Pages

Wednesday, March 26, 2008

Geology Field Trip

This entry is a bit late, (great apology to Kak Nim :D ) but as I said before, never mind about the date you see above. It's only a decoration with numbers in your blog, just to make your blog looks technically right! =))


Saturday, March 22. My course of 80 students went for trip to I-don't-know-where but not so far from UTP. All I know is, when you pass the front guard post, turn right at the traffic light and go straight. AND one more thing, DON'T SLEEP, as you won't know how to tell the others when they ask you this : how to get there eh? =p

As we reached the site, both our lecturers, APDR Chow and Dr Bernard gave us some briefing on what to find, what to observe, what to measure etc. Their briefing seemed useless to me as my ears my eyes my mind my everything had already been set on the outcrop! (apology to them :p) I couldn't believe my eyes; everything that I saw in book was just before me! Wowo! Once again I don't feel any regret taking Petroleum Engineering as my future career. This is the best choice I ever made in my life. This is the best choice I ever made MYSELF. Once again, MYSELF ;)


Then we got into groups and started to search for interesting site of 10 meters. Zaza and Naila were in my group, and to make our job easier, we did a joint venture with Ima's and a boy's group.

This was the site which attract me at first,

but Ima insisted on finding for another interesting site.

Ehem. Reader, note this : when you hear people saying “jom la cari tempat lain” in a geology trip, this means that they want to go for something more adventurous. They want the higher part of the outcrop. This means that you have to climb the outcrop. And this means that your pants and shoes will get dirty. And all these mean another great experience in your life =)

Finally we found this site :

IT IS an interesting site as what you can see, there are obvious different layers of rocks. But hey, did you know how these different layers are formed? How is an outcrop formed? Well, here’s something for you to get a better picture of the formation.

This is the picture of the earth crust with different(many) layers which is subject to gravitational pressure by the load of overlying rocks and also, other stresses. Then it becomes this :

And due to climate change, the alternating layers of hard and soft sedimentary rocks will be eroded to form :

THIS


THIS








and many more!




Example of stones found in our site :

You might think this as a decomposed wood kan? But it is actually a type of stone =)


We call this shale stone. The brownish part is caused by iron oxide. This type of stone is typically used to buat cement I guess.


A type of mudstone.


Yellow : sandstone, very fine sand.


And now, picture time!! :D


Agus in gray cap was helping us with the compass.


C'est moi! Taking the sandstone sample.


A graduate assistant (GA) helping us with the task. He's soooo adorable :D


This is what we call joints. Brick-like structure, naturally occur. The ruler as the scale.


Measuring the angle of dip and strike.


Oops! We 'accidentally' destroyed the joints! Haha


Me, Zaza and Naila sebagai Gadis-gadis tukul :D


Everyone was so HAPPY lah!!
The only girls in the huge class (from left) : Ai, Ima and me, Zaza, Uyun, Naila, and Syima =)

Friday, March 21, 2008

Kekasih Lama Baruku


Ya, ini beliau. Kekasih lama dan baruku. Maaf kepada rakan-rakan sebab merahsiakan hal ini daripada kalian semua. Bukan apa, aku bimbang kalian semua tergoda dengan kekacakannya, nanti aku pula yang terlepas! Siapa dia ni?Klik di sini untuk melihat profil beliau.

Gambar itu aku rasa sudah memadai untuk menyingkap identiti sebenar lelaki itu. Betul tak? Apa? Gambar tu besar sangat? Oh, maaflah. Saiz gambar itu melambangkan rasa kasih aku terhadap beliau. Perbezaan rupa dan wajah dalam gambar tersebut hanyalah kesan teknik perisian Adobeh Photokedai milikku. (Perisian khas ini membolehkan anda mengedit gambar tanpa menekan sebarang button di komputer anda.)

Kekasihku tinggalkan aku keseorangan di Malaya ketika Malaya baru mencapai kemerdekaan untuk menuntut ilmu. Beliau sebelum itu menuntut di Maktab Sultan Abu Bakar yang juga dikenali sebagai English College. Beliau meninggalkan ibunya, seorang kakak dan seorang adik lelaki di kampung halamannya, Muar. Berpisah dengan keluarga bukanlah satu masalah yang besar bagi beliau kerana beliau memang dididik supaya berdikari sejak kecil. Kekasihku itu TIDAK PERNAH menceritakan kepadaku tentang zaman kanak-kanaknya. Bila ditanya mengapa, jawapannya mudah; kisah zaman kanak-kanaknya tidak menarik. Ibunya tegas. Maklumlah, tugas sebagai seorang guru turut mempengarahi gaya asuhannya di rumah. Bapanya yang merupakan seorang kerani polis, meninggal dunia dalam sebuah kemalangan ketika pulang dari kerja. Kejadian berlaku ketika adik lelaki kekasihku itu masih kecil. Kasihan..

Kembali kepada kisah kita..
Barangkali kekasihku ini terlalu mantap fikirannya, beliau ditawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran di University of London. Mesti beliau seronok kan? Ya lah, bukan senang nak dapat peluang belajar di negeri orang. Lagi-lagi zaman beliau dulu zaman dinosaur belum pupus. Telur dinosaur pun masih ada yang belum sempat menetas! Tapi, aku rasa sebab dinosaur masih ada lah beliau nak melarikan diri jauh-jauh meninggalkan aku. Ish3. Memang tak patut!

Sebenarnya, berat hatiku untuk melepaskan beliau pergi jauh-jauh. Bimbang aku rindu, siapa yang nak ubat? Bimbang aku sakit, siapa yang nak risaukan aku? Tapi, demi masa depannya, kutabahkan jua hati ini. Merelakan......





Dan disebabkan risau akan keadaannya di sana, aku hantar seorang spy untuk mengintip pergerakannya di sana. Gambar ni amat-amat membuktikan yang beliau lupakan aku!


Langsung tak pandang orang! Sampai hati beliau! =(




Ini! Pergi Colloseum entah ingat aku entah tidak! Entah ada ole-ole untukku entah tidak! =(



Dan..

Gambar di bawah ini betul-betul merobek hatiku. Tiada siapa yang tahu...




Beliau seronok berteman baru di sana! =(



Namun aku pasrah.. Apalah kudratku untuk menentukan nasib diri sendiri.. Uhuuu..


Setahun, dua tahun, tiga tahun, empat tahun, lima tahun.. Batang hidungnya yang kurindui itu tidak muncul-muncul di depan mataku..

Enam tahun, tujuh tahun, lapan tahun, sembilan tahun, sepuluh tahun.. Baunya yang mampu membangkitkan semangat dalam diri ini kian lesap. Namun kugagahi diri untuk terus menanti..

Sebelas tahun, dua belas tahun, tiga belas tahun, empat belas tahun. Empat belas tahun kunanti.. akhirnya beliau pulang membawa sinar baru untukku. Diriku destinasinya. Namun kekasihku itu tidak tahu bahawa aku mengintainya dari alam maya. Aku mengasihaninya dari jauh. Aku mengharapkan dirinya dalam diam..






Aku menanti dan terus menanti..







Akhirnya dia menemukanku. Aku teramat gembira kali pertama kami bertentang mata. Tiada kata yang terucap melainkan kalimah UwaaaUwaaaaaUwaaaa. Siapa aku? Aku adalah..




Budak yang comel..


Gemuk..









Dan..










Dikelilingi sebuah keluarga yang bahagia =)

Monday, March 10, 2008

Kisah Soaring The Eagle 2

Kitorang ade buat pertandingan American Idol, setiap kumpulan kene ade sorang wakil. So kitorang ade 4 penyanyi. Ngehehe. Aku tak larat nak gelak waktu tengok persembahan diorang. Si Bijan semangat abes la nyanyi. Jaidy feel gile. Shimi plak, bese-bese je. Michael? Bukan die yang nyanyi untuk kitorang, tapi kitorang yang nyanyi untuk die! Abes tunggang langgang lagu tu! Isk3. Dan Sampet (selaku Simon Cowell) telah dicabar oleh Bijan untuk buktikan bakatnya dalam nyanyian (yelah, mengkritik orang je selalu, kan? Apa salahnya kalau kite test power diorang kan?) =D

PERKENALKAN, PARA PESERTA KAMI :

Ini Bijan. Kelihatan cacat bukan?

Yang pakai baju hijau tu Shimi. Yang duduk selang satu kerusi dari die, Jaidy. Perempuan yang kanan sekali tu, oh maap. Aku tak kenal.

Ni pula Michael. Senyumannya sangat menawan, bukan?

PENGACARA KAMI :

Jason sebagai Ryan Seacrest.

BARISAN PENGADIL KAMI :

Nahvin sebagai Randy Jackson, Devina sebagai Paula Abdul, and Sampet sebagai Simon Cowell.

KEPUTUSANNYA :

4) Bijan
3)Michael
2)Jaidy
1)Shimi

Bijan yang mewakili kumpulan aku, semestinya telah menghampakan kami semua. Sob3. Aku ingat, mamat jiwang tu buleh menang. Sekali idak! Isk. Keciwa sungguh daku. Michael yang nyanyiannya bertarabur pun dapat kalahkan Bijan! Apa sudah jadi wahai Bijan?! Sob3.
Tapi tak mengapa Bijan, aku tau, ko da berusaha sehabis baik. Dapat kulihat semangat gigihmu itu dari kerutan wajahmu sewaktu meneran suara tu. Well, aku tau, bukan senang nak nyanyi lagu Seroja tu kan??

Kisah Soaring The Eagle 1

Dah lama kaki ni meninggalkan Casa Rachado untuk kursus seminggu tu, but no entry on it. Nape Fad? Aku rasa tempoh seminggu tu terlalu lama untuk aku compile kan sume benda dalam satu entry. Faci aku namanya Cik Ruzila, berusia lebih 40 tahun (rasanya lah). Berstatus bujang, mempunyai perwatakan yang menarik pada pandanganku. Seorang wanita yang aktif, pandai meneka apa yang tersirat dalam hati kami, dan sentiasa menjaga kata-katanya. Pernah berkhidmat untuk PETRONAS lebih 20 tahun, dan kini berkhidmat untuk PERMATA, bertugas bila suka (itu katanya).
Kami pada awalnya diberikan sehelai kertas dan dikehendaki untuk melukis impian kami. And..



Inilah rupa lukisan aku. Aku tak peduli ape komen korang, tapi aku nak korang dengar explanation aku pasal lukisan ni :
  • USAH TERPEDAYA DENGAN LUKISAN NI. Aku bukanlah nak rumah aku dengan laki aku nanti ade pelantar minyak kat belakang rumah tu, tapi apa yang aku nak sampaikan is aku nak kerja di pelantar minyak nanti. Boleh sayang?
  • RUMAH YANG SIMPLE. Aku tak nak rumah 2 tingkat atau 2 tingkat setengah atau 3 tingkat atau lebih. Aku bimbang kalau-kalau aku tensen, aku campak anak aku dari balcony. Aku bukan Michael Jackson, OK?
  • VOLKSWAGEN? Ya, itu yang kumahu. Beetle kuning Sunflower. Cun gitu! Harga? RM140k.
  • LELAKI ITU SIAPA? Of course suami aku!
  • SIAPA BUDAK KAT TINGKAP TU? (tersipu) Oh, hehe. Barangkali itu anak aku, atau.. anak jiran sebelah. Heee. Malu la I nak cakap!

Reservoir module

Ye, aku tahu aku tak post entry untuk Khamis hari tu. Why? Aku rase minat aku bukan reservoir engineering, dan aku memang lemah dalam hal-hal berkaitan dengan chemistry ni. Well, I scored C+ for my previous chemistry paper. Teruk kan? Ye, aku tau, sebagai seorang pelajar aku tak boleh bersikap berat sebelah atau memilih atau menyenget bahu. Tapi, semakin aku cube untuk tidak menyenget bahu, aku semakin gagal untuk mencintai hal-hal yang melibatkan chemisty ni. Isk. Come on, I need someone to show me that chemistry is BEAUTIFUL~

Saturday, March 08, 2008

Puteri Reformasi menang



Tahniah diucapkan kepada Nurul Izzah Anwar(gambar) yang berjaya merampas kerusi Lembah Pantai menentang lawannya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Shahrizat telah mempertahankan kubunya itu sejak 1995 dan pernah beberapa kali menang majoriti dalam pilihanraya lepas (BERNAMA,2008) . Namun rezeki tidak lagi memihak kepada beliau, apabila Nurul Izzah yang sebaya anak perempuannya menewaskan beliau dalam pilihanraya kali ini. Tahniah sekali lagi yee :)

Friday, March 07, 2008

Saya Calon PUNDAK

P161 Pulai

Terima kasih diucapkan buat YB Pazuzu tersayang yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi calon PUNDAK. Terima kasih juga sebab lambat meluluskan permohonan saya (semangat nak berkempen dah pudar dan hilang warnanya). Walaubagaimanapun, kesedaran sebagai seorang calon pilihanraya telah meniupkan angin semangat 46 kepada saya untuk terus berkempen (walaupun masa untuk rakyat keluar mengundi tinggal beberapa jam sahaja lagi). Hai YB Pazuzu, aku da takde semangat nak berucap ni..

Tuan puan sekalian,
(menangis)
Saya sebenarnya terharu melihat sambutan tuan puan pada majlis ini, semata-mata untuk mendengar ucapan saya, dalam hujan renyai bertemankan bulan mengambang bersisikan hantu-hantu pilihanraya.
(aku hantu tu, diorang tak tau pun)

Tuan puan sekalian,
(berhenti menangis, buat muka gagah)
Undilah saya sebagai wakil anda, ternyata banyak manafaat yang bakal anda peroleh. Antaranya :
1) Ikan dan riang-riang dijual secara percuma.
2) Duyung akan disediakan sebagai santapan pagi dan malam buat si teruna.
3) Minyak gamat akan dilelong secara percuma dari rumah ke rumah(untuk kegunaan luar shj.)
Banyak bukan manafaatnya?
So, apa lagi yang dinantikan? UNDI SAYAAAAA!!!!!
(menjerit tetibe. Penduduk kampung lari)



(berjalan ke belakang pentas. Mencari SETIAusaha)
Ikan : Weh, berapa ratus ko bayar diorang tu sume? Nape aku baru jerit sikit diorang da lari?
SETIAusaha : 50sen, bos.
(klupp!! Ikan mengetuk pale SETIAusaha dengan muka bengis. Mendengus. Hisss)
Ikan : Kan aku da cakap, upah diorang 5ohinggit!
SETIAusaha : Haa, tu. Tu bos cakap bagi DIORANG 50hinggit. Saye cari la 100 orang, bagi diorang 50sen sorang. Saye salah kire ke bos?
Ikan : ............ (keciewa dengan SETIAusaha yang telah diketahuinya sejak awal lemah dalam KOMUNIKASI, bukan MATEMATIK)





(duduk keseorangan di pentas)
Malam oh malam, aku tak heran kalau aku kalah undi esok..