Pages

Thursday, May 08, 2008

Gadis Pantai


Ini gambar pengenalan untuk entry kali ini. What's on your mind? Aku dan Zai ke Phuket atau Had Yai? Atau mereka yang katak tempurung ingin meneka Australia? Bagi mereka yang pernah ke Teluk Chempedak, semestinya yakin ini BUKAN TC. Tempat ini adalah TB. Ya, Teluk Batik. 1 jam je dari UTP.

1 Mei sampai 3 Mei aku berada di KL. Masa untuk keluarga. Tiba di UTP, kira-kira pukul 10 malam. PUkul 12 malam, aku tido. Sangat asyik tido, aku bangun pagi tu dikejutkan oleh Zai pukul 10. Ayat pertama yang aku dengar dari Zai pagi tu : Fad Fad, kite pegi Teluk Batik jom?

Amboi2, aku da la lame tak bukak buku, ko lagi nak ajak aku pegi pantai ye Zai?

Tetapi disebabkan aku masih berada dalam mood cuti, aku pun layan je lah. Naik kereta sewa yang kokak, RM45 untuk setengah hari. Bersamaan 12 jam. Sangat tak berbaloi. Baik aku naik bas henti-henti Perak ni yang aku da sedia tahu memang kokak. Maksud aku, aku tak sangka kami bayar RM45 untuk sebuah kereta yang kokak. Ah. Abaikan kisah Kancil kokak itu.

Kami ke sana bersama 3 lagi rakan : Mad, Zati dan Aliya. Tiba di TB kira-kira 12 tengahari. Orang sangatlah ramai. Maklumlah, hari cuti. Turun je dari kereta, aku beli aiskrim. Share dengan Zai yang tak sedar diri baru keluar hospital tu. Kemudian mencari port yang sesuai untuk kami berlima. Saat ni muncul perasaan geram dan tensen yang amat kat Zai. Begini kisahnya :

Tersebutlah kisah, sebaik tiba di port itu, Zati menanyakan kami :
Ade bawak tikar ke?

Tiba-tiba satu suara yang bajet girang, bajet problem solver (atau ZZZ) menjawab :
Ade ade! Ade dalam beg!

Make insan yang bajet problem solver bajet girang (atau ZZZ) tu menyelongkar beg untuk mengeluarkan tikar yang dimaksudkan. Dengan muka yang sebijik ngan Doraemon waktu keluarkan perkakas daro Poket Ajaibnya, saudari ZZZ mengeluarkan tikar itu, sambil membuka lipatan tikar itu. Melihatkan saiznya yang SANGAT besar, kami serentak berkata :
Alahai ZZZ, BESARnye tikar!! Alalala, comelnye tikaaar!
(Tym ni rase nak smack down ZZZ je)

Pembaca sekalian, tengoklah saiz tikar ni. Mana muat untuk 5 orang? Huhu


Lepas tragedi tikar, kami pergi makan. Perut kami sangatlah lapar. Aku makan mi bandung. Tak sedap sangat, manis je lebih. Rindu masakan emak. Kami berlima share 3 air kelapa. Tak sedap sangat, ais je lebih. Rindu air buatan sendiri.

Lepas makan, kami pergi melawat gerai pulak. Tengok itu tengok ini. Aku, Zati ngan Zai (ZZZ) tertarik dengan pario yang dijual di situ, maka kami pun borong lah! Hehe. Terus pakai beb! Menyorok di tempat tersorok, terus pakai! Heheh. Sangatlah seronok menggayakan pario tersebut. Kemudian, beli topi pulak. Kami semua beli. Topi tu sangat comel :) Kami beli sekali banyak, sangatlah murah harganya :)


Selesai membeli belah sedikit sebanyak, kami kembali ke port kami untuk bersantai. BERSAMA TIKAR BARU. Best best. Duduk bersantai, ramai orang pandang kami memandangkan kami semuanya perempuan, dan memakai topi yang sama. Jangan pandang kami boleh? Kami hanya perempuan biasa. Bertangan dua berkaki dua berlubang hidung dua. Sama dengan kalian semua bukan?

Kemudian aku dan Zai pergi solat, meninggalkan mereka yang lain memandangkan mereka enak dibuai bayu laut. Solat punya solat, bila balik port kami, ini yang kami temui :



Macam mangsa Tsunami pun ada jugak kan? Letih sangat mereka melayan bayu laut itu sampai tertidur. Ish3. Kemudian kami kejut mereka untuk solat. Sambil menanti mereka, aku dan Zai berasyik-asyik menangkap gambar.

Menikmati gula kapas.


ZZZ mencari sinar cahaya cahaya barangkali.

LAMA lepas tu, baru mereka bertiga yang lain sampai. Khusyu' sungguh solat. Bagus. Teruskan amalan itu. Kemudian kami berkemas-kemas. Bukan sebab nak balik, tapi sebab nak jalan di tepi pantai nikmati kehalusan pasir kemasinan laut :)

I'm leading the trio.

Trio in Parios and Topios :)

Sangat suka corak pario aku.

Mad yang comel :)

Akhirnya dapat pun kami berlima bergambar same2 :)



----:: TAMAT ::----



Bertanyakan khabar sayang.

Zati berlatarkan pokok kelapa, macam gadis Hawaii :)





1 commentaire:

nurul irda zahari said...

Fadh..lawa la gmbr2 ni..

rugi xikut skali..

huhu..

btw ak tag ko..

tgk la blog ak nnti..

hahaha..

http://ixypixy.blogspot.com