Pages

Friday, November 13, 2009

and time has ruined my date

Tak cukup mase lah. Yela, bile kite ade dengan orang tercinta, mane cukup sejam due jam tige jam kan. Paling kurang mesti sembilan sepuluh sebelas jam kan. Ni stakat jumpe 3 jam, alahai. Ape sangatlah yang boleh dibuat bersama. Kalau buat pun, mesti berkejaran dengan mase.

Tapi saye ikut cakap pakar cinta, Dr V. Kenal ke? Kalau tak kenal buat2 kenal ok. Beliau ni memang pakar dalam soal memahami pasangan kite, lagi2 pasangan AKU hendaknye. Beliau memang arif dalam soal hati kami. Ape2 persengketaan muram durja segala duka, kami berdua akan merujuk pada beliau.

Hmm. Biasanya, aku dan pasangan aku akan memperuntukkan waktu date kami untuk melakukan 5 perkara :

1) Solat subuh berjemaah
2) Solat zohor berjemaah
3) Solat asar berjemaah
4) Solat maghrib berjemaah
5) Solat isya' berjemaah

Bagus kan kitorang? Korang pernah ke date dengan balak2 bunga2 korang dengan solat berjemaah sesame dari subuh ke isya'? Tak pernah kan? Haa maka jelaslah list kat atas tu bukanlah aturcara date kami, tapi adelah list yang dituntut dalam islam hendaknya. Peace, jangan baling pasu kat aku ok! Actually pasangan aku tu tak bagi aku dedahkan aturcara date kami dalam blog aku, die kate 'takut ade orang lain tiru aktiviti kite la yang' so aku ikot je la katenye. Sorry la u guys, kami berdua perlukan privacy untuk melakukan aktiviti2 kami so tak bolehlah aku bitau korang. Takut kalau korang tau, korang kacau daun. Hek hek hekkk

Aku masih ingat lagi, Dr V pernah pesan aku (malah banyak kali berpesan) supaya dalam 5 aktiviti rutin tiap date kami itu, dahulukan 1, 3 dan 5. Maka aku dan pasangan aku berjanji setia di bawah Kod 135 Perlembagaan Bunga2 Cinta Layu di Pusara agar kami mendahulukan aktiviti 1, 3 dan 5 itu.

Betapa setianya aku pada pasanganku, sejurus sahaja bersua bertentangan mata, aku berpesan pada kekasihku tercinta "Sayang, jangan lupe. Dr V pesan kite buat aktiviti 1 dulu. Pastu baru 3. Pastu baru 5. Pastu suke hati la nak buat yang lain bile. Dr V kate kalau kite wat camtu, kebahagiaan ketenangan dan kesejahteraan kite sejagat terpelihara hingga akhir zaman" dan pasanganku berangguk tanda setuju.

Maka kami pun melayari bahtera date kami dengan asyik dan penuh kegairahan. Aktivit 1, 3 dan 5 tu, aku tak tau la nak cakap best ke tak. Ape yang pasti, aktiviti2 tu makan banyak mase. Aku gelabah bile tengok jam da pukul 11 (setelah 2 jam bertemu). "Alamak sayang, sempat ke nak buat aktiviti 2 dan 4 camni? Kite ade 1 jam je lagi untuk bersama hari ni" kataku pada kekasihku dan berbuat muka sedih mahu berpisah. "Macam tak sempat. Tapi buat je la yang. Yang penting jangan tertinggal. Aktiviti 1 dan2 tu menentukan kebahagian kite, sayang" jawab kekasihku. Akibat cair gila babi dengan kata2nya aku berusaha gegeh demi mengecapi kebahagiaan bersama.

Menjelang saat2 terakhir, aku berserah. "Sayang, kite akan dipisahkan oleh waktu yang mencemburui kebahagiaan kite dalam beberapa ratus saat lagi. Maka itu ingin daku berkata, cukuplah hubungan kite sampai sini sahaja. Aku serik bersamamu sayang.. Asal date mesti dapat jumpe kejap je. Batinku tersiksa bersamamu sayang. Biarpun ini pahit untuk kite, kite harus terima kenyataan." ujarku menahan air mata dari tumpah bergalon galon. Kekasihku lantas berkata "Ok no hal. Aku boleh cari pempuan lain. Sememangnya tiap 6 bulan aku ada kekasih baru. Kekasih yang paling ku sayangi adalah yang dapat bertahan denganku selama 12 bulan dan lebih". Cis bedebah punya kekasih! Aku punya sadis mahu berpisah dia boleh bertenang. Inilah lelaki dasar buaya haa! Itula Encik Newton Runge-Kutta Thomas bekas kekasihku. Memang dasar kafir laknatullah betul buat aku camni haa! Pempuan2 kat lua tu hati2 kalau jumpe Encik name ni haa. Kalau tak, haih. Makan bubur nasi lah korang! (Nasi sudah menjadi bubur)

---------------------------------------------------------------------------------

Huaaah!! Dapat jugak aku merepek lepas frust bercenta! dan setelah sekian lama tidak memanjakan blog. Hek hek hek. Pape pun, kisah di atas adalah kepanjangan-kenambahan kepada ringkasan berikut :

- Hari ni aku ade paper Computional Methods - ni la date aku
- Paper pagi, dari 9am ke 12noon - 3 jam je
- Aktiviti itu bererti soalan dalam exam
- Kekasih baru Encik Newton Runge-Kutta Thomas adela orang2 baru yang amek 'subjek' ni tiap sem. Dan sesungguhnye Encik Newton Runge-Kutta Thomas sangat sayang dengan orang2 yang repeat paper tu. Sebab tu boleh berkasih dengan beliau hingga 12 bulan lamanya. Dan aku berdoa agar aku tidak tergolong dalam golongan yang berkasih dengan Encik Newton Runge-Kutta Thomas hingga 12 bulan! Tak nak!



Encik Newton Runge-Kutta Thomas, nyah engkau dari kamus hidupku!

5 commentaire:

Mrs Camillo said...

aku pon berusaha tanak ko bersama cik thomas tu lagi!!!


jangan~


"kenapa comet jadik begitu payah~"


sian ko~

ikanriang said...

benci!

annie jelie kiut bangat... said...

Fad aku nak cerai! nak cerai nak cerai nak cerai! jugak dgn Mr. Thomas tu... range btwn 100-50 aku ley dapat negative C. hish3... agaknya ak gna rumus Tho-Anie :(

Izz Amri said...

fad, aku faham betapa batin ko terseksa dengan die...

from deep down inside, semoga hubungan ko n die akan putus.. dan die hanya datang kot2 kau perlukan die time keje nanti..lalalala~

ikanriang said...

anie,
aku da cerai!
ko bile lagi?

zati,
aku tanak die kembali padaku!
once gone forever gone!