Pages

Sunday, June 20, 2010

Pengenalan kepada kerja saya :)

Hehe. Payah betul nak dapatkan mood untuk update blog bile sampai sini. Semacam ajaib bile aku tak update blog 2 minggu, even dapat 24 hours internet access kat rumah. Nak kate banyak buat keje, poyo sangat bunyinye tu. Sebab intern baru stat 2 minggu. Tak ke poyo kalo aku cakap aku LETIH lepas balik ofis? Haha

Ok, so basically yang basic, aku sekarang ade kat Miri, intern kat Carigali Sarawak or SKO for short. Kat SKO ni, aku join Well Integrity Engineering Department kat sini. But how do I tell you yang bukan coursemate pasal keje aku kat sini eh? Let's simplify macam ni.

Petronas (let's name it P so that senang aku nak cite) is the big company, with many operating subsidiaries seperti P Penapisan, P Gas, P Dagangan, P Carigali etc. This SKO is one of the operating units for this P Carigali. P Carigali operates in four locations in Malaysia; KLCC, Kerteh, Miri and Kota Kinabalu. Err lagi satu, this SKO stands for P Carigali-Sarawak Operations. Untuk Kota Kinabalu tu, kita panggil SBO.

Faham? OK good let's proceed.

Orang2 Carigali di KLCC menjalankan tugas seperti mencari lokasi minyak, membuat reservoir simulation dan semua yang berkaitan dengan SIMULATIONS ke atas sume oilfiled kat Mesia ni (Sarawak, Sabah n Semenanjung). Lepas buat segala bapak simulations, diorang instruct la orang2 kat SKO/SBO/Kerteh untuk melakukan kerja2 yang seterusnya seperti mengorek lubang di tempat yang berpatutan, menjaga lubang yang dah dikorek dan sebagainya.

Senang cakap, dialog yang normal untuk orang di Carigali KLCC adalah seperti berikut:

Untuk versi bukan-bahasa-teknikal;
Eh Abu, aku rasa kat area ni ade minyak la (sambil menunjuk peta). Ape kate kite scan area ni.. pastu kalau ok, kite gali perigi, buat scan dalam perigi tu. Kot2 la ade ke tak minyak kat situ..

Untuk versi bahasa-teknikal;
Eh Abu, I think this might be a potential reservoir (sambil menunjuk peta) la. It might be good for us to perform magnetic surveys within this area. Kalau positif, we can drill exploration wells here, here and here. I am 60% convinced that this is a good prospect..

Note : Rujuk kepada warna untuk direct translation


Manakala dialog yang normal untuk orang Carigali Sarawak/Sabah/Kerteh adalah seperti berikut:

Untuk versi bukan-bahasa-teknikal;
Eh Ali, orang KLCC cakap perigi minyak kite yang ni (sambil tunjuk peta) dah kurang produktif la. Beliau menyarankan agar kite melakukan perangsangan asid kat perigi ni.

Untuk versi bahasa-teknikal;
Eh Ali, a production technologist from KLCC had just find out that Baram-31 is no longer productive. He suggests us to perform acid stimulation for this well.


OK, tamat sesi mengenali anak2 Petronas dan jobscope nye secara basic. Sekarang, mari mengenali kawasan2 yang SKO jaga.



So, inilah die basically kawasan2 nye. Aku tanda dengan N for Northern, E for Eastern and S for Southern. Nampak coverage ni macam kecik kan? Tapi sebenarnye taak.. aku je yang lukis tak ikut skala yang betul. Krohhh. And aku kat sini diberi tanggungjawab untuk menjaga Eastern Cluster. Errr amende pulak Cluster ni Fad?

Menterjemah segala bapak jenis Cluster
Kat perairan Sarawak ni, bukan sikit oil field yang ade. Ade baaaanyak sangat. Dan segala oilfield tu dikumpulkan dalam cluster masing2 untuk memudahkan segala jenis kerja dan urusan. Senang cakap, sebagai contoh, Eastern Cluster terdiri daripada Baram field, Fairley Baram field dan jugak Asam Paya field.


Inilah die field map yang ade dalam meeting room tu. Gambar2 platform yang korang boleh nampak tu adela platform2 yang kitorang operate. Banyak kan?


Yang aku bulatkan tu, adela Eastern Cluster.
Yang aku letak dot dot biru tu, laut la maknenye tu.
Yang aku letak dot dot hijau, darat la maknenye tu.


Segala Bapak yang MENARIK

- Yang menariknye pasal cluster aku ni, field Fairley Baram terletak dalam perairan Brunei jugak. Kire atas dasar mutual agreement antara Mesia and Brunei la kami boleh beroperasi kat perairan mereka jugak. Hmm hal2 diplomatik kene paham jugak kat sini..

- Asam Paya merupakan satu2nyee platform atas darat yang kami ade dan ianya termasuk dalam cluster jagaan akuuu :)

- Kami di sini berurusan dengan segala bapak kontraktor. Bila ada masa terluang, kami boleh visit warehouse diorang anytime. So aku rase ni lah peluang yang terbaik untuk aku dapatkan gambaran sebenar yang lebih nyata dan jelas dalam industri ni :)



Segala Bapak yang KURANG MENARIK

- Bilangan oil well dalam Eastern Cluster ni paling banyak antara sume, maka itu kerja aku jugaklah yang paaaaaaling banyaaaaakkkkkkkkk


Huahhh tu je la MENARIK dan KURANG MENARIK nyee

OK lah, aku rase cukup je lah sesi pengenalan kali ni. So aku harap next time aku nak membebel pasal keje, korang boleh paham ape yang aku luahkan. Huah huah.

P/S : Next entry, aku nak cite pasal bidang keje aku. Okeh?

P/SS : Semalam pergi jalan2 ke Muzium Petroleum. Tak masuk dalam pun, just tengok2 luar je dulu sebab da lewat petang. Next time aku pegi, aku kasi update okeh! :)

Rindu saya? Sila dail 013-Grand Old Lady sekarang!

12 commentaire:

lumut said...

fine..gua jeles.siot

Hanim Salleh said...

best!!!!!!!!!!!!!!! kaknim rasa kalau baca blog nor trus boleh jadik pet engineer....:D

Best best... old lady :D

beskot said...

tetb terkomen kt sini lak..
waa.praktikal kt sko tu..
ssh kn nk cari mskn semenanjung kt sn??
gmbr last tu,aku pon da penah pegi.hehe

Mrs Camillo said...

hari-hari aku call.. hhahaha

ikanriang said...

lumut,
kau ingat aku tak jeles kat kau?

kak nim,
i'm old, but i'm GRAND.. ok what :D

beskot,
nga3. itu memang betul. aku tak penah jumpe lagi ikan keli goreng kat sini. sobss

zayo,
ko terkeluar dari senarai penerima mesej yang last tu. haha

.::fIsYa::. said...

hahahaha..best x fad?seperni yg direcomenkan x???wehh..g muara mkn lalapan sure ade keli..besa kot..huhu

Izz Amri said...

waaaaaaaaaaaaaaaa

best2...

dtgla kch kelak k? =P

ikanriang said...

rafi: best gilak! heheh, ofkos 1 day nani aku gi muara :)

zati: kelak mek sampe siya juakk :) tunggu jak okek?

beskot said...

oit ikanriang..
2 ari lepas ko pki baju kaler coklat n tudung kaler puteh eh??

ikanriang said...

kejadah? ko ni wat aku panik je.
aku mane ade baju ceklet.
ceklet camne tu?

beskot said...

ahaha..
aku da blk da..
ari khamis aritu aku dtg sko.serah tender.ptg tu trus blk smenanjung..
xnk dok miri lame²hehe

ikanriang said...

o lahai. nape lah tak tegur. dekat main building kah tu?