Pages

Friday, October 26, 2012

Dari Mata Turun ke Hati

Bulan lepas, kaknim ajak saya pergi majlis kahwin anak seorang rakan sekolahnya. Kami pergi dengan kereta yang berasingan. Kaknim menjemput seorang rakan di PJ, dan saya pula menjemput kawannya yang lain di stesen komuter Subang Jaya.

Kawan kaknim yang saya jemput tu, mengalami 'partial blind' yang bagi saya agak teruk, dan suaminya pun, dengan kehendak Allah, juga buta. Nak dijadikan cerita lagi, dalam perjalanan menuju tempat jemputan tu, saya tersesat entah sampai mana, lalu hiway yang entah apa-apa. Dalam kereta saya mengeluh sebab sesat, ditambah lagi dengan jalan yang sesak. Allah sahaja yang tahu betapa saya benci drive di KL. Tapi saya cuba kawal diri menahan stres. Saya berbual2 dengan akak tu dengan suaminya. Dalam perbualan kami, akak tu dengan suami dia asyikla meminta maaf dengan saya kerana bagi mereka, kerana merekalah saya tersesat jauh, kerana merekalah saya tak dapat ke majlis tu sekali dengan kaknim, kerana merekalah saya terpaksa menghadap jam yang sangat teruk tu. Saya hampir menangis bila akak tu beriya-iya meminta maaf pada saya kerana takut dia susahkan saya. Saya bukan apa, saya tak kisah pun menghadap jam tu, tapi yang buat saya resah dan stres waktu tu adalah bila memikirkan mereka akan sampai lambat ke majlis kahwin tu. Sayalah sepatutnya orang yang dapat hantar mereka ke majlis tu lebih awal :( tapi, Allah tak izinkan, kerana sebenarnya Allah nak saya belajar sesuatu dari mereka.

Bila berinteraksi dengan orang buta, saya dapat rasa aura mereka yg tersangat lain dari manusia 'sempurna' yg lain. Tutur kata yg baik, sangat down to earth, muka tenang, buat kita rasa segan. Tak pernah pun saya tengok orang buta memaki hamun orang lain. Muka senyummm memanjang. Sedangkan untuk manusia oku yg lain (kudung kaki tangan, tapi sihat penglihatan), pernah aja saya lihat menuturkan kata-kata tidak enak didengar telinga.

Tak, tak, bukan saya nak cakap kita yang 'sempurna' ni lebih elok pekertinya dari yang kudung kaki tangan tu, tapi sekadar untuk membandingkan betapa mata itu punca rosaknya akhlak. Rosak akhlak yang mana, mulut tanpa segan silu memaki hamun, melukakan hati yang mendengar. Kalau yang kudung kaki tangan tu pun kita rasa mereka tak patut memaki hamun, inikan pula bila kita yang sempurna secara fizikal. Yalah, yang kudung kaki, tangan tu barangkali tertekan dengan hidup yang terbatas pergerakannya, lagi-lagi bila mata dapat melihat bagaimana manusia yang 'sempurna' lain jalani hidup. Dapat bergerak laju, memegang itu ini, berlari dan sebagainya. Tapi kita yang 'sempurna' ni, apa pula alasan kita untuk memaki hamun, untuk mengeluh?

Daripada mereka saya belajar betapa mata itu pintu kepada segala punca yang membentuk hati, yang seterusnya membentuk peribadi. Andai baik perkara yang melalui jendela mata seseorang, maka eloklah hatinya, maka cantiklah peribadinya. Tetapi andai minda tidak menapis segala perkara yang ada di depan mata, kelak bimbang yang buruk nampak elok, yang elok pula nampak umpama cela. Bila mata gagal menapis segala perkara yang dilihat, hati mula immune terhadap perkara negatif. Di peringkat inilah manusia jadi tak sensitif terhadap perasaan dan pandangan orang lain.

Kerana matalah manusia miskin boleh jadi cemburu pada yang kaya. Hati yang cemburu kemudian menukar si miskin jadi perompak.
Kerana matalah iman di hati seorang lelaki tumpas dek bodekan wanita 'penghias' dunia. Akibatnya, nafsu jadi raja dalam diri, menakluk minda tanpa batas.

Kerana matalah, wanita 'kurang cantik' merasa cemburu melihat yang 'cantik'. Dari hati yang cemburu, wanita kurang cantik mula kufur nikmat, mula percaya kuasa lain selain kuasa Tuhan yang menciptakan dirinya. Mula mencari dukun sana, bomoh sini untuk 'repair' wajah kononnya untuk tambah keyakinan diri.
Hebat bukan impak mata? Dek kerana mata yang melihat, ditambah lagi minda pula salah menafsir, segumpal darah bernama hati tu jadi busuk. Lahirlah masyarakat yang immune memaki hamun, yang hidup berebut akibat harta, yang hidup berpaksikan nafsu duniawi, yang semakin jauh dari hakikat sebenar kejadian manusia. Dan malang seribu kali malang, busuk-busuk hati tu lah yang paling payah nak rawat.

Bila saya sedar benda ni, saya rasa rugi sangat-sangat. Rugi sebab sedar saya dikurniakan pancaindera yang sempurna, tapi alahai.. Hati saya tak sebersih mana. Hidup penuh keluh kesah, syukur pada Allah kurang. Ruginya!
Agak-agaknya kalau zaman sekarang ada meter pengesan kebersihan hati manusia, ada orang yang peduli tak nak bersihkan hatinya yang kotor? Kalau ada meter tu sekarang, ada orang tak yang rajin nak ukur kebersihan hatinya selalu? Bangun tidur ukur, jumpa kawan ukur, bergurau dengan kawan ukur, solat ukur, nak tidur pun ukur lagi. Hihi sori berkias banyak, tapi mesej yang nak disampaikan kat sini adalah, meter pengesan kebersihan hati manusia, hati kita adalah minda kita sendiri.

Minda perlu dibiasakan untuk mengukur kebersihan hati dengan cara kerap mempersoalkan kerasionalan sesesuatu tindakan yang dilakukan. Contohnya, katakan kita bergurau dengan kawan-kawan. Lepas bergurau tu, tanya balik diri, ada tak gurauan kita tadi tu macam sensitif. Kalau rasa macam tak yakin, minta sahaja maaf dari kawan tu. Mintak maaf bukan sahaja dapat menjernihkan yang keruh, malah dapat menambahkan manis pada hati ;) so bila buat macam ni selalu, hati mula sensitif, mula bekerjasama dengan minda supaya lebih berhati-hati dalam gurauan kita yang seterusnya  :)

Thursday, October 11, 2012

Sorry mak, your husband is too awesome.

Mak pesan, jangan menangis. Takut nanti tak redha dgn ujian Allah. Mak cakap, bukan sy sorang yg hajat tak kesampaian nak konvo dengan abah. Mak pun ade hajat sendiri. Mak selalu bayangkan pegi haji dengan suami tersayang.

Bile pk balik, mak abah tak penah pun gi honeymoon so haji tu lah honeymoon yg mak impikan sangat2.

Bile mak cakap camtu, baru sy sedar sy mcm selfish sangat call mak nangis2 rindu abah sedangkan mak punye ujian lagi besar.

Mak kehilangan someone yang bercinta lama dengan dia.

Mak kehilangan someone yang buat dia kuat jadi suri rumah berpuluh2 tahun; kerja yang takde mc takde annual leave tu. Semua untuk keluarga lelaki kesayangan dia tu.

Mak kehilangan kawan masjid dia.
Mak kehilangan someone yang tersenyum happy bile mak masak masakan paling simple.
Mak kehilangan someone yang pernah menangis tengok kaki isteri dia melecur kena minyak panas.
Mak kehilangan someone yang sangat2 sayang anak2 dia.
Mak kehilangan someone yang berusaha cari duit demi sesuap nasi untuk keluarga dia.
Mak kehilangan someone yang sangat sabar.

Mak kehilangan seorang lelaki yang jadi sebab kuat dia tabah melakukan kerja yang paling mencabar dalam dunia.

Mak kehilangan teman haji.

Mak kehilangan teman di meja makan.

Atas sebab2 itu, ujian mak lah paling besar sekarang. Lagi tambah ujian, bila ada anak yang baru hidup dengan lelaki tu 23 tahun, tapi tak boleh cope dengan pemergian lelaki tu, even da 6 bulan lelaki tu pergi menghadap Ilahi.

Pernah dengar orang kata, berdosa kalau buat mak menangis.
Maka hari ni, itulah dosa saya. Mak risau dengan saya yang macam tak redha lagi ni.

Mak risau Allah murka dengan anak dia so doa menangis.
Mak pesan, jangan menangis. Redhakan diri. Sibukkan diri dengan aktiviti seharian.
Sori mak, your husband is too awesome. But for the strength you have, you are double, triple, infinite more awesome than that super awesome guy. And for that, I will do what you do. I'll be strong, lillahi ta'ala.
I adore your strength and courage, mak.

Sunday, April 08, 2012

Kini tiada lagi.....

Di meja makan,
Abah : Nor, 25 darab 74 bape? Congak.
Aku : (aku terkial-kial mengira (25 X 4) + (25 X 70) Conventional sangat!)
Abah : Senang je. 74 darab 100 equals to 7400. 25 times 74 is 25/100 or, one fourth of 7400..

Ketika sarapan pagi,
Abah : Abah nak makan RUUti.
Aku : Abah, bukan RUti laa. ROOOti.
Abah : Ooo, ok ok. RAW-tea
Aku : -__-

Di meja makan lagi,
Abah : How do you pronounce C-O-N-F-I-R-M?
Aku : KON-ferm.
Abah : Salah. KEN-ferm. How do you pronounce C-O-N-F-I-R-M-A-T-I-O-N?
Aku : KON-fer-me-syen.
Abah : Betul. Nor kene ingat, sebutan satu2 derivation tak semestinye same dengan sebutan root word die. Nor kene selalu tengok kamus. Tengok pronunciation die.

Di ruang tamu,
Abah : Nor, haza ape? Hazihi ape?
Abah menguji Arab aku waktu aku dok menganggur kat rumah hari tu. Aku memang bengap sikit time tu maka aku pun jawab :
Aku : Haza itu hazihi ini!
Aku jawab konfiden wakaka
Abah : Heh! Mane ade! (Abah wat muke what-the-belajar-arab-5-tahun-haza-hazihi-pun-gagalll) Haza ini untuk lelaki, hazihi ini untuk perempuan.
Aku : Haah.... iyeee hehehehehe (sambil tersengih macam kerang busuk)

Di meja makan,
Abah : Nor, tolong amekkan Abah gerepu.
(gerepu itu merujuk kepada garfu)

Satu hari, Abah baru balik dari masjid bawak balik bubur.
Aku : Abah, Abah amek bubur ni kat masjid ke?
Abah : Tak lah... kat semejid. (Dengan muka selamba)
Aku : .........

Saturday, March 17, 2012

4 Hari Terakhir Bersama Abah..

(Sambungan dari sini)

Betapa Allah memudahkan segalanya untuk kami sekeluarga, sampaikan tak sedar yang dah 7 hari kami hidup tanpa Abah. Dan alhamdulillah, kami semakin redha, tabah dan kini mampu untuk tersenyum seperti biasa. Hari-hari seperti inilah yang aku paling takuti sebelum ni. Aku bimbang hidup aku takkan seceria dulu, aku takut kenangan manis yang terlalu banyak bersama arwah akan membuatkan aku bersedih. Tapi, alhamdulillah. Allah pinjamkan aku n family kekuatanNya untuk hadapi dugaan ni semua. Tanpa kekuatan yang dipinjamkan itu, aku tak rasa aku mampu senyum hari ni.. Nak sambung cerita hari-hari terakhir arwah dengan kitorang.. :)

29 Februari 2012, Rabu

Pagi tu aku dan Abah keluar rumah pukul 830 untuk ke Larkin. Sebelum tu Abah sempat jumpe Makyah jiran kami untuk mintak IC die, supaya aku dapat tolong applykan bantuan rakyat RM500 tu sebab Makyah ni orang susah dan tak pandai menulis (Abah memang selalu pesan anak-anak die supaya jangan lupa tolong Makyah kalau dah kerja n berkeluarga).

Then sampai je kat Larkin, Abah cakap,
'Takpe, stop je kat sini. Abah boleh pergi sendiri. Nor setelkan la bantuan Makyah tu pagi ni. Lagipun nanti sebelum naik bas Abah nak minum teh dulu. I can't afford paying RM2.40 for a cup of tea kalau bas tu berhenti kat Ayer Hitam'. Abah memang anti RnR Ayer Hitam tu sebab tehnya mahal. Aku terasa mahu berdegil, tapi entah kenapa, gerak hati memaksa aku untuk turutkan kata Abah. Yang aku mampu lakukan waktu tu, hanyalah untuk menghentikan kereta di tempat yang paling mudah untuk Abah pergi ke kaunter membeli tiket bas. Berat hati untuk membiarkan Abah pergi seorang, tapi hari tu aku tak mampu berdegil. Barangkali memang begitu yang Allah tuliskan..

Then aku balik rumah untuk isi borang bantuan rakyat untuk Makyah, fotostat IC etc. Sempat jugak aku singgah rumah Mokde serahkan surat tabung haji kat Makcik Narimah untuk urusan rayuan menunaikan haji. Then lepas setel semua, aku singgah CC untuk cek email dan beronline. Tengahari tu aku balik rumah, Mak bagitau yang Abah belum contact rumah lagi untuk inform bas pukul berapa sekian sekian. Aku cuba call Abah, tak diangkatnya. Risau tak terkata, aku menangis memikirkan entah apa2 yang jadi kat Abah sebab call tak berangkat. Mula rasa menyesal sebab tak berdegil ikut saja Abah ke KL. 10 minit hampir pukul 5 petang, aku berterusan call Abah supaya orang lain yang dengar bunyi fon Abah dapat alertkan Abah, andai Abah yang tak dengar bunyi fon tu. Setelah banyak kali mencuba, Abah tetap tak jawab.

Perasaan risau jadi panik, panik jadi marah memikirkan Abah sengaja tak nak jawab panggilan. Fikiran memang dah tak waras memikirkan macam-macam jadi kat Abah. Akhirnya tepat pukul 5 petang, dapat panggilan dari Abah. Nak menangis rasanya melihatkan caller yang diharapkan sekian lama tertera kat skrin.

Mak is calling...

Aku tak tunggu sesaat dua, aku terus angkat dan.. 'Abaahhh' tanpa salam aku memulakan perbualan, dan sambil menahan air mata, aku mengharapkan suara Abah yang jawab, bukan orang lain yang memaklumkan perkara-perkara yang menakutkan. 'Hello.. hello? Dengar tak? Ni nor eh?' Alhamdulillah! Tak tergambar perasaan lega waktu dengar suara Abah, walaupun suaranya kedengaran letih dan tercungap-cungap.

'Abah, abah kat mane ni.. Nape tak call.. Nor risau.. Kak Nim risau.. semua orang risau' suara aku dah sebak.

'Abah dalam tren, dah nak sampai....' Abah kedengaran seperti tak pasti akan destinasinya. 'Aaaa. Abah dah nak sampai KL.... KL Sentral ni' jawabnya. Aku tersenyum membayangkan Abah kesayangan dalam tren, membimbit beg hijaunya, dan fon di tangan sebelah lagi. Comel. Di saat itu, aku rindu yang teramat pada lelaki itu. Buah hati, kekasih hati.

'Nape nor call banyak kali Abah tak angkat.. Nor risau sangat-sangat.. Abah jangan buat camni lagi tau.. Lain kali kalau nor call, Abah angkat tau..' aku bebel umpama budak kecil yang tercari-cari bapanya, yang dah jumpa, tapi taknak hilang lagi.

'Takde.. Abah tak dengar nor call pun?' jawapan Abah menjawab semua persoalan dan kerisauan. Abah tertekan button silent kat fon tu.... huhuhuhu

'Ok Bah, takpe lah macam tu. Abah tertekan button silent kat fon tu.. sebab tu Abah tak dengar nor call. Vibrate pun Abah tak rase?' tanyaku. Manja. Sebab risau.

'Tak, tak rase pun.' jawabnya. Perasaan aku waktu tu, rasa macam mahu bercakap dengan Abah sepanjang masa untuk pastikan keselamatan dia.

'Takpelah camtu. Nati Abah call je Nor tau.. So Bah, ape kate orang tabung haji?' tanyaku.

'Abah cakap macam-macam kat diorang tadi. Pastu diorang suruh call hujung bulan April nanti untuk jawapan' jawab Abah, yang membuatkan aku tersenyum kerana memikirkan Abah dapat buat apa yang dihajatkan.

'Abah dah makan dah ke?' tanyaku.

'Belum, ni Abah baru nak makan ni. Orang cakap ade food court kat atas. Abah laaaapar sangat-sangat. Abah tak makan, tak minum lagi pun ni' katanya dengan nada sungguh-sungguh, mengekspreskan laparnya. Aku tahu riak wajahnya waktu tu. Mendengarkan apa yang dikatanya tu, sekali lagi aku hampir menangis. Perkataan 'Abah lapar' tu sangat menyentap jantung!

'Ala yeke.. siannye Abah' kataku cuba menahan air mata memikirkan Abah keseorangan di KL Sentral, lapar. 'Abah pergilah makan dulu. Nanti Abah dah duduk, Abah call Nor tau. Emm. Abah call la Nor tiap 15 minit. Tau. Wajib call tiap 15 minit tau. Kalau tak Nor risau' aku meletakkan syarat akibat terlalu sayang, terlalu rindu, terrrrlalu risau.

'Hehe' gelaknya kecil. Lucu mungkin melihat anaknya panik. 'Ok ok. Nanti Abah call.' jawabnya sekadar untuk menenangkan aku. 'Tapi nanti Abah nak pergi rumah Kak Na. Abah boleh pergi stesen LRT yang dekat dengan dia' aku lega mendengar apa yang dikatakan Abah ni. Kalau Abah pergi rumah Kak Na, tak la aku risau macam orang gila.

'Ooo Abah nak pergi rumah Kak Na.. Kak Na tengah sekolah ni. So Nor bagitau Abang Wadi la eh. Nanti die amek Abah. Sekarang ni Abah pergi makan dulu, Nor call Abang Wadi, tanye die camne eh. Nanti Abah call Nor, Nor bagitau Abah camne eh' ujarku.

'Ok ok. Nanti Abah call' jawabnya. 'Assalaamualaikum'

'Waalaikummussalaam'.

LEGA sudah dapat mendengar suara insan kesayangan. Terus aku khabarkan pada Mak n Kak Nim yang sama-sama risaukan Abah waktu tu. Aku terus call Abang Wadi, khabarkan perihal Abah yang nak datang rumah dia. Abang Wadi tengah miting kat sekolah, dan turut panik dengar Abah sesorang dekat KL Sentral. Lepas habis plan dengan Abang Wadi, aku tunggu Abah call. 15 minit berlalu, Abah tak call. Another 15 minutes, takde jugak. Hati dah stat risau. Nak menangis lagi. Tak lama lepas tu Abah call.. 'Hai Abah.. Abah dah makan? Makan ape?' aku tak sabar nak bayangkan Abah makan apa.

'Abah makan KFC.. Abah teringin nak makan KFC. Tapi mahal lah Nor.. Sebelas ringgit lebih. Abah lapar lagi ni..' jawab Abah macam budak kecil yang lapar. Ya Allah, aku menangis mendengar jawapan Abah tu. Waktu tu, aku tak faham kenapa aku menangis dengar Abah cakap dia makan KFC. Aku terasa semacam terharu (aku tak pasti the right term for that perasaan waktu tu). Tapi hari ni aku baru tahu kenapa aku menangis waktu tu. Itulah kali terakhir Abah makan makanan kegemarannya! Makanan kegemaran nombor satu! Ya Allah, bila dikenang hal ni sekarang, aku memang tak dapat tahan air mata. Sedih mengenangkan betapa Allah menggerakkan hati Abah untuk menjamah makanan kegemarannya di dunia ni buat kali terakhir. Tanpa ihsan Allah, tak mungkin kami dapat menyediakan makanan kegemarannya sebelum dia pergi...

'Takpela Bah, nanti Nor cakap kat Kak Na masakkan lagi untuk Abah ehh. Abah, Abah taknak balik terus ke?' aku cuba pujuk Abah untuk terus balik JB sebab aku sangat risau, sangat rindu pada Abah.

'Taknak.. Abah nak jumpe cucu-cucu Abah..' sekali lagi air mataku bergenang. Lelaki ini sangat payah untuk menzahirkan rindu pada anak-anak dan cucu! Tapi mendengarkan ayat Abah tu, aku tahu Abah rindukan cucunya! Hati aku gundah gulana. Takungan air mata bertambah. Dan demi Allah, aku tak tahu kenapa setiap perkataan yang keluar dari mulutnya sangat menyentap perasaan, dan semuanya beri perasaan syahdu bagi aku. Demi Allah, aku tak tahu kenapa air mata asyik bergenang mendengarkan kata-katanya hari tu. Aku akur dengan kehendaknya. Aku pesan Abah supaya jaga diri....

Kurang sejam lepas tu, aku call Abang Wadi, tanya Abah dah sampai ke belum. Bila dah yakin Abah is already in good hands, risau aku kurang. Dan malam tu, aku mengharapkan Abah tidur kat rumah Kak Na malam tu, supaya dapat dia berehat cukup-cukup sebelum bertolak balik ke JB keesokan harinya. Dan malam tu aku tidur nyenyak, tapi dikejutkan Mak pukul 4 pagi.

1 Mac 2012, Khamis 

'Nor, bangun. Jom teman Mak amek Abah kat Larkin. Abah da sampai' kata Mak. Astaghfirullah, balik juga dia. Waktu tu aku marah dengan sikap Abah yang semuanya nak cepat, sampaikan mengabaikan kepentingan dan kesihatan diri.

Setibanya kami di Larkin dan sebaik sahaja Abah masuk kereta, Abah mula bersuara, ditujukan pada Mak. 'Hari ni, I betul-betul penat. Tapi I puas hati sangat-sangat sebab dapat setelkan macam-macam' dan macam-macam lagi dia bercerita tapi aku hanya mendiamkan diri kerana terlalu marah kerana Abah mengabaikan kesihatan dirinya. Aku harapkan Abah tidur kat KL malam tu untuk rehatkan badan, tapi Abah lebih mengikut gerak hatinya. Dan hari ni, aku rasa berdosa pada Abah kerana tidak meraikan bahagia yang dirasanya hari tu. Tidak meraikan bahagia-bahagia terakhirnya di dunia ni, padahal dia bercerita dengan penuh semangat dan penuh kebahagiaan..... maafkan Nor Bah!

Pagi tu di meja makan, aku masih berdiam. Tapi Abah mulakan perbualan. 'Abah puas hati sangat-sangat semalam Nor. Walaupun Abah penat, tapi dah terbukti yang Abah fit untuk pergi haji. Abah boleh jalan jauh, tapi Abah kene jalan slow-slow' katanya dengan senyum. Aku turut tersenyum. Tak sampai hati nak merajuk lama-lama dengan Abah, lelaki tersayang dalam hidup aku. Kami rancak berbual tentang apa yang Abah lalui di KL. Kata Abah, semua orang KL baik-baik. Semuanya tolong Abah di sepanjang perjalanan. Terima kasih Ya Rabb, kerana memudahkan perjalanan Abah di sana dalam usaha untuk berkunjung ke 'rumah-Mu'.. :)

'Semalam orang Pet ade call. Dia nak reconfirm details dalam application form' aku pula bercerita, untuk mengupdate perkembangan perihal kerja aku. Abah tersenyum 'Wah, tak lame lagi lah tu.. Hehe'. Aku tersenyum. Kalau diikutkan hati, aku tak nak update apa-apa kat Abah sebab aku bimbang andai aku tak diambil kerja dengan Pet. Kiranya aku nak mengelak untuk beri Abah sebarang harapan untuk aku kerja dengan Pet. Bagi aku, biar tunggu berita yang pasti, baru boleh dikhabarkan pada Abah. Tapi entah kenapa, sekecil-kecil perkara pun memang aku akan update pada Abah. Tapi baru hari ni aku sedar hikmah di sebalik aku menceritakan 'harapan' tu semua.......

Petang tu, Abah mula demam. Disarungnya baju 2 lapis. Mak pun mula nak demam, jangkit dengan kanak-kanak barangkali. Dan Abah tak larat untuk pergi ke masjid untuk Maghrib dan Isya' berjemaah macam biasa..

2 Mac 2012, Jumaat

Demam Abah belum kebah. Mak pun sama. Asyik bercinta mereka ni :) Dan Abah berkelakuan pelik hari tu. Abah memang diketahui orang ramai, dia memang tak pernah pakai t-shirt. Dia memang tak reti pakai t-shirt. Pakaian basahannya di rumah adalah kemeja-kemeja kerjanya yang lama. Tetapi hari tu, Abah pakai t-shirt kerjanya yang lama, Courts Mammoth. Warna putih. Aku yang rasa pelik melihatkan Abah yang memakai t-shirt, lantas menegur dalam nada gurauan 'Abah, Abah sangat pelik pakai t-shirt. Tetibe je'. Dan Abah hanya tersenyum, menjawab 'Ye eh.. Hehe' dan tiada jawapan yang lebih..

Petang tu, waktu Abah berbaring kat depan, Abah panggil aku di saat aku melintas di tepinya. 'Nor, tolong buatkan Abah air horlicks. Abah teringin nak minumlah. Lagipun Abah nak minum air berkhasiat sebab Abah demam ni'. Dan aku bersyukur hari ni kerana aku turutkan permintaan Abah tanpa tangguh seminit dua. Lepas siap buat horlicks, aku letak cawan tu berhampiran dengan Abah. Aku pesan, 'Hati-hati Bah. Panas ni'. Walaupun sudah dipesan begitu, terus dihirupnya air tu sungguh-sungguh. Then Abah cakap 'Oh, sedap rupenye horlicks ni! Abah baru tau. Nor letak ape dalam ni tadi?' jelas sungguh dia suka horlicks. Aku terus memasang niat untuk belikan rumah sepaket horlicks kelak bila aku mula kerja supaya Abah dapat minum selalu. Tapi sayangnya, aku tak tahu, itulah kali pertama, dan kali terakhir Abah minum air tu.. 

Malam tu makan bubur, dan aku tergoreng ayam sampai keras.. so Abah didn't enjoy his last dinner kat dunia ni........ aku terkilan.

3 Mac 2012, Sabtu

Pagi tu di meja makan, Abah masih belum baik dari demam. Selera makannya semakin berkurang sejak dia mula demam. Tapi Mak dah sembuh. Mak pun bagitau la Abah ubat apa yang dimakannya, supaya Abah dapat ambil ubat yang sama supaya cepat sembuh demamnya tapi respon Abah macam biasa, 'Ahh, I makan panadol je..'. Tapi sungguh jelas muka Abah letih. Dan entah macam mana, pagi tu tiba-tiba Mak rancang nak beli katil baru untuk Kak Nim yang nak berpantang jap kat JB lepas melahirkan baby nanti. Maka Mak pun ajak Abah untuk mengikut sama supaya Abah boleh tolong buat pilihan, sebab Abah memang mahir dalam bab-bab memilih perabot. Aku dapat lihat wajah Abah yang pada mulanya kelihatan enggan, tapi akhirnya Abah kata 'Ok lah. I ikut. Nor duduk rumah jaga Mak (emak kepada Abah)'.

Maka pergilah Mak dan Abah bersama seorang anak jagaan Mak ke Taman Dahlia.. Aku saksikan Abah naik kereta, dan sehingga lesap kereta dari pandangan. Hakikat yang tidak aku sedar waktu tu, itulah kenderaan kedua terakhir Abah di dunia ini.......

Sambil menunggu kepulangan Mak dan Abah dari Taman Dahlia, aku mengemas bilik untuk dicat baru. Janji dengan seorang kawan untuk keluar menonton wayang pun terpaksa ditangguh kerana memikirkan banyak kerja yang perlu diselesaikan hari tu. Tengahari tu kami makan mi sup masakan Mak dan Abah kelihatan tidak berselera sama sekali. Serasa aku, 2 sudu saja yang Abah makan. Aku pun tegurlah 'Abah, nape tak habis makan? Abah kene makan.. nanti lepas ni Abah nak makan ubat. Perut tak boleh kosong' dan jawabnya, 'Abah takde selera. Takpe, biarkan je kat situ. Nanti Abah sambung.'. Aku akur dengan jawapan Abah.

Melihatkan Abah masih berkemeja 2 lapis akibat sejuk dan lapisan luarnya jarang sekali aku lihat Abah memakainya, aku tegur lagi, sekadar mahu berbual. 'Cantik cutting baju Abah ni. Tak pernah pun nor tengok Abah pakai. Abah memang pandai beli baju' pujiku. 'Baju ni Mak buatkan tau. Dah 35 tahun dah baju ni' jawab Abah memuji Mak. Aku tersentap. Hebatnya Mak! Baju yang aku puji cuttingnya tu hasil tangan Mak sendiri! Dan sungguh aku tak tau hakikat sebenar, itulah antara tanda-tanda terakhir Abah menghargai pengorbanan Mak sebagai isterinya selama 38 tahun itu. Dipakainya baju jahitan isterinya sendiri dan dijadikan pakaian sejuknya selama 3 hari demamnya. Sungguh kuat ikatan cinta mereka..

Andailah aku tahu hari itu hari terakhir..............

Hari tu aku seharian sibuk mengecat dan membersihkan bilik baru tu.. Dipendekkan cerita, malam tu abang ipar aku rancang untuk menjamu rakan-rakan sekerjanya di kilangnya, so malam tu Kak Ida sibuk memasak mi goreng untuk tujuan menjamu tu. Aku pula selesai sahaja mengecat, aku bergegas keluar untuk membeli satay Wak Radol untuk abang ipar aku menjamu kawan-kawan. Lebih kurang 15 minit menunggu, 120 cucuk satay yang ditempah siap. Aku terkejut kerana pelanggan warung Wak Radol malam tu sangat ramai dek kerana malam minggu, tapi satay yang aku tempah dapat siap cepat. Dalam perjalanan pulang, Kak Ida call.. 'Nor, nanti amek Mokde kat rumah die eh. Terus amek tau.' pesannya tenang. Tanpa bersoal banyak, aku turutkan sahaja.

Sesampai sahaja aku di laman rumah Mokde, aku nampak Mokde kelihatan panik. Pakaiannya biasa sahaja. Tak matching dengan tudung macam selalu. Aku tak syak apa-apa, sehinggalah Mokde bertanya 'Abah macam mane?'. Aku tersentap. 'Abah macam mane? Nape dengan Abah? Nape dengan Abah Mokde?' aku mula panik. Aku mula faham situasi. Ada sesuatu yang terjadi pada Abah, dan Kak Ida menyuruh aku untuk menjemput Mokde untuk Mokde melihat keadaan Abah.

'Abah kau jatuh kat toilet, kau tak tau ke? Kau dari mane ni?' tanya Mokde.

Aku bertambah panik. Astaghfirullah, Abah jatuh sehingga perlu panggil Mokde ni dah dikira kritikal! Badanku menggeletar. Aku gagal berfikiran waras. Stereng di tangan pun aku tak dapat fikir arah ke mana untuk dituju. Aku istighfar untuk menenangkan diri, dan menjawab 'Nor bari balik dari warung Wak Radol'. Aku hampir menangis dalam panik. Tapi aku tenangkan diri supaya dapat sampai ke rumah dengan selamat.

Setibanya di rumah, aku park kereta cincai, dan terus berlari berkejar ke bilik Abah. Jiran-jiran sudah ada dalam rumah aku waktu tu. Dalam masa berlari ke bilik Abah, hanya satu yang aku fikir. 'Ya Allah, sempatkah aku. Sempatkah!'. Setibanya aku di bilik Abah, Abah sudah terbaring di atas katil. Mak memeluk muka Abah sambil melafazkan zikir di telinga Abah. Aku lihat dada Abah berombak. Turun naik. Matanya terpejam. Ya Allah, sakaratulmaut di depan mata! Lantas aku mencapai tangan Abah yang sudah dikiamkan sambil menjerit 'Abahh ampunkan dosa Nor!'. Airmata mengalir laju. Aku ambil alih tugas Mak melafazkan syahadah di telinga Abah. Aku cuba menenangkan diri, mempersiapkan diri untuk menghadapi kemungkinan. Kemungkinan yang aku takuti selama ini, kemungkinan yang selalu membuatkan bantalku basah dek dibanjiri airmata. Kemudian aku terus melompat untuk berbaring di sebelah sisi kiri Abah. Aku peluk erat lengan kirinya. Aku lihat kakinya. Jelas semakin jatuh. Ya Allah, masanya sudah tiba. Aku perlu kuat! Aku perlu redha! Aku perlu hadapi saat itu! Kurang 3 minit selepas tu, Abah menghembuskan nafas terakhir dengan aku di sisi kiri, dan Mak di sisi kanannya...

***********************************************

Al-Fatihah untuk ayahanda tercinta kekasih hati, Allahyarham Salleh Bin Yunos. Di saat Abah menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku terlalu sedih! Tapi hari ni, setelah hari berlalu, aku mampu tersenyum memikirkan indahnya berada di sisi Abah di saat nafas terakhirnya. Ya, memang itu doaku selama ni. Aku pohon pada Allah, aku tak mahu jadi anak yang pulang ke rumah dari jauh dan menyaksikan jenazah kaku di ruang tamu. Dan Allah memakbulkan permintaanku! Malah aku dapat bersamanya di nafas-nafas yang terakhirnya! Aku malu dengan Allah kerana memikirkan doa aku, si hamba yang hina dimakbulkan. Aku insaf dengan sifat penyayang Allah.

Malam terakhir bersama arwah, aku menemani arwah sepanjang malam sambil menunggu ketibaan adik-beradik yang lain. Mendoakan arwah sepanjang malam. Bila rasa letih, aku berbaring di sebelah arwah sambil memegang lengannya. Bila tiba rasa rindu, aku buka kain yang menutup wajah arwah, aku kucup dahinya puas-puas. Aku sangat-sangat mengelak untuk menangis tersedu-sedan tapi aku gagal mengawal diri bila terfikir majlis konvokesyen aku bulan Oktober nanti tanpa Abah. Abah terlalu mengharap aku dapat masuk UTP satu ketika dulu.. terlalu mengharap! Dan tanpanya di majlis kovokesyen tu nanti, aku tak pasti aku dapat kuatkan hati atau tidak bila menyaksikan rakan-rakan lain bersama ibu dan ayah. Apa-apa pun aku harus kuat dan tabah, kerana Abah sangat susah hati bila anaknya bersedih!

Tapi.... apakah masih aku bernafas di hari kovokesyen aku nanti.. hanya Allah yang tahu.. :)

Tuesday, March 06, 2012

Epilog Rindu : Al-Quran Itu Pegangan Utama..

28 Februari 2012

Hati bergoncang mahu mencari buku bacaan sebab buku yang dibeli sebelumnya sudah habis dibaca. Entah kenapa, walaupun jam sudah pukul 9 malam, hati tetap berdegil memaksa kaki melangkah keluar untuk membeli buku seolah tiada esok. Pulang ke rumah pukul 10, terus duduk di meja makan, join Abah dan Mak yang tengah dinner.

Abah : Nor, esok nor ade baaaaanyak keje. Kene hantar Abah pukul 7 kat Larkin.
Aku : Eh, nak buat ape?
Abah : Abah nak pergi KL. Abah nak pergi tabung haji merayu orang kat sana (untuk luluskan urusan rayuan Mak dan Abah untuk menunaikan haji tahun ni)
Aku : Sape tolong Abah kat sane?
Abah : Abah pergi sendiri. Bukan Abah tak reti naik train sume tu.. (sungguh Abah tak pernah naik LRT kat KL tu.. tapi hatinya sangat tekad untuk pergi sendiri)

Mahu menangis rasanya untuk membiarkan Abah pergi sendiri. Tak sampai hati untuk biarkan Abah berjalan jauh2, tambahan bersendirian pulak tu. Sejak berada di rumah lepas habis belajar, kalau aku drive Abah ke bank atau ke mana pun, aku akan sedaya upaya mencari jalan terdekat untuk Abah jalan.. Sungguh aku tak sanggup melihat langkahnya yang perlahan itu dek kerana kekuatan kaki yang kian merosot..

Aku : La, tunggulah kejap. Nor kan nak pegi KL jugak minggu depan. Boleh nor bawak pergi tabung haji tu.. Sabarlah sikit. (Aku mula hilang sabar melihat kemahuan dan kedegilan Abah sedangkan aku tahu setakat mana upayanya)
Abah : Takpe, Abah pergi esok. Nor jangan risaulah.. Abah dah biase naik tren kat kampung Abah dulu.. (Abah membahasakan England tu kampungnya..) Nanti ajar Abah camne nak gune henfon Mak.. Asal dapat call pun jadilah.

Melihatkan Mak diam tidak membantah, akhirnya aku kalah. Aku tak dapat teman Abah kerana dia berdegil mahu pergi sendiri. Di akhir dinner kami, aku bercerita tentang 2 buah buku yang baru aku beli malam tu.

Aku : Nor beli 2 buku. Satu pasal 4 khalifah Islam yang femes tu, lagi satu pasal bukti saintifik kerasulan Muhammad. Best tak? Nor beli buku khalifah Islam tu sebab nak tau macam pentadbiran Islam dulu.. (Hari sebelumnya kami membincangkan kehebatan umat Islam dahulu dalam mencipta sejarah gemilang.. dan aku pun ceritalah yang dari bacaan aku, aku dapat tau ramai saintis Islam dulu buat eksperimen sebab belajar dari Quran, n dengan tujuan nak kenal Allah. Tak macam sekarang, meletakkan perkara lain sebelum Allah (termasuk Al-Quran)) dan Abah tak semena-mena baca satu ayat Al-Quran ni..



Aku tahu, ramai orang yang biasa dengar ayat ni tapi aku yang jahil ni boleh tak tahu ayat Quran yang femes ni. Tapi berbekalkan ilmu bahasa Arab yang pernah aku kutip di sekolah dulu, aku cuba translate ayat tu sepatah2.. Abah tersenyum dengar translation aku, sambil membetulkan makna aku yang salah. Dengan kegagalan aku tu, Abah masih puji aku..

Abah : Oh, hebat jugak Arab nor.. (walaupun Arab aku tak pernah dapat A, tapi atas pujian seorang lelaki berstatus ayah, aku rasa SUNGGUH bahagia)
Aku : Belajar 5 tahun Arab mana tak terkesan Bah.. Tapi takdela kalau baca Quran tu nor terus faham ayat tu.. vocab Arab nor sikit je.. dalam certain ayat boleh la tau ayat sekian cakap pasal ape, ayat sekian cakap pasal ape..
Abah : Al-Quran ni, kalau baca sekali terjemahan die, interesting. Abah suke bace terjemahan die..

Diskusi kami lepas perbualan atas ni tak lama sebab aku perlu topup fon Mak dan fotostat surat rayuan tabung haji Mak Abah untuk Abah bawa ke sana. Malam tu juga aku ajar Abah cara2 untuk menggunakan fon Mak. Bila Abah lulus dengan semua mock call yang aku buat, dan Abah boleh membuat panggilan bila disuruh, risauku berkurang 0.5%.

..... bersambung .....

Nota kaki :

- Al-Fatihah untuk Abah tercinta, pahlawan keluarga, sahabat baik pendengar setia yang harta terbanyaknya adalah ilmu dan iman, Ayahanda Salleh Bin Yunos yang pergi tak kembali tanggal 3 Mac 2012.

- Ayat Quran yang Abah bacakan tu, surah Al-Hasyr ayat 21 yang bermaksud:

"Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir."

- Sungguh, aku rindu pada Abah.. Aku takkan lupa ayat Quran terakhir yang Abah sampaikan kat aku ni.. dari tak tahu langsung ayat ni, aku jadi tahu.. dan mesej di sebalik ayat ni, aku akan ingat, aku akan amalkan selagi diizin Allah untuk bernafas di bumi ni.. Al-Quran itu pegangan utama.. Terima kasih Abah.. Nor sayang Abah sangat2. Nor nak berusaha supaya senang untuk kita berjumpa lepas ni, di satu tempat yang kekal, yang nor tahu nor takkan kehilangan Abah lagi..

Saturday, January 07, 2012

Si Loser ini kembali lagi!

Loser sangat. Janji dengan diri nak buat post melambak2 sempena final sem kat sini. Tapi, hampeh. Pemalas macam jin.


Gambar di atas menunjukkan prestasi blog aku selepas 5 tahun beroperasi. Tahun paling loser merupakan tahun 2011 dengan catatan entry sebanyak 21 setahun, yaitu 1.75 entry sebulan secara purata. 2007 tu tak diambil kira sebab 2007 tu aku banyak main import je entry dari blog hosting aku yang lain. Memang takyah heran dengan angka yang tak cecah 2 tu. Kalau fb tu pun da malas nak layan, inikan pulak natang yang kene taip panjang2 gini.

Oh baidewei. Ade orang tanye aku nape aku deactivate fb. "Ade gangguan jiwa ke? Personal problem?". Jawapannye, YE. Memang aku ade gangguan jiwa. fb buat otak aku hari-hari serabut tak tau nak decide nak main game fb dulu, or siapkan keje dulu. Lagi2 final sem yang memang dah sedia serabut dengan FDP ni. Memang tak dan lerr siang malam nak layan game. Keje melambak. Kalau la aku boleh campak keje tu masuk lori sampah, konpem tak muat. Haha. Nak tak nak, kene siapkan. So gitu la citenye pasal fb aku. Niat di hati nak reactivate balik lepas habis presentation 16 Jan ni. Tapi, sekarang macam dah masyuk pulak dok sesorang takde fb. Otak tak serabut nak main game (plus stalk orang haha)

Anyway kalau korang nak rase perasaan deactivate fb tu, aku sangat2 la mengalu2kan niat korang tu. Aku ni pentegar fb, tapi dah 36 hari takde fb ni, aku hidup je lagi.. haha. So korang yang nak try don't worry ye. Biar mati takde fb dari mati dengan fb. Zasss!

Hari tu aku balik KL sempena meraikan kebebasan dari belenggu FDP. So 3 hari duduk rumah kakak aku kat Ampang, 3 hari kat PJ. Abang ipar aku yang kat PJ ni rare sikit orangnye. Die merupakan seorang yang bakal bergelar ayah tapi pagi Ahad tak boleh miss katun Spongebob. Hiasan kereta pun barang2 Spongebob. Memang kipas susah mati kekatun. Dan yang terbaru, die beli figurine Transformer. Tak pernah2 aku nampak die beli figurine, sekali terus angkut Transformer. Mechtech punye series pulak tu. Level 3 hoho. Aku tumpang happy sebab aku pernah jugak usha figurine robot2 ni. Tapi sebab minat tak menggila sangat, plus bende ni memerlukan pitih yang lebih dari harga tiket flight ulang alik Bangkok waktu promo AirAsia, aku pejamkan mata je lah.

So, ni la keje aku 3 hari duduk kat rumah akak aku tu :D


Ni dah nak convert dari robot jadi kete.. Cool.



Ok ni mode kete dah siap.


Rear view.



Dengan weapon yang boleh bunyi n keluar lampu liplap. Cool. Next, tukar jadi robot balik sebab nak simpan dalam kotak..



Ni bile dah bukak sikit2. Start bukak dari kepala, pastu setelkan tangan.



Pastu expand kaki. Pastu lipat2, godek2 kasi cun.



Pastu siap!


Rear view. Cool.



Letak weapon. Rear view.



Letak weapon. Front view.


 Cool. Aku nak bende ni sebijik. Dapat optimus prime ke sentinel ke macam best @_@