Pages

Saturday, September 13, 2008

Busuk


Jumaat. Aku sibuk. Kurang tidur. Siapkan esemen. Berbuka di luar. Pulang 830pm. Berlari ke Sports Complex untuk tenis. Tenis tamat bergegas pula ke RoboLab pukul 1045opm. Pulang dari RoboLab 3am lebih. Pulang, letih. Tak mampu tidur sebab aku busuk. Nak mandi, takut air. Ape masalah ko Fad?



Entah. Aku terlalu busuk. Kemudian membasahi meja dan laptopku dengan kebusukan aku ni. Aku tahu mereka meronta-ronta meminta aku pergi jauh-jauh dari mereka. Tapi katilku dipenuhi baju kering yang belum dilipat.

Meja menjadi pilihan. Mata tidak mengantuk. Terus bersahur. Selepas subuh perlu ke RoboLab untuk cas bateri robot. Ada pertandingan petang nanti. Ya Allah, permudahkan la urusan Octopus hari ni. Kemenangan bukanlah perkara utama yang kupinta, tetapi tentacle-tentacle persaingan yang kumahu. Tentacle-tentacle yang bakal menaikkan semangat kumpulan lain untuk melawan kami.

Aku rindu sayang. Hampir 12 jam mengabaikan beliau. Sebab sebelum berbuka aku tertidur. Bukak-bukak mata terus keluar berbuka. Waktu makan, jangan haraplah tangan aku nak menaip fon. TomYam tu sangat enak. Waktu pergi tenis, aku tinggalkan fon. Pulang 3pagi, beliau sudah tidur.

Hm. Nanti waktu aku dah kerja aku akan jadi macam sekarang ni ke? Tak sempat untuk anta even 1 SMS untuk bertanya khabar. Aku pandang sekeliling bilik. Tersenyum. Hidup aku sebenarnya dikelilingi beliau. Mana-mana ada tanda kenangan.

Elmo.

Rebit.

Eeyore.

Mug.

Tabung yang sudah BERAT.

Kaktus yang asalnya cantik banyak cabang tapi akhirnya tinggal satu je cabangnya.


Ada perasaan 'I can't live without him' yang sangat kuat. Mimpi ketiadaannya membuatkan aku takut nak tidur esoknye. Takut mimpi sama berulang. Sakit ulu hati. Pedih amat.

Ya Rabbi, kenapa Engkau ciptakan perasaan sayang sebegini rupa sedangkan perasaan ini yang memandu kepada perkara yang Engkau benci? Wallahua'lam. Hanya Dia yang tahu. Aku perlu kuat dan sentiasa sedar siapa diri aku. Hamba yang diciptakan untuk menyembah Penciptanya. Berikan kami petunjukMu, Ya Allah. Permudahkan urusan kami dalam mendapatkan RedhaMu.

Aku mahu jadi lebih baik. Aku mahu kami jadi lebih baik dari sebelumnya. Sama-sama =)

4 commentaire:

A.I said...

fad,sabo fad.
kesian kau.
byk keje.hehe.
smoge dpt going thru everything successfully.
da tk bz kite maen tenis yep !

ikanriang said...

baik! nak blaja tenis!

[amiza a.malik] said...

fad...jaga diri bek2..jaga batas..
u noe wat rite

ikanriang said...

masey byk2 for ur advice :) aku tau kwn2 aku syg aku. make itu aku takkan kecewakan kalian sume :)