Tak pernah terlintas pun kat otak ni untuk menjadikan dia sebagai isi entry kali ni.
Dia adela insan yang selalu sakitkan ulu hati ni.
Dia adela insan yang selalu wat mata ni kabur akibat pembiasan cahaya dek bertakungnya air mata.
Dia degil, serupa dengan Aku.
Dia pemarah, serupa dengan Aku.
Tapi aku jadikan dia sebagai teman rapat dalam hidup aku?
-Memang dia yang kadang-kadang punca hati aku menangis. Tapi dari dia jugakla aku rasa bahagia yang mana tahapnya setinggi infiniti sedalam infinit. Finit kedukaan.
-Pada dia aku luahkan semua perasaan aku. Bila marah, bebola api berhias lampu kelip-kelip kubaling pada dia. Bila rasa perlukan teman bergaduh, dia sasaran utamaku.
-Dengan dia aku jadi pendebat yang hebat yang mana aku rasa tahapnya lagi tinggi dari Karpal Singh dalam parlimen.
-Dengan dia aku belajar banyak perkara tentang hidup walaupun aku terpaksa mengaku di sini bahawa memasak adalah salah satu daripadanya.
Tiada lain yang aku harapkan melainkan aku&dia dapat menjadi yang terbaik dalam hidup masing-masing. Terbaik dalam segalanya. Itu sasaran kami sekarang. Kesalahan lepas aku nak jadikan teladan, jangan diulang lagi.
Terima Kasih kepada Ahmad Fitri Mohamed, teman rapat hati ini yang sudi mewarnai hidupku dengan warna magenta, cyan dan gabungannya.
7 years ago
0 commentaire:
Post a Comment