Buat mereka yang tak tahu menahu tu, ingin aku umumkan di sini bahawa aku telah terpilih untuk menjadi Block Manager (BM) untuk Block J beberapa bulan lepas. Betul-betul TERPILIH la senang cakap. Pelantikan tanpa sebarang temuduga. Tidak perlu isi borang. Malah mereka yang memilih aku sendiri tak kenal siapa Nurul Fadhilah Bt Salleh.
Abaikan kisah itu, apa yang penting sekarang, aku berjaya menjadikan pelantikan itu sebagai satu cabaran untukku mengasah 'soft skill' aku.
Village5 Committee telah mengumpulkan kami para BM V5 di bawah satu payung bernama Human Resource Department. Tak boleh bla seyh name payung tuu. Macam gempak je, tapi itulah, tugas kami difokuskan untuk mencari sumber tenaga untuk mana-mana event yang memerlukan tenaga tambahan dan juga cari peserta untuk setiap pertandingan anjuran UTP.
Sejak aku diserapkan dalam organisasi ni, banyak perkara yang aku saksikan terutama sikap pelajar UTP sendiri terhadap mana-mana event; terutamanya yang memerlukan mereka memerah keringat. Barangkali aku sebelum ini serupa sahaja dengan apa yang aku saksikan. Kalau yang perempuan tu, bimbang ke'control-cun'an mereka terjejas. Yang si lelaki pula mungkin terasa diri mereka terlalu gagah dan perkasa, bila menang nanti bimbang diserbu dihempap dipeluk peminat wanita. Betul tak bang? Tapi takpe, jadikanlah kisah aku ni sebagai tauladan kita semua. Renung-renungkan! (ikut tone Ustaz ape tu yang dalam Hot.FM tu)
Event pertama
Hampir dua minggu lepas V5com telah menganjurkan Tarik Fiesta yang merupakan pertandingan tarik tali. Terbuka kepada lelaki dan perempuan, dan itulah kali pertama aku pergi dari bilik ke bilik mencari peserta. Maklumlah, kali pertama buat keja camtu, aku cuak-cuak sikit. Tambahan pula, aku ni kan pemalu orangnyaaa (Bwekk!) Banyak masalah yang comittee aku lalui untuk event ni, termasukla jumlah peserta perempuan sangat-sangatlah tidak menggalakkan. Sedih la jugak, aku ngan kawan-kawan aku punyala semangat nak tarik tali, tapi pertandingan tarik tali untuk perempuan akhirnya dibatalkan disebabkan penyertaan yang tidak memenuhi jumlah yang diperlukan. Sedih2. Ape yang aku nak highlight kat sini adela, jangan buat orang lain yang semangat nak main jadi frustrated sebab hal-hal macam tak cukup org etc. Huhu
Malam sebelum berlangsungnya event tu, aku tolong committee balut-balut hamper. Berlaku satu keajaiban malam tu di mana aku berjaya menghasilkan ribbon untuk diletak kat hamper n jugak ole-ole untuk VIP. Ribbon yang aku buat tu bukan main-main beb. Aku main pusing-pusing ribbon tu, ikat, gunting sikit, tarik sane sikit, sini siket, menjadi weh! Gile kentang! Kalau korang tengok, korang sure tanya "beli kat mane ribbon ni?" Cayalah Fado!
Event kedua
Event yang dinamakan Inter-village Sports Tournament (IST) ni masih berlangsung, yang mana tirainya dibuka semalam. Aku macam biasalah, mencari peserta kat blok aku ni. Berkat usaha aku naik turun blok, tanpa segan silu ketuk bilik orang, ramai jugak kontinjen yang berjaya aku kumpulkan. Lebih 30 orang (sebagai satu perbandingan, blok G berjaya mengumpul 20 lebih kontinjen). Wa manyak happy beb! Dalam 30 lebih nama tu, ada jugak nama aku. Aku masuk 4x400m n Campus Run. Aku ni bukanlah hebat mana pun dalam bab lari-lari ni. Sungguh, selama aku sekolah dulu pun aku TAK PERNAH menang dalam mana-mana pertandingan lari walaupun TIAP-TIAP TAHUN AKU MASUK PERTANDINGAN. Aku tak kesah la, yang penting rumah aku tak menangis mencari peserta.
Apa yang aku nak cerita sekarang ni memang ada potensi la korang tak caya. Semalam aku dengan Zai bertolak ke Sports Complex dalam pukul 930 pagi. Lepas hantar aku, Zai berpatah balik ke V5, nak jemput Syima pulak. Waktu aku dok menunggu tu, pandangan aku tertumpu dekat sekelompok manusia bergelar wanita kat netball court tu. Hati aku berkata, "diorang ni nak praktis netball agaknye". Mereka kelihatan tertoleh sana sini, entah apa yang mereka fikirkan, aku tak tahu menahu. Pandangan aku beralih pula ke tempat lain, memerhati orang sekeliling. Tiba-tiba, Poooottttt!! Benda alah yang slalu kita guna waktu nak mula lari tu berbunyi dari arah netball court tu beb! Aku pun toleh la, aku bebel sendirian, awat nak buat sound check kat benda alah tu pulaaak. Janganla wat aku gelabah kan.
Sekali sekumpulan manusia yang tak terdiri daripada kurang 20 wanita berlari dengan sangat gemalai meninggalkan netball court itu. I couldn't believe my eyes! Bebudak yang aku memula nampak kat netball court tu rupanya peserta Campus Run! Itu yang pertama sekali terlintas kat otak aku. Yang kedua, barula aku sedar, I missed it!! Demit, Zai da la tak sampai lagi. Nak nangis beb! Aku pun pelik la, pehal awal gile event tu start. Dalam jadual kata perempuan stat lari pukul 1015. Pehal aku sampai kol 940 orang da lari? LAMA lepas tu baru Zai sampai. Dengan muka tak malu aku pun tanya la sorang committee ni, nak lari boleh tak? Akak tu jawab : tak buleh da, committee da balik dari checkpoint. Oh ku keciwa!
Balik tu, aku terus on PC, aku nak buktikan jugak yang aku tak salah! Aku klik file JADUAL LENGKAP.doc yang mengandungi jadual lengkap untuk event ni.
Baru aku perasan, committee untuk IST ni silap wat jadual. Apa yang aku faham dari jadual tu, aku buleh datang bila-bila masa antara 9-10 pagi, dan perempuan stat lari pukul 1015 pagi. So kira awal la tu aku datang pukul 930. Isk. Aku betul-betul keciwa. Sebab aku memang berkobar-kobar nak sumbang mata untuk V5. Aku yakin aku mampu menyumbang mata sebab track die tak sejauh mana. Tapi, apakan daya..
Konklusi:
Aku tak tahu apa masalahnya, sampaikan berapa kerat je yang datang pagi tu untuk Campus Run. Untuk pengetahuan pembaca semua, terdapat beberapa acara lain yang dijadualkan berlangsung pagi tu yang terpaksa dibatalkan berikutan ketidakhadiran peserta. Pada pandangan aku, setiap individu bertanggungjawab di atas kejadian ini. Kesilapan individu yang over-confident macam aku ni, aku tak pastikan dengan committee IST sendiri pasal masa event tu start. Kesilapan individu yang bergelar komiti IST, tak periksa jadual yang diatur dan kurang publisiti tentang event ni. Kesilapan individu yang bergelar peserta, semangatnya untuk bermain surut tenggelam. Sebab tu tak nak amik tau pasal jadual event itu sendiri. Mengharapkan SMS dari AJK kolej kediaman mereka masuk dalam inbox mereka mengumumkan when where how. Selagi tak dapat SMS dari comittee, mereka duduk diam dalam bilik. Hu
Dan..
Aku memang cemburu melihat keratan akhbar ni..
0 commentaire:
Post a Comment