Pages

Friday, March 07, 2008

Saya Calon PUNDAK

P161 Pulai

Terima kasih diucapkan buat YB Pazuzu tersayang yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi calon PUNDAK. Terima kasih juga sebab lambat meluluskan permohonan saya (semangat nak berkempen dah pudar dan hilang warnanya). Walaubagaimanapun, kesedaran sebagai seorang calon pilihanraya telah meniupkan angin semangat 46 kepada saya untuk terus berkempen (walaupun masa untuk rakyat keluar mengundi tinggal beberapa jam sahaja lagi). Hai YB Pazuzu, aku da takde semangat nak berucap ni..

Tuan puan sekalian,
(menangis)
Saya sebenarnya terharu melihat sambutan tuan puan pada majlis ini, semata-mata untuk mendengar ucapan saya, dalam hujan renyai bertemankan bulan mengambang bersisikan hantu-hantu pilihanraya.
(aku hantu tu, diorang tak tau pun)

Tuan puan sekalian,
(berhenti menangis, buat muka gagah)
Undilah saya sebagai wakil anda, ternyata banyak manafaat yang bakal anda peroleh. Antaranya :
1) Ikan dan riang-riang dijual secara percuma.
2) Duyung akan disediakan sebagai santapan pagi dan malam buat si teruna.
3) Minyak gamat akan dilelong secara percuma dari rumah ke rumah(untuk kegunaan luar shj.)
Banyak bukan manafaatnya?
So, apa lagi yang dinantikan? UNDI SAYAAAAA!!!!!
(menjerit tetibe. Penduduk kampung lari)



(berjalan ke belakang pentas. Mencari SETIAusaha)
Ikan : Weh, berapa ratus ko bayar diorang tu sume? Nape aku baru jerit sikit diorang da lari?
SETIAusaha : 50sen, bos.
(klupp!! Ikan mengetuk pale SETIAusaha dengan muka bengis. Mendengus. Hisss)
Ikan : Kan aku da cakap, upah diorang 5ohinggit!
SETIAusaha : Haa, tu. Tu bos cakap bagi DIORANG 50hinggit. Saye cari la 100 orang, bagi diorang 50sen sorang. Saye salah kire ke bos?
Ikan : ............ (keciewa dengan SETIAusaha yang telah diketahuinya sejak awal lemah dalam KOMUNIKASI, bukan MATEMATIK)





(duduk keseorangan di pentas)
Malam oh malam, aku tak heran kalau aku kalah undi esok..

0 commentaire: