Pages

Tuesday, September 29, 2009

Ape pasaan anda kalo anda malu dengan lecturer?

Tajuk tu, kisah die kat ujung entri ni.

Sejak balik UTP gile awal Jumaat ritu, tiap hari aku bukak blog, tertengok2 kat tiap sudut blog aku, cari ilham untuk mengisi kelompongan blog ini. Tapi gagal. Aku tengok labels aku. Nak report pasal ape ni?

Robocon? Ah. Dah muak lah. Tiap kali entri pasal Robocon aku kene cakap ayat ni : 'cuti aku pendek kali ni. Kene buat robot.' Dulu2 cakap ayat ni macam best. Sebab bajet komited gile la dengan kelab tu. Tapi lelame naik muak juge. Rase kalo sebut je pekataan R tu, sume isi perut bergoncang sakan, berebut nak keluar, tapi tak terkuar2. Tersekat kat tekak. Ko leh bayangkan tak? Haa tu lah yang aku rase.


Seronok je tengok labu ni muntah. Nak jugak! Da mual sangat dah ni!


Nak cite pasal raya? Haih. Jauh panggang dari punggung. Raya kali ni tak best. Kak Ida balik kampung laki die. Kat Kluang je pun, 2jam dari umah, kot. Tapi tetap terase bile die tak beraya ngan kitorang. Uhuk2. 20 tahun aku beraya dengan die, tak penah miss sekali. Tapi sekali takde, zuuup terase kat jantung. Uhuk2. Kak Na pun balik kampung laki die jugak. Nuuun Kelantan sane. So sunyilah raya kali ni sebab takde kanak2 ribena 3 orang tu. Rindulah kat diorang.. Uhuk2.


Ni Aliff waktu nak dapat duit raya dari Auntie Ida die. Sengih sakan! Comel!

Nak cite pasal ape lagi? Oih, raya aritu dapat jugak beraya rumah Fitri (akak2 sibuk beraya ngan famili laki masing2 aku nak jugakkk. Gatal!) Pastu gi beraya kat BP Mall perabis duit die (perabis la sangat). Heh, die da janji nak blanje kasut raya, so ape lagi! Janji mesti ditunaikan! Tapi tak beli heels pun. Beli kasut tutup comel kale putih je, sebab bagi aku raya da nak abes so tak berbaloi beli heels. Jadi lah tu. Mekaseh sayang. Boleh pakai salu2 =)

Pastu die kepingin nak makan KFC, aku pon blanjelah die makan KFC. Aku suke sangat meggemokkan die kan. Hu. Suke manje2kan die.


Hah ni muke orang yang happy bile dibelanje makanan. Tapi ni baru sikit.. Takleh lawan ade skali tu, tym Ramadhan yang baru lepas. Aku balik KL, n ade sehari bukak pose ngan die ngan akak die. Banyak jugak die makan tym tu. Ngan nasi die, ngan ayam quarter die, ngan air jumbo die, haih. Pastu, balik tu, uma akak aku ade orang datang pulak. Juadah biase dan ekspres kat umah tu, Domino's pizza lah. Nak dijadikan cite, disebabkan salah paham, abang ipa aku terorder 2 large piza, akak aku pun terbeli 2 regular piza. Haa melambak2 lah pule. Make akak aku kate, 1 regular piza bagi Fitri. Oklah, aku pun bagi. Dan keesokan sahurnye, macam bese, aku call Fitri. Nak make sure die bangun.

Aku : Hi syg, da bangun?
Fitri : Da.. (kedengaran bunyi TV berkumandang. Itu bermakne die da lame bangun)
Aku : Da makan piza? Kak Yaya makan sekali tak?
Fitri : Kak Yaya belum balik keje, syg makan sorang piza tu. Senak gile perut.

Gulp! Piza itu die makan sorang! Ya Tuhan! Ampunkan die sebab die da dera perut die! Wuuu. Huh. Tapi tu la Fitri. Kuat makan. Dulu konon frust menonggeng dengan ex, die kuruskan badan. Memang menjadi. Tapi lepas dapat awek baru, camni plak jadinye! Memang nak patut!

Ni awal tahun 2006. Rangka badan tu lebih kurang je ngan aku ha. Tapi sekarang, double twister! Tapi takpela. Saye sayang die lagi banyak dari saiz perut die. So, makin besar perut die, makin banyak saye sayang die! Dan, makin banyak saye sayang die, betambah2 besar perut die! Kan kan?

Ok tutop cite gemuk2!

Ade cite panas! Panass!

Aku cuakk! Cuak! Meremang bulu sana sini!

Tadi aku sekali lagi, bukak blog yang tak diupdate tu. Dari 1 komen je, komen untuk entri Lecturerku Menambah Kegirangan Hari Rayaku bertambah kepada 2! Siapakah gerangan yang bagi komen itu?



DRV! Beliau kah kah kah? Seram sejuk dibuatnya. Aku pun tengok feedjit stat aku.


Waaa! Betoool ade orang jumpe blog aku dari google search dengan keyword NAMA ITU! Ya Tuhan! Berilah aku kekuatan! Aku tahu aku tak bersalah! Tapi malulah jugak kantoi dengan lecturer! Korang bacela entri tu baru korang tau camne pasaan aku waaaaa. Camne nak masuk kelas beliao pasni :(

Wednesday, September 16, 2009

Lecturerku Menambah Kegirangan Hari Rayaku

Hari : Seperti yang terteratera di atas.

Waktu : Lebih kurang pukul 3 petang datuk harimau.

Situasi : Baru selesai kelas ganti Computational Methods (subjek yang sebenarnya mudah tapi kamu kamu akan benci jalan kiranya). Rakan-rakan berarak keluar meninggalkan kelas. Aku terkulat-kulat melepaskan diri melalui celahan kerusi menuju Dr Vijanth di hadapan kelas.

Alasan berjumpa : Aku mahu minta beliau untuk membenarkan aku jawab kuiz awal sikit. Esok kuiz 5.15 petang smpi 6.00 petang. Tapi tiket tren aku pukul 6.15. Mana sempat!

Aku : Sir, can I do my quiz earlier tomorrow? I..

(Belum sempat aku menghabiskan ayat aku, dia menjawab dengan laju)

Dr Vijanth : Oh, you can do it after raya. Coz there's someone else from this class couldn't make it tomorrow. Ada orang yang nak jumpa MB lah, itu lah, ini lah, so, susah2, kita buat lepas raya lah.

*Aku mencebik muka untuk mencukupi syarat2 dan kriteria2 seorang pelajar yang cemerlang yang keciwa kuiznya dilambatkan*

Aku : Oh, really? Ini bermakna saya boleh marathon prison break 3rd season malam ini kah? Atau saya boleh tidur awal untuk mendapatkan momentum kuat sempena kepulangan cuti raya esok? Atau saya boleh packing barang sebanyak yang boleh? Mana satu Dr Vijanthhhhh? Mana satu????

Dr Vijanth : Ya lah, kite buat da nak dekat test 2 nanti. So, advantage lah untuk u all yang buat lambat ni nanti.

Aku : Hehehehehehehehehe dalam hati gelak dajal. O eh. Ok la then. Tenkiuk sir.


Dan aku pulang tersengih2 keseorangan sebab bebanan besar sudah lupus! Harharharhar!

Saturday, September 12, 2009

Ini Post Yang Mengaibkan Saya

Tapi, lantaklah. Saya mahu bercerita.

Hari ini saya dan rakan-rakan seperjuangan meraikan Ramadhan ke-21 di Hotel Syuen, Ipoh. Semua berpakat memakai baju raya dan saya tidak berkecuali. Majlis Raja-raja Melayu sahaja yang berkecuali. Kami suka bermakan-makan buffet di Ipoh kerana kadarnya yang murah. Kat mana lagi anda nak dapat makan buffet Ramadhan RM20? Ya atau tidak?

Kami yang beraya 10 hari awal. Memang saiton.

Saya bawak kamera. Saya mengambil gambar dan gambar saya turut diambil. Tapi saya malu. Gambar saya waktu makan, nauzubillah. Macam kera dapat bunga.

Waktu ni saya memang sedang mengunyah kek besar dan sengaja nak buat muka mcm ni. Konon nak rosakkan gamba orang lain yg berposing sakan. Nah amek kau. Memang buruk.

Kemudian saya malu. Cuba untuk kunyah cepat2. Boleh amek gamba lawa2. Tapi, belum sempat habis kunyah, kawan saya snap lagi.

Nasib baik sempat tutup mulut.

Kemuadian saya kata. "Ok, aku control sikit". Lalu saya bahagikan kek hancur dalam mulut tu kepada dua. Separuh saya simpan di pipi kiri, lagi separuh saya simpan di pipi kanan.

Ini pula jadinya.

-------------------------------------


Letak gamba fevret tym makan je lah.




Perihal gamba :

Tempat : D'aman Ria, Ara Damansara.
Masa : 2009
Alasan gamba buruk : Mahu berbuat dajal pada sorang membe yang tak balik sempena ujung minggu. Lepas amek gamba ni, aku MMS kan pada si kawan itu. Kawan itu suka makan piza. Kawan yang jeles itu reply : kua ja sey! (bermakna kurang ajar shit!)







Perihal gamba :

Tempat : Old Town Cafe, Jalan Yap Kwan Seng.
Masa : 29 November 2008. Masih segar di ingatan.
Alasan gamba cacat : Tak pernah disuap orang dengan kek birthday. So tak tahu angle mana yang patut aku pusingkan muka. Tapi aku rasa ok lah. Natural beauty.



---------------------------------------


Salam sayang dari kami yang terkinja ninja mahu beraya.

Saturday, September 05, 2009

She's healing

Semenjak dua menjak ni, dia happy.

Tak macam dulu, dia salu berduka lara.

Kalau tengok blog dia dulu, sume entry merisaukan.

Tiap antry ada air mata.

Dia lemah sangat dulu.

Tapi aku happy, sekarang dia da sembuh.

Aku yakin.

Dia da semakin sembuh.

Tak perlu lagi dia sasau mencari orang untuk memujuknya.

Kami jauh, aku pernah rasa gagal memujuknya dulu.


Sesungguhnya, aku benci durjana itu.

Dia buat aku menangis juga.

Engkau bahagia sekarang wahai durjana?

Lumutku sedang berbahagia sekarang, nyah engkau dari hidupnya.

Jangan berani kau melangkah masuk dalam hidupnya!

P/S : Entry ni berlagu happy tapi disulami perasaan benci menggunung. Lumut, aku sayang kau. Jagalah diri di sana. Kau pulang, aku bawa kau jalan2 sebab esok aku stat amek lesennnnnn!!!!! Yeeehhaaaaa!

Wednesday, September 02, 2009

Hati meronta2 bagai nak rak tolong selamatkan aku seret aku jauh jauh dari sini

Dah lame aku nak menulis tapi tak tertulis2 sebab bende2 yang menekan jiwa raga dan perasaan aku cepat ilang. Contohnye, aku sangat geram dengan Insiden A lalu berniat nak mengadu dalam blog. Tapi disebabkan takde laptop depan mate, tak dapatlah aku menulis. Bile tak dapat menulis, perasaan itu pun hanyut dibuai angin petang pergi Afrika.

Dah alang2 dapat menulis ni, bia aku cite. Hari tu geram sebab robolab selerak gaban kalau kau tengok rase nak kirai2kan lagi barang2 yang bersepah tu. Aku rase sejak habis Robocon 2009 bulan 5 hari tu, lab tu tak pernah dibersihkan. Dengah habuk merata, penukul atas meje, gergaji bawah meje, apit G belakang meje, pengikir celah meje, skru merata, bolt celah kangkang, camne nak wat kiej dengan tenang? Haiyo. So aku sangatlah merindui saat2 mengemas lab tu bersame kawan2 sejantina yang lain, Tapi dulu, kawan2 lain jantina pun tolong kemas lab jugak. Sekarang, haiyaa. Nak menangis lah tengok lab tu. So sekarang kalau aku masuk lab, aku totop mate tak mahu jadi saksi lab yang bersarang itu.

Kemudian, aku sekarang amatlah bizi gaban. Macam2 bende datang tayang muka dalam idup aku sekarang. Tolonglah, bukan kegemaran aku pun menyibukkan diri dengan bende lain selain studies. Hampir 2 tahun berhimpit dengan V5SR (aku ahli komiti dekat kolej kediaman di sini) dan setahun lebih berkepit dengan robot2, aku rase rindu gaban nak ade waktu terluang yang mane aku boleh plan macam2 untuk diri aku. Aku rindu nak membazir masa. Haa sungguh! Tu yang aku rasa sekarang. Kau tanyalah aku muvi ape yang best, sumpah aku tak tau.

Sekarang aku kene handle majlis Iftar dekat kolej aku ni. Disebabkan kerje berseorangan, aku takde semangat dan tak dapat segerakan sume keje yang berkaitan dengan event tu. Dan akibatnya, event tu kene tangguh seminggu. Oh, aku sangat takde semangat untuk sume bende sem ni. Ape yang aku nak hanyalah mengejar CGPA aku yang merisaukan sekarang. Dah nak intern, tapi sumenye masih kabur. Oh Faddd! Bangun! Tapi aku mahu duduk di meja stadi aku ni tanpa memikirkan hal lain! ADAKAH ITU BOLEH DICAPAI SEKARANG?

Dan bile aku mengadu dekat boyfren yang aku letih, penat, lelah, lebah, dan terkangkang2 mengerjakan sume ni, kadang2 die sapotif. Tapi ni tadi die tepon, tanye aku buat ape, aku cakap aku sedang meluahkan pasaan dekat blog, aku pulak yang dimarahnye.

"Dah tau sibuk, boleh pulak menulis blog. Pergilah buat keje lain yang lagi penting"


Oh boyfren, tahukah kau bahwa menulis kat blog tu boleh bagi satu perasaan yang kau sendiri tak boleh bagi? Ya aku tahu aku ada tugasan lain tapi aku mahu masa ini aku spend untuk diri aku, buat benda2 yang orang normal buat di petang2 gini setelah habis kelas. Suka hati kau lah boyfren, panggillah aku keras kepala. Tapi nanti2 kau juga yg kata kau sayang aku. Aku pun camtu. Tapi sekarang sedang sangat panas panas panas dan panas takde mase nak mengapi2kan keadaan.

Telah kuaturkan agendaku malam ni. Ni hasilnye:

10.00pm : Miting Program Amal Kasih Ramadhan dekat V2
11.00pm : Miting V5SR dekat miting room V5. Mahu jumpa budak2 yang kami baru recruit.
Selepas itu : pergi robolab buat robot. Mungkin sampai 3pagi? Oh perempuan..


(jadual ini diatur dengan mengabaikan miting sambutan Deepavali itu. Pehal? AKU multiracial ok)

Korang boleh panggil aku penggagal tegar tapi aku tak mahu gagal! Aku kuat dan aku mampu! Biarlah boyfren tak faham camne pasaan menulis blog time2 camni tapi ape yang penting, aku takkan gugur di medan perjuangan ni! Malam ni aku nak pergi terawih setelah berkurun lama aku tinggalkannya biar jadi petanda aku bukan seorang penggagal! Mesti!

Mulakan kerja dari sekarang Fadooo! Maju setapak untuk negara!