Pages

Saturday, September 12, 2009

Ini Post Yang Mengaibkan Saya

Tapi, lantaklah. Saya mahu bercerita.

Hari ini saya dan rakan-rakan seperjuangan meraikan Ramadhan ke-21 di Hotel Syuen, Ipoh. Semua berpakat memakai baju raya dan saya tidak berkecuali. Majlis Raja-raja Melayu sahaja yang berkecuali. Kami suka bermakan-makan buffet di Ipoh kerana kadarnya yang murah. Kat mana lagi anda nak dapat makan buffet Ramadhan RM20? Ya atau tidak?

Kami yang beraya 10 hari awal. Memang saiton.

Saya bawak kamera. Saya mengambil gambar dan gambar saya turut diambil. Tapi saya malu. Gambar saya waktu makan, nauzubillah. Macam kera dapat bunga.

Waktu ni saya memang sedang mengunyah kek besar dan sengaja nak buat muka mcm ni. Konon nak rosakkan gamba orang lain yg berposing sakan. Nah amek kau. Memang buruk.

Kemudian saya malu. Cuba untuk kunyah cepat2. Boleh amek gamba lawa2. Tapi, belum sempat habis kunyah, kawan saya snap lagi.

Nasib baik sempat tutup mulut.

Kemuadian saya kata. "Ok, aku control sikit". Lalu saya bahagikan kek hancur dalam mulut tu kepada dua. Separuh saya simpan di pipi kiri, lagi separuh saya simpan di pipi kanan.

Ini pula jadinya.

-------------------------------------


Letak gamba fevret tym makan je lah.




Perihal gamba :

Tempat : D'aman Ria, Ara Damansara.
Masa : 2009
Alasan gamba buruk : Mahu berbuat dajal pada sorang membe yang tak balik sempena ujung minggu. Lepas amek gamba ni, aku MMS kan pada si kawan itu. Kawan itu suka makan piza. Kawan yang jeles itu reply : kua ja sey! (bermakna kurang ajar shit!)







Perihal gamba :

Tempat : Old Town Cafe, Jalan Yap Kwan Seng.
Masa : 29 November 2008. Masih segar di ingatan.
Alasan gamba cacat : Tak pernah disuap orang dengan kek birthday. So tak tahu angle mana yang patut aku pusingkan muka. Tapi aku rasa ok lah. Natural beauty.



---------------------------------------


Salam sayang dari kami yang terkinja ninja mahu beraya.

6 commentaire:

Nawa said...

fad

kat india banyak makanan murah

hari hari makan kat restoran

hari tu makan kat hotel

muahahahahahahaha

hang na ni said...

fad...

aku sedar sesuatu malam ni.
and bila baca post ni aku makin sedar.

cepatla dtg tido bilik. :'(

oranglidi said...

banyak sungguh makanan. haha..

bdk smap upenye.

ikanriang said...

nawa,
alah. tak kisah pun. kat sini aku leh mkn keli msak smbal. gulai. masak lemak. ko kat sane ade ape? oti canai pun tade. muahaha

hang na ni,
hope mlm ni bg awk tsenyum sikit :)

oranglidi,
haah. mmg pun :)

{lumut} said...

syg,
aku sudah bace email kau.sila bace ape yg aku reply.

bace gune hati kay.

Nawa said...

sape kata roti canai tadek.

ade okeh. lagi sedap

cuma nama de je lain

kerala parotta..

ces kau fad.sebbek maw raya.ada sambutan makan2 makanan mesia.ceria sket idop aku yg berbau kari ini