Aku rase motif blog aku sekarang ni hanyalah untuk wish birthday orang je. Tapi seriusli nafsu nak menulis datang bile ade birthday orang je. Maka segala catatan kehidupan yang lain selalu tergendala. Takpe, nanti2 ade lah update baru dalam blog ni macam dulu :)
I knew this one close friend of mine since high school. Sekali pandang memang macam sombong durjana (haha) tapi bak kata orang tua, tak kenal maka tak cinta :) Fakta yang paling menarik, aku tak pernah sekelas pun dengan die ni. Tapi entah macam mane boleh rapat. Mungkin sebab sama rumah sukan. Mungkin juga sebab aku selalu lepak kelas die dulu waktu form 2 sebab membe ketat JB ade kat kelas tu jugak. Mungkin jugak disebabkan perangai kami yang gila2. Mungkin jugak sebab subjek French. Ah macam2 lagi lah yang merapatkan kami.
Tadi aku gali2 album maya dalam laptop aku ni. Dan banyak gambar kami yang aku jumpa. Tapi kelakar, majoriti dalam gambar yang beramai-ramai, aku dengan die ni KONPEM dok sebelah2 je. Macam tak boleh pisah kan? Let's try tengok.
Bukti 1 : Waktu beraya, from 3 tak silap.
Bukti 2 : Beraya lagi. Tak sure ni konvoi raya yang sama dengan yang atas ataupun tak.
Bukti 3 : Waktu perform French choral speaking kat IPTC. Sweet memory..
Bukti 4 : Reunion sekolah. Sila bandingkan dengan gambar bawah.
Bukti 5 : Lepas tukar posisi pun mesti nak sebelah2 jugak!!! =D
Bukti 6 : Waktu support Linda untuk 30n3 tournament kat KLCC. Such a mini reu, tapi rase seronok sangat jumpe my loved ones :)
Bukti 7 : Gambar waktu Hari Kebudayaan Perancis. Dah gambar berdua, sah2 la mesti sebelah2 dok? :D Oh ye. Eiffel kat belakang tu ilusi optik je ye :)
Kami ni macam inseparable. Sekarang ni jauh2 pun slalu aje teringat kat die. Hari ni birthday die, sedih sikit tak dapat celeb birthday die. Takpe, the time will come soon ye sayang :) But here's a small gift from me, reminding you our 10 years story ;) Take a good care of yourself there, your loved ones here will never want to see you cry :)
Pekot,
Untuk menambahkan keceriaan hari anda, nah cari dalam gambar ni 2 benda yang ingatkan aku kat kau ;P Kalau jumpe dapat hadiah spesel ;)
SELAMAT HARI LAHIR BUAT INSAN KESAYANGAN,
NURSYAFIQAH AMIRUDIN :)