Pages

Monday, December 22, 2008

Entahlah..

Nota untuk pembaca: Post kali ini merupakan hasil tulisan Cik Ayu Amiza. Hayatilah hakikat pemimpin dunia zaman sekarang..



Bila kau mula diberi mandat oleh Sultan Aleppo, Al-Malik Nuruddin untuk memerintah Mesir yang pada ketika itu di bawah kerajaan Syiah yang tidak bernaung di bawah khalifah, kau rasa sukar dan berat. Seolah-olah kau ke sana bagai orang yang diseret ke tempat pembunuhan. Kerana kau faham tanggungjawab pemimpin itu susah. Tak mungkin terlaksana jika tidak bersungguh. Kau berubah ke arah hidup yang makin keras, dunia dan kesenangan lenyap dari mata,wara’ makin menggunung.

Tapi kau tahu Salahuddin?
Pemimpin kami sekarang bukan begitu. jawatan itu direbut-rebut. Sampai untuk satu kedudukan, antara sahabat saling mencantas. Lepas dapat jawatan hidup makin senang. Kroni dapat tanah berbidang-bidang. kalau dulu solat sekarang seakan tak sempat sebab nak pergi mesyuarat. perempuan pula lain cerita.Dulu bertudung kini berjambul. Entahlah.
Salahuddin,
Fikiran kau sentiasa mengenang jihad. Tajuk itu selalu jadi topik kegemaran kau. Seluruh tenaga dan hidup kau dicurah dengan melatih bala tentera ala Spartan dan meneroka segenap penjuru mencari mujahid dan mengumpul senjata untuk berjihad.kau wira ketika perang Hittin. Kau hero ketika Perang Salib. Memacu kuda dari satu hujung ke hujung yang satu lagi meniup semangat tentera-tenteramu. Dan kau gagah menumpaskan sekutu Fredrick Barbosa raja Jerman, Richard The Lion Raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders.

Tapi kau tahu Salahuddin?
Kini jihad isu sensitive.mujahidin sinonim dengan pengganas. Pemimpin kami mungkin sumbat kami dalam penjara jika berani bicara soal jihad. Pemimpin kami jelajah pelosok Negara cari bintang-bintang berbakat. Kalau kau latih anak-anak lelaki dari kecil untuk pegang senjata, pemimpin kami didik anak pegang pembesar suara. Bintang kecil, tom tom bak, mekap cantik-cantik buat persembahan supaya semua ternganga. entahlah.


Salahuddin,
Ketika perang Arsuf kau satukan tentera dari Morsil, Iraq dengan tentera dari Mesir, Mesopotamia , Syria, Kurds , Turksman dan tanah Arab. Walau mereka berbeza kaum, tapi mereka bersatu di jalan Allah. Kau satukan dengan syura.

Tapi kau tahu Salahuddin?
Dunia islam sekarang kacau bilau. Perpecahan berlaku di mana-mana. Sesama bangsa pun sanggup bercakaran. Tapi pemimpin kami buat syura juga. Siap ada organisasi Negara Islam(OIC) lagi. Tapi nasib palestin masih begitu. kemelaratan Negara-negara Islam seolah-olah tiada penyelesaiannya.Entahlah.

Salahuddin,
Kau wafat dengan meninggalkan harta hanya sebanyak satu dinar dan 47 dirham. Hatta, untuk menanggung kos pengkebumianmu pon tidak cukup. Kain kafanmu pun turut ditanggung oleh salah seorang menterimu. Tiada villa, lot-lot tanah, syer di hotel-hotel atau syarikat gergasi. Prinsip hidupmu cukup mudah, bagimu, wang dan debu tiada beza.




Salahuddin,
Kau ingin sekali ke tanah suci tapi tak kesampaian. Bagimu, apa yang lebih wajib pada ketika itu adalah menyelesaikan keruncingan masalah ummat. Misi utamamu, yakni membebaskan Palestin tercapai pada hari Jumaat 27 rejab 583 H telah tercapai dengan izin Tuhan. Seluruh Muslim merayakan kemenangan itu. Laungan Allahuakbar memenuhi segenap angkasa, semua hidupan bertasbih memuji Sang pencipta. Selepas 90 tahun, sembahyang Jumaat telah didirikan semula di sini. Masya allah..

Kau tahu Salahudin,
Selepas kau bertemu dengan Tuhanmu pada hari rabu, 27 safar 589 H pada usia 57 tahun, kau disemadikan di Damsyik. Pada 1917, perdana Menteri Britain telah mengumumkan perang salib telah berakhir selepas berjaya merampas semula Palestin. Makammu telah diziarah oleh jeneral Perancis bernama Goro. Dengan biadap, dia sepak makammu dan berkata ‘Bangunlah wahai Salahuddin, kami telah tiba!’. Sungguh, dan kian hari agama kita semakin diperkotak-katikkan. Selepas satu-satu kejatuhan dan sehinggalah pada 1924, Mustafa Kamal Attartuk dengan rasminya mengumumkan kejatuhan khilafah. Dan bermula dari detik itu, imam kepada ummah telah tiada. entahlah.

sampai bila aku dan penonton lain akan terus-terus mengucapkan entahlah?

Now…
If we don't change society
Then we are part of the cause
on the Day of Judgment
We are going to stand
in front of Allah
There will be no excuses
For being useless


rujukan : saviors of Islamic Spirit (abul Hassan Ali NAdwai)
:1924 (soldiers of Allah)

3 commentaire:

Mrs Camillo said...

bile na update fado?

Fieka said...

love the surat...sweettt....

Anonymous said...

hoi kamu sile link kan belog daku