Pages

Sunday, July 13, 2008

Masih Ada Yang Kurang

July 11 - Menangis. Kecewa. Tak menyesal. Aku tahu apa aku buat. Cuma belum cukup. Belum cukup untuk memiliki sesuatu yang lebih baik, jauh lebih baik. Terima kasih pada Abah, terima kasih pada Sayang, terima kasih pada Wani, terima kasih pada Faizul, terima kasih pada Linda. Juga buat Ima, Syima dan Naila. Nasihat, teguran dan kata-kata semangat kalian buat aku kembali bernafas.

Terima kasih buat Abah yang terpaksa menipu untuk menghentikan esak tangis seorang anak.
Terima kasih kerana berusaha untuk memulihkan semangat aku.
Terima kasih kerana tidak jemu memberi aku peluang.
'Jangan pandang perkara yang dah lepas, look forward'

Aku tak perlukan seorang teman untuk buat aku rasa diriku tidak pandai.
Aku tak perlukan seorang rakan untuk buat aku rasa aku tak layak berdiri di sisinya.
Aku tak perlukan seorang sahabat untuk buat aku rasa peluang itu bukan milikku.
Aku tak perlukan seorang kawan untuk buat aku rasa lebih teruk.

Aku tak perlukan seorang sahabat yang gagal membaca perasaanku.
Kala aku duka, kau gembira, kau lupa apa makna duka.
Kau lupa betapa peritnya duka.

Ketahuilah, aku tak minta kau berduka untukku.
Bukan aku minta kau menangis untukku.
Aku tak mahu lebih.
Yang kumahu hanyalah serangkai kata semangat.
Dan tiada lebih...

5 commentaire:

Nawa said...

fad.

kawan bukan seorang

satu kurang

ade seploh lagi yg sedia membantu

jgn sidiy2..

okies?

ikanriang said...

msey manyak2 nawan baek.
saye tau tu.
tapi sedih kadang2 takley sorok.
uh uh

irda zahari said...

fad..

nnti cube lg..

chayok2!!

beLLe said...

aku pon sokong~
nnt kite cube lg
aku pon dasat gk
tp pura2 tabah je
hik3~

ikanriang said...

masey manyak2 kawan.

saye sayang same kamu sume =)

tmasuk piggy yang haram tu =)