Pages

Saturday, April 18, 2009

UTP oh UTP...

UTP itu bersamaan dengan Universiti Teknologi Petronas, sebuah institusi pengajian tinggi yang terletak di Tronoh, tengah2 Perak. Perjalanan dari KL menaiki kenderaan beroda 4 yang besar (seperti bas atau treler) mengambil masa 3 jam (mungkin 5 jam untuk treler, bergantung pada muatan) manakala kenderaan beroda 4 yang kecil seperti kereta atau jip boleh mengambil masa kurang 3 jam untuk tiba ke UTP, bergantung pada kaki si pemandu samada suka atau tidak untuk menekan pedal minyak kuat-kuat.


Kompleks Canselor

UTP itu cantik. Pertama kali aku menjejakkan kaki di Kompleks Canselornya, masyaallah, besar betul bangunan itu. Sebelah dalam bangunan tersebut berdindingkan cermin lutsinar, menampakkan isi kandungan bangunan itu. Library nya, popular dengan panggilan IRC (Information Resource Center) boleh buat orang terpegun bile nampak rak buku tinggi melangit.

Maka tidak hairanlah UTP pernah dianugerahkan anugerah Aga Khan Award for Architecture (sila klik link ini untuk maklumat lanjut) pada tahun 2007.


Secara umumnya, UTP dibina berkonsepkan bentuk bintang yang mana setiap sisinya melambangkan keseimbangan jasmani rohani n bla bla bla aku pun tak tahu. Hmm. Keseimbangan jasmani rohani n bla bla bla? Bila sebut pasal keseimbangan bende-bende ni, aku tengok sekeliling aku, aku wat kesimpulan bahawa UTP belum mencapai misinya (kalo ditengok dari konsep bangunannye la kan).

Nape aku cakap camtu? Sebabnye adelah, barangkali budak-budak UTP ni ramai yang berotak terbaik punya. Buat calculus pejam mata. Buat eksperimen, pegang asid siap boleh buat breakdance lagi. Buat programming, buat coding sambil tidur. Tapi hakikatnye masih ada kelemahan mereka sebenarnya.

1) Mereka dihidangkan dengan kemudahan internet 24 jam. LAN, wireless, semua lengkap. Bila ada LAN, tak lengkap kalo takde DC++. Bila dah ada DC++, satu hari boleh tengok 5 muvi. Dalam masa 2 hari boleh habiskan 1 season Gossip Girl la, One Tree Hill la, Boys Over Flower la, n macam-macam lagi. Perkara ini menyebabkan pelajar UTP lebih selesa untuk duduk dalam bilik menonton muvi dan kurang bersosial.

2) Bila ada yang bersosial pulak, mereka bersosial di alam maya, hanya menggunakan laptop atau desktop sebagai medium perantara. Contohnya, DC++ turut menyediakan ruangan chatting untuk penggunanya maka di sinilah kebanyakan pelajar UTP bersosial. This also applies to pemain-pemain DOTA la kaan.

3) Kat UTP ni ade macam-macam event. Kalo bab event yang entertainment, sume orang berasak-asak nak join. Tapi kalo yang selain dari hiburan, tunggu 2 hari pun payah nak dapat peserta. Sedihkan? I tell you what, kat UTP ni, kalo ko masuk pape event yang tak ramai orang join, ko buleh jadi kayo! Selain fikir logik kebarangkalian, kalo ade rezeki, menanglah ko. Aku pernah masuk pertandingan buat slogan sempena kempen mengundi, aku hantar 4 slogan kot. Tup tup, aku menang 1st prize, dapat cash RM100 n hamper lagi tu! Seronok ah dapat duit free~

Dulu akak aku stadi kat UM. Kalo gi sane, aku suke tengok lobi kolej akak aku tu dihias ngan macam-macam. Kaleful, meriah pun ye jugak. Tapi bile tengok vilage2 kat UTP ni, alahai.. macam mana rupanya waktu dibina dulu, camtu jugakla sekarang. Bak kate Ustazah Mashitah fellow kami kat V5 ni, student UTP ni takde sense of belonging. Da dapat rumah best, takde perasaan nak mencantikkan rumah tu lagi. Ustazah Mashitah dulu presiden kat mahallah beliau dulu. Bile gune mahallah, tetau je la die ni ex-student UIA ye. Die cakap, UTP ngan UIA ni, lain sangat-sangat. Die sedih bile memikirkan die bukan ade kat UIA lagi. Die rindu zaman kegemilangan die kat UIA die dulu (ayat ni aku yang memandai tambah. Huhu)

Sebagai ahli SR kat V5 ni, aku rase bertanggungjawab untuk kembalikan semangat2 tu kat UTP ni, lebih2 lagi kat dalam V5 ni. Tapi aku agak buntu memikirkannye sebab kami yang dalam V5SR ni kekurangan tenaga. Ade bape orang je ahli. Pastu bile ade event, kami2 je la buat sume bende. Sedih. Kalo sume orang nak tau, Vilage 5 ni diduduki hampir 2000 student n Vilage 5 menempatkan populasi terbesar dalam UTP ni. N sepatutnye V5SR kenela dianggotai dengan nsibah yang bersesuaian la kan. Tapi, tidak! Kami dalam V5SR ni ade 13 orang je n sumenye pompuan! Laki yang paling ramai mendiami V5 ni, tapi takde sorang pon yang join kitorang! :(

Aku faham sangat2 bile ustazah cakap die rindu mahallah die dulu. Tapi nak wat cane kan ustazah, budak2 UTP takde semangat camtu. Semangat diorang kat bende lain :( Kepada penduduk V5, marilah kite jadikan V5 nu syurga kite, syurga sume orang kat UTP ni. Huhuhu~

3 commentaire:

Fieka said...

syesly aku rindu ko..tatau nak luahkan kat mane..kat blog ni je termmapu..='(

desprate-bwk-air-mango-pon-tumpah-kah3 said...

nak kawen jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkk

~farah~ said...

whaa..best nye~