun beramek2 gamba kat luar masjid tu. Tapi............... setelah sekian lame menunggu kat luar masjid tu, sorang pun tak kua2. Dalam hati aku, "aish, bagus diorang ni. semayang tertib. lame je semayangnye. bagus bagus bagus"


Pic credit to Zakuan Seesaw
Ni la rupe Masjid Sultan tu. Cantik kan?

Tak lame pastu, datang la sorang membe laki ni. Kitorang yang pempuan ni pun tanye la, "mane yang lain?". Die jawab "hah, sume dah habis semayang dah. jap lagi turun la diorang tu"

Tunggu punye tunggu, takde jugak. Sambil tunggu tu, macam bese la. Pancing, kail dan tangkap gambar (nasib baik membe ade camera canggih, kalo nak harapkan camera 3.2MP aku tu, takde maknenye beramek gamba memalam camtu). Tunngu dan tunggu, aku nampak la sorang dua yang baru kua masjid tu. Aku pun pegi kat diorang tu. Aku cakap "korang, nape lambat sangat? kite kene cepat. hish korang ni tu pun nak diaja bla bla bla". Pastu sorang membe ni tunjuk camera die kat aku, then tanye "Fad, cube teke sape yang ade dalam gambar ni" sambil tunjuk gambar ni :


Aku : Maher Zain! Maher Zain! Oh maiiiii kat mane korang jumpe dieee??!
Membe : Kat dalam laa.. Tu yang lambat tu.. Haha
Time ni aku rase badan aku menggeletar, panik semacam sebab tak caye Maher Zain ade dalam lingkungan 100m dari aku. Haha. (Kejadah panik? Haha)
Aku : Aku nak jugak! Ini tidak adil! Takkan disebabkan korang laki, tempat semayang korang same dengan Maher Zain, korang je yang boleh amek gamba ngan die?! Ini tidak adil! Ini tidak adil! (aku berdrama kat lua masjid tu, rase nyesal kejap sebab jadi pempuan. haha)

Tengah2 berdrama tu, aku nampak kelibat orang ramai2 (tak la ramai mane, dalam 8 orang camtu) kua dari masjid tu. Tengok dari jauh tu, aku nampak ade someone yang pakai topi yang Maher Zain salu pakai tu. Aku pun "oh maaaiiii! koraaannggg aku nak amek gamba dengan Maher Zain jugak! Tu haaa die! Somebody yang ade camera follow aku plisss" - dengan muka tak malunye aku mengarah orang. Haha. Pastu aku pun berlari la cross rumput masjid tu semata2 nak kejar Maher Zain. Bile dah sampai dengan group orang2 Maher Zain tu, aku pun cakapla dekat orang yang kelihatan macam PA die yang aku nak amek gambar dengan Maher Zain. Huahaha. Lepas diselidik by PA die tu (die tanye camne aku boleh tau Maher Zain ade kat situ), aku pun pegi la kat Maher Zain tuuuuuu. By the time aku tengok Maher Zain tu, aku rase macam tak caye bile pk tuan suare yang aku dengar kat laptop aku tu dah ade depan mate. Camne aku nak cakap aa? Muke die memang sebijik la dalam gamba! (Haha dah memang die tu orangnye, memang la same Fad oiii. Haha)


Ni la muke orang yang penat berlari kejar Maher Zain tuu. Haha

Lepas habis amek gambar tu, kitorang pun bersurai la. Aku naik kete dengan senyuman lebar bile pk aku ade gamba kenangan dengan Maher Zain. Senyum lebar nak mampus ok. Haha sweet memory :)

Heee. Then kitorang balik smule gi The Empire sebab nak cari fon Anie yang hilang, dan lastly tak ditemui dah. Hu. Sian Anie.. da la umur fon tu baru 2 minggu. Tssk. Rase bersalah la kat Anie sebab aku hepi nak mampus padahal die tengah down gile sebab hilang fon. Hu. Sorry k, Anie. Tsskk

So itu je la trip ke Brunei kitorang. Short tapi padat dan veri de miningful. Hehe. Sampai Miri, we had dinner together kat Gerai Tepian Sungai, makan seafood. Hohe. Sekian entry dari saye kali ini :)

Thursday, October 07, 2010

Fast update dari Orang Miri



Loser gile sebab sumpah lame gile aku tak update blog. Sumpah loser sebab terserlah tahap malas yang melampau, terserlah segala kepoyoan (yolaah, nak kate bizi, tidaklah mane.. intern je ponn~ haha) Terimalah gambar di atas tu sebagai tanda mengaku loser ikhlas dari aku (-_-)

Banyak je bende best yang aku buat dekat Miri ni.. tapi disebabkan kemalasan aku sendiri, takde satu pun kisah yang dikisahkan dekat sini. Sampai ade orang ingat yang aku ni tak enjoy duduk sini sebab satu update pun takde kat blog.. Haha.. Bukan camtu la.. Miri ni terlampau best bagi aku sampaikan aku takde mase nak update kebestan Miri.. Hehehh

Aku kat sini, tiap weekend memang konpem payah nak duduk rumah. Samada pegi shopping mall, takpun menghirup angin Miri. Sejujurnya, shopping mall sini takde la macam kat KL. Tapi bagi aku, ok je lah. Boleh aje aku nak cari baju cantik2. Sales bapak gilos banyak. 3 bulan pertama aku kat sini aritu, sales tak habis2. Sebabnye ade perayaan yang berterusan dekat sini, yaitu:

1) Pesta Gawai - 1 bulan sale
2) Anniversary shopping mall tu sendiri - 1 bulan sale
3) Raya - dekat 1 bulan sale

So, dalam 3 bulan pertama ni, aku memang kaw2 kumpul baju.. Haha. Dan sekarang, memandangkan sales da habis, aku fokus untuk benda lain pulak :D

Selama aku duduk Miri ni, banyak tempat best yang aku dah pegi. Antaranye :


Luak Esplanade, setengah jam dari rumah
Tempat ni merupakan kawasan pantai. Kalau first time sampai sini, kite akan terpegun dengan kebersihan pantai ni plus pantai yang sangat luas+panjang +cantik+damai+permai. And, dari pantai ni jugak lah kite boleh nampak platform minyak kat sini. Hohe


**********


Gua Niah, 2 jam dari rumah
Aku bangga sebab tak pergi sini, sebab Gua Niah ni merupakan gua yang mempunyai bukaan yang paling besar kat dunia (kalo tak silap). Yolah, kalau kau pergi Gua Tempurung, ko boleh sakit badan calar2 sebab merangkak. Tapi kalo ko pergi Gua Niah ni, aku konpem ko JUST sakit kaki je. Tapi sakit kaki yang bapak kawwww punye la sebab kalo ko masuk gua ni, ko banyak kene panjat tangga. Tangga bapak banyak tak hengattt rase nak tercabut je kaki lepas 6 jam explore gua tu.. huh. Gambar kat atas tu jadi bukti betapa besaaaawnye gua ni.



**********


Borneo Tropical Rainforest Resort, 1 jam dari rumah
Aku pergi sini sebab ade team building program untuk department aku. Pergi sini memang sesuai kalo ko nak tengok kehijauan Borneo. Aku memang suke. Kalo ko berdiri kat balkoni bilik ko, ko boleh sentuh daun hijau dari pokok yang tinggi melampai (bayangkan la kau boleh pegang daun dari pokok hutan hujan yang memang diketahui umum tinggi lampai - hanya dari balkoni kau). Pergi tempat macam ni memang best, memang aku suke - LAGI2 SECARA PERCUMA. Haha. Kawasan ni memang besar gilos. Lebih 400 hektar kalo tak silap. Sumpah besar gilos dan mempermaikan!

Tempat makan - see? Pokok besar celah lantai.


Aku jadi MC time dinner malam tu ok.


Main laser tag - sampai seluar koyak. ahah




** To be continuued. Dah ngantuk. Coming up next : Brunei Trip ;) Lihatlah bukti kekayaan Brunei! ;)