Pages

Wednesday, September 02, 2009

Hati meronta2 bagai nak rak tolong selamatkan aku seret aku jauh jauh dari sini

Dah lame aku nak menulis tapi tak tertulis2 sebab bende2 yang menekan jiwa raga dan perasaan aku cepat ilang. Contohnye, aku sangat geram dengan Insiden A lalu berniat nak mengadu dalam blog. Tapi disebabkan takde laptop depan mate, tak dapatlah aku menulis. Bile tak dapat menulis, perasaan itu pun hanyut dibuai angin petang pergi Afrika.

Dah alang2 dapat menulis ni, bia aku cite. Hari tu geram sebab robolab selerak gaban kalau kau tengok rase nak kirai2kan lagi barang2 yang bersepah tu. Aku rase sejak habis Robocon 2009 bulan 5 hari tu, lab tu tak pernah dibersihkan. Dengah habuk merata, penukul atas meje, gergaji bawah meje, apit G belakang meje, pengikir celah meje, skru merata, bolt celah kangkang, camne nak wat kiej dengan tenang? Haiyo. So aku sangatlah merindui saat2 mengemas lab tu bersame kawan2 sejantina yang lain, Tapi dulu, kawan2 lain jantina pun tolong kemas lab jugak. Sekarang, haiyaa. Nak menangis lah tengok lab tu. So sekarang kalau aku masuk lab, aku totop mate tak mahu jadi saksi lab yang bersarang itu.

Kemudian, aku sekarang amatlah bizi gaban. Macam2 bende datang tayang muka dalam idup aku sekarang. Tolonglah, bukan kegemaran aku pun menyibukkan diri dengan bende lain selain studies. Hampir 2 tahun berhimpit dengan V5SR (aku ahli komiti dekat kolej kediaman di sini) dan setahun lebih berkepit dengan robot2, aku rase rindu gaban nak ade waktu terluang yang mane aku boleh plan macam2 untuk diri aku. Aku rindu nak membazir masa. Haa sungguh! Tu yang aku rasa sekarang. Kau tanyalah aku muvi ape yang best, sumpah aku tak tau.

Sekarang aku kene handle majlis Iftar dekat kolej aku ni. Disebabkan kerje berseorangan, aku takde semangat dan tak dapat segerakan sume keje yang berkaitan dengan event tu. Dan akibatnya, event tu kene tangguh seminggu. Oh, aku sangat takde semangat untuk sume bende sem ni. Ape yang aku nak hanyalah mengejar CGPA aku yang merisaukan sekarang. Dah nak intern, tapi sumenye masih kabur. Oh Faddd! Bangun! Tapi aku mahu duduk di meja stadi aku ni tanpa memikirkan hal lain! ADAKAH ITU BOLEH DICAPAI SEKARANG?

Dan bile aku mengadu dekat boyfren yang aku letih, penat, lelah, lebah, dan terkangkang2 mengerjakan sume ni, kadang2 die sapotif. Tapi ni tadi die tepon, tanye aku buat ape, aku cakap aku sedang meluahkan pasaan dekat blog, aku pulak yang dimarahnye.

"Dah tau sibuk, boleh pulak menulis blog. Pergilah buat keje lain yang lagi penting"


Oh boyfren, tahukah kau bahwa menulis kat blog tu boleh bagi satu perasaan yang kau sendiri tak boleh bagi? Ya aku tahu aku ada tugasan lain tapi aku mahu masa ini aku spend untuk diri aku, buat benda2 yang orang normal buat di petang2 gini setelah habis kelas. Suka hati kau lah boyfren, panggillah aku keras kepala. Tapi nanti2 kau juga yg kata kau sayang aku. Aku pun camtu. Tapi sekarang sedang sangat panas panas panas dan panas takde mase nak mengapi2kan keadaan.

Telah kuaturkan agendaku malam ni. Ni hasilnye:

10.00pm : Miting Program Amal Kasih Ramadhan dekat V2
11.00pm : Miting V5SR dekat miting room V5. Mahu jumpa budak2 yang kami baru recruit.
Selepas itu : pergi robolab buat robot. Mungkin sampai 3pagi? Oh perempuan..


(jadual ini diatur dengan mengabaikan miting sambutan Deepavali itu. Pehal? AKU multiracial ok)

Korang boleh panggil aku penggagal tegar tapi aku tak mahu gagal! Aku kuat dan aku mampu! Biarlah boyfren tak faham camne pasaan menulis blog time2 camni tapi ape yang penting, aku takkan gugur di medan perjuangan ni! Malam ni aku nak pergi terawih setelah berkurun lama aku tinggalkannya biar jadi petanda aku bukan seorang penggagal! Mesti!

Mulakan kerja dari sekarang Fadooo! Maju setapak untuk negara!

7 commentaire:

~izzati amri~ said...

fad boleh!!!!!!! fad kuat!!!!!!! fad hebat!!!! jangan berhenti fad~~~~~~~~ i love you! :)

.::fIsYa::. said...

kesian fad kemas sorg2...marah la dorg..jgn sepah2x..hehehe...sedey~~~fad dh buang link blogku~

{lumut} said...

fad,
gile busy kau..

kite same..
walau busy mane pon..
menulis blog tuh ade bg prasaan yg sume org x leh kasi..huhu

adi said...

saye rumate fad.xtahu penderitaan fad mcm ni sgt... sian fad... sorry :(

{lumut} said...

fad,bek ko dtg blog aku..and ko jgn terkejut..hahaha..

nak gelak je neh..
sori fad pinjam gamba ko sat.=p

annie jelie kiut bangat... said...

Fado... in contrast advice.

sumtime we hav to stop.

Stat prioritizing before it's too late. i was almost too late. Jujur!

Dun stop all but PRIOTIZING!
Wokey! anything, nak luah nak apa..jom g outing lagi! yay!

{lumut} said...

nak pellluuuuukkkk..hehee

weh,persoalan sudah dijawab..