Pages

Saturday, April 25, 2009

Deskmate da dapat title Puan

Alhamdulillah, ex-deskmate saye waktu skola dulu da selamat diijab kabul dengan pilihan hatinye, Encik Dolah. Saye merasekan sangat gembire di atas kegembiraan Meedi dan Dolah arini, walopon ati saye sedih sbb tak dpt menghadiri majlis akad nikah mereke sbb ade field trip la pulak kan. Teringat dulu zaman sekolah, Cik Meedi kite ni salu nangis sbb majuk ngan Encik Dolah kite ni. Kalo nampak mate Cik Meedi bengkak, saye taula ape sebabnye. Sekarang bende tu da tamat. Diorang akan jalani idup sebagai pasangan suami isteri, n dalam mase yang same tempuhi dugaan sebagai seorang pelajar =) And people, presenting, our hot couple ever....



Ameerah Diana Jasni
&
Abdullah Khairi Kamarul Zaman


=)


Cantik pengantin pempuan kite sowang ni =)



Pengantin laki pun same cantik. Ni aku tak tau la before or after akad.



Hohe. Ni la orang kate, tawa dalam tangisan =)



Meedi dapat bracelet, adiah dari suami die.. Hohee



Ni la antara hantaran Dolah untuk Meedi yang menjadi kegeraman membe2 aku kat sane tadi. Meedi, laptop ko tak ilang kan? Selamat kan? =D



Sesape yang teringin nak kawen tu, tengokla gamba ni salu2 heh. Leh jadi inspirasi korang ;)



Ecece. Adegan Kuch Kuch Meedi Dolah Hei berlaku lah pulee



Same2 kaki bola diorang ni ha. Ni nanti bile da dapat anak, minat diorang mesti bola or chess sbb bapaknye pnah jadi wakil Mesia utk chess ok =D (Fad is being futuristic. Haha)


Kawan2 20th Genaration SMAPL yang memeriahkan majlis. Wuu. Aku takde dalam gambar. Wuu. Ku Ku Sadis Heiii


Meedi, Dolah, aku dari 'jauh' mendoakan kebahagiaan korang berdua. Semoga dipermudahkan segala urusan bersama kelak =)

Saturday, April 18, 2009

UTP oh UTP...

UTP itu bersamaan dengan Universiti Teknologi Petronas, sebuah institusi pengajian tinggi yang terletak di Tronoh, tengah2 Perak. Perjalanan dari KL menaiki kenderaan beroda 4 yang besar (seperti bas atau treler) mengambil masa 3 jam (mungkin 5 jam untuk treler, bergantung pada muatan) manakala kenderaan beroda 4 yang kecil seperti kereta atau jip boleh mengambil masa kurang 3 jam untuk tiba ke UTP, bergantung pada kaki si pemandu samada suka atau tidak untuk menekan pedal minyak kuat-kuat.


Kompleks Canselor

UTP itu cantik. Pertama kali aku menjejakkan kaki di Kompleks Canselornya, masyaallah, besar betul bangunan itu. Sebelah dalam bangunan tersebut berdindingkan cermin lutsinar, menampakkan isi kandungan bangunan itu. Library nya, popular dengan panggilan IRC (Information Resource Center) boleh buat orang terpegun bile nampak rak buku tinggi melangit.

Maka tidak hairanlah UTP pernah dianugerahkan anugerah Aga Khan Award for Architecture (sila klik link ini untuk maklumat lanjut) pada tahun 2007.


Secara umumnya, UTP dibina berkonsepkan bentuk bintang yang mana setiap sisinya melambangkan keseimbangan jasmani rohani n bla bla bla aku pun tak tahu. Hmm. Keseimbangan jasmani rohani n bla bla bla? Bila sebut pasal keseimbangan bende-bende ni, aku tengok sekeliling aku, aku wat kesimpulan bahawa UTP belum mencapai misinya (kalo ditengok dari konsep bangunannye la kan).

Nape aku cakap camtu? Sebabnye adelah, barangkali budak-budak UTP ni ramai yang berotak terbaik punya. Buat calculus pejam mata. Buat eksperimen, pegang asid siap boleh buat breakdance lagi. Buat programming, buat coding sambil tidur. Tapi hakikatnye masih ada kelemahan mereka sebenarnya.

1) Mereka dihidangkan dengan kemudahan internet 24 jam. LAN, wireless, semua lengkap. Bila ada LAN, tak lengkap kalo takde DC++. Bila dah ada DC++, satu hari boleh tengok 5 muvi. Dalam masa 2 hari boleh habiskan 1 season Gossip Girl la, One Tree Hill la, Boys Over Flower la, n macam-macam lagi. Perkara ini menyebabkan pelajar UTP lebih selesa untuk duduk dalam bilik menonton muvi dan kurang bersosial.

2) Bila ada yang bersosial pulak, mereka bersosial di alam maya, hanya menggunakan laptop atau desktop sebagai medium perantara. Contohnya, DC++ turut menyediakan ruangan chatting untuk penggunanya maka di sinilah kebanyakan pelajar UTP bersosial. This also applies to pemain-pemain DOTA la kaan.

3) Kat UTP ni ade macam-macam event. Kalo bab event yang entertainment, sume orang berasak-asak nak join. Tapi kalo yang selain dari hiburan, tunggu 2 hari pun payah nak dapat peserta. Sedihkan? I tell you what, kat UTP ni, kalo ko masuk pape event yang tak ramai orang join, ko buleh jadi kayo! Selain fikir logik kebarangkalian, kalo ade rezeki, menanglah ko. Aku pernah masuk pertandingan buat slogan sempena kempen mengundi, aku hantar 4 slogan kot. Tup tup, aku menang 1st prize, dapat cash RM100 n hamper lagi tu! Seronok ah dapat duit free~

Dulu akak aku stadi kat UM. Kalo gi sane, aku suke tengok lobi kolej akak aku tu dihias ngan macam-macam. Kaleful, meriah pun ye jugak. Tapi bile tengok vilage2 kat UTP ni, alahai.. macam mana rupanya waktu dibina dulu, camtu jugakla sekarang. Bak kate Ustazah Mashitah fellow kami kat V5 ni, student UTP ni takde sense of belonging. Da dapat rumah best, takde perasaan nak mencantikkan rumah tu lagi. Ustazah Mashitah dulu presiden kat mahallah beliau dulu. Bile gune mahallah, tetau je la die ni ex-student UIA ye. Die cakap, UTP ngan UIA ni, lain sangat-sangat. Die sedih bile memikirkan die bukan ade kat UIA lagi. Die rindu zaman kegemilangan die kat UIA die dulu (ayat ni aku yang memandai tambah. Huhu)

Sebagai ahli SR kat V5 ni, aku rase bertanggungjawab untuk kembalikan semangat2 tu kat UTP ni, lebih2 lagi kat dalam V5 ni. Tapi aku agak buntu memikirkannye sebab kami yang dalam V5SR ni kekurangan tenaga. Ade bape orang je ahli. Pastu bile ade event, kami2 je la buat sume bende. Sedih. Kalo sume orang nak tau, Vilage 5 ni diduduki hampir 2000 student n Vilage 5 menempatkan populasi terbesar dalam UTP ni. N sepatutnye V5SR kenela dianggotai dengan nsibah yang bersesuaian la kan. Tapi, tidak! Kami dalam V5SR ni ade 13 orang je n sumenye pompuan! Laki yang paling ramai mendiami V5 ni, tapi takde sorang pon yang join kitorang! :(

Aku faham sangat2 bile ustazah cakap die rindu mahallah die dulu. Tapi nak wat cane kan ustazah, budak2 UTP takde semangat camtu. Semangat diorang kat bende lain :( Kepada penduduk V5, marilah kite jadikan V5 nu syurga kite, syurga sume orang kat UTP ni. Huhuhu~

Friday, April 17, 2009

Get Yourself a CyberSpeed

Internet bandwidth upgraded

Dear all,

Kindly be informed that the Internet bandwidth has been upgraded on 13th. April 2009 and it is running concurrently with existing 8Mbps leased line. This transition period will run for a month (13/4/2009 until 13/5/2009) until we satisfy with the performance. The 8Mbps bandwidth will be cut off and wireless services will be withdrawn in stages once the new bandwidth is stable. During this transition period, you may experience some improvement on the performance, fast response for internet browsing or even disturbances or interruption to the services due to fine tuning that will be carried out from time to time. Hence, we are expecting your feedbacks on any matters related to this exercise before we could firm up on the rules, guides or policy based on the pattern and requirements of the utilization.

Kindly forward your feedback to our helpdesk at ext 8888 or email to helpdesk utp_ithelpdesk@petronas.com.my

Your cooperation is very much appreciated.

Thanks

ITMS Department.


***********************

Dear ITMS Department,

I gladly report that I now can update my blog regularly with fast response during publishing my new entries. You really make me feel like being in a TECHNOLOGY institute with the performance of the current bandwidth. And I feel amazed when my search engine got me the information that I seek for within seconds. It is hoped that you will keep cheering us up with this kind of fun blended with high-technology. Thank you.

P/S : I love you


Fado


Thursday, April 16, 2009

Lelaki Pertama dalam Hidup

Entry ni ditaip waktu cuti ritu. Takde mase nak mengepostnye. Tenet sini pun, alahai hebatnye. Bacalah..

----------------

Sedang berada di rumah, midsem break. Pada tarikh ini sepatutnya aku berada di UTP memandangkan pertandingan Robocon 2009 tinggal sebulan setengah lagi. Tapi aku tak kire, aku nak balik. Aku nak tengok keadaan abah. Abah dijangkiti kayap. Semenjak hari yang aku dapat tau Abah dijangkiti kayap, aku makin kerap telefon rumah, tanya khabar Abah. Jawapan abah tak berubah : Dah, takde pape dah. Dah kering da nii..

Ditambah pula dengan keadaan aku yang asyik ditimpa malang dalam masa 2 mingu ni, aku pilih untuk balik cuti midsem ni. Terubat sikit hati bile tengok famili. Masalah dapat dilupakan kejap. So, malam Jumaat tu bertolaklah aku ke JB naik bus ngan Zaza ngan Mimi ngan Fifa.

Aku tiba di rumah pukul 540 pagi, Sabtu. Abah masih belum bangun, so aku tido kejap menunggu abah bangun. Pukul 7, abah keluar dari bilik, aku pun salam n cium abah. Rindu. Pastu cepat2 aku mintak abah tunjukkan kesan kayap kat badan die. Abah pun tunjukkan aku kesan kayap tu. Aku rasa nak menangis waktu tu. Tengok kesan yang dah kering tu pun, aku da dapat bayangkan macam mane sakit yang abah tanggung. Kayap tu sempat merebak kat dada abah dengan 50% lingkaran lengkap. Sakit! Aku dapat rasa air mata aku nak gugur bila abah cakap abah tak tido semalaman sebab sakit. Pedih katanya. Tapi aku tak nak nangis. Tak nak buat drama pepagi tu. Lagipun kalo aku nangis makin banyak perkara yang die rahsiakan kalo die sakit. Pastu aku masuk bilik semule, lepaskan air mata yang da berempang lama kat mata. Aku benci kayap!

Aku nampak berbezaan abah cuti ni. Abah makin kurus. Abah jalan lambat. Abah banyak berbaring depan TV. Waktu makan, Abah menggigil pegang sudu garpu. Abah tak banyak cakap. Kebun comel yang Abah tanam nanas madu tu tak terjaga. Ada betik da masak belum dipetik. Abah tak macam tu sebelum ni. Asal cuti, bile anak2 die balik, mesti cepat2 die petik buah2 yang da masak. Aku sedih, kesihatan aAah da tak mengizinkan Abah buat benda2 tu lagi. Aku rindu dengar Abah sakat Dibah kat meja makan. Aku rindu dengar gelak besar Abah. Senyum Abah jugak :'(

22 Mac, Ahad . Hari ni Kak Nim balik KL. Esok da stat sekolah. Abah, Mak, Kak Ida, aku n Dibah sama2 hantar Kak Nim ke Larkin. Lepas Kak Nim naik bas, Mak, Kak Ida n Dibah pergi tempah baju nikah Kak Ida. Abah kata Abah nak makan mee soto so aku temankan die makan. Waktu temankan die makan, aku perhatikan je Abah makan. Sudu yang dipegang Abah bergoyang2. Barangkali tangan abah tak dapat grip sudu tu betul2. Tiba2 Abah cakap : Abah rindu Pak Usu..

***********

Ya, Pak Usu Noh. Pak Usu meninggal bulan lepas akibat sesak nafas. Pak Usu satu2nya adik abah dan umur mereka berbeza 3 tahun. Aku ingat lagi, hari tu hari Sabtu, 7 Februari n jam menunjukkan pukul 3 pagi. Aku baru balik dari Robolab. Sampai je kat bilik, Kak Ida call aku. Aku tahu mesti ade emergency sampaikan akak aku terpaksa call aku waktu2 camtu. Seperti yang dijangka, suara Kak Ida suram mengkhabarkan ketiadaan Pak Usu. Aku tergamam sebab aku tak pernah dengar kisah Pak Usu ditahan di wad atas sebab sakit teruk. Pastu telefon dipaskan kat Abah, n Abah pesan aku untuk doakan arwah. Abah menangis teresak-esak. Aku turut menangis, meminta Abah bersabar.

***********

Abah cakap lagi : "Abah suke sangat2 kalo Pak Usu datang rumah kite, bercerite itu ini. Suke sangat2. Abah suke dengar cerite die fly sane sini dengan anak2 die. Makan itu, makan ini. Sekarang Abah dah tak boleh dengar cite camtu lagi." Mata kami sama2 digenangi air. Abah sambung lagi. "Kalau dulu, bile Abah pergi Segamat, dapat jumpe die, Abah rase pergi ke sane tu complete sangat2, even tak dapat cakap pun. 100% complete. Tapi sekarang, mebi 50% je yang tinggal."

Air mataku gugur melihatkan seorang lelaki menyatakan perasaan rindunya terhadap seseorang yang bergelar adik. Abah turut menyatakan rindu pada adik perempuannya yang meninggal sewaktu masih kecik akibat perbuatan makhluk halus. Abah selalu juga bercerita ttg kisah adik perempuannya tu. Namanya Fadhilah. Ye, Abah menamakan aku selepas nama arwah makcikku itu.

Aku tak tau mana lagi nak dihamburkan pasaan sedih ni. Keadaan Abah sekarang betul2 wat aku rase nak duduk kat umah ni sampai bile2..

Fakta:

1) Muke Abah dan Pak Usu sebijik sangat. Aku percaya, satu hari nanti, bile anak2 Pak Usu rindu Pak Usu, diorang akan datang umah aku jumpe Abah..

2) Aku tak dapat balik Segamat untuk melihat Pak Usu wat kali terakhir sbb masalah transport.

3) Aku pelik kenapa aku menangis teresak2 jugak bile Pak Usu meninggal walopon aku TAK PERNAH ade kenangan manis ngan arwah. Bile difikir balik, aku rase muke Abah n Pak Usu yang seakan same wat aku jadi camtu.

4) Pak Usu meninggal on HIS 69th BIRTHDAY.

Sedekahkan Al-Fatihah buat Mohamed Noor Bin Yunos dan Fadhilah Bt Yunos. Semuga roh mereke dicucuri rahmat, diperluaskan kubur mereke. Kalo rajin, bacalah blog akak aku. Dapatkan kisah dari sudut berbeza~

http://hannirm.blogspot.com/2009/02/adik-abah-dah-tak-ada.html

Friday, April 03, 2009

Things Done and Untold

Bunyi entry ni macam rahsie ape je kan. Tapi aku just nak cite bende2 yang aku terlepas nak cerite dalam blog ni. Korang paham2 je la kan, intenet kat UTP ni makin lame makin bangang. Haih~


HSE ALERT

Aku, Dian si Rumet, Syima and Zaza masuk pertandingan wat blog ritu, bersempene dengan Health, Safety and Environment Week. Diorang join pertandingan ni sebenarnye untuk dapatkan coursework mark untuk subjek HSE. Memandangkan aku da amek subjek ni sem lepas, so reason aku masuk pertandingan ni hanyelah untuk mengisi masa lapang. Tapi, muehehe. Muehehe. Kitorang tak sangke la plak kitorang menang 2nd prize. Dapatla 50 hinggit wat beli eskrem. Tapi kitorang tak beli eskrem, kitorang combine duit ngan team yang menang 3rd prize, yaitu membe dari kos kitorang jugak, gi makan Pizza Hut kat bandar koboi yang 'up' sikit berbanding Tronoh, yaitu Batu Gajah.. Kalo rajin, silelah lawat blog kitorang ni : http://wecreatedisaster.blogspot.com/

Kalo da tengok blog tu, toksahlah korang nak komen lelebih plak ek. Simpan dalam ati sudey~

Ni tym amek adiah ngan sijil =)


Ni pulak tym memerut kat Pizza Hut ngan duit kejayaan =)


WALLET HILANG

It's hard to explain in blog, tapi senang nak cite kat tempat dalam gambar ni~

Balai polis~


SESI BERAMEK GAMBA DALAM LAB

Ni la budak2 yang boleh mengakibatkan kecelakaan dan musibah dalam lab~

Korang nak tau tak, aku rase aku da tak reti nak bercerite pape dalam blog ni aa. Ni sume gare2 intenet UTP yang macam harem, yang buat nafsu dan keghairahan aku kat blog terbantut cam tu je. Ni la akibatnye. Cite pon ntah pape je. Hish