Untuk makluman semua, INSERT STRING ni merupakan satu job dimana banyak2 tiub yang setiap satu panjangnya lebih kurang 20 kaki akan dimasukkan dalam production tubing kita. Ianya terdiri dari banyak section. Dan dalam keseluruhan tiub2 tu sume, tiub yang paling atas sekali dipanggil A STOP dan yang paling bawah dipanggil sebagai G STOP (saya rasa, G tu stands for Gravity)

"Eh korang, G STRING kat bawah kan?" dengan penuh keyakinan dan lantang.
Maka terbahak2 la lelaki2 tu menggelakkan saya. Semua bantai pecah perut gelak. Soalan tu tak ubah macam, "Eh korang, aku pakai G STRING kat bawah kan?" (-_-)'
Boleh bayangkan ke macam mana malunya saya waktu tu? Memang dah rasa darah naik muka dah tahan malu. Huhu~~
Moral of the story : jangan plan sebelum bercakap. Kalau kita plan, otak akan tahu apa yang kita nak cakap. Dan untuk memalukan kita, otak akan menterbalik segala ayat yang kita fikir. Maka itu, saya tidak menyokong pepatah 'Fikir Dahulu Sebelum Bercakap' kerana akibat mengikut pepatah itu, saya tershashul dan dimalukan. Sekian.
2 commentaire:
hahahahhahahahha nice one
rasakan hahahahaha
Post a Comment