Pages

Friday, March 21, 2008

Kekasih Lama Baruku


Ya, ini beliau. Kekasih lama dan baruku. Maaf kepada rakan-rakan sebab merahsiakan hal ini daripada kalian semua. Bukan apa, aku bimbang kalian semua tergoda dengan kekacakannya, nanti aku pula yang terlepas! Siapa dia ni?Klik di sini untuk melihat profil beliau.

Gambar itu aku rasa sudah memadai untuk menyingkap identiti sebenar lelaki itu. Betul tak? Apa? Gambar tu besar sangat? Oh, maaflah. Saiz gambar itu melambangkan rasa kasih aku terhadap beliau. Perbezaan rupa dan wajah dalam gambar tersebut hanyalah kesan teknik perisian Adobeh Photokedai milikku. (Perisian khas ini membolehkan anda mengedit gambar tanpa menekan sebarang button di komputer anda.)

Kekasihku tinggalkan aku keseorangan di Malaya ketika Malaya baru mencapai kemerdekaan untuk menuntut ilmu. Beliau sebelum itu menuntut di Maktab Sultan Abu Bakar yang juga dikenali sebagai English College. Beliau meninggalkan ibunya, seorang kakak dan seorang adik lelaki di kampung halamannya, Muar. Berpisah dengan keluarga bukanlah satu masalah yang besar bagi beliau kerana beliau memang dididik supaya berdikari sejak kecil. Kekasihku itu TIDAK PERNAH menceritakan kepadaku tentang zaman kanak-kanaknya. Bila ditanya mengapa, jawapannya mudah; kisah zaman kanak-kanaknya tidak menarik. Ibunya tegas. Maklumlah, tugas sebagai seorang guru turut mempengarahi gaya asuhannya di rumah. Bapanya yang merupakan seorang kerani polis, meninggal dunia dalam sebuah kemalangan ketika pulang dari kerja. Kejadian berlaku ketika adik lelaki kekasihku itu masih kecil. Kasihan..

Kembali kepada kisah kita..
Barangkali kekasihku ini terlalu mantap fikirannya, beliau ditawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran di University of London. Mesti beliau seronok kan? Ya lah, bukan senang nak dapat peluang belajar di negeri orang. Lagi-lagi zaman beliau dulu zaman dinosaur belum pupus. Telur dinosaur pun masih ada yang belum sempat menetas! Tapi, aku rasa sebab dinosaur masih ada lah beliau nak melarikan diri jauh-jauh meninggalkan aku. Ish3. Memang tak patut!

Sebenarnya, berat hatiku untuk melepaskan beliau pergi jauh-jauh. Bimbang aku rindu, siapa yang nak ubat? Bimbang aku sakit, siapa yang nak risaukan aku? Tapi, demi masa depannya, kutabahkan jua hati ini. Merelakan......





Dan disebabkan risau akan keadaannya di sana, aku hantar seorang spy untuk mengintip pergerakannya di sana. Gambar ni amat-amat membuktikan yang beliau lupakan aku!


Langsung tak pandang orang! Sampai hati beliau! =(




Ini! Pergi Colloseum entah ingat aku entah tidak! Entah ada ole-ole untukku entah tidak! =(



Dan..

Gambar di bawah ini betul-betul merobek hatiku. Tiada siapa yang tahu...




Beliau seronok berteman baru di sana! =(



Namun aku pasrah.. Apalah kudratku untuk menentukan nasib diri sendiri.. Uhuuu..


Setahun, dua tahun, tiga tahun, empat tahun, lima tahun.. Batang hidungnya yang kurindui itu tidak muncul-muncul di depan mataku..

Enam tahun, tujuh tahun, lapan tahun, sembilan tahun, sepuluh tahun.. Baunya yang mampu membangkitkan semangat dalam diri ini kian lesap. Namun kugagahi diri untuk terus menanti..

Sebelas tahun, dua belas tahun, tiga belas tahun, empat belas tahun. Empat belas tahun kunanti.. akhirnya beliau pulang membawa sinar baru untukku. Diriku destinasinya. Namun kekasihku itu tidak tahu bahawa aku mengintainya dari alam maya. Aku mengasihaninya dari jauh. Aku mengharapkan dirinya dalam diam..






Aku menanti dan terus menanti..







Akhirnya dia menemukanku. Aku teramat gembira kali pertama kami bertentang mata. Tiada kata yang terucap melainkan kalimah UwaaaUwaaaaaUwaaaa. Siapa aku? Aku adalah..




Budak yang comel..


Gemuk..









Dan..










Dikelilingi sebuah keluarga yang bahagia =)

5 commentaire:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
.fadheR. said...

faaaaaddd!! laptop aku kne virus sbb blog kau! bahaye2.haha..kat comment yg atas aku tuh..ade warning kan.org comment.aku pegi click.danng!!! habes laptop aku.haha

ikanriang said...

fadhe mankuk!
lenkali jgn bukak link tu!
tu spyware je libey!
isk kamu ni

asotoko said...

fado...wei..comei betui la entry ni..
kagum2

ikanriang said...

well well well
comey cam fad!
kan kan kan? :D