Pages

Saturday, May 17, 2008

Kekaguman 1

Khamis. 15 Mei. Kekaguman hari ni dilemparkan kepada seorang pelajar final MMU bernama Syed Huzaifah Syed Omar. Muka terpapar dalam segmen INFINITI dalam KOSMO! dengan tajuk Navigasi Umrah Maya. Sangat kagum dengan beliau sebab berjaya mencipta sebuah aplikasi yang dapat membantu bakal jemaah untuk menunaikan umrah. Dulu waktu zaman sekolah aku ade je praktikal untuk tunaikan haji, buat dekat dewan sekolah. Ade replika Kaabah sekali. Pastu kami sume kenela berlatih macam betul-betul buat haji. Melontar batu pon ade jugak. Agak seronok la, tapi aku agak main-main waktu tu. Main baling batu kat budak-budak lain (agaknye Syaiton sangatkah budak tu sampai aku lontar batu kat die?) Isk3.

Gambar dari KOSMO! Khamis 15 Mei, ruang INFINITI m/s 27.

Kembali pada tajuk asal. Aplikasi ini merupakan projek tahun akhir beliau. Idea untuk mencipta aplikasi tersebut tercetus apabila beliau mengalami kekeliruan sewaktu menunaikan ibadah umrah beberapa tahun lepas. Sangatlah bagus die ni, sendiri merasa susah, bantu orang lain pulak kan? Aplikasi ni macam ko main game la, cume misi nye of course la lain. Ko kene habiskan umrah ko ngan sempurna. Lokasi Hajar Aswad, garis permulaan tawaf, garis permulaan saie, 56 pintu masjidil haram serta pelbagai informasi lain turut dimuatkan dalam aplikasi ni. So, sambil ko berlatih wat umrah, boleh la ko tau informasi lain. Seronok kan?

Agak-agaknye kan, boleh tak muke aku masuk KOSMO! 3 tahun akan datang, dalam ruang INFINITI, cite pasal final year project aku? Kalau tak pun, masuk dalam jurnal SPE pun jadilah. Tajuk?

MUNGKIN Virtual Drilling
Teknologi ni MUNGKIN membolehkan bakal-bakal jurutera petroleum untuk belajar drilling module dengan lebih berkesan, walaupun mereka sedang baring atas katil ataupun minum-minum di warung kopi.

MUNGKIN Enhanced Oil Recovery : Agro Wastes
Teknologi ni MUNGKIN membolehkan gas karbon oksida yang digunakan untuk oil recovery diganti dengan kentut binatang-binatang ternakan. Dan manalah tau kan, kot-kot kentut babi lagi berkesan kalo nak dibandingkan dengan kentut binatang lain.

Pape pon, tajuk-tajuk di atas hanyalah angan-angan semata-mata. Masih di peringkat penyelidikan aku. Apa yang diperkata, belum ada rasional.

1 commentaire:

.fadheR. said...

faddddddddddddddddd..aku dah tag kau.sile buat ok?