Macam2 jenis orang yang kite boleh nampak dengan dunia ni. Untuk lelaki, ade pulak common properties diorang tu. Kalau takat physical properties, kite sume dah sedia maklum dengan ape properties yang they share in common. Contohnye, lekuk2 badan (??). Tapi kalau cakap pasal mental properties atau dalam bahasa jepunnya, ba-ra-nai; atau dalam bahasa ibunda kita, PERANGAI, memang bende ni boleh kau naik gila kalau hari2 dok ngadap ba-ra-nai yang memang sememangnya menyakitkan dan menyiat2kan hati.
Aku memang tak boleh terima lelaki yang tak bagi perhatian kat aku. Errr lelaki tu, ofkosla aku memaksudkan seorang Lelaki Itu dan bukan lelaki-lelaki itu. Kau paham ke??
Haaa baguslah kalau paham.
Kalau kau mahu jadi Lelaki Itu, kau perlu penuhi kriteria2 berikut:
(Kriteria2 ni merupakan garis panduan yang paling minimum yang termaktub dalam kamus SIRIM. Kiranya kalau kau tak lepas garis panduan ni, kau tak payahla nak jadi Lelaki Itu untuk aku. Kalau tak lepas, aku sarankan ko pegilah kawin dengan beruk kat hutan. Susah payah sama2 duduk atas pokok. Kalau tensen dengan bini boleh terus terjun pokok pastu mati. Paling kurang pun patah leher jeeerrrr)
Patah leher macam ni jeeeerrr. Sikit jeeerrrr tak sakit punggggg. (Aku tak tau nape lukisan yang supposedly menjadi seorang manusia menjadi macam sebuah/seekor/sebidang/sesikat manusia - sial bulatkan jawapan yang betul. Eh silap. Sial bulatkan jawapan yang betul. Derrr typo lagik. SILA bulatkan jawapan yang betul. Haaaa betul puun!)
Kita sambung kepada garis panduan SIRIM ye kawan2. Piawaian adalah seperti berikut:
i) Cubalah untuk setia (lagu Krisdayanti)
Kalau tak silap aku, beruk ade bini satu je. Gajah pulak otak kecik tapi still boleh jaga hati bini. Kalau kau dah kawin/miliki someone yang pernah membuak2 rasa sayang-heyyyy-rasa-sayang sayang-heyyyyy kau kat die, tapi tetibe nak flirt (sopan gila perkataan ini untuk amarah sebegini) dengan orang lain, memang sahih, beruk lagi pandai dari kau. Atau dalam kamus gajah, otak kau jauh lagi kecik (relatively ke badan kau) berbanding gajah's otakss ke gajah's badansss. Adaass pahamsss?
ii) Hati kami tak besar dan tak kuat (lagu Wonderpets)
Kami ni bukanlah berbesar hati sangat miliki kamu sebagai teman hidup kami (kau tu bukannye perfect sangat pun. kite same2 tak perfect) tapi nak buat macam mane, walaubagaimana berbesar hati pun sebab memiliki kamu, hati kami ni sememangnye kecik.
Memang dulu dalam kelas Biologi cikgu cakap hati manusia ni terdiri dari otot gagah perkasa tapi hakikat remains hakikat, cikgu kita tak bagitau yang hati perempuan ni terdiri dari otot2 lemah macam getah buat belon. Tak kuat macam getah buat kondom. Kire macam kalau kau bagi kami ayat2 yang menyentap perasaan macam "Pergilah sendiri. Malas lah", memang meletops laa hati makkkk. Sobssss
iii) Hormati perasaan kami (lagu errrr Negaraku maybe?)
Adakah anda para lelaki pernah berkata sebegini terhadap pasangan kamu?
"Eh, kan aku dah cakap, kau jadi awek aku. So cukup lah tu kan? Ape lagi kau nak?"
Pernah? Kalau pernah, meh beratur sini anak2, sape pernah cakap bende ni, beratur belah kiri mak. Sape tak pernah cakap, beratur belah kanan mak. Yang belah kiri mak boleh pergi jalan stret, belok kanan, belok kiri, jalan stretttt pastu kau nampak gaung, kau terjun sorang2. Ikut turn okaiii jangan berebut!!
Sape tak pernah cakap, meh sini mak bawak pergi Paris mak blanje eskrem!
Hah. Nape kau kene ambil berat isu ni? Sebab, kami nak kau komited dengan hubungan yang telah kau pilih untuk komit. Kami taknak lah pulak kami ni jadi ahli KIuT atau lebih dikenali sebagai Kelab Isteriu2 Terpinggir. Ye la, ade certain laki tu, die ingat, bile die da kawin dengan kami, bile die rase kami ni dah KONPEM milik die, die terus abaikan kami. Contoh macam, aku kawin dengan Saudagar Baba. Saudagar Baba ni memang suka berbisnes. Tapi, bile lepas kawin, Saudagar Baba ni sibuk nak kejar title Datuk Baba lah pulakkkk. Pastu, mulalah zaman die sibuk pergi main golf dengan para2 Datuk sekalian alam, kononnye nak dapatkan networkkk. Yang paling menyayatkan hatinyee, laki aku yang sedang mengejar title Datuk ni, tak pernah sekali pun terasa atau terniat untuk mengajak aku untuk ikut die pergi main golf. Bagi dia, "dulu aku nak kawin dengan kau, aku dah dapat. Sekarang aku nak dapatkan title Datuk pulak. So, kau duduk rumah diam2. Biar aku buat sendiri. Aku tak perlukan kauuu untuk mendapatkan title Datuk tu harhahrhahrhahrrr"
Amacam? Bunyi kejam tak? Macam tu lah kejamnye lelaki2 yang berfikiran macam ni. Kami nak ikut bukan ape, kami cume nak bagi sokongan kat orang yang kami sayang je. Lagipun awak pergi mendamaikan hati dengan kawan2, nape saye tak boleh ikut same2 mendamaikan hati saye dengan awak and kawan2 awak? Spesel sangat ke saye ni sampai saye kene duduk rumah dan diasingkan dari segala aktiviti sosial yang awak pergi?
iv) Kuch kuch hotak luuu. Tak payah berlakon untuk dapatkan akuu!!
Tak payah la kau susahkan diri macam hantar ubat guna courier waktu kite mule kapel sebulan dua dulu. Poyo gileee. Aku ngadu pening kat ko time tu sebab aku nak ko stop mesej aku. Tapi ko yang nak sangat berlagak hero hindustan, siap hantar Panadol gune PosEkspres! Perghhhh trime kasih la. Ko memang kekasih terhebat aku! Tapi kau tengok sekarang?
Aku kat Johor, kau kat KL. Aku muntah2, kau buat derrkkk je. Macam tak kisah kat aku dah. Kalaulah aku mati sebab kene Denggi ke hape ke, tak payahla kau susah2 nak hantar ubat nyamuk time tu. Membazir duit kau satu, membazir tenaga abang posmen PosEkspres pun satu. Tapi, kalau bende tu betul2 jadi, tak payah la kau buat pape. Kau dah terlambat dah. Tapi mebi memang tu pun yang kau nak. Kau nak aku pergi so that kau boleh bebas..
Itu ke yang kau nak?
Tapi kalau bukan tu yang kau nak, aku nak kau tau, even satu panggilan yang boleh menzahirkan perasaan risau kau tu, boleh buat aku kuat, boleh buat aku gagah untuk melangkah pergi kedai beli ubat nyamuk and Panadol. Kau tau tak bende ni?
Sesungguhnya, aku tak mintak lebih.........
P/S : Lelaki bagaimana yang anda mahu?