Pages

Thursday, April 16, 2009

Lelaki Pertama dalam Hidup

Entry ni ditaip waktu cuti ritu. Takde mase nak mengepostnye. Tenet sini pun, alahai hebatnye. Bacalah..

----------------

Sedang berada di rumah, midsem break. Pada tarikh ini sepatutnya aku berada di UTP memandangkan pertandingan Robocon 2009 tinggal sebulan setengah lagi. Tapi aku tak kire, aku nak balik. Aku nak tengok keadaan abah. Abah dijangkiti kayap. Semenjak hari yang aku dapat tau Abah dijangkiti kayap, aku makin kerap telefon rumah, tanya khabar Abah. Jawapan abah tak berubah : Dah, takde pape dah. Dah kering da nii..

Ditambah pula dengan keadaan aku yang asyik ditimpa malang dalam masa 2 mingu ni, aku pilih untuk balik cuti midsem ni. Terubat sikit hati bile tengok famili. Masalah dapat dilupakan kejap. So, malam Jumaat tu bertolaklah aku ke JB naik bus ngan Zaza ngan Mimi ngan Fifa.

Aku tiba di rumah pukul 540 pagi, Sabtu. Abah masih belum bangun, so aku tido kejap menunggu abah bangun. Pukul 7, abah keluar dari bilik, aku pun salam n cium abah. Rindu. Pastu cepat2 aku mintak abah tunjukkan kesan kayap kat badan die. Abah pun tunjukkan aku kesan kayap tu. Aku rasa nak menangis waktu tu. Tengok kesan yang dah kering tu pun, aku da dapat bayangkan macam mane sakit yang abah tanggung. Kayap tu sempat merebak kat dada abah dengan 50% lingkaran lengkap. Sakit! Aku dapat rasa air mata aku nak gugur bila abah cakap abah tak tido semalaman sebab sakit. Pedih katanya. Tapi aku tak nak nangis. Tak nak buat drama pepagi tu. Lagipun kalo aku nangis makin banyak perkara yang die rahsiakan kalo die sakit. Pastu aku masuk bilik semule, lepaskan air mata yang da berempang lama kat mata. Aku benci kayap!

Aku nampak berbezaan abah cuti ni. Abah makin kurus. Abah jalan lambat. Abah banyak berbaring depan TV. Waktu makan, Abah menggigil pegang sudu garpu. Abah tak banyak cakap. Kebun comel yang Abah tanam nanas madu tu tak terjaga. Ada betik da masak belum dipetik. Abah tak macam tu sebelum ni. Asal cuti, bile anak2 die balik, mesti cepat2 die petik buah2 yang da masak. Aku sedih, kesihatan aAah da tak mengizinkan Abah buat benda2 tu lagi. Aku rindu dengar Abah sakat Dibah kat meja makan. Aku rindu dengar gelak besar Abah. Senyum Abah jugak :'(

22 Mac, Ahad . Hari ni Kak Nim balik KL. Esok da stat sekolah. Abah, Mak, Kak Ida, aku n Dibah sama2 hantar Kak Nim ke Larkin. Lepas Kak Nim naik bas, Mak, Kak Ida n Dibah pergi tempah baju nikah Kak Ida. Abah kata Abah nak makan mee soto so aku temankan die makan. Waktu temankan die makan, aku perhatikan je Abah makan. Sudu yang dipegang Abah bergoyang2. Barangkali tangan abah tak dapat grip sudu tu betul2. Tiba2 Abah cakap : Abah rindu Pak Usu..

***********

Ya, Pak Usu Noh. Pak Usu meninggal bulan lepas akibat sesak nafas. Pak Usu satu2nya adik abah dan umur mereka berbeza 3 tahun. Aku ingat lagi, hari tu hari Sabtu, 7 Februari n jam menunjukkan pukul 3 pagi. Aku baru balik dari Robolab. Sampai je kat bilik, Kak Ida call aku. Aku tahu mesti ade emergency sampaikan akak aku terpaksa call aku waktu2 camtu. Seperti yang dijangka, suara Kak Ida suram mengkhabarkan ketiadaan Pak Usu. Aku tergamam sebab aku tak pernah dengar kisah Pak Usu ditahan di wad atas sebab sakit teruk. Pastu telefon dipaskan kat Abah, n Abah pesan aku untuk doakan arwah. Abah menangis teresak-esak. Aku turut menangis, meminta Abah bersabar.

***********

Abah cakap lagi : "Abah suke sangat2 kalo Pak Usu datang rumah kite, bercerite itu ini. Suke sangat2. Abah suke dengar cerite die fly sane sini dengan anak2 die. Makan itu, makan ini. Sekarang Abah dah tak boleh dengar cite camtu lagi." Mata kami sama2 digenangi air. Abah sambung lagi. "Kalau dulu, bile Abah pergi Segamat, dapat jumpe die, Abah rase pergi ke sane tu complete sangat2, even tak dapat cakap pun. 100% complete. Tapi sekarang, mebi 50% je yang tinggal."

Air mataku gugur melihatkan seorang lelaki menyatakan perasaan rindunya terhadap seseorang yang bergelar adik. Abah turut menyatakan rindu pada adik perempuannya yang meninggal sewaktu masih kecik akibat perbuatan makhluk halus. Abah selalu juga bercerita ttg kisah adik perempuannya tu. Namanya Fadhilah. Ye, Abah menamakan aku selepas nama arwah makcikku itu.

Aku tak tau mana lagi nak dihamburkan pasaan sedih ni. Keadaan Abah sekarang betul2 wat aku rase nak duduk kat umah ni sampai bile2..

Fakta:

1) Muke Abah dan Pak Usu sebijik sangat. Aku percaya, satu hari nanti, bile anak2 Pak Usu rindu Pak Usu, diorang akan datang umah aku jumpe Abah..

2) Aku tak dapat balik Segamat untuk melihat Pak Usu wat kali terakhir sbb masalah transport.

3) Aku pelik kenapa aku menangis teresak2 jugak bile Pak Usu meninggal walopon aku TAK PERNAH ade kenangan manis ngan arwah. Bile difikir balik, aku rase muke Abah n Pak Usu yang seakan same wat aku jadi camtu.

4) Pak Usu meninggal on HIS 69th BIRTHDAY.

Sedekahkan Al-Fatihah buat Mohamed Noor Bin Yunos dan Fadhilah Bt Yunos. Semuga roh mereke dicucuri rahmat, diperluaskan kubur mereke. Kalo rajin, bacalah blog akak aku. Dapatkan kisah dari sudut berbeza~

http://hannirm.blogspot.com/2009/02/adik-abah-dah-tak-ada.html

1 commentaire:

mrs camillo said...

and kenape bile aku bace pun aku nanes jugok? :'(