Pages

Sunday, August 22, 2010

Saf dalam Solat

Sejujurnya, kat tempat kerja aku, aku tidaklah berpeluang untuk solat berjemaah memandangkan solat berjemaah bukanlah budaya orang kat sini. FYI, department aku ni tercampak jauh dari main building carigali. Kalau kat main building tu, solat berjemaah tu jadi budaya. Kalau aku pergi main bulding waktu baru masuk Zohor, ofis lengang je.. ramai orang yang pergi surau. Alhamdulillah. Aku jeles. Sebab, aku sedar yang sembahyang jemaah ni boleh didik aku macam2. Lagi part jaga waktu solat. Aku ni dah lah asal kerja banyak sikit je, statla aku lengahkan solat. Astaghfirullah, camne la nak buang habit ni :(

Sekarang ni bulan Ramadhan, aku, Tirah n mak Tirah selalunye pergi surau kat IKBN sini. Tetapi kan, aku ade problem pulak semayang kat situ. Problem tu adela, jemaah2 kat situ memandang saf sebagai sesuatu yang ringan :( Aku sebagai budak yang pernah diajar tentang kepentingan meluruskan saf, rase macam tak khusyuk je solat. Hati ni rase sakit je tengok lompong2 dalam saf kat depan aku. Worse, ade yang terkedepan, ade yang terkebelakang. Aku rase macam nak tarik je sorang2 sampai saf tu jadi lurus. Sius, aku tak khusyuk solat sebab saf yang tak rapat :(

Camne nak buat eh? :(

Dulu waktu dekat SMAPL, aku pernah dengar tazkirah yang cerita pasal Syaidina Umar luruskan saf dengan melalukan mata pedang kat hujung tumit jemaah. Kalaulah benda yang sama di'apply' kat zaman sekarang, aku konpem, tiap hari mesti ramai yang masuk hospital sebab tumit berdarah kena mata pedang. Konpem. Tiap kali aku duduk dalam saf yang senget, cerita ni je lah yang terbayang dalam otak aku. Aku dok la bayangkan tumit aku kena hiris dengan pedang. Takut. Sekarang ni, aku takat boleh luruskan saf antara orang kanan n orang kiri aku je. Nak menegur orang depan saf aku, orang sebelah sebelah aku, dan yang lain2, aku rase aku kene tukar profession jadik JAGA SAF :(

Untuk mengelak diri aku dari menjadi JAGA SAF, aku nak mengingatkan kite same2 tentang kepentingan meluruskan saf ni. Untuk kesenangan, bacelah hadith2 yang berkaitan, yang kite slalu dengar, tapi kurang kite bagi perhatian.

Anas Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
Luruskan saf kamu, kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna.” (Hadith Riwayat Muslim)

Al-Nu’man bin Bashir telah berkata :
Adalah Rasulullah SAW selalu membetulkan saf kami seperti membetulkan anak panah, sehingga kami benar-benar faham akan kepentingan membetul dan meluruskannya (saf). Pada suatu hari ketika baginda keluar solat bersama kami sedang baginda hampir bertakbir terlihat seorang lelaki yang kedudukan dadanya mengereng dari saf, lantaran baginda bersabda: “Wahai hamba-hamba Allah sama ada kamu betul dan luruskan saf-saf kamu atau Allah SWT memalingkan wajah-Nya daripada wajah-wajah kamu.” (Hadith Riwayat Muslim, , Abu Daud, dan al-Tarmidzi)

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa'i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197)

Maka itu kawan2, marilah kite menjaga saf kite, agar solat kite same2 sempurna :)

6 commentaire:

LUMUT said...

rindu skolah kan?

lailac said...

same goes here in masjid negeri,kuantan..yg lg x paham,saf terputus2 sbb masing2 carik pot masing2 bawah kipas..pelik tp benar.

ain farahain said...

nice one!
ko solat kat masjid uia
selagi x lurus saf ko bahu ke bahu kompem kena tarik ngan sister arab
ngee :D

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

at travel http://foxusa.eu/travel/history-of-cruise-travel nfcu travel value service [url=http://foxusa.eu/tourism/tourism-religion]tourism religion[/url]
libert y travel http://foxusa.eu/airline/chathay-airline bvlgari travel size cosmetics [url=http://foxusa.eu/vacation-packages/london-paris-vacation-packages]great atlantic travel[/url]
travel around europe for a year http://foxusa.eu/map/real-estate-comparison-info-by-map travel blanket [url=http://foxusa.eu/map/olympus-map]olympus map[/url]
primary school travel policy http://foxusa.eu/expedia/all-inclusive-expedia business travel cheap cruise cheap holiday princess cruise [url=http://foxusa.eu/car-rental/one-way-car-rental-houston-dallas]uk travel insurance elderly htm[/url]
travel and africa http://foxusa.eu/tourism/cave-tourism-impact-sustainability vacation and travel clubs [url=http://foxusa.eu/cruises/amazon-tours-and-cruises]amazon tours and cruises[/url]
brisbane travel deals http://foxusa.eu/hotel/palmer-house-hotel-chicago-il reviews of the chicco cortina keyfit 30 travel system [url=http://foxusa.eu/tours/va-virtual-tours]best cheap vacation travel for january[/url]

mad said...

fad..aq pon xsuke.T.T
tapi kalo org kiri kanan aq ajak suh rapat kat aq..mesti diorg gerak..tp ade ruang jugak..tensen ok~